Tuesday, 8 July 2014

HANYA TAUBAT MAMPU BERSIH DOSA MAKSIAT

Al-Quran bukan saja memperihalkan mengenai hukum dalam aspek ibadah, tetapi juga memaparkan kisah kaum yang dibinasakan Allah. Allah menceritakan dalam al-Quran bukan setakat untuk dibaca semata-mata, sebaliknya buat pengajaran kepada manusia sepanjang zaman.
 
Baca dan ikutilah kisah kaum yang menderhaka perintah Allah dan juga bergelumang dalam kancah maksiat pastinya akan memberi keinsafan kepada sesiapa saja. Antara kaum dihancurkan Allah ialah kaum Nabi Lut. Mereka ini dikisahkan mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, iaitu homoseksual.

Segala nasihat Nabi Lut langsung tidak diambil berat, sebaliknya keadaan semakin kronik dan menjadi budaya hidup yang menjijikkan. Kaum Nabi Lut ditenggelamkan Allah ke dasar bumi akibat kedegilan mengubah sikap mereka.

Dalam Surah Hud ayat 82 Allah berfirman bermaksud: “Maka tatkala datang azab Kami. Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertalu-talu.” Inilah azab seksa di dunia lagi Allah timpakan ke atas golongan yang menyalahi perintah-Nya.

Allah berfirman melalui Surah Sad ayat 29 bermaksud: “Ini adalah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang yang mempunyai fikiran.” Beginilah Allah mengingatkan manusia agar sentiasa memperhatikan apa saja yang terkandung dalam al-Quran dan ini termasuk paparan ayat yang menyentuh kisah kaum dibinasakan-Nya kerana dosa dan maksiat yang dilakukan.


Kini, kita hidup dalam zaman moden, 

tetapi gaya hidup seperti kaum Nabi Lut kembali menyinggah ke dalam jiwa sesetengah manusia. Ini termasuklah dalam kalangan orang Islam sendiri. Gaya hidup dengan mengamalkan seks sejenis, homoseksual dan lesbian menular seolah-olah mengembalikan era Nabi Lut. Keadaan sebegini seharusnya cepat dibanteras demi mengelakkan azab Allah kerana jika kemungkaran dan maksiat merebak, tetapi tiada tindakan mencegahnya, bermakna mengundang bencana.

Sebenarnya bencana sudah Allah timpakan ke atas penderhaka terhadap hukum perintah-Nya. Ini termasuklah terhadap golongan homoseksual atau gay itu. Dengan muncul penyakit HIV dan AIDS yang dikatakan disebabkan perbuatan salah laku seksual sejenis, selain terdapat juga pelbagai penyakit kelamin lain lagi. Semua penyakit amat berbahaya dan masih tiada ubat penawar ditemui pakar perubatan menggambarkan azab Allah dikenakan ke atas golongan itu.

Inilah akibat apabila peringatan Allah melalui Al-Quran dilupakan manusia.


Golongan yang mengamalkan gaya hidup bebas mesti bertaubat untuk mengelakkan azab Allah berterusan.  

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja selagi mereka sedar dan insaf atas kesalahan dan dosa yang lalu. Kembalilah ke pangkal jalan dengan taubat nasuha kerana ini saja yang mampu membersihkan dosa kemaksiatan. Allah memberi jaminan akan menerima taubat selagi nyawa belum sampai di halkum.

Firman Allah: “Barang siapa bertaubat selepas kezalimannya dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Maidah, ayat 39). Semua manusia ada melakukan dosa dalam hidupnya, apatah lagi yang sentiasa bergelumang dalam kancah maksiat selama ini.

Dalam pada itu, pihak berkuasa seharusnya mengambil pendekatan lebih proaktif untuk menangani isu seks bebas dan sejenis supaya tidak menjadi budaya hidup.

Tindakan pembanterasan yang lebih tersusun hendaklah diambil dengan membabitkan seluruh agensi secara bersepadu. Juga, ibu bapa mesti memainkan peranan memberi pendidikan agama dan akhlak sebaik yang boleh. Didiklah anak agar mereka jijik dan benci pada budaya songsang itu.  


Sumber DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST