Wednesday, 2 July 2014

HISHAM MENINGGAL TIDAK SAMPAI SEBULAN SELEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN JANTINA

BAHANA UBAH JANTINA

Berita yang diterima pagi itu mengejutkan Azlan. Dia tidak sangka kawan baiknya pergi menghadap Ilahi seawal usia 30 tahun. Tiada maklumat terperinci yang dia terima. Yang dia tahu, Hisham terjatuh didalam bilik air ketika mahu mandi pagi tadi. Kepalanya terhentak ke dinding bilik air lalu dia rebah tidak sedarkan diri. Kawan serumahnya Radzi bergegas membawanya kehospital.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun. 

Hanya itu yang terucap oleh Radzi apabila doktor yang bertugas di Unit Kecemasan memberitahu, Hisham telah tiada. Azlan bergegas kehospital. Mahu memastikan apakah berita yang mengejutkan itu benar atau sebaliknya.

Setibanya disitu, keluarga Hisham telah berkumpul. Semuanya kelihatan sugul, hiba, sedih, tak keruan, bersatu dalam emosi yang berkecamuk. Berita kematian Hisaham betul-betul mengejutkan banyak pihak.

Terdiam dan kelu lidah tak kala doktor yang bertugas memanggil waris si mati. Apa tidak nya nama dipengenalan tertara nama Mohd. Hisham bin Kamaruddin. Tapi kenapa jantinanya ditulis sebaliknya?

“Ya Allah, apa yang dah buat Hisham,” rintihan hiba akhirnya terkeluar daripada mulut si ibu yang sama sekali tidak menyangka, anaknya seberani itu nekad mengubah status diri. Azlan terpaku. Dia tak tahu pulak, keputusan nekad yang diambil oleh Hisham dibuat tanpa pengetahuan keluarganya.

Azlan sememangnya tahu, kawannya itu memang berhasrat membuat pembedahan jantiina tersebut. Malah pernah mengajaknya melakukan pekara yang sama. Namun Azlan menolak kerana belum bersedia. Tapi untuk tidak mengecewakan hasrat kawannya itu, dia bersetuju menemani Hisaham.

Nun disebuah negara jiran, pembedahan selamat dijalankan. Azlan menemani kawan baiknya sehingga Hisham sedar dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Ya Allah, kenapa begitu cepat Hisham pergi? Tidak sampai sebulan pun pembedahan tersebut dibuat, Hisham sudah mati. Ya Allah kenapa aku tidak melarangnya ketika itu? Kenapa dengan aku?,” satu demi satu persoalan terus mengasak minda Azlan.

Azlan seakan insaf seketika. Namun dalam masa yang sama bersyukur kerana tidak mengikut pelawaan Hisham. “Kalau aku pun buat pembedahan itu, apakah aku juga akan ikut jejak langkah Hisham. Menghadap Tuhan dalam keadaan sedemikian? Ya Allah aku terlalu jauh daripada agama Mu,” sesal Azlan bertalu-talu datang menghimpit perasaan resahnya.

Dari kejauhan Azlan memerhati betapa ibu Hisham tidak dapat menerima kenyataan anaknya berubah jantina. Sekejap pengsan dan kemudian sedar semula. Begitu lah keadaan ibu Hisham. Tersentu hati Azlan melihat situasi tersebut. “Kalau aku melakukan pekara yang sama, apakah ibuku juga akan sedemikian rupa?,” tiba-tiba Azlan teringat ibunya dikampung. Betapa dia tidak mahu apa yang berlaku kepada ibu Hisham, juga berlaku kepada ibunya.

Azlan nekad. Dia mahu tinggalkan dunia “nyah” yang selama ini menghanyutkannya. Tetapi bagaimana? Apakah Tuhan boleh memaafkannya? Apatah lagi bersubahat dengan Hisham dengan tidak melarangnya ketika itu. Bahkan mengalakkanya pula.

Satu demi satu segala kegiatannya bersama-sama Hisham terbayang-bayang dimata. Andai kata Tuham mengambilku waktu dan saat ini…Azlan terpempan. Tidak tahu bagaimana mahu dia berjumpa Tuhan dalam keadaan sedemikian. Fikirannya celaru. Bagaimana harus dia mulakan. Kematian Hisham membuatkan Azlan diselubungi rasa takut. Selama ini dia lupa tentang kematian.

Video pembedahan jantina KLIK DISINI

Kisah yang dipaparkan ini satu lagi persoalan kehidupan manusia masa kini. Kisah Azlan bukan sesuatu yang baharu. Sekian kalinya kisah ini dijadikan bahan tawa atau sedih mereka yang merasainya. Namun ada pelajaran dan pengajaran dalam kehidupan. 

Walaupun manusia diberikan kebebasan untuk memilih gaya hidup masing-masing didunia ini, namun jangan sesekali lupa peranan akal dan perasaan untuk dijadikan pertimbangan. Sama ada baik atau buruk bukan lah mengikut pentafsirana sendiri semata-mata. Allah SWT menurunkan panduan untuk manusia agar tidak tersesat dalam perjalanan kehidupan.

Fenomena gejala kecelaruan gender atau lebih tepat kecelaruan identiti jantina, adalah permasaalahan yang mesti diberikan perhatian oleh semua pihak iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran persekolahan sehinggalah kepadamasyarakat yang melihat.

Semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi kehidupan individu. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam suasana yang harmoni dan seimbang antar keperluan duniawi dan ukhrawi, namun ia belum sepenuhnya dapat menjamin pekara ini daripada tidak berlaku.

Antara faktor yang paling asas dalam menentukan sesuatu pekara, ialah bagaimana seseorang melihat dan menganggapi dirinya. Jika seseorang itu dilihat oleh orang lain dalam bentuk A, kemungkinan orang itu melihat dirinya dalam bentuk B. Tanggapan ini lah yang membuatkan sesuatu keadaan itu berlaku mengikut apa yang dipersepsikan. 

Justeru, kejadian menukar jantina sama ada lelaki menukar menjadi perempuan atau perempuan menukar jantina menjadi lelaki, kedua-dua keadaan ini adalah satu bentuk penyimpangan kejantinaan. Hal ini berlaku akibat rangsangan akal dan perasaan yang tidak seimbang, sekali gus meletakkan individu tersebut berada dalam kondisi “sakit” yang memerlukan rawatan.

Namun orang yang tidak merasai dirinya “sakit” pasti tidak mencari rawatan untuk mengubat dirinya. Malah jika mereka diberitahu perlu dirawat, pasti mereka tidak bersetuju dan menganggap orang lain telah mencampuri urusan peribadinya.

Persoalan kejantinaan masa kini bukan sahaja membimbingkan, bahkan kecelaruan identiti ini merebak dengan cepat. Malah mereka semakin berani untuk menzahirkan diri dalam keadaan sedemikian dikhalayak ramai tanpa segan silu. Ibaratnya apabila ada permintaan maka banyaklah penawaran.

Gejala ini jika tidak dibenteras dan dikawal, bukan sahaja memberi kesan bukan kepada diri dan keluarga bahkan menjejaskan imej negara yang dilihat sebagai sebuah negara Islam.

Rentetan dari pada kisah ini yang bercanggah dengan norma agama dan budaya masyarakat Malaysia, maka semua pihak perlu berganding bahu membimbing dan membetulkan keadaan agar tidak menjadi penyakit yang merosakkan.

Oleh Norazman Amat 
Ketua Kaunselor
Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam’
Negeri Sembilan. 
norazman_amat@yahoo.com 
06-7679905/03 

Sumber Mega Agama
1 JULAI 2014 


TIPS KOUNSELOR MEMBANTU PEMBACA MEMAHAMI APAKAH SEBENARNYA YANG TERJADI DAN BAGAIMANA MEREKA YANG TERLIBAT HARUS KEMBALI KEPANGKAL JALAN - KLIK DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST