Friday, 13 June 2014

SYAIFUL AZIZ - APAKAH AJAL KAWAN SAYA INI AKAN SAMPAI TIDAK LAMA LAGI??

Syaiful Aziz (bukan nama sebenar), salah seorang rakan email saya. Beliau meluahkan kerisauan hatinya dan bertanya beberapa soalan kepada saya. Semua persoalan yang beliau tanya telah pun saya jawab padanya.

Email terbaru yang saya terima malam semalam (Fri, Jun 13, 2014 at 1:31 AM) telah mengerakkan hati saya untuk berkongsi kisah Syaiful Aziz ini bersama anda.  

Dan yang paling utama saya mohon agar semua yang membaca entri ini bersama mendoakan agar kawan Syaiful Aziz kembali sembuh seperti sedia kala.


Salam abang Najmi, 

Saya seringkali menjenguk ke blog abang, biar saya terus ke point sebenar. Saya mempunyai seorang kawan yang pernah membuat rapid test, dan hasil adalah positif. Selepas itu melakukan pemeriksaan lagi kat Pathlab, doktor menyatakan bahawa ada something dengan result. Itu kisah setahun lebih yang lepas, namun kawan saya masih terus sihat. Akan tetapi sejak akhir-akhir  ini  kesihatan beliau terganggu terutama semenjak kematian arwah ayah beliau. Beliau seolah-olah hilang pedoman. 

Tidak banyak gejala-gejala HIV yang mungkin saya tahu, cuma beliau mengatakan ada mengalami gatal-gatal pada dubur beliau. Alhamdulillah sudah sembuh, beliau juga pernah kena ulser tapi maybe sudah sembuh, cuma sekarang ini bibir beliau kering sangat and lidah agak berwarna keputihan. Saya andaikan beliau sudah lama tidak mahu membersihkan mulut dan juga kurang minum air. Selain daripada itu tiada tanda-tanda lain yang dapat saya kesan. Kulit beliau masih kelihatan bersih tiada jangkitan kulat.

Sekarang ini beliau sangat-sangat seperti hilang arah. Meracau-racau juga merapu-rapu. Tidur malam asyik terganggu. Saya dan keluarga beliau bercadang mahu membawa beliau menjalani pemeriksaan di hospital serta memulakan rawatan (kalau benar HIV+) namun kedegilan beliau menyukarkan keadaan. Sekarang ini saya sangat berasa sedih dan simpati terhadap beliau yang sudah saya anggap seperti abang saya sendiri. 

Abang Najmi, bagaimana saya perlu memujuk beliau agar mahu memulakan rawatan. Oh ye...beliau ada mengamalkan makan minyak kelapa dara bioasli. saya juga bercadang mahu membelikan beliau ubat habastus sauda sementara waktu ini. Terima kasih ye abang Najmi. - SYAIFUL AZIZ (Khamis 29 Mei, 2014)



Salam abang Najmi.

Alhamdulillah kawan saya akhirnya sudah berada di wad, lebih terjamin bila ada doktor yang memantau keadaan beliau. Sudah dua hari juga saya menjadi peneman setia beliau. Setiap hari jugak sample darah akan di ambil bagi di analisis. Tapi apakah doktor tidak dapat mengesan kehadiran virus-virus asing seperti HIV apabila darah beliau kerap diambil untuk di analisa? Keadaan beliau semakin ok, cuma hari ini dia agak sedikit lemah, sebab tidur sahaja. Saya nak tahu, bagaimana kiranya nak mengetahui tahap CD4 seseorang tuh?
- SYAIFUL AZIZ (Ahad 1 Jun, 2014)



Salam abang Najmi,

Bertemu lagi kita ya, saya pernah ceritakan kisah kawan saya yang degil dan tidak mahu dibawa kehospital beberapa minggu sudah, kini telah masuk hari ke 12 beliau terlantar di hospital. Doktor mengesahkan beliau ada tibi, dan dia sudah memulakan rawatan makan ubat tibi. Darah untuk ujian saringan juga sudah di ambil, maybe hasilnya adalah positif HIV, sebab doktor mahu melakukan ujian kedua, di buat bagi mengesahkan keputusan yang terdahulu, juga doktor ada mengisi borang agar merujukkan kawan saya ini kepada kaunselor. 

Persoalan saya ialah, apakah kawan saya akan sembuh jika di berikan ubat buat masa ini? - SYAIFUL AZIZ (Rabu 11 Jun, 2014)



Salam abang Najmi.

Pagi tadi sample darah kawan saya telah diambil lagi bagi menguji jumlah CD4 semua. Nak tanya berapa lama tempoh perlu diambil untuk mengetahui keputusannya?
- SYAIFUL AZIZ (Khamis 12 Jun, 2014)



Salam abang Najmi,

Kawan saya telah dimasukkan ke ICU, berikutan kegagalan paru-paru beliau untuk bernafas seperti biasa. Dan pelbagai komplikasi lain yang dialami. Sekarang saya berasa sangat-sangat sedih dan terkilan pun ada. 

Tengahari tadi (khamis 12 Jun 2014) saya bercadang balik ke rumah saya untuk bertemu dengan rakan sebab nak ambil baju, beliau berat untuk melepaskan saya pergi. Begitu kejab (kuat) pegangan tangan beliau tadi, dengan pandangan sayu. Saya terpaksa memujuk beliau. Sesudah itu beliau tertidur samula.

Saya kejutkkan lagi untuk beritahu dia yang saya sudah nak bergerak pulang. Sekali lagi beliau keberatan mambenarkan saya pergi, beliau pegang erat beg sandang saya. Saya pujuk lagi mengatakan bahawa abang beliau akan jaga dia buat sementara waktu.

Tepat jam 10 malam tadi (khamis 12 Jun, 2104), saya sampai dihospital dan terus saja ke katil beliau, beliau sudah tidak sedarkan diri. Sekarang pernafasan beliau telah disambungkan mengunakan tiub bagi membolehkan oksigen masuk ke paru-paru beliau. Saya sangat sedih melihat dia seperti ini. Apakah ajal beliau telah sampai tidak lama lagi?? :-( - SYAIFUL AZIZ (Jumaat 13 Jun, 2014 at 1.31 AM)





Salam abang Najmi, 

Hari ini masuk hari ketiga kawan saya berada di dalam wad di ICU. Doktor telah memberitahu kepada keluarga beliau bahawa beliau sudah tiada harapan lagi.  Saya menangis mendengar berita itu, sambil berada disisinya ketika ini di dalam ICU.  Saya bisikkan kalimah syahadah juga kata-kata semangat agar dia terus berjuang. 

Semakin ramai sedara mara terus memerus datang melawat juga mendoakan keselamatan beliau di samping menitipkan pengharapan terakhir. Kawan-kawan beliau juga tidak putus-putus datang menjenguk beliau, sejak hari pertama beliau di masukkan kedalam ICU.  

Doktor ada memaklumkan kepada keluarga bahawa tidak perlu selalu datang or menunggu di hospital, kalau dah betul-betul nazak barulah mereka maklumkan. Sehinggakan emak kepada kawan saya itu bertekak dengan penjaga pintu wad ICU itu, sayang seorang ibu kan. Beliau merupakan antara anak kesayangan ibunya juga. Masih terdengar di telinga saya semasa beliau terlantar di wad biasa, perkara pertama yang di tanyakan oleh beliau adalah "mak datang atau tak?". 

Saya mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan beliau, sambil teresak-esak menangis, saya menadah tangan agar beliau diberi peluang kedua bagi terus menikmati hidup ini. Saya sangat terpukul dengan keadaan ini, kerana dialah kawan, dialah juga sebagai abang. Beliau banyak mnasihati saya malah memberi tunjuk ajar yang betul, kata-kata semangat, dorongan untuk saya terus berjaya dalam hidup. Kini, beliau sudah terlantar. Masih terngiang-ngiang lagi nasihat beliau kepada saya semasa beliau masih sihat. 

Abang Najmi, terima kasih juga atas usaha abang menyiarkan kisah saya kedalam blog abang. Sekurang-kurangnya ada juga mereka diluar sana yang akan mendoakan untuk beliau. Terus berdoa lah untuk abang saya ye. Saya terlalu sedih dan pilu dengan keadaan beliau. Ya Allah engkau sembuhkan penyakit nya ya Allah. beliau seorang yang sangat baik hati.  

Saya juga sudah tidak dapat lagi menjaga dia di hospital kerana besok (isnin) saya sudah mula bertugas semula. Apa yang pasti setiap hari saya lakukan solat hajat bagi mendoakan agar beliau kembali pulih dan sedar. Harapan saya agar Allah memberikan kesembuhan kembali kepada kawan saya ini. Amin. - SYAIFUL AZIZ (Ahad, 15 Jun, 2014)



Salam abang Najmi.


Tadi saya bergegas ke Kuala Lumpur  dengan harapan sempat sampai ke hospital tetapi malangnya, saya hanya sampai ke Kuala Lumpur tepat pukul 7 petang, sedangkan masa melawat tamat pukul 7. Abang sedih saya. Saya berpatah balik ke Klang. Saya gunakan public transport aje. Abang Luka Rafieqa pun ada datang melawat kawan saya tadi. Dia dapat masuk ke dalam bilik kawan saya ditempatkan, membisikkan kalimah syahadah, selawat serta azan. Saya sedih sangat sekarang ni. Dia seorang kawan and abang yang baik abang Najmi. - SYAIFUL AZIZ (Rabu 18 Jun, 2014 at 8.17PM)



Salam abang Najmi. 

Kawan saya sudah tidak ada abang. Dia dah pergi buat selamanya. Dia menghembuskan nafasnya di sisi saya, jam 12.10 malam tadi (Khamis 19 Jun, 2014). Terima kasih abang kerana mendoakan kawan saya itu. Yang merupakan kawan dan sahabat, teman dan seorang abang terbaik buat saya. - SYAIFUL AZIZ (Khamis 19 Jun, 2014 at 1.48AM) 

Nukiln saya yang terakhir buat arwah. Semoga dia selamat di alam sana.


sunyi...
sunyi... sepi... gelap... semua terangkum di dalam satu.
ku teriak... ku jerit namamu...
namun kau tetap diam membisu... bungkam...
 


nafas...
nafasmu... dihembus...
perlahan lahan... akhirnya kaku...
pergimu..disisiku... pergimu.. dengan bisikkan kalimah syahadah Yang Maha Esa...
tenanglah... pergilah.. kami.redha...
 


kini...
kini semua nya sepi...
tapi ingatan terhadapmu tetap utuh...
suaramu tetap terngiang-ngiang di ruang pancainderaku..
senyum tawamu...ku rindukan...


telatahmu... ku kenang...
kini ku sendiri.. melangkah... lemah longlai.. tanpa hadirmu di sisiku lagi.

pergilah dengan tenang... moga dikau di rahmati oleh Allah..tuhan yang satu.
kami sntiasa mngingatimu... mendoakan mu...
insyallah..
SYAIFUL AZIZ (Khamis 19 Jun, 2014 at 3.30 AM)



Salam abang Najmi.


Moga-moga saya tabah. Arwah menghembuskan nafas di sisi saya semalam, sambil saya membisikkan kalimah syahadah. Arwah pelahan-lahan menghembuskan nafas. Sungguh senang pemergian beliau. Saya juga turut memandikan beliau. menkafankan beliau. Saat di mandikan, saya lihat wajah beliau terlihat tersenyum, itulah hadiah terakhir secara langsung dari saya buat arwah. Selepas ini. hanya doa-doa yang mampu saya kirimkan kepadanya.

Terima kasih abang, sepanjang beberapa minggu ini meluangkan masa untuk membaca and membalas segala emel-emel saya. Semoga persahabatan ini bekekalan. Terima kasih juga kerana mendoakan buat arwah. Arwah yang saya anggap seorang kawan, teman, sahabat dan seorang abang yang terbaik buat saya - SYAIFUL AZIZ (Khamis 19 Jun, 2014 at 8:16 AM)




16 comments:

  1. Insya allah beliau akn selamat. Byk2 berdoa dan baca yassin.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat simpati dgn kwn syaiful. Saya rasa beliau sangat bimbang sehingga takut untuk pergi dpt rawatan di hospital. Bila cd4 dah rendah dan sakit teruk terpaksalah ke hospital juga. Semoga Allah sembuhkan beliau. Amin. Sama2 kita berdoa dgn sungguh2 dan ikhlas semoga Allah selamatkan beliau.

    ReplyDelete
  3. Doa kn kesihtn beliau smkin pulih..skiranya shbt ini msih blm sdr,saya syorkn bsahkn @ titiskn air zam -zam dibibir nya,insyALLAH mujarab utk mredakn kesakitannya..sambil titis air zam-zam niat kn utk nya sihat krna ALLAH....

    ReplyDelete
  4. Sambil tu ambil kn wudhu utk beliau dan niat kn utk shbt tad krana ALLAH..jga dgrkn ayat2 al-quran uat shbt tad dgn earphone krna dlm al-quran trdapt brmcm pnwr yg trkndung tdktrkira bnyk nya..al-quran jga ubt pnenang hati dan jiwA..

    ReplyDelete
  5. Beruntung plhiv ni,setidaknya sakit dan kehadiran virus ini memberi isyarat agar penyediaan bekalan untuk dibawa ke akhirat.ajal maut Allah tetapkan yg penting kebahagiaan di akhirat.moga kita semua berjaya disana kelak negeri Abadi bt selamanya

    ReplyDelete
  6. Alfatiha buat belua dan takziah buat keluaga dan sahabat

    ReplyDelete
  7. Tgku Muhammad Nazreen Shah IIThursday, June 19, 2014 10:07:00 am

    Daripada tanah kita dijadikan kepada tanah jua kita dikembalikan....dari tanah kita dijadikan untuk memegang amanah dan tanggungjawab kepada tanah kita dikembalikan untuk habuan ulat dan cacing yg akan memakan kamu sehingga hancur dan berderai..

    Setiap manusia pasti merasaimati tak kurang sesaat tak lebih sesaat...janji Allah itu pasti....

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  8. inalillah..moga kifarah didunia menjadi pengampun kepada dosa2 dia di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  9. Innalillah.. Moga dosa2 arwah terampun.. Sakit tu kifarah dosa

    ReplyDelete
  10. Innalillah.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  11. Semoga arwah damai di sana dan disayangi PemilikNYA...Al-Fatihah

    ReplyDelete
  12. Al fatihah dan salam takziah..moga roh ditempatkan bersama org2 yg beriman..sama2 kita doakan kesejahteraan roh

    ReplyDelete
  13. Allah sayang pada kita semua... semoga rohnya aman di sana Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hebat mcmna pun...berupa yg menarik bertubuh yg segak berharta yg banyak ber....ber...ber.... entah pelbagai ber lagi semua itu hanya pinjaman sehinggakan diri kita sendiri.Cukup masa kita akan dipulangkan semula padaNya.

      Delete
  14. Innalilahiwainnailahirajiun semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya dan ditempatkan arwah di kalangan hamba-hamba-Nya yang dirahmati.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... dapat jumpe Syaiful Aziz semalam.. moga semangat yg LR beri dapat diguna pakai.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST