Friday, 6 June 2014

QIE ARDIN - DIA KACAK, BERTUBUH SASA DAN PEMALU, SAYA JATUH HATI PADA DIA.


Assalamualaikum abang Najmi, saya disini ingin mendapatkan pandangan dan nasihat abang terhadap masalah yang saya hadapi, saya berharap sangat abang dapat membalas email ini dan membantu saya serba sedikit jika abang sudi. Begini ceritanya, 

photo hanya hiasan

Saya sudah terlibat dalam dunia PLU ini sejak dibangku sekolah lagi, saya berkenalan dengan ramai lelaki, tetapi saya tidak memilih untuk melakukan seks kerana pada masa itu saya sangat tidak bersedia ke arah itu. Apabila usia saya 18 saya makin berani melakukan perkara tersebut, saya banyak melakukan seks ringan sahaja, namun lama kelamaan saya memilih untuk tidak hanyut lagi saya mahu kembali kepada jalan yang benar. 

Saya banyak berubah, saya tidak lagi berhubung dengan mereka yang digelar PLU. Saya banyak menyendiri. Saya cekalkan hati untuk terus berubah. Tiba-tiba saya dapat tawaran untuk sambung belajar di IPTA. Saya fast track. Saya gembira berada disana kerana saya dapat ramai kenalan. Saya juga perasan yang perasaan saya berubah apabila melihat lelaki kacak, saya sudah tidak tertarik sangat seperti mana dahulu, sekarang sudah seperti biasa-biasa saja. 

Saya pun meneruskan kehidupan di IPTA itu seperti biasa. Pada suatu hari saya makan di cafe bersama rakan rakan kelas sedang saya makan, saya terperasan ada seorang lelaki sedang melihat saya makan.

Saya agak malu dan janggal, tetapi saya endahkan, rupanya lelaki tersebut tinggal di aras yang sama dengan saya di asrama kolej. Hari makin hari, saya perasan lelaki tersebut kerap betul pandang saya. Saya jadi hairan kenapa dia begitu. Saya endahkan juga. Dia seorang yang kacak, bertubuh sasa, seorang yang pemalu dan sangat menghormati orang.

Kadang-kadang saya bersembang dengan kawan saya, saya perasan yang dia seolah-olah sedang mencuba memberitahu saya yang dia wujud disitu. Saya makin keliru, apa yang dia mahu, kalau mahu berkenalan datang bersembang dengan saya, apakah itu susah? 

Lama kelamaan cara dia buat saya jatuh hati pada dia. Apabila dia lalu, hati saya tak tenteram, saya gelisah, kadang kadang saya tertanya tanya, "dulu aku okay je, kenapa sekarang aku macam ni?" Rupanya saya baru sedar yang saya sudah jatuh hati pada dia. Apabila berjumpa dia, saya mengharapkan dia tegur saya, bersembang dengan saya, tetapi tidak.

Hari demi hari saya tunggu. Setiap malam ketika saya hendak tidur saya asyik terbayangkan dia. Saya mahu dia rapat dengan saya tapi bukan sebagai kekasih tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak mahu dia jadi songsang (jika dia straight) atau dia bercouple dengan' saya (jika dia PLU)

Saya tidak mahu ada hubungan istimewa dengan lelaki, tetapi apabila dengan dia hati saya mahu saya rapat dengan dia, seolah mendesak-desak. Tetapi dia makin kurang bagi respon makin saya pendam perasaan ini, semakin itu lah dia lari. Dia seolah-olah mahu menghindari dari saya. Saya perasan cara dia apabila kami bersua, saya selalu berdoa dalam solat, "kalau dia betul kawan saya, maka rapat kanlah, kalau bukan jauh kan lah, jangan buat perasaan saya ingatkan dia, lupakan saya pada dia". Saya sebenarnya mampu lupakan dia, cuma apabila terserempak hati saya merengek kembali tapi saya dapat pujuk hati ini. 

Saya kerap ke masjid sejak itu, saya mahu dekat dengan cinta sebenar. Saya juga lihat dia juga sangat kerap ke masjid, tidak seperti dulu kali ini saya lihat dia menjadi seorang yang sangat sayangkan agama. Apabila terjumpa dia di masjid saya hanya mampu senyum dan saya selalu berdoa agar hati saya cekal selalu biarlah dia bahagia dengan hidup dia.

Pada hari terakhir di kolej, saya perasan dia pandang saya lagi. Setelah selesai kemas barang untuk pulang, saya rasa ingin mahu berjumpa dengan dia, cuma ingin bersalam tetapi dia tiada. Saya turun ke kereta untuk pulang ke kampung. 

Apabila saya fikir balik, saya tertanya-tanya, adakah Allah memakbulkan doa saya yang satu lagi supaya saya dijauhkan oleh dia, tapi kenapa? sedangkan saya hanya mahu menjadi kawan dengan dia.


QIE ARYDIN
(bukan nama sebenar)



Salam

Yang abang tahu lah apabila seseorang itu semakin kuat mahu berubah menjadi baik, mahu tinggalkan segala pekara yang tidak elok yang pernah dilakukan sebelum itu, mahu mendekatkan diri kepada Allah, maka semakin kuatlah kita digoda oleh syaitan yang direjam itu. 

Abang pun rasa doa  saudara sememangnya telah dimakbul Allah, Allah elakkan saudara dari menjadi kawan pemuda itu kerana mungkin sekiranya saudara berkawan dengan dia kemungkinan besar saudara akan terjebak dalam hubungan songsang. Sesuatu yang saudara cuba elakkan. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu, (al baqarah 216) Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak… ( an nisa 19)

Sebenarnya pengalaman saudara itu pernah juga abang alami, abang sendiri pernah suka kepada seseorang, walaupun kami kerap berjumpa berbual dari mata ke mata, berbual ditaman-taman huhuhu, dan pernah ringan-ringan (dulu-dulu lah). Hati abang memang suka pada dia, cuma abang takut pada Allah. Abang juga kerap berdoa seperti mana saudara doa, “kalau dia betul kawan saya, rapat kan lah, kalau bukan jauh kan lah, jangan buat perasaan saya Ingatkan dia, lupakan saya pada dia.” 

Macam abang kata kami kerap bertemu, walaupun hanya sekadar berbual-bual kosong, tetapi kalau dijentik pasti kami boleh terlajak jauh. Sebab tu dalam doa, abang minta agar dia jauhkan diri dari abang, atau biar abang lupakan dia, alhamdulillah tidak semena-mena hubungan kami yang sebelum ni rapat lah jugak akhirnya semakin jauh. Dipendekkan cerita sudah lama kami tidak berjumpa dah, abang pun dah tidak ada hati lagi pada dia.

Sebenarnya ada beberapa peristiwa yang abang alami, sesuatu yang kita hendak sangat tapi tidak dapat, yang penting kita kena berperasangka baik kepada Allah. Ada kala apabila kita mengalami sesuatu kesusahan, kesedihan tetapi sekiranya kita berperasangka baik pada Nya, berfikiran positif pasti kita akan nampak apa yang kita alami itu merupakan sesuatu yang baik buat diri kita. 

Saudara sudah tinggalkan kolej dan tidak akan jumpa lagi dengan pemuda itukan, insyaallah akan mengambil sedikit masa untuk saudara dapat lupakan dia. Dalam masa yang sama terus berdoa semoga Allah terus membantu saudara agar terhindar dari segala godaan syaitan. Semoga hidup saudara seterusnya dipermudahkanNya. Amin3 - NajMi






4 comments:

  1. Aku tak rasa dia tengok ko pun. Ko yang perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau x pe PLU mmg ade penyakit syok sendiri selakunya

      Delete
    2. Betul x3...Kebanyakan kisah PLU mesti jatuh ati pd yg ensem2 jer,tu la namanye napsu.Plz buang le penyakit syok sendiri tu jika anda mahu berubah ke jln yg lurus lg benar.

      Delete
  2. Saya ketawa membaca komen-komen. Kasar bunyinya tetapi apa yang mereka katakan sememangnya benar. Bila saya berbual dengan teman-teman PLU (adakala saya merasa benda yang sama), mereka akan meluahkan si A kerap pandang-pandang, kerap buat sesuatu menarik perhatian para PLU, kerap bertembung... mereka (PLU) akan mula perasan. Adakal saya cakap, "Sebab dia kendu... padahal ada bangla selalu buat benda sama kat ko, tak pernah pun ko nak perasan, kan?! Tapi ko perasan sebab dia kendu. Tu je..." Tapi perasaan tu memang perasan. Nasihat saya, abaikan. Dengan fizikal seperti dia, dia boleh dapat yang lebih baik (lelaki atau perempuan), tak perlu ternanti-nanti kita. Tak perlu cuba menarik perhatian kita. Semua itu cuma perasaan QA sahaja, :) Abaikan, dia tak pernah buat begitu pada anda.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST