Sunday, 1 June 2014

SARA - AKIBAT PERGAULAN BEBAS SAYA AKHIRNYA DIJANGKITI HIV

NASI sudah menjadi bubur. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan kehidupan Sara yang kini terlantar sakit selepas disahkan dijangkiti HIV lapan tahun lepas.

BERHIBUR di kelab malam sehingga lewat malam merupakan aktiviti kegemaran Sara. - Gambar hiasan

Menurut wanita berusia 34 tahun itu, semuanya bermula ketika dia bertemu dengan seorang jejaka Inggeris yang dikenali sebagai Jason di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Selain memiliki wajah tampan, Jason turut mempunyai perwatakan menarik serta ciri-ciri lelaki yang didambakan setiap wanita.

Cerita Sara, selepas pertemuan singkat itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon dan dia tidak menyangka hubungan yang terjalin semakin akrab.

Tidak cukup dengan berbalas-balas SMS, mereka sering berbual menerusi telefon dan kerap bertemu serta banyak menghabiskan masa bersama-sama persis orang bercinta.

“Kami selalunya pergi berhibur bersama di kelab-kelab malam di sekitar ibu negara sehingga lewat malam,” ujarnya.

Sara mengakui perhatian serta layanan baik Jason terhadap dirinya mula membuatkan dia berasa tawar hati untuk meneruskan ikatan pertunangan yang sedia terjalin dengan pasangan yang merupakan pilihan keluarga.

“Setiap kali tunang mahu berjumpa, saya beri pelbagai alasan untuk mengelak daripada berjumpa dengannya.

Putus tunang

“Kadang-kadang saya cakap saya sibuk atau terpaksa bekerja lebih masa sedangkan pada masa yang sama, saya pergi berjumpa Jason,” katanya.

Kesibukan tugas Sara sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta yang menuntutnya keluar bertemu pelanggan membuatkan tunangnya mempercayai setiap butir kata yang dituturkan.

Namun, tembelang wanita yang berasal dari Johor Bahru itu akhirnya pecah selepas tunangnya menemui mesej serta gambar-gambar mesranya bersama lelaki lain di dalam telefon bimbit milik Sara.

“Tanpa berselindung, saya mengakui bermain kayu tiga di belakangnya,” luah Sara kesal.

Akhirnya setelah memikirkan masak-masak mengenai perkara tersebut, Sara bertindak memutuskan ikatan pertunangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan kekasih gelapnya itu.

Menurutnya, meskipun mendapat tentangan hebat daripada keluarga, dia berdegil dan tekad dengan keputusan yang diambil.

Sejarah hitam dalam hidup wanita bertubuh kurus tersebut bermula selepas kekasihnya itu mengajaknya ‘terbang’ ke Bangkok, Thailand atas urusan kerja.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju kerana tidak mahu berenggang lama-lama dengan Jason.

“Semasa di Bangkok, saya benar-benar berasa bagai di syurga. Hampir setiap malam, kami akan mabuk dan berhibur sepuas-puasnya,” katanya.

Sara semakin hanyut dalam dakapan Jason sehingga dia berani menyerahkan tubuh buat pertama kali kepada lelaki yang baru dikenalinya selama enam bulan itu.

Kata Sara, dia sedikit pun tidak kisah dengan apa yang berlaku malah rela diperlakukan seperti hamba seks kerana perasaan cinta yang menebal terhadap lelaki tersebut.

Tindakan Sara akhirnya memakan diri apabila dia disahkan positif HIV sekembalinya dari Negara Gajah Putih itu.

Jatuh sakit

Cerita Sara, pada mulanya dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas akibat serangan asma yang teruk.

Menurutnya, dia bukan sahaja kerap jatuh sakit malah turut mengalami perubahan fizikal yang mendadak.

“Badan terasa amat lemah dan saya kerap cirit-birit selain mengalami batuk-batuk serta demam berpanjangan.

“Paling ketara, saya sukar untuk sembuh daripada penyakit yang dihidap,” jelasnya.

Melihatkan kepada simptom-simptom yang dialami, doktor yang merawat terpaksa menahan
Sara di wad selama empat hari bagi menjalankan ujian HIV.

“Dalam tempoh tersebut, saya hilang selera makan sehinggakan tubuh semakin susut.

“Segala kebahagiaan yang pernah dikecapi bagai diragut apabila saya disahkan menghidap virus berbahaya itu,” luahnya sambil memberitahu, Jason tidak pernah datang melawat atau bertanya khabar selepas dia dimasukkan ke hospital.

Meskipun demikian, Sara berkata, keluarganya banyak memberi sokongan serta kata-kata semangat agar dia terus tabah menghadapi ujian hidup.

Kini, selepas dua tahun menjadi penghuni di rumah perlindungan untuk pesakit HIV/AIDS di Cheras, Kuala Lumpur, Sara semakin tenang apabila berpeluang melakukan pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan.

“Bukan enggan duduk dengan keluarga, tetapi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Lagipun ibu dan ayah sudah lanjut usia serta tidak sihat,” ujarnya.

Sebelum menutup bicara, Sara sempat berpesan kepada golongan wanita di luar sana agar jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki sebaliknya selidik dulu latar belakang mereka supaya tidak menyesal pada kemudian hari.


Sumber KOSMO



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST