Monday, 23 June 2014

JAFFAR - AKHIRNYA MEREKA TAHU SAYA GAY DAN BUANG SAYA DARI HIDUP MEREKA

Salam abang Najmi, cukuplah kenal saya sebagai JAFFAR (bukan nama sebenar).

photo hanya hiasan sumber dari www.elephantjournal.com


Saya mempunyai masalah besar dalam hidup saya iaitu saya meminati kaum sejenis. Masalah ini semakin teruk dimana saya telah membuat kesilapan besar dalam hidup saya. Perasaan ni wujud sejak saya di sekolah rendah lagi. Tetapi apabila saya menjejak kaki ke universiti, perasaan itu semakin lama semakin ketara. 

Saya sangat mudah untuk menyayangi seseorang apabila sudah mula rapat. Apa yang saya maksudkan ialah saya mudah jatuh hati dengan bestfriend saya. Even banyak kali mereka sakitkan hati saya, saya pendam disebabkan perasaan sayang tu. Walaupun mereka sering menyakiti saya, mereka jarang mengabai saya dan sanggup melayan kerenah saya walau terpaksa. Lama kelamaan perasaan suka itu timbul menyebabkan saya tidak keruan. 

Saya cuba untuk pendam sehinggalah saya kecundang. Saya telah merosakkan persahabatan kami kerana saya terlalu mengikut nafsu saya yang membuak-buak. Akhirnya mereka tahu diri saya gay dan terus membuang saya dari hidup mereka. Saya ada memohon maaf daripada mereka dan menceritakan betapa peritnya lahir dengan perasaan. Saya menceritakan segala permasalahan saya menyebabkan lagi mereka benci akan saya. 

Sejak itu saya menangis setiap malam, berdoa kepada ALLAH agar dipulihkan nafsu songsang ni. Saya tak tahan hidup diduga sebegini, hidup didalam buangan. Malah tiada insan yang saya boleh percaya untuk menceritakan hal ini, hanya ALLAH saja yg tahu betapa sunyi dan tertekannya saya pada masa ni. 

Orang tua saya sudah tiada didunia ini. Hidup saya hanya bersandarkan kepada kawan-kawan. Namun kawan-kawan kini telah membuang saya. Apa yang saya harapkan ialah sokongan moral dari mereka agar dapat saya berubah. Kini tiada apa dapat saya lakukan selain mengenang nasib diri yang tidak habis-habis ditimpa musibah. 

Saya buntu. Harap abang Najmi dapat bantu saya. Sekian.


JAFFAR

Salam Jaffar,

Tidak banyak yang boleh abang bantu saudara, sepekara lagi telah kerap kali abang jawab pertanyaan masaalah seperti ini dalam entri-entri yang lalu.

Berubah untuk menjadi normal pada abang adalah satu pekara yang sia-sia, naluri itu akan tetap ada. Macam yang selalu abang sebut kita mampu mengawal nafsu tersebut dengan iman dan takwa. Apa yang sudah berlaku, abang harap
Jaffar lupakan. Mana-mana kawan yang telah buang saudara, lupakan lah mereka, cuba teruskan kehidupan seperti biasa. 

Dalam soal bab mengawal nafsu ni, abang selalu syorkan agar kita elakkan diri dari melayan laman-laman web lucah. Jangan tengok porn gay dan seangkatan dengan nya, sebab itu antara punca-punca kenapa gelora nafsu kita sentiasa menbuak-buak dan ingin terlibat dalam aktiviti tersebut. 

Bila nafsu sukar dikawal kita boleh melakukan apa jua pekara yang salah dan adakala diluar perancangan kita. Abang pasti ada rakan-rakan straighl diluar sana yang sudi berkawan dengan saudara, carilah kawan-kawan yang baik budi pekerti mereka, kawan-kawan yang boleh membantu Jaffar ketika senang dan susah, kawan-kawan yang boleh mendorong Jaffar mengawal diri dan yang penting Jaffar kena ada niat untuk berkawan hanya kerana Allah. 

Jangan pula apabila dah jumpa kawan yang baik, kawan yang boleh bantu dan beri sokongan, Jaffar jatuh hati pulak dengan mereka. Itu dah tak betul, kalau kita dah jatuh suka pada kawan kita itu, itu yang menyebabkan rakan straght tu lari. Berkawan kerana Allah. 

Kita sebagai orang Islam, perlu sentiasa berdoa kepadaNya, insyaallah abang percaya Allah mengetahui dan akan membantu kita. Berperasangka baik dan percaya, yakin pada bantuan dari Dia. - NAJMI




24 comments:

  1. Oh my.. x sggp tgok org ksorgn.. xpe.. u'll find another friend who will appreciate you.. can we be friends though??

    ReplyDelete
  2. Mcm tu la jugak sya rasa.....eventhought my fellow friend dah tau sya bernafsu songsang....dorg msih ok ngn sya...cuma sya plak yg x ok...sya plak yg tggal kn dorg....mgkin ssb dorg tau rahsia sya tuh...mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. No one knows my orientation lg tp yg knl lama2 ade mula mnghidu due to my age.. They keep asking for my marriage but cmne nk kawen klo nafsu xde kat girl kn.. Dorg syak tp so far msih trsembunyi.. Stuju dgn abg najmi naluri plus xleh nk ubah tp bole dikawal.. I've been alone nearly 10yrs mnjauh & mnjarakkan diri dr tman2 skolah dlu.. Skrg sy rs mcm dah selesa dikelilingi family sdri. I'm ok to live without any friends tp smp bila.. I can't deny yg sy sunyi dgn idup mcm ni but i have to adapt it lah.. Sabor je la byk2 dekatkan diri dgn Pencipta.. Dia xkan pnah mnjauhkan diri dri kita.. Lupakan kwn yg mbuang tu dan cari la kwn yg sejati. Rioshi

      Delete
    2. Rioshi,

      Macam abang ni ada perjumpaan rakan2 sekolah memang abang tak akan pergi walau diajak, sebab semua rakan2 dah beranak pinak, anak2 semua dah besar panjang, tak kan kita nak datang dalam keadaan masih bujang, drp kena tanya dg soalan2 "maut" baik tak payah pergi huhu.

      Delete
    3. Ya.. Seems like we r in d same boat mnongkah arus abg najmi. Tmn2 skolah pn slalu buat gathering reunion among us but i avoid it. Sometimes rs nak sgt communicate n berinteraksi dgn mereka tp x sanggup nk tgk dorg bahagia dgn family msing2. Sy putuskan smua connection yg wujud among us.. Sedih, Mmg sedih.. I don't knw mcm mna nk teruskan interaksi dgn dorg. Tp sy positifkan diri yg i am not too late lg nk kejar bahagia sy.

      Delete
    4. Anonymous,

      Yang pastnyai hidup mesti diteruskan jugakan....

      Delete
  3. Mohamad Faizal MuhammadMonday, June 23, 2014 3:38:00 pm

    xsemua yg berkiran begitu.....biar apa pon...fikir secara rasional....kita semua manusia...xder yg hebat pon.....

    ReplyDelete
  4. Adakah kawan yg straight tu boleh terima yg kawan die tu gay...? Kalo betul2 kawan adakah mereka tinggal sahabat tu kontang kanting... ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kawan sejati lah tu, tapi ada kala kawan strg8 yang baik selama ini pun akan tinggalkan kita sebab silap kita (gay) kerana goda mereka, mereka takut mereka larikkk. Macam abg pernah syok pada bestfriend sendiri, sampai mengaku perasaan abg kat dia, dia takut, hubungan putus sampai sekarang huhu

      Delete
  5. Yakin dan percaya ALLAH swt sntiasa brsama dgn kita.. seperkara lagi banyak kn brdoa mhon ptunjuk ke arah jalan yg benar.. insya'Allah smua pasti akn berubah dengan izin-NYA..

    ReplyDelete
  6. Remember one thing my dear friends... Life will never beat until we fell on our knees.. It's not about how long we can stand, it's about how much we can get hit and keep moving forward

    ReplyDelete
  7. Aaron
    Alhamdulillah dan terima kasih pada Abang Najmi dan nasihat-nasihat yang saya terima sebelum ni. Jika entri abang Najmi telah meletakkan nama saya sebagai Aaron. Maka, sebaiknya saya komen guna nama yang sama sebab cam best plak, ade nilai komercial…hu3
    Kepada kawan-kawan yang saya sayang, mempunyai kawan baik dan putus amat menyakitkan. Apatahlagi, bila melibatkan hati dan perasaan. Pernah jumpa kawan baik yang sanggup ponteng kuliah semata-mata nak jaga diri kita yang terlantar sakit (seminggu saya terlantar kene denggi) dan sakit berpanas hujan kerana kita? Layan kita mcm adik-beradik?
    Mungkin kawan2 pernah, begitu juga saya. Bahkan, sayang sangat kat sahabat seorang tu. Ya, saya pernah buat khianat pada dia. Buat sesuatu yg amat tidak boleh diterima oleh seorang yang bergelar straight. Akibatnya, saya dibuang dari rumah sewa kami dan dipulau oleh rakan-rakan. Hati mana tak sedih dan bumi mana tak ditimpa hujan. Sahabat baik aku terus putus hubungan, title ‘close friend’ dibuang. Akhirnya, terlintas di hati nak keluar agama. Astaghrfirullahalazim….aku mengucap balik.
    Lepas dapat nasihat dari Abang Najmi dan komen dari blog abang…aku rasa aku tidak bersendirian dan akan kuat melangkah. 6 bulan amek masa, aku terus meminta ampun dari Allah dan sahabat baik aku. Di samping memulihkan emosi diri sendiri, dua bulan aku hidup tak bermaya. Semester akhir… H kata,”aku dah maafkan kau. Lupakan peristiwa yang lepas, mulakan hidup baru.” Bila dengar macam tu, keluar mencurah-curah air mata. Mulai hari itu, aku dah anggap dia cam adik-beradik aku. Kami selalu berkongsi masalah dan Alhamdulillah segala-galanya bertambah baik. Aku ingin kongsi tips nak layan sahabat baik yang straight macam mana;
    1-Jangan lepaskan perasaan marah kerana cemburu bila tengok dia sms dan bercakap ngan awek/bakal isteri
    2-Berikan sokongan moral dalam setiap keputusannya dan betulkan apa yang salah dengan hikmah
    3-Bila tidur di sebelah sahabat kita, elakkan memandang wajah dia ketika tidur dan ingatlah Allah supaya syaitan tidak menjadi orang ketiga dalam merosakkan persahabatan
    4-Ajak sahabat ke arah kebaikan seperti ke masjid sama2 atau tumpangkan dia ke kuliah
    5-Anggap dia sebagai adik/abang kita supaya kita tidak ber’selera’ pada dia
    6-Jaga dia ketika sakit tetapi jangan mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi seperti melihat aurat dia
    7-Bersabarlah kerana sahabat kita yang straight ni kadang2 panas baran
    8-Tidur dengan sahabat sebaiknya jangan berselimut sekali dan elakkan tidur pada jarak yang dekat
    9-Doa dia dalam kebaikan… Insha Allah malaikat pun akan doa yang sama pada kita
    10-Jangan sesekali meluah perasaan cinta pada dia jika anda masih ingin bersahabat baik kerana bukan semua orang straight boleh menerima perkataan sayang dari seorang lelaki

    Apa pun dalam hidup ini, walaupun kita tahu kita bersendirian. Tetapi, percayalah kita tidak bersendiri. Cuma kita dipisahkan oleh waktu, jarak dan hubungan yang berbeza. Alhamdulillah, jika kita dapat berkumpul lepas mati nanti dan Nabi Muhammad S.A.W melihat kita dengan perasaan yang gembira kelak. Jihad yang besar adalah mengawal nafsu diri sendiri. Akhir sekali, aku mohon doa dari korang semua agar doakanku berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Aku bercita-cita nak sambung belajar tahun depan Insha Allah pada peringkat master. Doakanku berjaya dan ku doakan kamu berjaya juga Insha Allah. Sayang dan rindu adalah rahmat Allah walaupun tidak bersua muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aaron....:)

      Dah jadikan entri pun....:)

      Delete
  8. Saya pon gay dan saya ok ja. Umur dah 30. Nak kawen memang tak la walau ramai dah mak2 sedara dan kawan2 nak kenen kan. Saya buat tak tahu ja. Dulu terfikir juga nak kawen masa zaman uni.Pernah jatuh cinta.Tapi x berjaya. Saya pon pernah jatuh cinta dengan lelaki juga, itu pon x berjaya. Cukup la pengalaman sekali jatuh cinta dgn perempuan dan sekali dgn lelaki. Saya tak fikir nak berkongsi hidup sy dgn sesapa pon. Maksud saya hal2 berkasih cinta nie semua. Saya ada family lagi dan juga kawan2 baik ..well semua dah kawen pon. Tapi alhamdulillah perhubungan kami semua baik2 dan rapat ja. Saya tak rasa kekurangan pon. X dinafikan yang kadang2 saya sunyi juga ...

    Saya pikir lagi 4,5 tahun maybe saya nak amik bela sorang dua anak angkat .. ada juga tujuan hidup kan. Kalau saya x mampu ..maybe akan libatkan diri dalam keja2 kebajikan dan volunteer. Apa2 saja la. Saya fikir kalau kita dok meratap nasib sorang2 ..memang la kita sunyi. Daripada mengharap orang datang dan sayang kat kita ..lebih baik kita spread kasih sayang kita pada orang lain .. tanpa perlu harap apa2 balasan.

    Walaupon saya gay dan sy ok dan agak happy dalam hidup saya, x bermakna saya praktis gaya hidup bebas mcm gay. Saya mmg against segala perbuatan x bermoral. Bukan kata saya baik, dulu pon saya pernah jahat. Bukan suci sangat. Tapi dalam hidup kita selagi nafas belum berakhir, selagi tuhan bagi masa untuk kita memperbaiki diri dan enjoy dalam hidup.

    So ..let have fun k ...semua orang berhak bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Situasi yang hampir sama berlaku kepada gaya diluar sana, yang penting kita perbaiki hidup kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Enjoy memang boleh enjoy tetapi kena ada batasnya jugak, kena bijak mengasingkan mana yang baik dan mana yang tidakkan, semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan diredahi olehNya selalu....:)

      Delete
    2. I agree with mrAnonymous di atas.. N thinking about d same thing jgk sbb i love kids. Does anyone know the procedures to make n adoption? Btw I'm a government servant n duno the possibility of the adoption. Layak ke x.. Sbb nk kawen tu mmg la nk sgt tp naluri kat perempuan tu 0. On my sight i just respect them as adik kakak je. Perasaan lain x pnh timbul lg. I'm 29 this year, n the number akn terus mningkat. That increasing beri byk tekanan dlm kehidupan sy. Rse mcm putus asa nk teruskan hidup tp kluarga sy letak harapan tinggi dgn sy. Bcause of my stability dorg x pnh pn prtikai dgn hidup bjang sy. N now sy teruskan idup sbb dorg walau pn dlm brsedih..

      Delete
    3. Susah juga nak amik kalau ikut prosedur nie. Byk karenah. Lagi2 lelaki bujang. Kalau ada kawan2 nurse minta diorang kenen2 kan. Byk orang yang lahir anak luar nikah kat hospital, x nak anak. Kesian, budak tue x berdosa pon. Bela anak orang2 miskin pon ok. Klu mcm sy ok jer ..kalau orang nak bagi anak umur 4,5 thn atau sekolah rendah ..niat nak jaga dan bagi pendidikan saja .. kurang2 diorang besar nanti bleh bantu family diorang atau sapa2 yg memerlukan. Klu sy, klu ada anak angkat pon memang sy x berharap pon anak2 tue nak jaga saya bila tua .. sy boleh hidup sendiri .. sekadar lepas hidup diorang sudah la .. aa my family pon sama letak harapan kat saya .. stress nau2 ..hahaha..tapi sy okey jer la .. nak buat camna ..ini pilihan sy .. insyallah sama2 la kita berbakti pada mak bapak kita, jaga diorang semua .. alaa hidup kat dunia nie kan sementara jer .. x terkilan pon kalau x berkahwin ..masih ada masa depan lagi di kehidupan lain yang lebih kekal .. positif jer la ..

      Delete
  9. Salam.. Sekadar nk berkongsi.. Sy dah umo 35 n still x kawen.. Mcm2 org Tanya tp buat bodoh je.. Just focus on my career.. My friends semua dah kawen n dah Ada anak.. So I channel my love to kids to my friends' children n my nieces n nephew.. My daily life Fr 9am to 9pm at the office, blk rumah tgk tv n after that tido.. Weekend I focus on my study.. Always make my life bz.. Amik cuti panjang blk kg or pegi vacation.. Alone as back packers.. But I made a lot of friends while traveling.. No need to feel sad or feel lonely.. Just make ur day bz.. If free recite al Qur'an.. Talk to god.. I'm sure takkan sunyi LG.. If sunyi jumpa parents n spend time with them.. The choice is yours..

    ReplyDelete
  10. Assalam..

    Kisah ini ada kurang lebih dengan kisah saya. Saya terlibat dengan gay ini adalah pada tingkatan 2. Sebelum itu sya mmng tak tahu tentang gay dan hanya suka pada girl dan saya bukan seorang yg lembut. Pada tingkatan 1 saya pernah menyukai seorang gadis ini. Dan kami berkawan sehinggalah ada perasaan masing2 dlm diri kami. Perhubungan kami berpnjangan sehingga ke tingkatan 5. Dalam masa sya bersama dgn gf saya itu, satu peristiwa yang merubah hidup straight saya.

    Ia berlaku pada malam saya bermalam di rumah makcik saya. Pada malam itu,rumah makcik saya mengadakan kenduri dan ramai tetamu yg dtang dan salah satunya adalah anak saudara makcik saya. Dia jauh lebih tua daripada saya dan baru sahaja bercerai setelah 3 tahun berkahwin. Saya sangat muda masa itu. Memang tak tahu apa2. Ditakdirkan masa itu makcik saya menyuruh saya tidur di katil yg sama. Semasa dlam lena tidur, saya merasakan ada tangan yang menyentuh kemaluan saya dan tangan saya pada dia. Saya terus tersentak dan menepis tangannya dan saya berpindah ke bilik sepupu saya. Malam itu saya berfikir perkara itu salah.

    Sejak dari itu, saya seringkali teringat akan accident itu. Sehingga satu masa dia kembali ke rumah makcik saya itu dan terus mencari jalan untuk jadikan sya objek pemuas nafsunya. Ketidakrelaan itu telah menjadi kesukaan apabila nafsu menguasai.

    Dan pada tingkatan 5 saya memutuskan semua ini adalah salah. Pda ketika itu, hubungan saya dgn gf masih berjalan sperti biasa. Sehinggalah saya masuk ke universiti untuk diploma, perasaan itu muncul kembali dan kami break up dengan alasan cinta jarak jauh. Semasa di universiti, saya berkawan dengan rakan karib saya ini. Kami berkawan sangat akrab. Tidur sama, masak bersama, main bola bersama, belajar bersama dan hubungan persahabatan kami sangatlah akrab. Sehingga satu masa itu, saya tertinggalkan laptop di atas meja tanpa log off. Dan disitulah segalanya terbongkar apabila dia dapati website gay dan video gay di dalam laptop saya. Hubungan kami terus hambar dan tiada lagi gelak tawa bersama. Saya tiada menyimpan apa2 perasaan pada dia cuma saya ada naluri songsang itu. Sehingga satu masa, kami tidak serapat seperti sebelumnya selama setahun.

    Sahabat, jika dia memberi satu pandangan positif pada kita, dia akan mengerti. Saya bertaubat. Saya berjanji pada Allah bahawa saya akan hilangkan naluri songsang itu. Dan saya memohon maaf pada kawan saya itu dan alhamdullilah kami kembali berkawan sehinggalah sekarang. Di majlis kahwinnya, sayalah orang yg paling gembira mengaturkan perkahwinannya.

    Dan saya sekarang, kembali bersama dengan gf saya. Dan InsyaAllah, kamk bakal menikah dalam tmpoh 2 tahun lagi.

    ~JR~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah JR semoga kehidupan saudara tidak tersasar lagi dan
      berkekalan dg gf..dan mendirikan rumah tangga suatu hari
      nanti..Insyaallah..

      Terima kasih kerana bercerita...:)

      Delete
  11. Selepas 3 bulan berlalu, alhamdulillah emosi saya sudah stabil... seperti yg abg najmi cakapkan hari tu, ada kawan2 straight saya tahu yg saya ni gay tapi mereka boleh terima saya dam mengharapkan saya berubah..sekarang saya dah tamat belajar dan kami masing2 buat hal sendiri...dan kepada best friend saya yang dah buang saya tu, saya dah dapat move on walau sekali sekala saya stalk jgk fb mereka... saya ada 2 teman istimewa dlm hidup saya ni, iaitu H dan I. Si H ni seorang yg straight tapi selalu suka bergurau lucah dgn saya... die tidak tahu yg saya ni gay... tapi dia sgt ambil berat pasal saya..dia tahu segala masalah dlm kehidupan saya dari merokok hinggalah masalah keluarga kecuali masalah gay. Dia juga selalu tegur saya jika merokok di depannya... satu ayat yg keluar dari mulutnya:"Aku sayang kau, berhentilah merokok..." saya rasa dia dah macam abg saya sendiri..hinggakan saya tiada nafsu kepadanya..mcm yg aaron perkatakan sebelum ini... Si I ini adalah kawan yg sama mcm saya iaitu gay..tapi kami berkawan sahaja.. ibarat sahabat sejati.. dia juga hiburkan saya bila saya down.. beri kata2 semangat dan idea utk terus keep in track.. dua2 insan ni adalah bestfriend saya dari sekolah lagi.. apa yg saya gusarkan ialah sekiranya H tahu yg saya gay, adakah dia juga turut cabut...? Cuma itu yg saya ingin kongsikan...dan selamat hari raya aidilfitri bagi abg najmi dan pembaca blog ini =)

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Bro Najmi & friends..
    Saya pulak kisahnya dah pernah kahwin. Pilihan org tua.But x sampai setahun, kami berpisah. Ingatkan dgn berkahwin ni dapat buang nafsu songsang itu. Tapi ternyata saya tiada nafsu kpd perempuan. Bayangkan saya tidak pernah 'bersama' dgn my ex selama tempoh lebih kurang 10 bulan berkahwin... Akhirnya my ex minta berpisah. Kesian org tua saya menanggung malu akibat perpisahan itu. Begitu juga dgn diri saya. Kini pd usia 36 tahun, saya masih sendiri. Rakan2 di tempat kerja ada yg tahu dan ada yg tidak status bujang kali kedua ini. Dan saya pun x declare. Even saya sorokkan kecuali dgn kawan yg saya percaya. Mengenai nafsu songsang ini, org tua mungkin syak... tapi saya x pernah declare apa2 & mereka pun x pernah bertanya. Walaupun selepas perpisahan itu, saya kembali duduk bersama dgn org tua, tapi mereka x pernah bertanya ttg naluri saya. Cuma setiap kali hari jadi & hari raya, mereka akan mengucapkan kpd saya semoga mendapat pasangan yg baik.. Bab kawan2 sekolah lama, saya pun sama mcm kalian. Saya terasa mcm org yg tiada sejarah silam. Tiada kenangan lama. Tiada kawan2 lama. Kadang2 stalking jugak fb kawan2 lama.. But sekadar itu sahajalah...Krn mcm najmi cakaplah. Daripada depa akan tnya ttg wife..anak-anak.. Baiklah saya menjauhkan diri.. SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan maya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakimi2010

      Hidup mesti diteruskan, walau apa jua dugaan yang menimpa, perbaiki diri kuatkan iman dan takwa. Berdoa kepadaNya sentiasa....Ceria selalu..SELAMAT HARI RAYA...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST