Friday, 6 June 2014

WAN - BARU DISAHKAN POSITIF HIV, PATUTKAH SAYA TERUSKAN HASRAT KE HONG KONG?


Salam abang Najmi,

Saya involve aktiviti berisiko sudah lama sejak 2007 or 2008. Tetapi baru tahun ni saya beranikan diri untuk menjalani ujian HIV. Saya baru sahaja disahkan positif HIV selepas screening test di PT Foundation pada 24 Mei 2014 lalu. Saya sudah buat ujian darah di HSB pada 1 Jun lalu tetapi result hanya akan keluar pada 30 Jun ni. Bermakna saya masih tidak tahu kiraan CD4 dan Virol Load lagi.

Tetapi kalau difikir-fikirkan mengenai simptom HIV, saya sudah mengalaminya sejak tahun 2010. Cuma demam yang lambat sembuh. Tetapi pada masa tu sungguh bodoh apabila saya ingat ianya disebabkan gangguan maklhlus halus. Sebab saya memang tidak pernah mengalami masaalah sedemikian.

Pada masa yang sama saya sudah pun booked tiket penerbangan ke Hong Kong (perjalanan) selepas minggu ketiga raya puasa nanti iaitu pada 17 Ogos. Tapi abang rasa patut ke saya teruskan ke Hong Kong since 2 kawan lain harap saya pergi. Lagipun saya yang rancang percutian selama 7 hari itu.  Saya serba salah sebab i had a feeling bahawa CD4 saya mungkin rendah (seminggu sebelum 24 Mei saya kena STD) sebab itu saya check HIV. Saya juga seperti abang Najmi suka travel setiap tahun. Saya sedih kerana status HIV+ve ini akan membataskan aktiviti kegemaran saya ini. 

Ada kala saya juga alami serangan "panic attack" terutamanya ketika waktu senja atau ketika duduk di tempat gelap. Tetapi saya dapat "manage" masaalah ini dari masa ke masa. Apa pendapat abang? Terima kasih.


WAN 
(6 Jun, 2014) 



Salam Wan, 

Pandangan abang keputusan pada 30 Jun itu agak penting juga sebelum Wan boleh buat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak. 

Jika CD4 Wan tinggi dan Virol Load rendah (sebaiknya tidak dikesanlah) tidak menjadi masaalah jika Wan mahu keluar negara. Tetapi jika result pada 30 Jun itu nanti menunjukkan CD4 Wan semakin rendah dan memerlukan Wan untuk memulakan rawatan HAART, mulalah segera dan insyaallah sementara tibanya tarikh 17 Ogos itu nanti abang pasti kesihatan Wan akan semakin baik, dan boleh saja teruskan niat ke Hong Kong tetapi terpaksa membawa bersama bekalan ubat lah.

Ada beberapa rakan abang yang pernah keluar negara membawa bersama ubatan HAART ke Indonesia malah sehingga ke kota London tidak menjadi masaalah.
 

Abang sendiri pernah tanya mengenai masaalah ini (keluar negara) pada doktor, jawapan mereka tidak jadi masaalah bagi PLHIV jika mahu keluar negara, yang penting kita tidak lupa membawa bekalan ubatan bersama dan sebaiknya dapatkan juga vaksin-vaksin tertentu bagi mengelak diri kita dari mendapat sebarang jangkitan penyakit lain ketika disana (rujuk kepada doktor) dan kita juga kena bijak memilih makanan dan minuman ketika berada disana.

Sama ada mahu teruskan atau tidak bergantung pada tahap kesihatan dan keyakinan dalam diri Wan. Kalau abang ditempat Wan lah mungkin abang akan batalkan pemergian abang ke sana, tak mengapa rugi sedikit yang penting dapatkan rawatan dulu. Apabila keadaan kesihatan kita berada pada tahap yang meyakinkan, apabila tahap keyakinan semakin tinggi, baru lah kita buat perancangan lain jika mahu kemana-mana.

Sebaiknya berbincang dan dengar nasihat doktor. Walaupun result pada 30 Jun lambat lagi, pada abang tidak salah kalau Wan hubungi doktor atau berjumpa dengan doktor sebelum tarikh tersebut bagi mendengar pandangan mereka mengenai perancangan Wan itu, supaya Wan boleh buat keputusan segera.

Apapun semua diatas adalah pandangan peribadi abang aje, mungkin ada pembaca lain yang mempunyai pandangan yang berbeza, jika ada boleh lah tinggalkan komen bagi membantu Wan mengatasi masaalah ini. Dan jika ada rezekilah mungkin kita boleh travel bersama...:) - NAJMI


3 comments:

  1. Wan..mohon dapatkan pandangan daripada doktor yg rawat wan. Betul kata abang najmi, kalau cd4 rendah dan jika wan jatuh sakit di negara orang memang agak merisaukan kerana kos rawatan mungkin tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anonymous,

      Pengalaman saya dulu, apabila saya demam ketika berada di negara jiran seorang diri, saya telah diserang "gangguan kebimbangan" yang sangat teruk, puncanya sebab bimbang terpaksa masuk ke hospital disana, dan pastinya kepala memikirkan mengenai kos, dan bimbang berita (kalau terpaksa masuk hospital disana lah) akan sampai pada pengetahuan keluarga di Msia, bimbang dari tak tahu nanti terus tahu mengenai status saya. Sebab itu sebagai PLHIV kita kena pastikan keadaan kesihatan kita dalam keadaan baik sebelum keluar negara.


      Delete
    2. Betul tu najmi. Sebaik2nya dapatlah nasihat daripada doktor terlebih dahulu kan. Mana lebih penting antara kesihatan diri dengan nak gembirakan kawan2? Rasanya kesihatan diri adalah lebih penting kan. Hong kong tu tak akn kemana2. Bila dah dapatkan rawatan nanti dan viral load dah rendah pergilah.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST