Tuesday, 3 June 2014

TAN SERI PJ - NASIHAT BUAT MEREKA YANG BARU DISAHKAN POSITIF HIV

Salam sejahtera kepada semua: Saya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan saya selaku rakan senasib. Untuk makluman tahun ini genap 4 tahun saya di diagnose sebagai PLHIV, dan akhirnya juga saya telah memulakan HAART hampir dua bulan yang lepas.
Saya tidaklah banyak pengalaman dan pengetahuan dalam semua hal yang berkaitan, walau bagaimanapun saya cuba ingin kongsikan beberapa perkara yang saya rasa baik jika diberi perhatian: antaranya yang berikut.

1.
Sekiranya anda baru didiagnose dah telah disahkan sebagai pembawa, maka berilah kerjasama yang sebaiknya kepada doktor yang merawat anda. Jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang tidak sepatutnya dan jangan pula membebankan doktor anda dengan perkara-pekara yang remeh temeh. Mereka sebenarnya mempunyai lebih daripada seorang (pesakit) yang perlu di berikan perhatian. 

2.
Bangkit daripada kesedihan, ketakutan dan keresahan yang membelenggu. Dengan ada rawatan, saya yakin dan percaya kehidupan kita (PLHIV) adalah sama seperti orang biasa (non-PLHIV). Jika terlalu ikut perasaan maka ia tidak akan membawa apa-apa manafaat kepada diri kita malah akan menjadikan kita terus di belenggu dengan aura negatif.

3.
Dapatkan rakan ataupun rakan senior yang mempunyai maklumat, info serta pengetahuan yang lebih arif tentang sesuatu isu. Ini bertujuan untuk membuat rujukan selain doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Tanya soalan yang patut sahaja, jangan beban mereka dengan soalan yang remeh, kerana mereka juga mempunyai urusan hidup lain yang perlu di uruskan.

4.
Belajar untuk berdikari dalam menguruskan sesuatu, sekiranya tidak faham rujuk lah kepada sesiapa yang lebih arif untuk mendapatkan bantuan. Apabila kita belajar, maka kita lebih yakin untuk mengharungi segala masalah yang timbul.

5.
Kawal emosi, dengan melakukan aktiviti yang menarik. Tidak terlalu memikirkan status diri. yakin dan percaya perkembangan R&D yang dapat membantu suatu hari nanti.

6.
Paling penting yang saya belajar ialah, jangan mudah kecil hati, atau tersinggung sekiranya rakan-rakan senior membuat teguran atas perilaku sekiranya ia bertujuan memberi didikan. jadikan ianya sebagai satu proses belajar dan untuk menjadikan diri kita lebih yakin dan kuat.

7. 
Jadilah kuat dan terus kuat, positif setiap masa.


TAN SERI P.J 
p/s: sekadar perkongsian dan untuk ingatan diri sendiri



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST