Monday, 16 June 2014

NATRAH - TIDAK SUKA GELAR DIRI LESBIAN, SEBAB SAYA TIDAK BUAT PEKARA KEJI

Assalamualaikum abang Najmi saya Natrah (bukan nama sebenar) seorang pelajar STPM yang berumur 18 tahun saya perasan yang saya tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki sejak kecil lagi. 

Saya merahsiakan perkara ini sebaik mungkin dari ibu bapa, adik beradik dan rakan. Rakan yang paling rapat dengan saya pun tidak tahu dengan masalah saya kerana saya sangat malu untuk menceritakan masalah saya.

photo hanya hiasan - temarocket.tumblr.com

Semakin besar baru saya perasan yang masalah saya akan menjadi serious lebih-lebih lagi saya sorang sahaja anak perempuan yang lain semua lelaki. Ketika saya berumur 14 tahun saya dah tersuka dengan kawan saya ni tapi kawan saya ni bertudung labuh dan baik orangnya kadang-kadang saya menyesal sebab saya rapat dengan dia sampai sekarang sebab saya rasa saya dah sayang dia, tapi bukan sayang sebagai kawan macam sayang yang lain, saya rasa abang Najmi faham apa yang saya cuba cakap.

Tetapi saya tidak pernah cakap apa-apa tentang perasaan saya kat dia.

Tapi mula tahun ni persahabatan kite orang macam mula hancur sebab dia rapat dengan seorang budak laki ni yang selalu kacau SMS dia, dia bukan jenis layan budak lelaki biasalah dari sekolah agama kan. Tapi bila dah berSMS tu mula la buta semua. Lepas tu saya rasa dikhianati sebab budak laki tu kutuk saya macam-macam, dulu lepas tu saya rasa macam kawan baik saya dah khianati saya. Saya rasa sedih sangat-sangat macam terfikir pasal dia berubah sampai 360 darjah.

Tapi lepas kejadian ni semua saya sedar saya mula merapatkan diri kat Allah saya dah berhenti dengar lagu, saya lebihkan baca alQuran dan mathurat, saya mula aplikasi balik benda-benda yang saya belajar kat sekolah agama dulu cuma apa yang saya masih rasa sedih sebab saya ada perasaan kat sama jantina, saya tak nak Allah murka saya. Tapi benda ni lah rahsia paling terbesar dalam hidup saya sehinggakan abang Najmi menjadi orang pertama yang mengetahui perkara ini :(

Lepas tu yang pasal kawan baik saya tu, macam hari-hari saya fikir pasal dia, hari-hari sedih kadang-kadang saya rasa macam dia tahu ada benda tak kena dengan diri saya. Jadi dia hanya mampu cakap “aku tak faham dengan kau, kau banyak rahsia, tapi kau tak nak cakap apa masalah kau”. Tapi saya selalu elak untuk menjawab bila dia tanya macam tu :(

Saya tidak suka gelar diri saya 'lesbian' sebab saya tidak buat perkara keji-keji macam golongan tu buat. Sekali pandang saya memang macam budak perempuan normal tapi hakikatnya tidak. Saya nak hilangkan rasa sedih jugak dalam masa yang sama tapi saya tidak tahu macam mana. Yang paling saya takut saya kena hidup seumur hidup dengan perasaan macam ni.

Kadang-kadang rasa macam gila jugak rindu kat sama jantina sampai macam tu sekali. Secara jujur saya rindu dengan kawan baik saya yang dulu tu tapi sekarang semuanya dah berubah.

Waktu kecil-kecil saya tidak ambil peduli sangat tentang perasaan saya yang pelik ni tapi apabila sudah mula besar ni saya rasa akan menjadi masalah untuk saya. Kadang-kadang terpikir kenapa Allah campakkan perasaan macam tu kat saya, jadi saya search-search kat internet sampai terjumpa blog abang Najmi lepas tu saya sedar “oh bukan aku seorang yang macam ni ramai lagi rupanya”.

Pada pendapat abang Najmi Allah laknat ke saya mempunyai naluri macam ni? 


Saya sedih tengok kawan-kawan saya yang lain mempunyai fitrah yang normal yang saya pulak berlawanan. Kadang-kadang rasa syukur jugak Allah jauhkan saya dari kawan saya tu sebab mungkin Allah nak jaga hati saya, saya selalu doa kat Allah “ya Allah buatlah apa-apa yang boleh membuatkan aku hilang perasaan haram ini terhadap dia” Mungkin itu cara Allah memakbulkan doa saya tapi dalam masa sama kenapa Allah campakkan rasa rindu tu, saya tak faham :(. 

Saya pernah terfikir untuk bunuh diri tapi sedar itu kerja bodoh. Tapi hati ni rasa perit sangat sebab kita lain dari orang sekeliling kita dan terpaksa simpan sampai bila2 :( Saya tak nak mak ayah dapat menghidu masalah saya bila masuk alam dewasa nanti. Apa nasihat abang Najmi tentang masalah saya ini? Terima kasih sebab meluangkan masa untuk membaca saya hargai setiap saat :(


NATRAH



Salam Natrah,

Setiap manusia akan diduga Allah, dugaan yang berbeza-beza dan pastinya Allah tahu kita mampu menerima dugaan tersebut, Allah tahu jika kita bijak berfikir pasti dugaan yang Dia beri kita boleh atasi dengan mudah.

Ada manusia diduga dengan kemiskinan, dengan kesenangan, diduga dengan rupa paras yang menarik atau hodoh, diduga dengan penyakit dan sebagainya. Adik juga tidak terlepas dari diduga, dugaan yang terbesar yang adik alami hari ini berkaitan dengan naluri songsang. Pastinya Allah tahu bahawa adik mampu mengawal, mengatasi dugaan nafsu tersebut, sebab itu Allah menduga adik sebegitu rupa.

Pada abang adalah normal adik mempunyai perasaan sayang pada seseorang, ketika usia remaja ni semua orang akan mengalami perasaan sayang cinta pada seseorang, yang tidak normalnya ialah adik menyayangi pada kaum sejenis. Tapi yang bagusnya adik tidak pernah terlajak jauh melakukan sebarang aktiviti maksiat lagi, alhamdulillah.

Allah tidak akan murka selagi kita masih tidak melakukan sesuatu pekara yang dilarangNya. Tidak dicatat dosa jika terlintas difikiran kita hendak melakukan sesuatu keburukan (kerana lintasan jahat difikiran kita itu datangnya dari syaitan), tidak berdosa jika kita masih tidak melakukan sesuatu pekara keji itu lagi. Dosa hanya dicatatkan apabila kita telah melakukan sesuatu yang dilarang olehNya.

Nasihat abang sebaiknya, usah berkawan rapat dengan kawan adik itu lagi, jauhkan diri daripada dia, elak bertemu elak berjumpa. Bukan bermakna adik cuba memutuskan siltulrahim dengan dia, tetapi niatkan dalam hati kerana Allah sebab hendak mengelakkan diri dari kemungkinan boleh terjerumus ke dalam permasaalahan yang lebih rumit lagi.

Buat masa ini adik tumpukan perhatian lebih pada pelajaran, dan nasihat yang selalu abang bagi kepada sesiapa yang bertanya ialah dekatkan diri kepada Allah, berterusan berdoa kepada Allah, jangan putus doa terus meminta bantuan daripadaNya. Berperasangka baik pada Allah, yakin lah Allah sedang menduga keimanan adik. - NAJMI

Adik juga mungkin boleh hubungi saudari MGDA, mungkin boleh berkongsi masaalah dengan beliau. Blog MGDA http://malaikatsisigelap.blogspot.com/



2 comments:

  1. salam abg najmi boleh tak saya nak share cite kat blog abg sbgai perkongsian saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Boleh aje kirim kan kisah awak di email abg
      hidupmestiditeruskan@gmail.com

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST