Wednesday, 30 July 2014

7 - SAYA POSITIF - SYAWAL YANG PERTAMA, AKU SEBAGAI PLHIV

"ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR...LAILLAHAILLAH HUWALLAH HUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR WALILLAH WAILHAM"


Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal bersulam Suka & Duka dengan musibbah yang melanda negara. Begitu juga perasaan dalam diri aku. Buat pertama kalinya aku menyambut Ramadan & Syawal pada tahun ini sebagai PLHIV dan sememangnya aku rasa sedih dengan apa yang terjadi ke atas diri aku atas pilihan cara hidup aku. Mungkin "Nasi Sudah Menjadi Bubur"...entahlah

Namun aku bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana aku berjaya berpuasa sebulan walaupun Doktor yang merawat aku TIDAK MENGALAKKAN aku berpuasa. Aku kuatkan semangat dan redha dengan apa jua kesan yang mungkin akan aku alami. Apa yang aku ingin kongsikan bersama adalah apa yang aku alami sepanjang aku berpuasa dan terpaksa meminda waktu memakan ubat HAART aku dari jam 8.00 pagi & 8.00 malam kepada sebelum Azan Subuh & selepas Azan Maghrib.

Pada minggu pertama puasaku, so far so good namun masuk minggu kedua, aku mengalami sintom "Imbalance" semula yang menyebabkan aku cukup tidak selesa untuk bekerja. Bukan itu sahaja, aku mengalami sintom "TINNITUS" (telinga berdesing 24 jam sehingga ke hari ini atau rasa berdesing selepas kena pelempang!). Walaupun ianya tidak menyakitkan aku tetapi ianya betul-betul membuatkan aku tidak selesa sehingga aku mendapatkan rawatan di Pakar ENT. Namun pemeriksaan luaran oleh Doktor Pakar mendapati tiada sebarang masalah pada telinga aku dan aku mengesyaki ianya adalah kesan perubahan masa pemakanan ubatan HAART aku. AKu tidaklah memberitahu status PLHIV aku kepada Doktor Pakar ENT (rahsia).

Memang benar tekaan aku, aku telah berhubung dengan Doktor aku dan ianya memang kesan dari perubahan pemakanan ubatan HAART aku itu. Aku panik pada awalnya takut sintom-sintom yang aku alami ini akan menjejaskan otak aku dan akan mengakibatkan lain-lain penyakit pula. Namun atas penjelasan dan nasihat Doktor yang merawat aku.. aku faham dan ianya tidaklah sampai ke tahap itu. ALHAMDULILLAH…

Hari ini (selepas berakhirnya bulan Ramadhan) aku makan ubat HAART aku kembali ke jadual masa yang lazimnya dan aku amat-amat berharap sintom Imbalace dan Tinnitus akan hilang dan aku kembali normal sihat walaupun aku PLHIV. Aku tetap menceriakan Zahir aku walaupun Batin aku tidaklah seceria Ramadan & Syawal tahun lepas. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, aku termenung dan hampir menitiskan airmata aku, adakah ini Ramadan & Syawal yang terakhir bagi hidup aku?? ALLAHUAKHBAR :_(

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

AKU PANJATKAN DOA KEPADAMU MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMATMU.

KASIHANILAH DIRIKU DAN BANTULAH DIRIKU DALAM MENJALANI RAWATAN DAN HIDUP SEBAGAI PLHIV.

AKU BERHARAP CD4 AKU TERUS MENINGKAT MELEBIHI 500 ATAU 600 DAN VIRALOAD AKU TURUN MENDADAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKESANI.

PANJANGKAN USIAKU DAN BIARLAH AKU MATI DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN BUKAN KERANA STATUS AKU SEBAGAI PLHIV...AMIN YA RABBALAMIN :_(


SAYA POSITIF
Sumber dari ruang komen 

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya buat semua,Buat saudaraku... apa yg saudara lalui adalah proses yg normal,bila kita diuji dengan berita negatif dah pasti kita akan melalui beberapa peringkat seperti kecewa,sedih,emosi,merendah diri,ini adlah normal.jarang org dapat berita negatif ia happy,ketawa malah gembira.Lama kelamaan adik akan melalui proses menyesuaikan diri yg hasilnya ketenangan diri dan redha.nasihat abg sabar dan ceria selalu,jgn terlalu memikirkan perkara yg negatif.ingat,plhiv bukan kita menuju kematian,dengan ubat yg ada ia seperti bateri long life buat plhiv dgn izin Allah.percayalah,masih ada plhiv yg panjang hayatnya dgn memakan ubatdan masih ada plhiv yg masih dilihat normal berbelas tahun tanpa rawatan lagi.dan ia masih dipantau oleh Doktor.hadapilah mcm biasa.Yg penting berubahlah menjadi hamba y soleh,bnykkan beramal untuk bekalan di akhirat.Allah menyayangi hambanya.apaguna sihat klu bnyk melakukan dosa tak sudah2. Apa yg dilalui ada hikmahnya.simpan Aib saudara,lalui dgn sabar.relax dan hidup mcm org normal.dgn beriman pada Allah inshaAllah Anda dipelihara hingga akhir hayat.moga kesudahan kita berjaya didunia yg penting diAkhirat bahagia, slmt hari raya maaf dipinta zahir dan batin ;-)

    ReplyDelete
  2. Amin...moga dipermudahkan urusan olehNya...

    ReplyDelete
  3. As salam... Raya edisi 2014 sayu buat diri ini lantaran kali ptama braya sbgai plhiv& kali ke2 beraya d perantauan ats urusan kerjaya. Rmdhan kali ini msih bkesempatan bpuasa spt biasa krna sy blum memulakan HAART, mgkin dlm bulan dpn agaknya..
    Sayu hati bila pulang braya d syawal ke4, memohon ampun& maaf pada ayah& bonda namun msih brahsia ttg status diri plhiv, dgn adik bradik pun sma... Jauh dlm hati ini rasa bdosa yg amat.. Moga Tuhan mengampuni diriku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Usah terlalu memikirkan sangat apabila hidup sebagai PLHIV, apa yang berlaku sudah pun berlaku...semua berlaku mempunyai sebab, yang penting kita terus berfikiran positif..ceria selalu dalam meneruskan kehidupan ini. Hidup mesti diteruskan jua.....:)

      Delete
  4. 8 - SAYA POSITIF - CD4 AKU MENINGKAT dari 400 lebih kepada 500 lebih

    Pada 3hb September yang lalu…aku menjalani ujian darah bagi mendapatkan bacaan CD4 (kali ke-3) dan Viral Load aku (kali ke-2).

    Macam biasa datang awal pagi, sarapan pagi dulu dan kemudian terus ke "Bilik Khas" :-) Tak sangka ramai juga yang senasib dengan aku dari yang tua, muda, lelaki, perempuan, normal/bisex atau gay/nyah mahupun Melayu/Cina..hehehehehe.. Buat muka tebal ajer lah..

    Doktor yang merawat aku cakap, keputusan CD4 akan diketahui dalam minggu depan dan ujian Viral Load MASIH TIDAK DAPAT dilakukan kerana Kerajaan hadapi masalah kewangan untuk beli "Antigen" (tak silap pendengaran aku). Sekali test untuk Viral Load, lebih kurang RM200 kos nya.. Wowww...mahal jugak ya.. Kerajaan yang menanggung kos ubatan dan rawatan HAART (1st line)... TERIMA KASIH tak terhingga

    Hari ini aku ketahui hasil ujian CD4 aku..SYUKUR ALHAMDULLILAH..Walaupun aku berpuasa penuh (nak ikutkan tak boleh puasa pada tahun ini dan tahun depan sebab akan menganggu masa pemakanan Ubatan HAART aku)..CD4 aku meningkat naik juga.

    Ujian pertama (sebelum rawatan HAART: JANUARI 2013) di bawah 200, Ujian ke-2 (setelah 3 bulan rawatan HAART: MEI 2014) - 400 lebih dan Ujian ke-3 (setelah 6 bulan rawatan HAART: SEPTEMBER 2014) - 500 lebih! (CD4 Normal: 500 ke 1000 atas bagi orang tanpa HIV/AIDS) tapi aku tetap sebagai Pembawa HIV (PLHIV) :’( Berbaloi juga walau aku berpuasa penuh, CD4 aku masih boleh naik 100.. kalau tak berpuasa sebulan, mungkin naik lebih dari itu..Wallahualam... :-)

    Aku jalani kehidupan aku seperti biasa (seperti orang normal) dan sebaik mungkin aku tutup rahsia dan penyakit yang sedang aku alami ini. Walaupun kesan desingan pada telinga aku (TINNITUS) masih lagi berterusan 24 jam dari minggu ke-2 bulan Ramadan, aku tetap kuatkan semangat dan cekal. Adakala rasa “GIVE-UP” juga kena makan ubat pagi dan malam (jemu) dan kerap sakit kepala. Namun dengan ubatan sampingan dan ‘suplement’ yang aku ambil, aku gagahi jua.

    Inilah pilihan hidup aku.. Dah tak boleh berpatah balik. Kena lalui dan teruskannya hingga ke akhir hayat...SEMOGA MENJAI IKHTIBAR KEPADA ORANG LAIN…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aku Positif kerana berkongsi kisah...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST