Tuesday, 8 July 2014

AMISHA - SAYA SEDAR SEMEMANGNYA SAYA LESBIAN

Salam, abang Najmi saya Amisha (bukan nama sebenar). Saya terjumpa blog abang, saya search di google mengenai PLU dan sebagainya, akhirnya saya terjumpa blog abang. Maaf saya guna facebook palsu. Tapi saya sangat perlukan seseorang/kenalan yang dapat mendengar keluhan, kisah hidup dan menerima masalah saya ini.

photo hanya hiasan

Sejak lahir saya ditinggalkan bapa. Bapa saya seorang yang tidak bertanggungjawab, dia orang berada tapi mengabaikan tanggungjawab. Jadi saya agak marah padanya, ya saya terima nasib saya. Saya membesar dalam susah payahnya ibu saya membesarkan saya. sejak kecil saya agak maskulin, saya suka tengok heroin (perempuan) dalam cerita, saya mempunyai sifat pelindung yang tinggi saya suka tengok pakaian lelaki dan memakai pakaian lelaki (ianya secara semulajadi dan tidak dibuat-buat). 

Ibu saya tidak marah, melarang, cuma dia berkata "takpelah... biarlah kasar sikit, senang mak nak jaga, tak ada orang kacau". Di alam sekolah rendah saya tidak suka sesiapa hinggalah saya melangkah ke alam remaja. Di alam remaja saya tidak berpakaian tomboy lagi, pada mata kasarnya saya sama seperti gadis-gadis lain. 

Pada tingkatan 1 

Saya sedar yang sememangnya saya Lesbian/Homo. Pada masa itu saya termenung, sedih memikirkan apa sebenarnya yang celaru di fikiran saya waktu itu. Saya sedar apabila saya mula meminati seorang rakan kelas saya bernama Aisyah (bukan nama sebenar) kerana dia sangat comel pada mata saya. Saya suka melihat dia, tetapi saya menjadi tawar hati kerana dia agak gatal dan mempunyai ramai teman lelaki. Oleh kerana itu saya tidak lagi tertarik padanya. 

Saya turut celaru dengan diri saya, Walaupun saya begini saya amat mementingkan sahsiah seseorang, cara bergaul, sikap, cara bercakap kerana saya paling tak suka orang mencarut. Itu juga menjadi kayu ukur saya untuk meminati rakan sejenis saya. Tiada siapa yang tahu rahsia saya ini, kerana saya disenangi rakan-rakan. Mereka pasti tak dapat terima sekiranya mereka tahu bahawa saya mempunyai naluri kepada kaum sejenis.

Di tingkatan 2 

Saya mula meminati Nurin (bukan nama sebenar). Saya sangat suka pada dia. Tak dapat dinafikan dia seorang yang amat rupawan, cantik. Saya mendekati diri kepadanya. Mendengar keluhannya. Akhirnya saya jatuh cinta pada Nurin. Pada masa itu saya amat sayang pada dia. Saya tak dapat menipu lagi, kerana pandangan mata saya ini penuh dengan rasa cinta, mungkin dia perasan. Ya, dia tahu. tapi tetap bersama saya atas nama "persahabatan". Dia seorang yang sangat manja terutama dengan saya, mungkin kerana dia tahu saya sayang dia jadi dia tak kisah apa jenis 'sayang' saya pada dia. 

Namun saya sering melihat dia sedih, saya tahu semua masalah dia, masalah cinta dia dengan teman lelakinya. Tapi pada masa itu saya tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sebab masa tu hati tengah sayang sangat. Kadang kala kata-katanya 'makan dalam' tapi saya tahu dia juga tidak marah pada saya, tapi tidak dapat dinafikan dia kesal terhadap diri saya. Apa yang pelik antara saya dan Nurin, kami tak pernah bercakap tentang diri kami. Apatah lagi Nurin, dia sebenarnya bukan seorang Lesbian, lansung tidak, malahan dia ada teman lelaki. 

Walau perit terpaksa terima asalkan saya tetap rapat disisinya..Di pihak saya pula, saya lansung tak berterus terang, apa lagi meluahkan rasa cinta. Lebih tepat hubungan kami "tahu sama tahu" je. Tidak seperti kisah-kisah yang saya baca sebelum ini. Ada orang yang memang berpegang pada title couple, tapi tidak bagi saya. Saya setia disisi dia walau apa yang berlaku di waktu itu, antara kata-katanya.."Tipulah kalau selama ni tak sayang"... kata-kata itu bermakna, dia mengatakan begitu dengan pandangan mata yang mendalam. Rakan-rakan hanya tahu kami sebagai BFF.

Kami bersama hingga ke akhir tingkatan 3. 

Saya amat bahagia pada masa itu saya rasa amat kasih padanya, apatah lagi dia seorang yang rupawan. Selepas tingkatan 2 saya naik kelas kerana mendapat keputusan cemerlang. Nurin sering merendah diri kerana dia tidak pandai seperti saya katanya. Saya pujuk dia. Namun hati saya disakitinya sejak beberapa bulan sebelum PMR pada masa itu. Kerana dia mula rapat dengan seseorang yang bernama Awin (bukan nama sebenar) budak baru tukar sekolah, saya sangat cemburu dan marah. Saya mula terasa ditinggalkan.saya juga hanya berdiam diri dalam keadaan yang sangat sakit hati pada masa itu. Cara dia melihat saya seperti dia mencabar saya dan saja membuat saya untuk cemburu. Jujur saya katakan saya boleh kenal Less-girl atau tidak. 

Saya tahu Awin itu seperti saya. saya tak tahu apa motif Nurin buat macam tu. Adakah dia marah saya tiada masa untuk dia kerana banyak hadiri kem PMR. Dia sering merendah diri dari segi pencapaian akedemik. Saya sangat sedih dengan dia. Saya biarkan dia dengan Awin kalau itu yang dia nak, tapi tiba-tiba seperti ada konflik pula antara dia dengan Awin. Rupanya dia diraba oleh Awin, dipeluk. Nurin hanya memberitahu pada saya kalau diberitahu pada orang lain tak ke pelik orang dengar sebab saya je yang faham. 

Saya sangat marah, terlalu marah, selama saya dengan Nurin saya tak pernah berfikiran kotor macam tu, tak pernah nak pegang suka hati apa lagi meraba, mencabul. Saya rasa nak marah macam nak bunuh je budak tu. Antara saya dan Nurin seperti perempuan bermanja biasalah, Nurin suka peluk lengan saya, itu saja. Saya sangat hormat pada dia. Saya tahu cinta saya ni salah tapi saya sayang dia. Saya fikir cukuplah dia sudi disamping saya. 

Dan Alhamdulillah... walau saya macam ni saya tak pernah lagi terlanjur, buat maksiat, bercium atau sebagainya. Saya nampak Nurin sudah menjauh diri dan fobia melihat Awin. bila dia nampak Awin dia penggang tangan saya dengan kuat, mungkin takut. Namun dalam pada itu sebenarnya saya telah kecil hati dengan Nurin, dengan sikap dia, saya paling sakit hati bila dia buat 'menganjing' dengan rapat dengann Awin, saya rasa terluka. Saya cuma menzahirkan marah itu dengan berkata, "saya tak pernah buat macam tu kat awak kan, so sekarang macam mana", Saya mengaku selepas itu saya mula tawar hati padanya. puas saya cuba pujuk hati tapi tak boleh.. Hingga satu tahap saya yang tinggalkan dia.

Tingkatan 4 lain pula kisahnya. 

Saya tinggal di asrama. Saya memang dah tak rapat lagi dengan Nurin, kami bersama dengan "tahu sama tahu" jadi kami tidak rapat pun atas nama "tahu sama tahu" jugaklah..ada rakan yang bertanya kenapa dah tak rapat tapi kami hanya buat muka seposen dan senyum aje macam tiada apa-apa. Saya dapat result agak cemerlang dalam PMR, jadi bila form4 aliran pun dah lain. Saya sibuk dengan aliran sains tulen yang sampai nak pecah kepala tu. 

Di asrama pula saya berkenalan dengan seorang yang bernama Qalisha. Dia sangat comel (semua yang saya berkenan memang comel & rupawan.. kihkih ) Saya takdelah cantik tapi kiut tu adelah sikit (sorry kalau sesiapa yang baca ni termuntah hehe ). Qalisha ni memang lain sikit, bagi saya dia perfect ! dia bijak, cerdik, berkarisma, berperwatakan ayu, lemah lembut, memang kena sangat dengan taste saya. Dia memang bijak, dari tingkatan 1 lagi dah duduk kelas first, tak macam saya, pendatang asing. Tapi Qalisha ni pun nakal orangnya, macam Nurin, bukan Lesbian tapi nakal. 

Dia perasan saya selalu tenung dia masa study kat asrama kot, saya suka tengok dia, muka dia, cara dia senyum. paling menggoda mata dia tu. Entah kenapa, dulu dengan Nurin memang cinta, tapi Qalisha ni memang lain rasanya, rasa hati ni berbunga-bunga dan sayang sangat bila tengok dia walau baru je rapat. Kami selalu bersama sehinggalah saya benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta tunggang langgang betul kiranya..
 
Apa yang saya sendiri pelik, dulu dengan Nurin saya agak terbuka bila dia ada teman lelaki, tetapi dengan Qalisha saya menjadi seorang yang sangat cemburu. Sehinggakan saya rasa marah kalau ada orang lain yang bercakap dengannya, tak kiralah lelaki atau perempuan. Tapi antara saya dan Qalisha macam saya dengan Nurin jugak. Tak pernah luah rasa cinta tapi dia tahu saya suka dia. Perkara ini berlarutan hinggalah akhir form 4. 

Untuk pengetahuan abang Najmi pelajaran saya merudum. Mungkin ini balasan untuk saya. Saya hilang fokus. Tapi Alhamdulillah... selama saya di asrama saya tak ada buat maksiat, kiss-kiss ke walau ringan-ringan, apa yang paling saya suka tentang Qalisha dia seorang yang bright person.

Bila masuk tingkatan 5 duduk rumah. 

Makin lain ceritanya. Saya juga mempunyai bapa tiri, tapi bapa tiri ni jenis yang iri hati. Sebab tu saya rasa sangat "faydap" nak share hidup dengan lelaki, bapa kandung tak ada tanggungjawab ada bapa tiri pun cenggitu pulak. Tapi Alhamdulillah dia bukan jenis nak ambik kesempatan ke atas saya (buat benda-benda tak senonoh) tapi nak pisahkan saya dengan mak. 

Banyak benda yang dia timbulkan yang mana saya tak buat nak bagi mak marah saya. Saya hidup kat dunia ni sebatang kara aje, saya sedih sangat, dulu sebelum kawin dengan mak ingatkan dapatlah jugak menumpang kasih. Dulu sebelum kawin dengan mak dia nampal baik je. 

Saya duduk di rumah dengan perasaan yang sakit hati bercampur dengan rindu kat Qalisha tu. Saya tak sedar bahawa saya terkena ilmu sihir supaya mak dan saya renggang, saya menjadi seorang yang panas baran, suka mengamuk, nampak benci aje kat mak, kadang-kadang marah tak tentu hala.sering letih, sering ditindih hantu, senang kata dia nak buat saya gila mungkin. 

Kesan daripada itu tahap pelajaran saya jatuh. Saya ditimpa satu penyakit mengantuk yang pelik. Siang tidur, dalam kelas tidur, entah jin mana yang duduk dengan saya masa tu. Dalam pada itu saya juga perasan macam orang disekeliling saya menjauh diri daripada saya. Saya nampak Qalisha pun dah tak pandang saya, dia sibuk nak SPM masa tu, dia budak pandai dan harapan, tentu busy dgn pelajaran saya pulak tengah binggung bercampur benggong sebab banyak sangat dugaan saya pada masa tu. 

Bercampur-campur masalah saya. Hinggalah SPM tamat. Pelajaran saya dah ke laut. Tu pun syukur semua subjek asas bloleh score A tapi elektif sains tulen tak lulus. Saya rasa hidup saya mula diliputi awan gelap.. habis cita-cita saya terkubur macam itu aje.

Lepas SPM saya masuk Universiti di atas kos lelong aje.

Saya sedih sangat, saya ingin lebih tapi sudah nasib saya. Start umur saya 18 saya mula mengalami kemurungan, kerana result SPM saya dan saya mula rasa kehilangan Qalisha. Dengan nama Allah saya tak pernah rasa sedih begitu, ianya satu perasaan RASA KEHILANGAN yang amat sangat. Saya rasa kehilangan sangat Qalisha pada masa itu, sehingga saya rasa dunia ni sempit, saya pandang kiri kanan rasa sepi sangat. Cuma Allah peliharakan saya daripada tidak bunuh diri je pada masa itu, itu je saya boleh cakap. 

Saya sering menjadi buntu, IQ saya makin tumpul, saya tertanya kenapa berat sangat dugaan hidup saya ini. Saya sedih melihat orang yg mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada saya terutama Qalisha. Saya cuba untuk bahagia tapi saya sering rasa kekosongan tanpa dia. Saya amat cemburu bila melihat kehidupannya melalui facebook. Saya mengalami kemurungan selama 3 tahun bermula daripada umur 18. 

Bapa tiri saya meninggal dunia ketika saya berumur 19. Sejak itu gangguan sihir itu semakin hilang. Namun begitu bila saya teringatkan Qalisha saya sering menangis, setiap malam sebelum tidur saya akan menangis. saya teramat rindu pada dia. saya menjadi anti sosial, saya lupa macam mana nak bergaul dengan orang sekeliling. Kehidupan saya di U tak macam orang lain, saya menjadi pendiam walau pada asalnya saya jenis yang suka bergurau. Daripada semester 1 sampai ke habis diploma. Kekadang orang pandang sinis kat saya, saya bukan sombong tapi saya dah mati rasa.

Namun baru-baru ini saya mula sedar,  

Itupun kerana saya dapat tahu seorang pemuda telah berjaya memiliki hatinya dan merancang untuk berkawin untuk beberapa tahun akan datang. Pada mulanya saya meraung. menangis. rumah kakak saya tingkat 25 tu rasa nak je saya terjun, manakan tidak insan yang saya cinta itu dimiliki oleh orang lain, ke dua, saya gagal dalam cita-cita saya untuk menjadi seperti apa yang saya impikan. Saya pernah terfikir nak ambik ubat tidur, tidur untuk selamanya, saya pernah terfikir nak ambil dadah tapi mujur saya batalkan niat saya itu. 

Sekarang saya hanya hidup dengan apa adanya, saya terima takdir dan hidup saya. Saya sering bertanya dan terfikir, "Ya Allah kenapa aku macam ni" "Aku tak minta jadi macam ni" "Andai aku tahu sejak azali lagi akan ku pinta dia untuk diriku"... "Kenapa..kenapa..dan kenapa...." 

Kadang-kadang akal yang logik tak dapat nak mentafsir ujian Allah bagi, yang percayalah Allah kasih dan sayang pada kita. Saya terjumpa video-video ceramah agama yang menjadi pemujuk dan penawar hati buat saya di YouTube. Kini saya baru memulakan langkah yang kecil.

Doakanlah saya.

Saya insan lemah. Kadang kala saya kuat kadang kala minda saya tenggelam di dalam kesedihan. Cuma sebagai penawar, jika kita sedang mengalami kesedihan jangan layan perasaan itu. Jangan layan lagu-lagu sayang sedih, bagi seseorang yang berjiwa sentimental macam saya jangan layan lagu-lagu yang menyedihkan atau lebih senang berhenti dengar lagu. Syaitan itu tahu kelemahan kita, bila kita lemah dia akan memanipulasikan kelemahan kita. Kehidupan saya bermula dengan jalan yang menyedihkan dan suram, semoga Allah menerima saya untuk mendapat jalan yang terbaik sebelum saya dikehendaki bertemu denganNya nanti. 

Saya juga ingin kongsikan link Channels yg sering saya dengar di YouTube http://www.youtube.com/channel/UCNDpwS2nEiGiJAW3Oe-3zBg .


AMISHA




1 comment:

  1. Saya doakan semoga Amisha sentiasa berada dlm lindungan dan rahmat Allah swt. Amisha masih muda. Saya yakin Allah ada perancangan lain yg lebih hebat utk Amisha di masa depan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST