Monday, 9 June 2014

JOHAN - KISAH KENALAN GAY, SAYA GAGAL MENGUBAHNYA.

Assalamualaikum. Maaf abang Najmi. Harap-harap email ni masih boleh dihantar untuk dikongsi bagi tatapan semua.

Pertamanya, ini bukanlah kisah saya. Tapi saya rasa terpanggil untuk menceritakannya. Saya gemar mencari adik angkat. Sehingga sekarang saya tak berjumpa yang betul-betul bagus.

Suatu hari semasa melayari internet, selepas puas menelek beberapa laman, saya dapati sebuah laman yang menceritakan tentang isi hati seorang remaja lelaki yang ingin berubah tetapi masih ingin disayangi, memeluk dan mencium lelaki. Tidak lebih dari itu.

Saya merasa terpanggil untuk berkenalan dengannya. Dipendekkan cerita dia menerima saya sebagai kawannya. Dia faham bahawa saya bukanlah segolongan dengannya. Tetapi disebabkan perasaannya terhalang oleh saya yang kononnya cuba memperbetulkannya, dia mula kurang rapat dengan saya. 

Tetapi perasaannya berubah dan cuba menghubungi saya semula. Saya layankan semua pertanyaannya apabila dia bertanyakan tentang solat, balasan melakukan zina sesama jenis dan yang berkaitan dengan agama.

Suatu hari, dia ada memberitahu saya bahawa bekas teman lelakinya yang pernah cuba meliwatnya dulu (dia kata tak berjaya diliwat dan semasa mengadakan seks, sebab zakarnya tak tegang menandakan dia tidak mempunyai perasaan seronok bahkan takut semasa melakukan seks ketika itu. Naluri yang menyuruhnya bercinta tanpa rela) menghantar sms untuk mengajaknya melakukan sekali lagi. (Saya difahamkan dia sudah pun menukar nombor telefon) Dia hairan, bagaimana lelaki berusia 40 tahun itu menjumpai nombor telefon barunya itu.

Dia mula meminta pandangan saya bagaimana menjauhkan diri daripada lelaki itu. Pelbagai cara saya cadangkan. Dia bersetuju, tetapi dia mengakui bahawa dia susah mengelak dek kerana nafsu. Saya bersungguh-sungguh menyuruhnya bersabar (melalui telefon dan sms sebab jarak antara kami jauh) Saya menakut-nakutkannya dengan balasan neraka dan seksa kubur agar dia berubah fikiran.


Suatu hari saya mendapat sms daripadanya yang mengejutkan dan meruntun hati saya sekaligus yang berbunyi, "Salam, abang maaf malam tadi saya terlanjur."

Selepas itu saya mendiamkan diri dan bersedih. Smsnya saya tidak balas. Saya merasa sangat kecewa dengan tindakannya. Dia ingin sekali berubah. Tetapi kenapa tiba-tiba azamnya dibuang?

Beberapa hari selepas itu, dia menghantar sms sekali lagi. Kali ini dia berkata, "Siapakah saya, buat abang?"

Namun smsnya yang ini juga saya abaikan. Saya benar-benar kecewa. Saya gagal mengubahnya. Adakah tindakan saya ini benar? Saya meninggalkannya kerana kedegilannya. Terima kasih abang Najmi.


JOHAN
(bukan nama sebenar)



Salam Johan,

Abang anggap Johan seorang lelaki strg8, yang mempunyai niat yang baik mempengaruhi rakan Johan agar meninggalkan naluri songsang. Selalu abang kata yang naluri ini tidak boleh dihilangkan TETAPI ianya boleh dikawal, dikawal dengan iman dan takwa.

Jika benar Johan mahu membantu kawan Johan berubah, Johan tidak boleh berputus asa dengan begitu mudah. Akan mengambil masa untuk dia benar-benar boleh berubah dan mampu mengawal diri atau sekurang-kurangnya mengurangkan kegiatannya.

Kenapa dia buat pengakuan kepada Johan yang dia telah pun terlanjur? Dia boleh diamkan aje, dia boleh terus berlagak alim pada Johan. Mungkin disebabkan telah wujud rasa bersalah, rasa berdosa didalam diri dia kerana telah melakukan aktiviti tersebut dan sangat-sangat mengharapkan kembali sokongan nasihat dari Johan (seorang rakan yang sangat dipercayainya) agar dirinya kembali takut untuk melakukannya lagi.
 

"Bila kita ada kesedaran nak berubah menjadi baik, maka akan semakin kuat godaan yang datang kerana syaitan tidak suka orang yang hendak berbuat kebaikan. Makin kuat ujian yang diterima, kadang kala kita akan tewas, hati mula rasa ragu, iman mula goyah, namun jangan berputus asa, kalau tewas hari ni, cuba lagi esok, semoga lama-kelamaan kawan Johan akan kembali kuat (mengawal diri) dalam hadapi ujian (nafsu) ini."

Sudah semestinya Johan benar-benar kecewa dengan ketelanjuran kawan Johan itu tetapi jangan sampai putuskan hubungan. Setahu abang hubungan Johan dengan kawan itu hanya terjalin melalui alam maya sahaja kan, jadi pada pandangan abang sebaiknya Johan teruslah berkawan dengan dia dan terus beri perangsang, sokongan tanpa jemu, terus menasihatkan agar dia boleh tinggalkan aktiviti tersebut. 

Seseorang yang berada didalam sesuatu  "masalah"  terutama berkaitan dengan masalah seperti kawan Johan sangat memerlukan seorang rakan yang baik, memahami, mungkin sedikit terbuka dan berpengetahuan dalam bab agama yang boleh mengingatkan mereka dari masa kesemasa. Tanpa sokongan Johan lagi, besar kemungkinan dia akan terus terjerumus lebih jauh lagi dalam aktiviti itu. - NajMi



7 comments:

  1. Terus kan bg semangat kat kwn awk tu...kesian dia...bkn senang nak kawal nafsu ni...kita yg insan normal pon tak terlepas dr godaan hatta untuk dosa kecil sekali pon....

    ReplyDelete
  2. Dakwah x semestinya diterima, yg bg hidayah ialah allah, teruskan usaha dakwat moga2 allah bg hidayah

    ReplyDelete
  3. Sikap Johan menjauhkan dari dia kerana kecewa, akan memburukkan lagi. Paling tak, jika Johan ada, ada rasa ada orang yang sayang dia. Saya faham perasaan budak tu. Dia menjadi tempat bermanja, orang yg sllu bagi tumpuan kat dia, orang yang sayang dia, orang yang mahu dipeluk dan bukannya mencari seks. Hidup dia sunyi. Pasal terlanjur tu, Johan perlu tahu, semua tu nafsu, apatah bila kita jumpa dengan orang yang kita suka atau pandai bermain kata. Bukan niat nk buat, tp adakala nafsu menghasut. Janganlah abaikan dia. Dia akan mula rasa sunyi. Kalau Johan betul2 nk tolong dia, selalulah bertanya khabar. Ajak borak2. Ambil berat. Hujung minggu atau waktu terluang, ajak dia jalan-jalan. :)

    ReplyDelete
  4. Then kalau dia terjebak sekali dgn adik angkat dia punya dunia macam mana?

    ReplyDelete
  5. If ur not ready to face the things happening in the world like ours so don't do it at the first time...

    ReplyDelete
  6. Erm Perjalanan Masih Panjang.
    Bukan mudah untuk kita tp kena kuat semangat .
    Sentiasa kembali Megadap Ilahhi 5 waktu.

    ReplyDelete
  7. Mudah untuk menghukum, meninggalkan bukan cara mendidik, tapi melarikan diri kerna dah tak tahu nak buat macamana..

    Hidayah tetap bukan hak manusia..kita akan mampu membantu tapi bukan mengubah..sokonglah dan kasihani.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST