Saturday, 28 June 2014

TERBONGKARNYA KEHIDUPAN DAIF PASANGAN GAY DI FLAT TAMAN SEMARAK, NILAI.

SEREMBAN 27 Jun 2014 - Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.


Faizal Fazri Othman (kiri) menyoal siasat lelaki Melayu (dua dari kiri) dalam Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Flat Taman Semarak, Nilai, Seremban, semalam. - IHSAN/Imigresen Negeri Sembilan


Selepas Jabatan Imigresen negeri menyelamatkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan bersendirian sehingga kurus kering di flat berkenaan baru-baru ini, malam tadi lain pula ceritanya.

Seorang lelaki warga Kanada berusia 50 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di flat itu pada tarikh di mana remaja OKU ditemui, dibawa kembali ke flat berkenaan untuk siasatan lanjut selepas memberikan kenyataan yang mencurigakan petang semalam.

Hasilnya, lelaki Kanada yang menyara kehidupan dengan mengutip bahan buangan dan mengekstrak tembaga di sekitar Nilai, rupanya membongkar kisah 'cinta gay' dengan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun di kediaman mereka dalam flat berkenaan, malam tadi. 

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, lelaki tempatan berkenaan pernah bersama warga asing itu ketika menetap di Kanada selama 15 tahun sebelum diusir balik ke negara ini.

"Saya membawa keluar lelaki Kanada itu dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk membuat pemeriksaan lanjut di kediamannya di Flat Taman Semarak Nilai kerana mencurigakan selepas diberitahu dia mengutip sampah, botol dan barangan buangan untuk menyara kehidupan sejak lima tahun tinggal lebih tempoh di negara ini. 

"Apabila tiba di unit mereka, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan di situ dan selepas disiasat, dia mengaku lelaki Kanada itu adalah 'kekasih songsangnya' dan mereka memang tinggal bersama.

"Sedih ditinggalkan 'kekasih' lelaki tempatan ini, lelaki Kanada terbabit sanggup datang ke negara ini dan menetap di Nilai kerana mahu bersama. Malah lelaki tempatan itu berkata, 'kami bukan sekadar kawan, kami adalah kekasih'," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambahnya, pasangan gay itu juga menghasilkan lagu, 'electronica' dan boleh didengar dalam laman sosial Facebook, Das Dritte Situatist dan Situatis Das Dritte.

"Nama kumpulan muzik mereka adalah Situatist Deux dan menghasilkan lagu 'electronica'. Turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah seekor anjing," katanya. 

Menurut Faizal Fazri, keadaan rumah yang didiami pasangan gay ini kotor dan tidak terurus, malah bilik airnya menjijikkan dan sinki pula hampir jatuh.

"Lelaki Kanada itu ditahan untuk siasatan lanjut di depot sama, manakala lelaki tempatan itu disoal siasat sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.

Sumber DISINI



Ini satu gaya hidup yang amat salah terutama bagi kita yang beragama Islam, usah terlalu ikutkan perasaan, jangan terikut sangat dengan gaya hidup mereka yang bukan Islam. Berkawan dengan sesiapa pun boleh tetapi berkawanlah kerana Allah bukan berkawan kerana terlalu ikutkan perasaan cinta (songsang) dan nafsu. 

Saya sangat bersempati kepada lelaki melayu tersebut yang terus dibiarkan hanyut kerana menikmati kehidupan seperti itu. Cinta sejatilah kononnya itu. Pemuda melayu tersebut dan sudah tentunya beragama Islam, terus dibiarkan Allah hanyut tanpa dipedulikan, tanpa diberi sebarang amaran selama ini. Allah langsung tidak menegur beliau mengenai kehidupan berpasangannya selama ini adalah sangat salah.

Semoga dengan terbongkarnya kisah kedaifan hidup mereka berpasangan ini merupakan teguran dari Allah SWT kepada pemuda melayu tersebut, dan akan membuka lambaran baru buat beliau. Mudah-mudahan beliau segera menyedari bahawa kehidupannya selama ini adalah salah disisi agama. Dan diharap beliau akan kembali ke pangkal jalan. Kembali hidup dalam keberkatan dan keredhaanNya sehingga akhir hayat. Amin - NajMi



 




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST