Sunday, 1 June 2014

SHA - HUBUNGAN LESBIAN TIDAK KEMANA, TIDAK DAPAT BINA MASJID PUN, SAYA NAK BERUBAH.

Assalamualaikum abang Naj Mi, Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Abang boleh panggil saya Sha. Saya berumur 22 tahun. Hati saya terbuka hari ini untuk mencari artikel mencegah gejala songsang dan saya terjumpa blog abang. 
 
photo hanya hiasan dari mywithoutreasonii.blogspot.com

Saya rasa kagum dengan apa yang abang cuba sampaikan pada masyarakat yang terjerumus dalam 'penyakit 2 naluri' sebenarnya tidak mendatangkan faedah. Bahagianya seorang gay/Lesbian dan seangkatan dengannya hanyalah sementara dan berakhir dengan duka kerana tetap akan terjadinya perpisahan apabila salah seorang daripada pasangan itu ingin berubah. Malah percintaan seperti ini, tidak dapat membina masjid pun. (Masjid pun tak jumpa, nak bina masjid pe bende...) maksud saya perkahwinan hehe..

Tujuan saya menghantar email ini pada abang kerana saya ingin meminta nasihat dari abang. Saya adalah seorang 'pengkid' yang kini menyedari perbuatan saya telah terlampau sehingga hati saya sudah semakin gelap. Daripada saya kecil saya suka melihat kaum sejenis tetapi saya tidak terjerumus pada percintaan sejenis. Saya hanya menganggap mereka yang saya suka sebagai kakak, adik atau kawan rapat. 

Apabila saya sudah menjejak ke alam remaja, saya sudah mula menukar imej seperti seorang lelaki. (Hmmm biasalah budak baru nak naikkan) Dimana waktu itu saya menafikan pada keluarga yang menentang saya menyerupai lelaki. Saya masih ingat kata-kata saya pada ibu saya ketika dia memarahi saya berambut pendek " Adik tukar imej , tapi adik tak tukar jantina , adik masih bertudung, "Kerana sifat degil saya, saya tidak sedar, tindakan saya membawa saya secara senyap kearah songsang. Saya mula mendekati perempuan. 

Saya memang ramai kawan perempuan dan lelaki tetapi saya tidak berkawan dengan 'Pengkid' kerana takut akan terbawa-bawa lebih jauh. DAN Saya juga TIDAK AKAN menyongsangkan seseorang yang normal. Saya hanya akan mendekati perempuan yang bernaluri sama seperti saya untuk dijadikan pasangan. 

Saya akui saya sudah jejak ke arah songsang selama 5 tahun dan ramai perempuan yang telah saya jadikan pasangan. Sehinggalah sekarang saya sudah mula menyedari bahawa ini semua dilaknat. Sebenarnya saya dah lama sedar, gejala songsang ni dilaknat oleh ALLAH dan Nabi tidak mengaku umat. Apakan daya seorang yang jahil seperti saya peduli tentang itu. Berfikir sekejap, enjoy nya lebih. 

Saya sudah banyak kali mencuba untuk kembali menjadi normal tapi baru nak melangkah Syaitan dah pengkes kaki saya. Sebab Iman saya lemah Tak jadi saya nak melangkah.. Macam mana tu bang...?

Baru-baru ni , saya mencuba lagi. Saya solat 5 waktu, saya mula mendekati agama Islam. Saya dahulu seorang yang berpegang pada agama, kerana salah langkah saya terjerumus dan mula menderhaka pada Yang Esa. Saya rasa saya sudah cukup tua untuk meneruskan hubungan macam ni. Mati pun tak kira usia, Allah yang tentukan ajal setiap makhlukNYA. Saya takut dengan Allah. Saya ingin kembali. 

Satu masalah saya sekarang ini, saya nak berubah tapi saya takut 'penyakit' saya ni datang balik. Saya tabahkan hati tapi perasaan takut tu tetap ada. Walaupun saya masih tidak bertudung lagi and rambut pun masih macam landak, saya tetap solat dan sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan. 

Saya ni dilahirkan sebagai seorang kaum hawa, kaum hawa banyak kelebihan yang Tuhan anugerahkan, saya kecewa dengan diri saya.. Kenapa saya tidak bersyukur dengan pemberianNya sampai sanggup mengubah ciptaan Allah? 

Untuk pengetahuan abang, saya masih lagi ada hubungan dengan seseorang, dan dia pun agak terkejut apabila saya menyuruh dia mengejutkan saya dari tidur untuk mengerjakan solat Subuh. Setelah dia mengetahui saya bersolat, dia mula rasa malu dengan diri sendiri. Dan saya dah kemukakan niat saya pada dia, dia menerima dengan baik dan menghormati keputusan saya. Dari pandangan mata saya, saya tahu dia sedih menerima semua ini. Hati saya juga terseksa bila melihat dia menangis dalam senyum. Perasaan cinta dan sayang saya masih ada untuk dia. 

Saya pula iman masih lemah, saya turut bersedih kerana perpisahan akan berlaku. Tapi jangan haraplah saya nak hentikan niat baik ni. Saya masih lagi keluar bersama seperti biasa cuma kami jauhkan dari maksiat. Kami seperti kawan-kawan , panggilan pun bertapis tak seperti selalu. Walaupun kami masih lagi status couple... Eish apalah.

Saya cuba mengajaknya berubah tapi saya tahu hati dia masih belum terbuka. Dia menyatakan dia tak ada rasa bila bersama dengan lelaki. Saya akan rasa gembira kalau dia bersama-sama saya tinggalkan 'penyakit' ni. Saya risau jika saya tinggalkan dia secara terus dia akan melakukan perkara yang bukan-bukan, dan mungkin akan mencari 'pengkid' baru sebagai pengganti. Haha nampak macam saya ni jeles pulak bila dia ada yang lain  but its ok jeles tak jeles belakang cerita, saya tetap dengan niat saya. 

Biar orang nak cakap saya ni bekas 'pengkid', saya tak kisah. Mungkin lelaki pun tak nak pandang saya. Ini dugaan saya. Walaupun orang pandang serong pada saya bila saya dah buang 'penyakit' ni, saya percaya jodoh tetap ada. Saya nak bercinta selepas ini, tapi saya mahukan cinta yang berlandaskan keimanan, dan kasih suci yang diberkati.

Abang, saya dah ceritakan tentang hidup saya. Saya nak nasihat dari abang, macam mana saya nak tinggalkan terus 'penyakit' ni? Saya takut saya akan terjatuh semula, saya pun masih bersama dia, cuma maksiat itu tak berlaku lagi. Macam mana saya nak bawa dia sekali tinggalkan 'penyakit' songsang ni? Wajarkah tindakan saya untuk mendekati dia, sedangkan niat saya mendekati dia hanya sekadar untuk mengajaknya berubah bukan untuk menambahkan lagi rasa cinta.

Saya harap abang bantu saya, saya ucapkan terima kasih dengan artikel yang abang post di blog abang tu. Ia bermakna bagi orang-orang macam saya. Sekian

SHA



Salam Sha,

Tidak jauh beza antara perhubungan lesbian atau pun hubungan antara sesama lelaki gay, jika kita hendak berubah kita kena bersungguh terus mendekati Allah. Naluri songsang itu mungkin sukar hendak kita hapuskan tetapi kita masih boleh mengawalnya. Jalan terbaik ialah terus mendekati Allah, buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang.

Dalam kes Sha, sebaiknya Sha kena jauhkan diri dari terus berkawan dengan mereka yang boleh menyebabkan Sha terus terpengaruh, iman Sha juga tidak sekuat mana tetapi sekiranya iman Sha kuat sudah tentu Sha boleh berkawan dengan rakan senaluri tetapi dengan niat mahu membantu mereka berubahlah.

Pada abang Sha kena berpisah (walaupun tiada sebarang hubungan) dengan "kapel" Sha, perbetulkan diri Sha terlebih dahulu, bila sudah kuat (iman dan takwa) barulah Sha boleh cuba mempengaruhi rakan-rakan lain termasuk mungubah "kapel" Sha. Selagi Sha tinnggal bersama dengan "kapel" selagi itu pada abang Sha sukar untuk berubah.Tiada cara lain kalau kita hendak tinggalkan "penyakit" ini kita kena kembali kepada ajaran Allah, berusaha bersungguh-sungguh dekatkan diri kita padaNYa. 

Berkawanlah dengan mereka yang beriman, rajin melakukan segala suruha Allah. Dan yang penting kita mesti terus menerus berdoa minta bantuan dari Allah agar membantu kita berubah. Elak dari melayan laman web barkaitan hubungan sejenis, dalam erti kata lain hindarkan diri dari terlibat dalam apa jua aktiviti berkaitan songsang.

Pada abang niat hati Sha hendak berubah tu dah ada, Allah dah semakin buka pintu hati Sha agar berubah, jadi teruslah cuba berubah. Sha hanya boleh membantu menasihati serta dalam masa yang sama tunjukkan contoh terbaik agar "kapel" Sha berubah, tetapi kalau dia masih tak nak berubah, abang rasa Sha tidak boleh buat apa-apa. Kawan Sha kena ada niat kesungguhan berubah dalam hati dia, kalau dia tidak ada niat macam abang kata Sha tidak boleh buat apa-apa, dia pun sudah dewasa dan boleh fikir apa yang baik dan yang tidak. Sha kena ubah diri sendiri dulu baru lah boleh mengubah orang lain. Dan kita kena ingat semakin kuat kita mahu berubah semakin kuat dugaan syaitan cuba mempengaruhi kita. 

Jika hari ini Sha tingga jauh dari keluarga, pada abang sebaiknya Sha kena kembali tinggal bersama keluarga, tunjukkan pada ibu yang Sha boleh berubah, senangkan hati ibu dengan segala perubahan diri kita, abang yakin ibu Sha pasti gembira dengan perubahan Sha, abang pasti ibu Sha akan turut sama (dalam diam) mendoakan keberkatan hidup Sha. Doa ibu itu munjarab, insyaallah segalanya akan dipermudahkan dan Sha boleh berubah, bila Sha sudah ada kekuatan iman takwa ketika itu baru lah Sha boleh membantu rakan-rakan yang lain. - NAJMI

Mungkin Sha boleh juga luangkan masa baca blog MGDA, mungkin boleh berhubung dan minta pandangan saudari MGDA di blog "ADA MALAIKAT DALAM GELAP"



2 comments:

  1. Salam mase saya bljr kolej dulu.. Ada kwn 3 org pengkid.. Slps msg2 da umo 34 thn.. Seorg dr mereka berjaya kahwin jd pompuan sejati. 2 lg da bertudung insaf... Belom terlmbt lg nk berubah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nornaz mn

      Selagi ada nyawa selagi bernafas, selagi itu belum terlambat hendak berubah....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST