Monday, 16 June 2014

HASLINDA - MY BEST FRIEND IS GAY

Salam Abang Najmi,

Bila terjumpa blog abang Najmi, saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dan memerlukan sedikit pandangan. Ini bukan kisah saya tapi kisah bestfriend saya.


Saya perempuan. Saya berkawan dengannya dah lebih 6 tahun. Empat tahun, sejak 2010 sampai sekarang kami satu tempat kerja. Kami tersangat rapat sehingga semua orang ingat kami couple. Saya kenal semua family dia malah sangat rapat dengan kakak iparnya. Pendek kata semua kisah susah senang sakit pening dia saya tahu dan kami selalu ada bersama. 

Dua tahun kebelakangan ini kami lagi rapat, pagi petang sampai malam memang saya dengan dia dari office hinggalah aktiviti shopping and jalan-jalan. Begitu juga hujung minggu. Malah kami ada aktiviti tahunan iaitu percutian di mana-mana pulau selama seminggu  setiap tahun. 

Berbalik pada kisah yang saya nak ceritakan. 

Kawan saya biar saya namakan Eddin, 30 tahun. Jika diperhatikan memang dia agak lembut dan tersangat menjaga penampilan. Losyen sentiasa ada dalam beg, pakaian sentiasa kemas, ada lip balm dan sentiasa wangi. Tapi semuanya tak menjadi persoalan pada saya sebab semua adik beradiknya macam tu (adik beradik semua lelaki) dan setahu saya semua normal. Eddin dikira lelaki jambu dengan kulit putih, halus dan muka agak tampan. Ramai officemate meneka Eddin gay tapi saya sebagai orang yang tersangat rapat dan kenal dia, saya akan nafikan sekeras-kerasnya yang mengatakan dia gay.

Saya ada kawan-kawan gay lain yang saya kenali. Ada yang dah kawin dan ada anak tapi ada yang belum. Saya selalu jugak berbual dengan Eddin kisah-kisah mereka dan terus terang saya memang menentang dan tidak boleh menerima cara hidup begini (songsang) dan dia selama ini memang bersetuju dengan pandangan saya itu (maafkan saya untuk ini). Malah saya juga ada housemate lesbian dan saya pernah menegur supaya berubah tapi memang tidak berjaya sampai sekarang. 

Saya memang tidak pernah terfikir yang Eddin gay walaupun dia tidak pernah bersungguh menunjukkan minat pada perempuan. Perempuan yang saya tahu dia minat hanya Nasya Aziz. Saya selalu beranggapan dia lelaki yang sangat baik sebab tidak pernah ambil kesempatan pada perempuan walaupun kadang-kadang kami agak seksi.

Saya telah membuat satu tindakan yang agak tidak wajar beberapa hari lepas. 

Saya dan roomate saya memang tahu password yahoo mail dan facebook Eddin dari dulu dan roomate saya selalu gunakan untuk main game beberapa tahun lepas. Jadi saya simpulkan tidak ada rahsia dalam facebook Eddin. Saya mulalah saja-saja “log in” ke facebook Eddin dan apa yang saya dapati tersangat mengejutkan. Nauzubillah. Ramai dari friendlist nya ialah gay. Saya juga telah membaca message-message di facebook yang amat meruntun hati saya yang selama ini tersangat percaya pada Eddin. Selama ni rupa- rupanya Eddin gay. Conversation tu semua pada tahun 2010 dan 2011. Bukan hanya sorang malah ramai. Saya tersangat terkilan dan sedih saya terlepas pandang perkara ini sedangkan most of the time saya bersama Eddin. 

Kerana saya terlalu terkejut, sedih, kecewa, marah dan tidak sangka dengan tiba-tiba saya jadi tidak boleh nak bercakap dengan Eddin. Hari-hari air mata je yang jadi penemam saya. I feel betrayed. Saya mula melarikn diri, tidak membalas message, tak breakfast bersama juga tak lagi keluar bersama after office hour.

Saya tahu Eddin dapat mengesan perubahan saya sebab dia tidak lagi datang berbual di department saya seperti hari-hari biasa. Hari-hari saya berdoa supaya Eddin kembali normal. Saya tahu saya kena kuat. Mungkin tiada siapa di kalangan kami kawan-kawan rapat yang mengetahui Eddin gay dan tiada sesiapa yang pernah memberi nasihat atau pertolongan. 

Saya mahu Eddin berubah.

Saya tahu tindakan saya melarikan diri salah. Tapi saya tidak tahu apa yang saya perlu buat. Saya sayangkan Eddin dan persahabatan kami. Saya tak nak dia pergi makin jauh dan hanyut. Saya cuba berfikiran positif mungkin dia dah berubah sebab message tu semua dah lama. Tapi dua hari lepas ada office mate tanya saya sama ada Eddin gay sebab dia ternampak ada gambar selfie naked guy dalam hp Eddin beberapa bulan lepas. Semua positif thinking saya hilang.

Persoalannya perlukah saya berterus terang dengan Eddin yang saya tahu kisah gay nya? Eddin seorang yang panas baran. Selama ni saya tahu bila dia akan marah dan boleh agak macam mana reaksi nya bila saya cakap pasal ni nanti.  Saya buntu, apakah tindakan terbaik yang saya perlu buat. Saya tersangat ingin membantu Eddin. Saya tahu teramat susah tapi saya sedia membantu dan memberi sokongan apa yang mampu. 


~HASLINDA~



Salam Haslinda,

Abang rasa Has sudah jatuh syok kat Eddin, biasalah bila kita dah berkawan rapat selalu bersama pasti boleh wujud rasa sayang, setahu abang kebanyakkan perempuan ni tak kalau dah suka mereka tidak kisah sama ada lelaki tu lembut atau dah tahu kemungkinan gay, kalau dah jatuh hati mereka akan jatuh cinta seorang. Sedangkan kawan lelaki lembut tu tak pernah ada hati dengan mereka.

Kisah Has ni dah beberapa kali abang terima, sekarang ni pun abang sedang berutus email dengan seorang wanita yang sudah tahu rakan lelakinya seorang bisekual (yang sudah ada teman lelaki), wanita itu terus menerus mengharapkan cinta lelaki itu. Alasan yang biasa wanita beri ialah hendak rakan lelaki gay itu berubah. 

Membuka facebook orang lain pada abang sangat salah, membaca message Eddin tanpa pengetahuan dia juga salah. Tapi pekara sudah berlaku. Jika Has tahu Eddin seorang panas baran sebaiknya janganlah beitahu dia yang Has itu telah pun tahu Eddin adalah seorang gay. Tunggu aje pengakuan dari Eddin sendiri suatu hari nanti.

Kalau Eddin benar seorang gay, naluri gay dia itu pada pandangan abang memang tidak boleh diubah sehingga mati tetapi naluri itu boleh dikawal dengan iman dan takwa. Kena ada kesungguhan dalam diri Eddin, dia sendiri kena ada keinginan mahu berubah mengawal diri, jika Eddin tidak ada niat nak berubah maka segala usaha Has  yang mengharapkan dia berubah tidak akan menjadi kenyataan.

Hal begini amat rumit, jika Has mahu membantu, sebaiknya teruslah berkawan dengan dia seperti biasa, dalam masa yang sama beri nasihat kepada dia (tanpa beritahu pada hakikatnya Has sudah pun tahu Eddin adalah seorang gay). 

Ceritalah kisah-kisah semasa, contohnya mengenai bahaya jangkitan HIV, bahaya seks bebas, selitkan juga kisah balasan Allah keatas golongan gay dan sebagainya. Berbuallah seperti biasa cuma dalam masa yang sama selitkan nasihat pada dia secara halus, semoga hati dia tergerak untuk berubah atau sekurang-kurangnya dia mahu mengurangkan aktiviti dia dan terus cuba mengawal diri. Dalam masa sama Has kena berdoa kepada Allah, minta supaya Eddin tidak tersasar jauh dan boleh kembali kejalan yang diredhaiNya.

Ingat berubah atau tidak semuanya bergantung pada diri Eddin,  sangat sukar hendak memaksa dia berubah melainkan dalam dirinya telah ada keinginan tergerak untuk mahu berubah. - NAJMI





2 comments:

  1. Betul tu kata Abg Najmi Haslinda,
    Rya memang ada bestfriend macam Haslinda jugak.
    Nak dijadikan cerita, memang betul la mungkin kita berkawan rapat ni, kita macam tak percaya yang bestfriend kita tu sebenarnya gay.
    Cerita kita hampir sama.. Tetapi bestfriend Rya sempat mengaku yang dia ni bisex. Masa tu dia masih belum terjangkit lagi.. Mungkin diatas tindak tanduk Rya seperti lurus, dia seperti tidak mahu merahsiakan status sebenarnya padahal Rya dapat hidu cuma tidak percaya.
    Haslinda, Rya sokong cara Abg Najmi untuk menerangkan secara halus kepada bestfriend tentang risiko seks bebas dan gay. Kerana Rya sekali-kali TIDAK MEMPERGUNAKAN peluang keemasan itu sehinggalah bestfriend Rya disahkan PLHIV. Sepatutnya Rya yang sudah tahu tidak membiarkan, tetapi mencuba sedaya upaya untuk tarik dia dari terus tersesat. Akhirnya kerana kedayusan Rya, Rya terlambat untuk menyelamatkan seorang kawan yang paling Rya sayang.
    Dalam kes ini, Rya rasa terpanggil untuk rasa bersalah dan menanggung kesalahan itu. Walaupun mungkin dia tidak boleh mengubah status Rya sebagai seorang yang boleh dia cintai, sekurang-kurangnya Rya tidak dapat tinggalkan dia walaupun mungkin perjalanan selepas ini akan lebih sukar dan mencabar.
    Berjuanglah mulai sekarang, halang dia agar sebelum dia terus hanyut.
    Jangan biar sampai terlambat. Biarlah dia marah, biarlah dia benci, asal dia tidak sakit..
    Jangan sia-siakan peluang Haslinda, jangan ikut jejak Rya.
    Semoga Haslinda dapat menghadapinya..

    ReplyDelete
  2. Haslinda. Saya faham perasaan awak. Apabila kita berkawan dengan seseorang kita mengharapkan dia jadi terbaik. Tidak mengamalkan perkara yg dilarang agama. Tetapi jika awak benar ikhlas sayangkan dia sebagai kawan. Awak kena berterus terang. Sekurang2nya awak luahkan apa yg terbuku.

    Menjadi gay. Terpaksa berpura2 straight adalah amat menyakitkan terutama apabila ia haram sedangkan naluri sudah tidak boleh ditenangkan. Bunyinya cliche tetapi hanya gay yg tahu perasaan ni. Kami tidak pernah memilih menjadi gay dan tida
    k sehari pun kami tidak memohon supaya Allah buangkan naluri ini.
    Ini adalah ujian berat kepada seorang lelaki. ALLAH maha mengetahui yg terbaik. Dalam hal ini tiada apa yang boleh menyelesaikan masalah kecuali iman dan takwa...

    Jika dia sudah terbabi secara seksual agak sukar untuk berubah. segalanya bukan terpulang kepada kamu tetapi dia... Ada sebab Allah jadikan gay.. hanya Allah tau apa yang kami gay janji kepada Allah di loh mahfuz... jika tidak kenapa Allah masih ada gay ratusan tahun selepas zaman Nabi Lut... fikir2 kan

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST