Wednesday, 30 July 2014

7 - SAYA POSITIF - SYAWAL YANG PERTAMA, AKU SEBAGAI PLHIV

"ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR...LAILLAHAILLAH HUWALLAH HUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR WALILLAH WAILHAM"


Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal bersulam Suka & Duka dengan musibbah yang melanda negara. Begitu juga perasaan dalam diri aku. Buat pertama kalinya aku menyambut Ramadan & Syawal pada tahun ini sebagai PLHIV dan sememangnya aku rasa sedih dengan apa yang terjadi ke atas diri aku atas pilihan cara hidup aku. Mungkin "Nasi Sudah Menjadi Bubur"...entahlah

Namun aku bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana aku berjaya berpuasa sebulan walaupun Doktor yang merawat aku TIDAK MENGALAKKAN aku berpuasa. Aku kuatkan semangat dan redha dengan apa jua kesan yang mungkin akan aku alami. Apa yang aku ingin kongsikan bersama adalah apa yang aku alami sepanjang aku berpuasa dan terpaksa meminda waktu memakan ubat HAART aku dari jam 8.00 pagi & 8.00 malam kepada sebelum Azan Subuh & selepas Azan Maghrib.

Pada minggu pertama puasaku, so far so good namun masuk minggu kedua, aku mengalami sintom "Imbalance" semula yang menyebabkan aku cukup tidak selesa untuk bekerja. Bukan itu sahaja, aku mengalami sintom "TINNITUS" (telinga berdesing 24 jam sehingga ke hari ini atau rasa berdesing selepas kena pelempang!). Walaupun ianya tidak menyakitkan aku tetapi ianya betul-betul membuatkan aku tidak selesa sehingga aku mendapatkan rawatan di Pakar ENT. Namun pemeriksaan luaran oleh Doktor Pakar mendapati tiada sebarang masalah pada telinga aku dan aku mengesyaki ianya adalah kesan perubahan masa pemakanan ubatan HAART aku. AKu tidaklah memberitahu status PLHIV aku kepada Doktor Pakar ENT (rahsia).

Memang benar tekaan aku, aku telah berhubung dengan Doktor aku dan ianya memang kesan dari perubahan pemakanan ubatan HAART aku itu. Aku panik pada awalnya takut sintom-sintom yang aku alami ini akan menjejaskan otak aku dan akan mengakibatkan lain-lain penyakit pula. Namun atas penjelasan dan nasihat Doktor yang merawat aku.. aku faham dan ianya tidaklah sampai ke tahap itu. ALHAMDULILLAH…

Hari ini (selepas berakhirnya bulan Ramadhan) aku makan ubat HAART aku kembali ke jadual masa yang lazimnya dan aku amat-amat berharap sintom Imbalace dan Tinnitus akan hilang dan aku kembali normal sihat walaupun aku PLHIV. Aku tetap menceriakan Zahir aku walaupun Batin aku tidaklah seceria Ramadan & Syawal tahun lepas. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, aku termenung dan hampir menitiskan airmata aku, adakah ini Ramadan & Syawal yang terakhir bagi hidup aku?? ALLAHUAKHBAR :_(

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

AKU PANJATKAN DOA KEPADAMU MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMATMU.

KASIHANILAH DIRIKU DAN BANTULAH DIRIKU DALAM MENJALANI RAWATAN DAN HIDUP SEBAGAI PLHIV.

AKU BERHARAP CD4 AKU TERUS MENINGKAT MELEBIHI 500 ATAU 600 DAN VIRALOAD AKU TURUN MENDADAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKESANI.

PANJANGKAN USIAKU DAN BIARLAH AKU MATI DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN BUKAN KERANA STATUS AKU SEBAGAI PLHIV...AMIN YA RABBALAMIN :_(


SAYA POSITIF
Sumber dari ruang komen 

Friday, 18 July 2014

PENYELIDIK TERTINGGI AIDS ANTARA YANG TERBUNUH DALAM NAHAS PESAWAT MH17

MELBOURNE, 18 Julai 2014  - Penyelidik-penyelidik AIDS peringkat tertinggi yang sedang dalam perjalanan bagi menghadiri persidangan antarabangsa di sini dilaporkan antara mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, pada Khamis.

AIDS expert Joep Lange was on the Malaysia Airlines flight. Source: Supplied

Penyelidik klinikal Belanda dan Pengarah Bersama Penyelidikan Kerjasama HIV Belanda-Australia Dr Joep Lange dilaporkan antara mereka yang terbunuh dengan sahabat dan rakan sekerja meluahkan kesedihan menerusi Twitter, lapor portal ninemsn.

Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) tidak menamakan mana-mana penumpang tetapi mengeluarkan kenyataan menyatakan 'kesedihan ikhlas' berikutan kehilangan "rakan-rakan dan rakan sekerja" yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.
 

"Pada waktu yang sangat sedih dan sensitif ini, IAS berdiri bersama keluarga di peringkat antarabangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang". 

Sejumlah penumpang dipercayai mewakili organisasi seperti 'Stop AIDS Now' dan 'AIDS Fonds Netherlands'. Mereka dalam perjalanan ke persidangan AIDS. 

Sementara itu, Menteri Luar Australia Julie Bishop mengesahkan 27 warga Australia terbunuh dalam kemalangan udara itu, menurut Australian Associated Press. 

Bercakap dalam sidang media di Canberra, Bishop berkata angka itu telah disahkan menerusi penyata penerbangan dan pasport, tetapi memberi amaran angka berkenaan mungkin meningkat kerana lebih ramai penumpang telah dikenal pasti. 

Seorang pegawai dari Kod perkongsian KLM Royal Dutch Airlines mengumumkan angka sebelum ini dalam sidang akhbar di Amsterdam. 


MAS mengumumkan di Kuala Lumpur bahawa daripada 283 penumpang, Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal); Australia, 27; Indonesia, 12; United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41. 

Pesawat MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.  

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada awal Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh.  

-- BERNAMA 


AL FATIHAH dan salam takziah buat mangsa-mangsa nahas MH17. Buat masa ini penting bagi kita semua mendoakan agar semua waris mangsa diberi kesabaran dan ketabahan ketika menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang - NAJMI


 

Saturday, 12 July 2014

ALLIYAH - SAYA KE ATAU DIA (SUAMI) YANG MULA-MULA DAPAT HIV?

Salam, setahun lepas (sebelum berkahwin) apabila buat HIV test, saya positive. Kami buat test tu sama-sama tapi kami tenangkan diri dan tidak gelabah. 

photo hanya hiasan - drlarafernandez.com

Kami memang hidup dengan dosa dulu. Kehidupan saya sosial begitu juga dengan dia. Kami mngamalkan seks bebas, sebab tu apabila dua-dua positive kami diam. 

Then kami berkahwin after dua weeks married kita orang pergi check CD4 tu kan? Saya punya 1046 while my hubby 666, automatically buat saya fikir benda ni memang datang dari dia la kan? Now dah setahun dah kita orang kahwin, bulan 7 ni pulak buat test CD4 tu lagi. 

Entahlah saya sekarang ni hidup dengan salahkan dia. Dia yang dulu ramai sangat betina, maybe ni hukuman cash yang saya dapat. Saya insaf sekarang, saya banyakkan solat dekatkan diri dengan Allah. Saya bertaubat hampir setiap hari tetapi suami saya macam tak ada apa pun yang berubah. Dia tetap dengan dunia dia, dia macam tak takut dengan apa yang dia dah dapat. 

Bezanya cuma dia dah tak ada betina tetapi sosial life dia langsung tak sujud kat sejadah. Bertaubat apatah lagi…..hurmmmm walau apa pun saya cuba untuk hidup dengan virus ni. Harap Tuhan panjangkan umur saya untuk bagi peluang kat saya untuk terus bertaubat kepadaNya. 

Tapi kan En.Najmi awak rasa saya ke atau dia yang mula-mula dapat HIV ni? Saya nak tanya doktor tapi kita orang selalu jumpa doktor sekali, so terpaksa diam sebab nanti kang tak pasal-pasal kami bergaduh. Hurmmm….boleh tak En.Najmi rungkaikan persoalan saya ni?


ALLIYAH
(bukan nama sebenar)

 

Salam,

Tentang jumlah CD4 tersebut ianya bergantung pada hari ujian darah diambil, kalau badan kita sihat, tidur cukup tak stress mengamal hidup yang baik contoh makan makanan yang sihat insyaallah CD4 akan tinggi. TETAPI kalau tubuh badan kita tak sihat seperti demam, tak amal penjagaan kesihatan dan pemakanan yang baik, stress maka CD4 mungkin lebih rendah.

Buat pengetahuan saudari saya ada rakan lelaki yang sudah hampir 10 tahun menghidap HIV tetapi CD4 dia masih tinggi melebihi kiraan CD4 orang yang sihat ni, sebab ianya bergantung amalan yang kita buat, pemakanan, tak stress dan penting berdoa kepada ALLAH.

Pandangan saya harap supaya saudari usah memikirkan sangat siapa yang menjangkiti siapa, sebab semuanya dah berlaku, semoga saudari dapat meneruskan hidup tanpa menyalahkan sesiapa. Kalau saudari tahu saudari dapat jangkitan dari suami, apa tindakan saudari...? MARAH? Menyalahkan dia seumur hidup? ini semua akan buat saudari hidup dalam keadaan sentiasa tak senang. 

Kalau saudari ingin sangat tahu siapa yang menjangkiti siapa, cuba saudari lakukan solat hajat berdoa pada ALLAH supaya beri petunjuk yang jelas siapa yang menjangkiti siapa. Sebaiknya lupakan sahaja ya...:) - NAJMI





Thursday, 10 July 2014

UZZI - JIKA HIV INI KAFARAH DIATAS DOSA-DOSA SAYA SELAMA INI, SAYA REDHA.

Saya pun berasakan HIV ni sebagai satu "anugerah" dan "hidayah" buat saya.
 
photo hanya hiasan - www.deviantart.com


Kalau tidak kerana HIV, mungkin saya akan terus lalai dan hanyut. Semenjak saya ada HIV ni, saya cuba sebaiknya untuk tidak tinggalkan solat. Kadang-kadang ada solat awal waktu, kadang-kadang akhir waktu, tapi sebolehnya saya taknak tinggalkan solat lagi seperti dulu. kalau ada kesempatan, memang saya akan pergi solat subuh dan magrib jemaah di masjid.

Sekarang ni, kembali baca al-quran. Kalau dulu, jarang-jarang sangat nak sentuh. Bukan tak tau baca cuma malas nak baca. Tapi bila ada HIV, dok ingat mati, sebab takut mati dalam keadaan amal kurang, buat termampu boleh segala amal kebaikkan.

Kehidupan yang dulu, memang dah buang jauh-jauh. Memang kadang-kadang tu, nafsu memang bergelora, darah muda katakan, tapi saya tahankan dan lawan sedaya mungkin. Saya mengelak untuk berjumpa "kawan-kawan yang boleh mendorong saya ke arah kehidupan lama", dan saya mengelak untuk "berjumpa dan berkawan dengan orang-orang baru yang hanya ingin berjumpa untuk casual sex". Setakat ni, alhamdulillah, saya berjaya mengelak dan mengawal godaan.

Dan kali ini, saya tergerak hati nak buat umrah, kalau dulu, pergi setakat buat syarat je sebab mak sponsor, sekarang ni, saya sendiri yang nak pergi, saya sendiri yang nak kuar belanja, saya sendiri yang nak mencari keredhaan Nya. Semoga Allah mudahkan urusan umrah saya.

Kadang-kadang, terdetik di hati saya, rasa kecewa dan biar nyawa saya diambil di Tanah suci saja semasa umrah nanti, tapi saya tahu, tidak elok minta sebegitu. Saya yakin Allah panjangkan umur saya, berikan saya kesihatan yang baik (walaupun CD4 saya bawah 200), murahkan rezeki saya, mesti ada sebabnya. Mungkin ada "tugasan" yang belum selesai untuk saya, saya yakin, Allah maha mengetahui. dan saya bersyukur dengan nikmatNya.

Entry ni (disini), buat saya insaf. Betul kata orang tua, sudah terhantuk baru nak terngadah, tapi jika kita tidak terhantuk, kita tidak akan sedar akan kesilapan dan kelalaian kita. Kita juga tidak akan terngadah atas kealpaan kita dulu dan berubah untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik dan beriman.

ini semua adalah sebagai peringatan awal kepada diri saya sendiri. Seksaan di akhirat lebih mengazabkan daripada seksaan di dunia. Jika HIV ini dapat mengurangkan azab di akhirat kelak, saya rela menerimanya dengan hati yang redha. Jika HIV ini sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya yang terdahulu, saya redha menerimanya.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Nya

-UZZI-
Sumber dari ruang 
komen pembaca di SINI



HERPES JANGKITI PASANGAN

GELEMBUNG, ruam atau kudis boleh berlaku pada anggota kelamin lelaki yang biasanya muncul pada mana-mana bahagian, termasuk dekat pembukaan lubang kencing.

Jangkitan virus herpes boleh muncul seperti tanda kemerahan pada kulit atau kulit terasa sengal atau gatal dan kemudian menggelupas atau menggelembung

Baru-baru ini, seorang lelaki beritahu, dia mengalami kulit seakan-akan melecur pada hujung zakar dan kini menggelupas. Perkara ini merisaukannya walaupun selepas mendapat rawatan doktor.

Kesan seakan-akan melecur mungkin jangkitan herpes dan biasanya kudis sebegitu mengambil masa untuk kering dan pulih.

Jika jangkitan kuman atau kulat lain, tentu rawatan diberi doktor tidak berkesan. Namun, tindakan berjumpa doktor adalah tepat meskipun ragu-ragu dengan jawapan diberi.

Adakala doktor sukar mengenali penyakit sebenar kecuali melalui ujian tertentu. Jangkitan virus herpes boleh diketahui melalui ujian darah. Jika menghidapi jangkitan herpes, penyakit terbabit boleh menjangkiti pasangan.

Ia boleh diketahui jika pasangan mengalami perubahan sama seperti perubahan kulit yang menyebabkan kesakitan, kulit gelembung dan ruam.

Setiap lelaki perlu ada sedikit sebanyak ilmu mengenai penyakit itu supaya tahu apa perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.

Kudis pada anggota kelamin boleh muncul sebagai satu kudis atau berkumpul sebagai beberapa kudis di bahagian sama atau berdekatan.

Ia boleh muncul seperti tanda kemerahan pada kulit atau kulit terasa sengal atau gatal dan kemudian menggelupas atau menggelembung. Jika kudis terkena air akan terasa sakit.

Biasanya, kudis zakar dikaitkan dengan pelbagai jangkitan kuman, virus atau kulat penyakit kelamin kerana hubung kaitnya dengan hubungan kelamin.

Jika kebetulan pesakit itu menghidapi jangkitan HIV, kesan jangkitan kulat serta kuman virus kepada kulit boleh menjadi lebih ketara dan lebih teruk.

Namun, tidak semestinya semua kudis pada anggota kelamin akibat kuman penyakit kelamin. Jika kebetulan lelaki itu mengamalkan seks oral, mungkin gigitan pasangan boleh mencetuskan jangkitan daripada kuman dalam mulut.

Kadangkala, alahan boleh mencetuskan reaksi kepada kulit zakar dan mengakibatkan kulit menggelembung. Jarang kudis terjadi akibat jangkitan penyakit tibi kulit dan kanser kulit.
 

Sumber Harian Metro



NOVEL - MEMBAKAR SYURGA, MENGGUYUR NERAKA OLEH HANA

Saya berbalas email dengan pengarang novel ini beberapa bulan lalu, ketika beliau sedang sibuk menyiapkan novel terbarunya.

Tujuan beliau hanya kerana mahu mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan serta sifat-sifat seorang lelaki gay kerana terdapat watak lelaki gay didalam novel terbarunya ini. Hadi merupakan watak yang mewakili golongan gay didalam novel ini. Insyaallah jika berpeluang nanti, saya akan cuba membaca novel itu nanti.

Bagi pembaca yang berminat untuk membaca novel yang bertajuk, "Membakar syurga, mengguyur neraka" ini boleh dapatkan dikedai-kedai buku berdekatan atau boleh membeli melalui online - KLIK DISINI - NAJMI



NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang  membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.  

“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA 

“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha? 

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik. 

Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan. 

“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA 

“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA 

“Rahul...” - DONA  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HADI... Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya. 

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya? 

Product: Membakar Syurga, Mengguyur Neraka 
Semenanjung : RM30  
Sabah/Sarawak : RM33  
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online) 
Beli secara Online - KLIK DISINI 



NOVEL - PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH



Manakala novel pertama Hana Ilhami yang bertajuk, PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH telah dijadikan sebuah drama supertele sempena Ramadhan yang akan disiarkan di Astro xclusive pada 16 julai 2014 ini. Adaptasi drama mungkin sedikit longgar, kerana cerita dari buku setebal 800 muka surat lebih telah cuba diringkaskan menjadi drama selama 2 jam saja.

Boleh klik di sini,
http://instagram.com/p/qWJFFzH4EE

Pelakun Perempuan Lindungan Kaabah - sumber dari http://admya.blogspot.com

Sinopsis novel Perempuan Lindungan Kabaah:

Perempuan Lindungan Kaabah. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai Muslimah solehah. Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi isteri telah membuat hati Hanan keliru untuk memilih antara jasa dan rasa. Alex? Amir? Fareez?

Demi membalas budi, Hanan berkorban. Dia akhirnya memilih lelaki yang tidak pernah dia fikir akan menjadi pasangan hidupnya. Lelaki yang sering mengabaikan perintah Tuhan dan kehadiran Sally teman wanita lelaki itu menguji bahtera yang di bina.

Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki itu yang bergelar suami. Tapi, perlukah dia mengorbankan prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tak pasti.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah.....

Hari ini (14-7-2014) saya terima senaskah novel MEMBAKAR SYURGA, MENGGUYUR NERAKA dari Hana Ilhami, insyaallah saya akan baca novel tersebut. 

Terima kasih Hana. - NAJMI





LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST