Friday, 27 June 2014

TIPS AARON BUAT JAFFAR - BAGAIMANA NAK LAYAN SAHABAT BAIK YANG STRAIGHT

Kisah Aaron pernah saya siarkan didalam entri bertajuk, "AARON SEORANG GAY – TERLINTAS NAK BERHIJRAH DAN MASUK KRISTIAN", Aaron telah meninggalkan komen nasihat serta memberi tips berkongsi bagaimana seorang gay nak melayan seorang kawan baik yang straight. 

Tips dari Aaron ini telah ditinggalkan didalam ruang komen didalam entri, "JAFFAR- AKHIRNYA MEREKA TAHU SAYA GAY DAN BUANG SAYA DARI HIDUP MEREKA" 

photo hanya hiasan

Alhamdulillah dan terima kasih pada Abang Najmi dan nasihat-nasihat yang saya terima sebelum ni. Jika entri abang Najmi telah meletakkan nama saya sebagai Aaron. Maka, sebaiknya saya komen guna nama yang sama sebab cam best plak, ade nilai komercial…hu3

Kepada kawan-kawan yang saya sayang, mempunyai kawan baik dan putus amat menyakitkan. Apatahlagi, bila melibatkan hati dan perasaan. Pernah jumpa kawan baik yang sanggup ponteng kuliah semata-mata nak jaga diri kita yang terlantar sakit (seminggu saya terlantar kena denggi) dan sakit berpanas hujan kerana kita? Layan kita macam adik-beradik? Mungkin kawan-kawan pernah, begitu juga saya. Bahkan, sayang sangat kat sahabat seorang tu. 

Ya, saya pernah buat khianat pada dia. Buat sesuatu yang amat tidak boleh diterima oleh seorang yang bergelar straight. Akibatnya, saya dibuang dari rumah sewa kami dan dipulau oleh rakan-rakan. Hati mana tak sedih dan bumi mana tak ditimpa hujan. Sahabat baik aku terus putus hubungan, title ‘close friend’ dibuang. Akhirnya, terlintas di hati nak keluar agama. Astaghrfirullahalazim….aku mengucap balik.

Lepas dapat nasihat dari Abang Najmi dan komen dari blog abang, aku rasa aku tidak bersendirian dan akan kuat melangkah. Enam bulan ambil masa, aku terus meminta ampun dari Allah dan sahabat baik aku. Di samping memulihkan emosi diri sendiri, dua bulan aku hidup tidak bermaya.

Pada semester akhir… H kata, ”Aku dah maafkan kau. Lupakan peristiwa yang lepas, mulakan hidup baru.” Bila dengar macam tu, keluar mencurah-curah air mata. Mulai hari itu, aku dah anggap dia cam adik-beradik aku. Kami selalu berkongsi masalah dan alhamdulillah segala-galanya bertambah baik. 

Aku ingin kongsi tips nak layan sahabat baik yang straight macam mana;

1 - Jangan lepaskan perasaan marah kerana cemburu bila tengok dia SMS dan bercakap dengan awek/bakal isteri

2 - Berikan sokongan moral dalam setiap keputusannya dan betulkan apa yang salah dengan hikmah

3 - Bila tidur di sebelah sahabat kita, elakkan memandang wajah dia ketika tidur dan ingatlah Allah supaya syaitan tidak menjadi orang ketiga dalam merosakkan persahabatan

4 - Ajak sahabat ke arah kebaikan seperti ke masjid sama-sama atau tumpangkan dia ke kuliah

5 - Anggap dia sebagai adik/abang kita supaya kita tidak ber’selera’ pada dia

6 - Jaga dia ketika sakit tetapi jangan mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi seperti melihat aurat dia

7 - Bersabarlah kerana sahabat kita yang straight ni kadang-kadang panas baran

8 - Tidur dengan sahabat sebaiknya jangan berselimut sekali dan elakkan tidur pada jarak yang dekat

9 - Doa dia dalam kebaikan… Insha Allah malaikat pun akan doa yang sama pada kita

10 - Jangan sesekali meluah perasaan cinta pada dia jika anda masih ingin bersahabat baik kerana bukan semua orang straight boleh menerima perkataan sayang dari seorang lelaki

 
Apa pun dalam hidup ini, walaupun kita tahu kita bersendirian. Tetapi, percayalah kita tidak bersendiri. Cuma kita dipisahkan oleh waktu, jarak dan hubungan yang berbeza. Alhamdulillah, jika kita dapat berkumpul lepas mati nanti dan Nabi Muhammad S.A.W melihat kita dengan perasaan yang gembira kelak.  

Jihad yang besar adalah mengawal nafsu diri sendiri.

Akhir sekali, aku mohon doa dari korang semua agar doakan aku berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Aku bercita-cita nak sambung belajar tahun depan Insha Allah pada peringkat master. Doakan aku berjaya dan aku doakan kamu berjaya juga Insha Allah. Sayang dan rindu adalah rahmat Allah walaupun tidak bersua muka. 


AARON (kisah Aaron diSINI)



3 comments:

  1. Saya mendoakan anda dipertemukan jodoh dgn org yang boleh menerima baik buruk anda supaya anda berusaha untuk tidak terjebak dalam dunia itu lagi

    ReplyDelete
  2. Ryan pon setuju dengan tips-tips tuh. tapi ryan tak ramai sgt kwn ngan jantan-jantan straight nih. so tatau sgt lah...

    ReplyDelete
  3. Saya rasa tips yg diberikan tu mmg bernas..

    syukurlah sbb aron cepat sedar dn kembali ke pangkal jalan..

    Sy doakan semoga aron sentiasa dlm lindungan Allah.. amin..

    semoga berjaya aron ✌✌✌

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST