Friday, 20 June 2014

ZAL EE - POSITIF HIV "APAKAH INI BALASAN ALLAH?" JAWAB SAYA "YA"

Assalamualaikum, saya ZAL EE (bukan nama sebenar) ingin berkongsi kisah yang mungkin boleh dijadikan pedoman, terutama ingatan kepada para remaja diluar sana yang aktif dan tidak takut terus menerus melakukan aktiviti maksiat.


Pertamanya saya mahu mengajak kita semua mengucap syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terkira. Pada saya, hidup sebagai PLHIV adalah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh  Nya dalam cara yang berbeza kerana saya juga melihatnya dari sudut yang berbeza. 

Persoalan utama yang timbul saat ketika saya mengetahui diri saya positif HIV adalah “Apakah ini balasan Allah?” Mulut saya berkata “Ya!” HIV ini adalah balasan Allah atas dosa-dosa saya yang lalu. Namun jauh disudut hati saya pula berkata “Bukan!” sebab mendapat HIV ini adalah tanda kasih sayangnya Allah kepada saya, Dia menyedarkan saya yang selama ini leka dalam kehidupan tanpa mempedulikan soal halal dan haram.

Detik “hitam” ini bermula pada suatu hari di mana saya menerima sekeping SMS daripada seorang pasangan seks saya sebelum itu yang memberitahu saya bahawa dia telah diserang symptom penyakit kelamin Gonorhea. Dia telah meminta agar saya segera berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada kemungkinan saya juga turut dijangkiti dengan penyakit itu. Pada hari yang sama itu ketika saya berada seharian di pejabat, tumpuan saya terhadap kerja hilang. Kami kemudian sama-sama merancang untuk menjalani pemeriksaan darah bagi mengesahkan status Gonorhea tersebut. 

Kami memohon cuti keesokan harinya dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian Gonorhea tersebut dan menjalani ujian HIV sebagai langkah berjaga-jaga. Tiba di sebuah hospital, kami menjalani ujian HIV terlebih dahulu kerana itu yang lebih penting dan lebih dibimbangi berbanding Gonorhea. 

Doktor memaklumkan bahawa keputusan saya adalah reaktif HIV pada 07 Mei 2014 dan segera mengambil contoh darah saya bagi ujian pengesahan kali kedua di makmal. Alhamdulillah, walaupun pasangan saya itu telah dijangkiti Gonorhea, tetapi keputusan ujian HIV beliau adalah negatif, manakala saya pula tidak dijangkiti Gonorhea tetapi telah disahkan mendapat jangkiti virus HIV.

Sejak hari itu, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan mengerti bagaimana resah bimbang dan takutnya perasaan hati saya. Sukar hendak saya luahkan bagaimana perasaan saya didalam ruang  di sini yang pasti "Hidup Mesti Diteruskan!"

Inilah yang saya maksudkan dengan kasih sayang Allah, Dia memberi peringatan kepada saya supaya tidak terus lalai dan hanyut ke lautan maksiat dan kembali mengingatiNya. Hanya pada Dia. Buat masa ini saya tiada tempat untuk mengadu walau, ayah dan ibu saya pun tidak tahu lagi tentang status saya. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kisah ini mungkin singkat pada karangannya, namun ia merupakan permulaan kisah kehidupan saya yang tidak pasti akan penghujungnya, yang akan bermula dalam hidup saya mulai sekarang. Saya sentiasa mendoakan agar hidup dan mati kita semua hanya di dalam Iman dan Taqwa di dada bersama Redha dan Kasih SayangNya.

Terima kasih tidak terhingga saya kepada abang Naj Mi kerana banyak berkongsi info dan pengalaman selain memberikan semangat moral dan saya amat menghargai sekiranya ada sesiapa yang sudi berkongsi suka dan duka bersama saya dalam menjalani hidup ini. 

Sekian, Assalamualaikum. 


ZAL EE


 

5 comments:

  1. banyakkan bersabar..n jgan anggap ini sebagai balasan..anggap ini sebagai kifarah..u need to talk..talk to someone..find a support group..biar diri rasa motivate ntuk terus live a normal life..

    -eff-
    HIV IS NOT THE END, BUT IT IS A BEGINNING OF A NEW JOURNEY

    ReplyDelete
  2. Zalee...saya ada kenal orang yg hidup sbg plhiv selama 30 tahun dan beliau masih sihat sangat2. Beliau hidup dgn begitu positif. Beliau tidak benarkan sama sekali hiv yg tentukan hidup beliau sebalinya beliau yg rancang kemana hala tuju hidup beliau.

    ReplyDelete
  3. Allah mha pgampun& mha pyayang... Sma2 kita ambil ikhtibar

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikom leh jumpa or hubungi 0127100984 wattsup or I'd wchat

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST