Monday, 23 June 2014

RITA - MARRIAGE WITH A BISEKSUAL IS NOT EASY

Salam Jumaat, saya ni silent reader kat blog awak. Saya selalu baca kisah-kisah dalam blog awak sebagai pengetahuan dan panduan sebab saya berkahwin dengan seorang lelaki biseksual. Baru 6 bulan. Tapi before this memang saya sudah tahu dia not straight. Cuma tidak tahu sejauh mana kesesatan dia tu. 


But I married him for love. Marriage with a biseksual is not easy. Anyway, suami ada adik angkat. Saya tahu pun after marriage. Dia sangat amik berat, sangat protective kat adik angkat dia. Bila saya perhati je dia tu layan adik angkat dia, macam budak tu madu saya pulak. Dia juga seboleh-bolehnya akan sembunyikan hal budak lelaki tu dari saya. So saya jadi curious, syak wasangka yang dia orang tu couple. 

Tapi suami asyik pertahankan yang dia cuma adik angkat dan minta saya berubah, jadi isteri yang tak buruk sangka kat suami. Tapi bila saya desak or tanya baik-baik mesti ayat dia, 'awak ni jangan fikir bukan-bukan boleh tak?' Sebab saya stalk facebook budak tu, walaupun tidak ada cerita pasal mereka berdua, tapi kalau selfie, mesti selfie dalam kereta suami. 

Tapi sebab saya rasa tak puas hati, saya selalu curi tengok SMS dia. Kalau stalk fon suami, budak tu suka mintak suami duit. Memang budak lelaki tu demand attention suami kalau SMS akan tulis "rindu dan sayang". Suami bijak, dia selalu delete SMS yang dia reply kat budak tu. Tapi ada yang saya sempat baca, seperti budak tu ada boyfriend. Tapi mencari suami saya jugak. Confuse. Tapi saya sabar je, sebab baru sangat kahwin. Ikut je flow suami.  

Dia selalu cakap dia sayang budak tu macam adik, kalau budak tu ada masalah, mereka akan kongsi masalah bersama, tapi if budak tu berSMS tulis, "orang sayang abang, orang rindu abang". Apekah?? 

Before kahwin, saya ni la tempat dia (suami) citer masalah gay dia tu. Ok, yeah so memang niat saya berkahwin sebab sayang dan nak selamatkan dia dari semua ni tetapi macam tidak ada usaha dari dia pun.

Anyway, saya nak kata benci kat budak tu, YA. Sebab dia seperti orang ketiga dalam marriage kami. Tapi saya kasihan dengan dia dan suami saya. Saya tidak salahkan naluri mereka. Itu semua ujian. Ujian untuk saya juga. Tapi saya takut if mereka tidur bersama. 

Saya nak tanya, nak minta suami come clean dengan saya tapi tidak tahu macam mana. Am I being stupid for holding on? Saya tak tahu kenapa saya belum berani luahkan yang saya ada baca SMS-SMS ni dan tak tahu apa yang saya takutkan. If there is a way to mend, i would give a chance but if holding on is a waste of time. Terasa-rasa dibodohkan tahap maksimum. 

Tapi kalau baca cerita-cerita kat blog abang, pasal isteri-isteri terianaya macam ni macam no point of holding on. Boleh kasi pendapat tak? Dan apakah istilah sebenar hubungan abang-adik angkat dalam dunia PLU ni. Cover up sahaja kah? Thank you, your reply is very much appreciated.


~RITA~
(bukan nama sebenar)



Salam RITA, 

Kalau tanya pandangan abang ya semua itu mungkin hanya "cover up" aje, dan tidak mustahil masih berlaku hubungan sekual diantara mereka. Adik angkat, abang angkat tu kebanyakkannya lebih terdorong kepada nafsu suka kepada wajah cute adik angkat tu, dan macam abang kata tidak mustahil terdapat hubungan lain disebalik status adik angkat sebelum suami saudari berkahwin.

Tapi dalam hal begini, jika suami benar mahu berubah selepas berkahwin tentu dia akan semakin kurang berhubung dengan adik angkatnya itu, apatah lagi kalau masih menerima SMS rindu dan sayang. Jika suami mahu tinggalkan nalurinya pasti Rita boleh nampak perubahan suami ke arah yang baik tentu Rita boleh lihat tingkah lakunya baik-baik aje, sedap mata memandang, dan tidak banyak syak wasangka.

Agak sukar hendak tahu sama ada mereka masih melakukan hubungan terlarang walaupun selepas berkahwin, melainkan ada pengakuan dari mulut sisuami atau dari mulut si adik angkat itu sendiri. Dan pada abang tidak salah kalau Rita mempunyai syak wasangka akan tingkahlaku suami dengan adik angkat sebab Rita pun telah pun tahu hakikat bahawa suami Rita seorang bisekual.

Jika sisuami benar-benar mahu berubah selepas berkahwin, pandangan abang hubungan dia dengan adik angkat akan menjadi semakin longgar tidak rapat seperti sebelum berkahwin, malah kehidupan dan perhatian suami lebih banyak tertumpu kepada Rita sahaja.

Mungkin Rita perlu berbincang dari hati ke hati bertanya mengenai hubungan sebenar mereka berdua, lebih baik tanya dan dapatkan jawapan yang pasti daripada Rita asyik terus berteka teki. - NAJMI



10 comments:

  1. Sometimes i feels curious n pelik dgn kaum hawa yg still nk risking their life dgn stuju kawen dgn gay then nyesal plk later.. Dah 2014 ni byk sumber yg diguna pkai tuk cari info bkaitan lelaki gay ni but even they know it pn still nk judikan hidup. Kita nk kawen skali je seumur idup baik laki or pompuan. If anyone of u dah terbalik.. Better redha la dgn yg blaku. Golongan LGBT x pnh mntak bdoa dipesongkan naluri masing2 tp believe la it's really hard to live like this. I dunno n can't remember bila last time i was crying psl ni.. Dah xde tears for this kot.. Tp alhamdulillah at least hal ni mnguatkan diri utk terus hidup. 1 bnda yg msih masyarakat kurang peka is golongan LGBT smuanya org yg bjaya dlm hidup & sukses dlm kerjaya msing2.

    ReplyDelete
  2. Mmg la tak pernah mintak jadi LGBT. Semua tu ujian.kita yang pilih jalan hidup hitam atau putih. Perempuan yang kawen dgn mereka ni nak cuba selamatkan mereka dari trus hanyut. Tak rasa diorg menyesal. Tapi kecewa sebab suami-suami tak nampak pergorbanan isteri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. I ade advice a girl b4 dia kawen dgn a gay dlu.. She knew about it. Tp she refused n still teruskan that marriage. Katanye whatever pun dia xkn tinggalkan that guy wlau tau sexual orientation. Coz she loves him but since today her husband still hunting another gay. She is pregnant now but the weird is her husband still x tinggalkan nafsu tu n her husband has told me that d marriage was just for zuriat n kturunan. I hv nothing else to say n just keep prays for their happiness.

      Delete
    2. Kebanyakkan niat suami songsang (bisekual/gay) berkahwin sebab nak dapat seorang dua zuriat selain bagi menutup kelemahan diri, dan kebanykan mereka masih "mengular" dibelakang isteri. Tetapi ada juga suami songsang yang telah berkahwin benar-benar boleh dan mahu berubah mengawal diri tapi saya rasa jumlahnya tak ramai. Wallahuallam.

      Delete
  3. Emmm..takutla baca semua ni..

    ReplyDelete
  4. Be ur husband best friend sebelum kahwin, jgn hipokrit masa kita jadi bestfriend. Be bestfriend lepas kahwin juga, biar dia selesa jadi diri dia. Guide dia sikit-sikit bukan push. sebab naluri tu dah lama ada dalam diri mereka since kecil. Jadi perlu masa yang panjang juga untuk di decrease sifat tu. ( Naluri PLU xkan hilang) tapi boleh dialihkan :) Memang sakit nak hadap perangai diorang, dengan kekuatan hati kita disamping doa pada Allah semuanya akan berubah. Cuma masa yang diorang perlukan sangat panjang, bagi yang x sabar jangan libatkan diri dalam percintaan dengan gay/bisex. Im happily married with my hubby aka my bestfriend (He's a bisex) Peace :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. You have no jealousy or threaten bila husband bersama the gay partner. Please do explain more abt happily married. Mine disclose everything. Tak banyak bicara. Sudahnya saya sering menuduh dan menceroboh privasi dia. Now masing- masing dan putus harap. He seems to need his partner more and i lose faith in him

      Delete
  5. Salam abang najmi . abang najmi boleh pangil saya dekwan je . . umur saya 20 tahun . . sejujurnya saya ni berperwatakkan agak manja dan keanak2an dan mungkin sebab tu saya mudah menjadi perhatian abang2 PLU . . saya ada penglaman dapat abang angkat baisexual . . mula2 saya tak tahu pun yang dia tu dah kahwin . sejujurnya masa tu hubungan kami mungkin lebih dari hubungan "berangkat2" ni tapi tu sebelum saya tahu dia dah marriage . . tak lama lepas tu perangai dia mula berubah . . Dia mula cari masalah nak gaduh dengan saya . Tak lama lepas tu baru dia bagi tahu yang dia dah kahwin . . sumpah abang najimi saya rasa seribu penyesalan ada hubungan dengan dia . saya rasa bersalah sangat dengan isteri dan anak-anak dia yang baru lahir tu . . sebab saya takut benda yang sama jadi kat kakak2 saya seandainya bersuamikan lelaki songsoang , , tak sanggup seadainya anak-anak saudara saya ada ayah yang songsang . cukup la cuma saya mengotorkan keluarga ni . .serta merta saya minta putus dengan harapan dia akan kembali normal kepada isteri dan anak-anak dia . . Tapi semua tu mcm sia-sia sebab berapa bulan lepas tu saya tgk dia keluar date siap duduk meja makan depan muka saya dengan orang lain dan orang tu saya tahu PLU . . tak tahu la samaada nak bagi saya cemburu atau apa kan . . tapi takde sekelumit pun perasaan cemburu bahkan semakin bencikan dia . . bukan sebab dia tipu dia dah berkahwin tapi sebab sikap dia yang taknak berubah tu . Tapi dalam kebencian tu saya ada jugak berdoa bila buat solat malam untuk dia kembali ke pangkal jalan . . Ameen . .

    Tapi tu mungkin jugak hikmah dan pengajaran untuk saya . . lepas saya putus dengan dia saya dah kurang bersosial dalam dunia PLU . . in fact saya benci dengan laki2 PLU yang nak kenal lepas tu nak ajak buat benda x elok . dyeorg ingat saya ni "simbol sex" ke ?? . . Tapi bila ada orang nak ambil saya jadi adk angkat pun saya selalu tanya dia orang sampai bila dia orang nak membujang . . saya teringin nak tgk semua abang-abang angkat saya bernikah dan ada anak seterusnya meninggalkan dunia songsang . . saya jugak ada join group "straight struggle" dekat fb untuk PLU2 yang nak berubah . . dalam tu saya ada meluahkan apa2 masalah saya dan ada ustaz yang selalu bagi nasihat dan alhamdulillah sedikit sebanyak memberi saya kekuatan untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba ni . . Tapi sejujurnya saya kesian bila tgk wanita2 dan perempuan termasuk kak RITA yang bersuami , tunang atau bf yang bernaluri baisexual bagi saya "maaf cakap ye" tiada istilah lain yang sesuai untuk dyeorang malainkan nafsu bintang sebab 2-2 dia orang nak suruh puaskan nafsu dyeorang . . Tq abang najmi . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dek Wan kerana berkongsi kisah...Semoga Dekwan terus kuat serta mendapat perlindungan dan rahmat dr Dia selalu...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST