Tuesday, 3 June 2014

EPAL HIJAU - ADA PERKATAAN "RVD' PADA SIJIL KEMATIAN ABAH, TETAPI TIDAK ADA PADA SIJIL KEMATIAN IBU.

LANJUTAN DARI KISAH 'EPAL HIJAU" YANG LALU - ENTRI DISINI



Epal bukannya nak berlebih-lebihan dalam mendescribe masyarakat di tempat Epal tinggal, bukannya Epal nak cakap diorang semua teruk atau semua jahat, semua kejam dan bukan nak memburuk-burukkan, ya memang bukan semua tapi MAJORITI memang begitu. 

Epal cerita pengalaman Epal, apa yang terjadi supaya bila orang baca, orang jadikan pengajaran supaya orang yang membaca tidak berkelakuan seperti ini. Cuba bayangkan bila Epal ke kedai beli apa-apa masa tu orang nampak Epal mereka akan sok.. sek.. sok.. sek, berbisik sesama mereka.

"Mintak maaf la tak pegi rumah awak bukan tak nak pergi melawat tapi orang cakap kalau pergi mesti kena senang berjangkit" 

"ASTAGHFIRULLAHAL AZIM pak cik, saya ni tiap-tiap malam tidur sebelah mak saya, tiap-tiap bulan saya buat rapid test, ALHAMDULILLAH tiada apa-apa pun. Bukan semudah itu HIV nak berjangkit dengan orang lain dan bla bla bla la," Epal cakap pada pakcik tu but then pak cik tu bila dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dan cuba abang Najmi bayangkan makcik-makcik yang datang kerumah saya siap pakai glove siap pakai mask, ini pun buat saya mengucap panjang. Kalau ye pun bukannya ibu saya berkudis pun, mereka tak sentuh pun badan ibu saya kalau datang mereka datang melawat pun, tengok dari jauh je, dah apa motif pakai glove/mask bagai? 

Rumah saya bukannya ada darah merata atas lantai pun nak takut sangat saya memang jaga kebersihan, memang saya selalu mop lantai dengan clorox, Dettol, ajax bagi wangi-wangi siket. Tak ada bau bukan-bukan tapi masyarakat? INI TERUK abang, MEMANG TERUK apa perasaan ibu saya dihina sebegitu? Ibu selalu menangis pada saya, "sampai hati orang buat mak macam ni, sampai hati, mak terasa sangat.." 

Sabarlah ibu, sabar banyak-banyak memang dahsyat ALLAH uji ibu. Tidak mengapalah, kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil kan abang Najmi? Semoga roh ibu ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman. I will always love and miss you forever and ever my sweet and beautiful mom. 

Sepanjang saya jaga ibu, saya buat tiap-tiap bulan rapid test, doktor kata tidak ada, lagipun bukan senang HIV nak berjangkit macam tu saja. Kata doktor selagi dia tidak ada kudis, awak pun tidak ada luka, still ok nak sentuh tangan dia ke apa. Kalau awak luka dia pun ada luka pakai la glove ok? Jaga kebersihan sebaik mungkin ya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan, jalankan tugas awak sebagai anak sebaik mungkin ok? penjelasan doktor sangat jelas sungguh lemah lembut dan bersopan tiada provokasi, prejudis dan diskriminasi. Thanks to Dr Aaron, Dr Mah di wad 7C di Hospital Sg Buloh, i appreciate all your advice i will always remember your support. Good Luck in your career doc  

"Kau tu patut buat ujian doktor, mana tahu dulu abah kau pernah suap kau dengan darah-darah ada dekat tangan.."

Bagaimana pandangan abang mengenai kata-kata ini dilontarkan pada saya didepan orang ramai? Aib saya? Aib ibu bapa saya? whatever it is, itu ibu dan ayah saya kalau ya nak bagi pandangan pun, adakah ayat penuh kehinaan itu ke patut dilontarkan kepada saya? Letih saya melayan diskriminasi masyarakat terhadap saya sabar je selagi mampu.

Untuk pengetahuan abang najmi, kedua-dua jenazah baik abah ataupun ibu dua-dua mereka dimandikan dan dikafankan di hospital, lebih mudah dan tak menyusahkan orang kampung. Nak jenguk pun orang geli apatah lagi nak mandikan dan kafankan? jadi tak payah la. 

Semasa arwah abah meninggal, ibu lah yang tolong uruskan, Epal memang tak tahu apa lagi masa tu kan. Semua hospital ada buat (balut dengan plastik) tetapi jenazah abah tak ada pulak dibalut dengan apa-apa plastik pun. Bila tiba di rumah untuk penghormatan terakhir, orang buka ikatan untuk cium jenazah, Epal memang pasti tiada apa-apa plastik. Satu yang Epal tak boleh lupa bila Epal nak cium pipi jenazah abah (sepatutnya tak boleh kan? sebab Epal anak angkat, batal air sembahyang tapi Epal jahil time tu)  

Ok sambung bila nak cium pipi abah, Epal terkejut berhenti sekejap sebab Epal tengok wajah abah berseri-seri SUBHANALLAH, memang bercahaya dan dia seakan-akan sedang tersenyum. Betul abang, Epal tak tahu orang lain nampak atau tidak tapi Epal memang nampak, MAHA SUCI ALLAH, abahku tersayang, semoga abah tenang di sana, i miss you so much my handsome daddy.

Bila ibu meninggal di HKL, sekali lagi Epal minta jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital, senang bila tiba di Kuantan, tak susahkan siapa-siapa lagi dah, kali ni Epal dibenarkan untuk sama-sama mandikan ibu. Memang betul pakai apron, sarung tangan ada cecair chemical dalam baldi dan seingat Epal tidak ada pula direndam di sana dulu dan dimandikan di bilik mayat. Seingat Epal semua dibuat di bilik mayat, ALLAHU AKBAR, sedih teramat hati Epal ketika itu tapi Epal tidak berpeluang mandikan arwah ibu sampai habis, 

"Adik, nampak adik ni sedih sangat sambil siram air, air mata tidak habis-habis menitik, kalau dah terlampau sedih sangat, adik tak payah buat ye duduk kat luar je..." 

Jadi Epal pun duduk lah luar sampai ibu siap dikafankan. Kemudian Epal dipanggil untuk cium jenazah ibu, itu saja seingat Epal. Bila sampai rumah di Kuantan ikatan memang tak dapat dibuka, kali ni memang Epal rasa memang ada plastik di dalam, kali ini memang ikatan tu kemas-kemas diikat dan tidak boleh buka dah. 

Mungkin jenazah yang dibalut dengan plastic (body bag) disebabkan jenazah ada mengeluarkan cecair, bendalir, darah mungkin disebabkan itulah jenazah ibu dibalut manakala jenazah abah pula tidak dibalut mungkin sebab dia tidak ada mengeluarkan apa-apa cecair, bendalir, darah kut? So orang pun tak boleh la tengok jenazah ibu bagi Epal, Epal dah berkesempatan mandikan dan cium tadi, dah ok. Orang lain tak payah tengok pun tak mengapa kalau setakat nak sambung kata mengata.

Jadi kesimpulannya dua-dua jenazah semua hospital dah urus dan siapkan, mandikan dengan ubat ke, clorox ke, semua dah. Orang kampung cuma tolong angkat dan letakkan dalam liang lahad je, tak payah dah nak simbah ubat, clorox lagi dah itulah habit masyarakat di tempat saya. Selalu buat-buat pandai dalam segala benda sepatutnya bila ziarah orang meninggal, berikan lah sokongan tanda simpati pada keluarga si mati, bukannya ayat memandai-mandai yang langsung tak membantu pun. 

"Kementerian Kesihatan tak datang ke?" ramai orang tanya ni, "Tak kena mandikan clorox ke? Letak ubat ke? Kita orang tak berani ni nak buat apa2?" see.

Lagi satu abang Najmi, AIDS tu dari pemahaman orang kampung epal yang dah berkudis-kudis betul ke abang? kalau tak berkudis masih belum AIDS betul ke? Abah dan ibu dua-dua tak ada kudis atau kudis tu tak semestinya pun?
SOALAN

Boleh tak terangkan maksud HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD?

Saya tahu tentang RVD tu sahaja sebab doktor pakar selalu sebut perkataan RVD bila check arwah ibu dulu. So saya agak RVD tu tentu ada kena mengena dengan HIV lah ataupun memang nama saintifik HIV agaknya, yang lain-lain tu memang saya tidak tahu.

Lagi satu, kenapa dekat sijil kematian arwah abah (seorang PLHIV) ditulis perkataan HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD (ada perkataan RVD) manakala pada sijil kematian ibu (juga seorang PLHIV) tidak ada pulak perkataan RVD tu, cuma ditulis SEPTIC SHOCK WITH MULTI ORGAN FAILURE saja, atau sebab ianya tidak wajib pun untuk diletakkan?


EPAL HIJAU



JAWAPAN

1.
HEPATIC ENCHEPALOPATHY : hepatic (liver-HATI), encephalopathy (brain problem- masalah dengan fungsi otak)

Secondary to Hepatitis C : (Jangkitan Virus Hepatitis C di Hati) 

HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD, adalah condition pesakit yang mana keadaan otaknya sudah terganggu kerana kerosakan fungsi hati berpunca daripada jangkitan hepatitis C dengan penyakit utama jangkitan HIV.

Sebab Kematian SEPTIC SHOCK with multiorgan failure : Indirectly disebabkan HIV infection. HIV itu sendiri sangat sangat susah jarang menyebabkan kematian tetapi indirectly, HIV punca kematian. HIV menyebabkan antibodi lemah teruk. Even jangkitan biasa pun, badan pesakit HIV akan shutting down dengan cepat. Sebab itu boleh dapat masaalah darah berkuman dengan tekanan darah tidak stabil disebabkan organ badan semua gagal untuk berfungsi.

With underlying RVD (RetroViral Disease) : nama group virus HIV, dinamakan RVD untuk menggantikan nama asal HIV berdasarkan teknik replikasi virus ini. Better use RVD than HIV sebab hanya orang perubatan akan tahu dan sesetengah yang pernah membacanya. * ini kaedah dalam rawatan untuk menjaga aib pesakit.

p/s: aku share ilmu yang aku ada untuk kefahaman umum.. kalau rasa nak perbaiki.. dipersilakan.. I am not so genius to give near perfect answer. - dijawab oleh tronx013.


2.
Kat hospital (as my experience la) memang kita tidak guna perkataan 'HIV' sebab public memang aware dengan HIV. That's why guna perkataan RVD untuk jaga privasi pesakit daripada pesakit-pesakit lain. 

Yang sijil kematian tu, doctor letak RVD aje sebab memang RVD yang menjadi penyebab utama. Lagi pun, nanti petugas-petugas kesihatan yang lain macam PPKP or PKA akan tahu bagaimana hendak handle si mati.

Hepatic encephalopathy tu hanya secondary kepada RVD. Maknanya lepas dapat RVD tu baru develop hepatic encephalopathy. Biasa lah pesakit RVD lama kelamaan akan hilang daya ketahanan tubuh. So lama-lama boleh mendapat banyak jangkitan penyakit lain, most common seperti TB, pneumonia, pleural effusion etc la. 

Then bagi yang septic shock with multiple organ failure pun sebab RVD. Kuman HIV dah jadi racun dalam darah, menyebabkan darah memang tinggi toxicity. Sebab itu dapat shock. Bila darah dah kotor maka fungsi-fungsi darah normal pun dah jadi tak normal. 

Organ-organ perlukan darah untuk berfungsi, contoh fungsi darah nak angkut oksigen kepada sel-sel di organ. Tapi bila dah darah tidak berfungsi secara normal, organ-organ tidak dapat supply yang cukup, lama kelamaan akan failure la, sebab tu la kot. - dijawab oleh ANONYMOUS 1


3.
Rasanya penjelasan rakan kita diatas tu memang amat jelas sekali. HIV sememangnya virus yang termasuk dalam kaum keluarga retrovirus. Sifat nyata retrovirus ni apabila dia masuk dalam badan memang dia akan cari perumah untuk dia buat salinan/copy dan akhirnya jadi banyak. 

Dalam kes HIV ni dia masuk dalam cell DNA darah putih kita. So bila dia berumah dalam tu memang dia tidak akan keluar-keluar dah. Ubat yang ada sekarang hanya dapat menidurkan virus tersebut supaya ia tidak dapat aktif merosakkan cell-cell darah putih yang bertindak sebagai sistem pertahanan badan manusia melawan segala jenis penyakit. Hebat kan Allah cipta manusia ni. - dijawab oleh ANONYMOUS 2



Sumber -  jawapan kepada persoalan "Epal Hijau" ini diambil dari ruang komen didalam entri DISINI
*maklumat dalam sijil kematian diatas tiada kaitan dengan kisah dalam entri ini, semuanya saya edit bagi menyesuaikan dengan kisah dalam entri ini



1 comment:

  1. assalam cik epal...
    sedihnya akak baca kisah epal...
    sabar & tabah yer...
    moga arwah abah & mak epal ditempatkan dikalangan org beriman...insyallah...
    syukur sbb epal anak yg baik jaga ke2-2 ibu bapa sebaik mungkin...

    tchr shida

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST