Monday, 9 June 2014

EZZAT ISMAIL - PENGALAMAN SAYA MENJAGA ABANG POSITIF HIV

Assalamualaikum abang Najmi, izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman hidup saya menjaga PLHIV sehingga beliau menghembus nafasnya. 

Saya Izzat Ismail berusia 28 tahun, perkenalnya saya dengan abang (biarlah saya panggil beliau abang kerana saya sudah sememangnya anggap beliau abang dalam hidup saya) adalah semasa saya menuntut di Shah Alam.

Abang merupakan seorang pensyarah salah satu mata pelajaran yang amat dibenci saya, perkenalan diantara saya dan abang menjadi rapat bila mana abang memerlukan bantuan dalam menyelesaikan penyelidikannya. Disebabkan saya selalu kesempitan wang dan abang telah menjanjikan gaji kepada saya setiap kali menolong beliau, saya turutkan sahaja.

Abang merupakan insan yang sangat baik hati, periang dan abang juga hidup sebatang kara. Abang juga insane yang taat pada agama. Kerana abang jugalah, kehidupan saya yang tiada apa-apa ketika itu berjaya sehingga pada hari ini semuanya disebabkan dorongan, nasihat dan juga kata-kata semangat yang diberikan oleh abang pada saya.

Masih ingat kebaikan dan kemuliaan hati abang kerana sudi "mengutip" saya dari menetap di rumah setinggan semasa saya belajar dulu, berpindah menetap bersamanya TANPA SEBARANG BAYARAN, sememangnya ramai rakan-rakan lain yang telah tersalah anggap dengan kebaikan abang dan pernah menggelar saya sebagai ANAK IKAN abang, sedangkan abang tidak pernah menyentuh saya! 

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, abang ditimpa kemalangan dan memerlukan darah. Walaupun pada ketika itu, darah saya sama dengan darah abang, saya tidak dapat menderma kerana keadaan saya tidak mengizinkan untuk menderma darah atas nasihat doktor.

Selepas abang sembuh dari kemalangan, kehidupannya kembali normal sehinggakan pada suatu hari, saya perasan abang banyak sangat termenung. Bila ditanya, abang hanya diamkan diri dan hanya berkata dia tidak ada mood. Saya hanya mengiakan sahaja apa yang dikatakan, tetapi semakin lama, saya melihat perwatakan abang semakin berlainan, hanya mendiamkan diri, jarang sangat bercakap dan mahu menjauhkan diri dari saya.

Perkara ini telah membuatkan saya berasa tidak puas hati dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku sehingga saya nekad untuk bertanya pada doctor beliau. Namun, usaha saya hanya sia-sia kerana doctor tidak dapat memberi jawapan atas alasan PERIHAL PESAKIT ADALAH SULIT.


Perasaan tidak puas hati kerana ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku telah membuatkan saya nekad untuk mengeledah bilik abang dan betapa terkejut dan luluhnya hati saya apabila terjumpa surat ujian darah menyatakan abang +HIV.
photo hanya hiasan - photo pesakit hiv di myanmar

Bermula dari saat itu, kesihatan abang semakin merosot dan timbul pula perasaan menyesal dalam diri saya kerana tidak menderma darah disaat abang memerlukan. Rasa sesal semakin menebal dalam hati saya. Saya mengambil keputusan untuk menjaga abang sendiri dari membiarkan beliau begitu sahaja tanpa rasa prejudis, sebab saya tahu HIV tidak akan berjangkiti kepada saya seandainya saya menjaga abang dengan cara yang betul.

Pelbagai tohmohan mula abang terima daripada masyarakat terutamanya dari jiran-jiran sekeliling dan saya hanya mampu pekakkan telinga atas nasihat abang. Tetapi kesabaran juga ada hadnya apabila saya pernah bergaduh bertumbuk dengan jiran sebelah kerana mempertahankan maruah abang kerana saya tidak sanggup melihat dan mendengar abang saya terus dicaci dan dihina.


Masyarakat sekeliling, jiran-jiran termasuk rakan-rakan saya bimbang dan bertanya kepada saya, "TAK TAKUT KAH DIJANGKITI HIV. TAK GELI KE JAGA ORANG MACAM NI", dan bermacam-macam pertanyaan lagi. Apa yang mampu saya katakan disebabkan pemikiran kolot sebeginilah maka timbulnya segala permasaalahan ini (Stigma dan Diskriminasi).

Saya pernah dipulau oleh masyarakat setempat kerana mengambil keputusan untuk menjaga abang, kerana mereka khuatiri akan dijangkiti HIV melalui diri saya, apa yang mampu saya lakukan hanya lah banyak bersabar dan terus berdoa dan meminta agar Allah mempermudahkan segala urusan saya sepanjang menjaga abang.
 

Tanggal 8 Mac 2013, abang telah menghembuskan nafasnya di dalam rumah atas pangkuan saya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa sedihnya saya ketika itu. Tetapi saya redha dengan pemergian abang. Hendak tak nak berita kematian abang terpaksa diberitahu kepada masyarakat sekeliling, tetapi walaupun telah diberitahu kepada mereka, tidak siapa pun yang mahu datang menziarahi jasad abang kerana mereka takut akan dijangkiti kuman HIV.

Saya nekad untuk membawa pulang jasad abang pulang ke kampung halaman saya dan alhamdulillah dengan bantuan rakan saya dan saya sendiri telah menguruskan segala urusan pengkebumian dari memandikan jenazah sehinggalah jenazah ditanam.

Selepas segala urusan mengkebumikan jenazah selesai, barulah saya menceritakan kepada semua mengenai apa yang sebenarnya telah terjadi, kenapa saya bawa pulang jenazah untuk dikebumikan dikampung dan reaksi pertama mak dan ayah saya adalah TERKEJUT. Manakala reaksi sanak saudara yang lain amat menjengkelkan, malah sanak saudara yang lain mula menjauhi diri dari saya kerana menganggap saya juga telah dijangkiti HIV dan atas dasar memuaskan hati mereka dan menerima nasihat mak dan ayah, saya pergi menjalani ujian darah dan saya disahkan BEBAS HIV.

Bukan hanya satu pusat rawatan, tetapi 4 pusat rawatan saya pergi untuk menjalankan ujian HIV dan tetap disahkan saya NEGETIF HIV. Selepas disahkan bebas dan disertakan dengan bukti, barulah sanak saudara memohon maaf pada saya.


Apa yang saya kesalkan adalah tanggapan masyarakat kepada pesakit HIV, masyarakat tidak perlu terus menerus untuk menjatuhkan hukuman kepada pesakit sedangkan mereka tidak tahu dari mana dan apakan permasalah yang timbul. Saya telah membuktikan pada keluarga, sanak saudara, sahabat handai bahawasanya sekiranya kita tahu akan cara-cara yang betul, tidak perlu takut untuk menjaga pesakit HIV. Hakikatnya mereka (PLHIV terutama yang sedang sakit) sebenarnya memerlukan sokongan moral.

Sesungguhnya, setiap manusia adalah sama disisi Allah, yang membezakan kita adalah AMALAN yang dilakukan oleh kita. Kepada abang, AL-Fatihah, semoga abang tenang di sana..Amin.


EZZAT ISMAIL



7 comments:

  1. Ya Allah mulianya hati Ezzat.

    Alangkah bagus kalau orang kita nih celik dan tak prejudis dengan benda2 macam nih. Pelbagai kempen dan pendedahan yang dilaksanakan tapi masih ada stigma ini. Semoga suatu hari nanti masyarakat kita mula membuka mata dan menginsafinya.

    ReplyDelete
  2. Baik nya abang tu, semoga roh beliau dicucuri rahmat.ameen

    ReplyDelete
  3. Saya ada soalan untuk pengirim kisah ini, tidakah abang beliau mulakan rawatan haart selepas dapat tahu dijangkiti hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan yang baik..saya pun ketika baca kisah ni tak perasan sama ada abang Ezzat telah mula mendapat rawatan HAART, nanti saya tanya Ezzat dan harap dia boleh tinggalkan jawapan bagi persoalan yang ditanya saudara diruang ini nanti...:)

      Delete
  4. Bukan apa najmi, sebabnya rawatan yg ada sekarang sangat berkesan. Drpd hiv utk membawa kpd AIDS mmg tidak berlaku lg sekarang sekiranya pembawa hiv patuh kpd rawatan yg ada. Saya baca ada sebuah hospital di kanada, satu wad ni dikhaskan utk pesakit aids. Tahun 80an dan awal 90an ramai yg masuk wad tu sblm menghembuskan nafas terakhir. Tetapi wad tu sekarang dah tidak terima pesakit aids lagi sbb mmg dah takder yg dimasukkan disebabkan aids. Pengarah hospital tersebut kata disebabkan rawatan yg ada sekarang sgt berkesan diaorang dah tak terima lagi pesakit aids.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dan abg juga ada baca mengenai hospital berkenaan yang dah tak terima lagi kes baru pesakit AIDS, semuanya disebabkan keberkesanan HAART...:)

      Delete
  5. Baguslah... hiv tak perlu ditakuti lagi sebab ubat dah ada.hapuskan diskriminasi hapuskan stigma :-)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST