Saturday, 12 July 2014

ALLIYAH - SAYA KE ATAU DIA (SUAMI) YANG MULA-MULA DAPAT HIV?

Salam, setahun lepas (sebelum berkahwin) apabila buat HIV test, saya positive. Kami buat test tu sama-sama tapi kami tenangkan diri dan tidak gelabah. 

photo hanya hiasan - drlarafernandez.com

Kami memang hidup dengan dosa dulu. Kehidupan saya sosial begitu juga dengan dia. Kami mngamalkan seks bebas, sebab tu apabila dua-dua positive kami diam. 

Then kami berkahwin after dua weeks married kita orang pergi check CD4 tu kan? Saya punya 1046 while my hubby 666, automatically buat saya fikir benda ni memang datang dari dia la kan? Now dah setahun dah kita orang kahwin, bulan 7 ni pulak buat test CD4 tu lagi. 

Entahlah saya sekarang ni hidup dengan salahkan dia. Dia yang dulu ramai sangat betina, maybe ni hukuman cash yang saya dapat. Saya insaf sekarang, saya banyakkan solat dekatkan diri dengan Allah. Saya bertaubat hampir setiap hari tetapi suami saya macam tak ada apa pun yang berubah. Dia tetap dengan dunia dia, dia macam tak takut dengan apa yang dia dah dapat. 

Bezanya cuma dia dah tak ada betina tetapi sosial life dia langsung tak sujud kat sejadah. Bertaubat apatah lagi…..hurmmmm walau apa pun saya cuba untuk hidup dengan virus ni. Harap Tuhan panjangkan umur saya untuk bagi peluang kat saya untuk terus bertaubat kepadaNya. 

Tapi kan En.Najmi awak rasa saya ke atau dia yang mula-mula dapat HIV ni? Saya nak tanya doktor tapi kita orang selalu jumpa doktor sekali, so terpaksa diam sebab nanti kang tak pasal-pasal kami bergaduh. Hurmmm….boleh tak En.Najmi rungkaikan persoalan saya ni?


ALLIYAH
(bukan nama sebenar)

 

Salam,

Tentang jumlah CD4 tersebut ianya bergantung pada hari ujian darah diambil, kalau badan kita sihat, tidur cukup tak stress mengamal hidup yang baik contoh makan makanan yang sihat insyaallah CD4 akan tinggi. TETAPI kalau tubuh badan kita tak sihat seperti demam, tak amal penjagaan kesihatan dan pemakanan yang baik, stress maka CD4 mungkin lebih rendah.

Buat pengetahuan saudari saya ada rakan lelaki yang sudah hampir 10 tahun menghidap HIV tetapi CD4 dia masih tinggi melebihi kiraan CD4 orang yang sihat ni, sebab ianya bergantung amalan yang kita buat, pemakanan, tak stress dan penting berdoa kepada ALLAH.

Pandangan saya harap supaya saudari usah memikirkan sangat siapa yang menjangkiti siapa, sebab semuanya dah berlaku, semoga saudari dapat meneruskan hidup tanpa menyalahkan sesiapa. Kalau saudari tahu saudari dapat jangkitan dari suami, apa tindakan saudari...? MARAH? Menyalahkan dia seumur hidup? ini semua akan buat saudari hidup dalam keadaan sentiasa tak senang. 

Kalau saudari ingin sangat tahu siapa yang menjangkiti siapa, cuba saudari lakukan solat hajat berdoa pada ALLAH supaya beri petunjuk yang jelas siapa yang menjangkiti siapa. Sebaiknya lupakan sahaja ya...:) - NAJMI





10 comments:

  1. Semoga puan sabar melalui ujian ini dan byk2 lah memohon pertolongan drpd Allah supaya suami puan berubah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,sebabtu klu kita hayati yg sebenarnya disebalik bala@musibah itu ada Hikmahnya,disitulah terpancar kasihsayang Allah.Dengan virus ini anda kembali kejalan yg benar.Apaguna sihat klu hidup sihat menjadi hamba yg buruk akhaknya,lalai perintah Allah,percayalah,kehidupan kita yg sbnrnya bukan didunia,yg kekal negeri Akhirat kekal abadi.banyakkanlah beribadah pada Allah,mudahan kita beroleh kemenangan,Amat rugilah pada yg masih tidak berubah,kerana teguran itu adalah bonus yg dikurniakan tapi ia masih ingkar pada Perintah Allah.rugilah ia.kelak menyesal tiada berguna lagi. Hr21

    ReplyDelete
  3. Betul tu anon. Saya setuju dengan awak. Rugilah mereka yg terpesona dengan keindahan dunia dan abaikan akhirat yg kekal abadi. Berapa lama sangat hidup di dunia ni kan.

    ReplyDelete
  4. Najmi, mcm mana dgn persiapan raya tahun ni? Berapa pasang baju buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Untuk pengetahuan awk sejak 2005 saya tidak pernah beli atau tempah baju melayu, saya ulang pakai pakaian yang lama2 atau pinjam aje baju dari adik lelaki yang lama2 tu. Walaupun sekali sekala tu teringin yang baru tapi saya rasa tak perlu sebab membazir aje huhu. Alhamdulillah seperti tahun2 lalu saya sibuk bersihkan rumah dan yang penting cuba menghabiskan 10 malam terakhir berikhtikaf di masjid, kerana itu pada saya paling penting sebagai persiapan buat diri sendiri sebelum menjelangnya hari raya....:)

      Delete
    2. Alhamdulillah. Itulah yg sebaik2nya najmi.

      Delete
  5. Salam, najmi, nak tanye rapid yg digunakan dihospital atau klinik kerajaan, same saje ke dengan rapid test kit yg dibeli di farmasi contoh cam ez-trust? -opel-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Opel,

      Abg rasa test pertama mungkin mereka menggunakan hiv kit seperti ez trust sebab resultnya cepat keluar..jika positif baru ujian makmal akan dilakukan. Wallahuallam.

      Delete
  6. salam.sy nk tnya sikit..kmarin saya ada membuat ujian darah untuk kahwin bersama tunang saya..apabla result keluar..drah sy sudh tercmar dan menunjukkn positif.tunang sy pula masih di tahap negatif...adakah sy sudah tegolong dlm golongngn pembawa hiv??
    saya akui,pada tahun lepas sy ada melakukan seks rambang bersama berlainan lelki tanpa memakai kondom...pada june td juga ada bersma seorang llki yg lansung tidk pernh melakukam sebrang seks rambang..pada julay td pula sy telah melakukan kegiatan yang sma bersama tunang sy...
    adakah tunang dan lelaki yg tidk pernh melakukan seks td akan terkena jangkitan dri sy???????
    boleh ke tidak jika kami meneruskan juga perkahwinan in?????????
    apa risiko jika kami meneruskan juga perkahwinan ini????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Abg dah jawab pertanyaan ini dalam email..harap saudari check email ya...Apa pun apa jua seks tanpa pelindungan adalah berisiko dijangkiti HIV.

      Jika selepas saudari dijangkiti HIV dan buat pula hubungan dg tunang atau dg rakan lelaki lain selepas dijangkiti HIV, jika kuman dalam darah saudari masih kurang (tak dikesan) apa tah lagi kalau tiada sebarang luka dizakar tunang dan lelaki lain tu maka risiko mereka dijangkiti HIV melalui saudari tak tinggi lagi dan mungkin tidak ada. WALLAHUALLAM

      Boleh aje teruskan perkahwinan jika dua2 bersetuju, tapi selepas kahwin sebarang hubungan perlu dilakukan dg selamat, perlu faham bagaimana HIV berjangkin dan sebagainya. Dapatkan nasihat dari doktor pakar sekiranya saudari hendak teruskan perkahwinan tersebut...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST