Friday, 6 June 2014

EFF - MY HIV STORY 2

Assalammualaikum abang Najmi.  

Saya EFF dan saya menulis sekali lagi untuk meluahkan sedikit pendapat dan kekesalan saya setelah disahkan mempunyai virus HIV. (klik disini EFF - MY HIV STORY 1)
 
photo hanya hiasan

Saya mulakan dengan pendapat yang menyatakan “memang benar sifat seorang manusia itu, apa yang kita miliki kita tidak pernah hargai, tapi apabila kita sudah kehilangan sesuatu itu, baru kita sedar bertapa kita ingin memilikinya”. 

Pengalaman bergelar PLHIV benar-benar membuka minda saya, bahawa saya mungkin tidak dapat merasai satu pengalaman, nikmat dan juga sunnah junjungan mulia Rasulullah s.a.w iaitu pengalaman berkahwin. Setelah mengetahui saya mempunyai virus HIV, bagaikan satu ujian buat diri saya. 

Ibu saya yang masih belum mengetahui keadaan (naluri) saya malah sibuk mengenalkan calon-calon yang sesuai untuk saya dibuat isteri. Dari yang bekerja sehinggalah kepada anak kawan-kawan ibu yang masih muda, ada yang masih berumur awal 20an. Dari yang bekerja sebagai doktor sehinggalah yang boleh saya katakan sebagai usahawan berjaya. 

Malah teman-teman wanita saya di universiti yang masih bujang juga mula menjalinkan kembali hubungan rapat dengan saya melalui laman-laman sosial, dengan harapan dapat menambat hati saya ini. 

Saya seorang jejaka yang mempunyai paras rupa yang agak menarik, dengan darah kacukan arab dan siam dan berusia 27 tahun. Mempunyai ketinggian idaman, berpelajaran tinggi dan yang paling penting bak kata bekas teman-teman wanita saya, saya calon seorang ayah (mungkin kerana saya agak tegas, matang, penyayang dan mempunyai sifat yang disukai oleh ibu dan bapa).   

Setelah mengetahui keadaan saya ini, saya terpaksa menolak ajakan berpacaran dan saya mula memencilkan diri. Ramai jiran-jiran saya mula menanyakan soalan-soalan sensetif mengenai hubungan dan perkhawinan kepada saya dan ibu. Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab belum ada rezeki lagi manakala ibu memberi jawapan tidak mahu memaksa saya. 

Buat pengetahuan abang Naj mi saya seorang biseksual. Gelora nafsu saya banyak terpikat kepada golongan sejenis, namun hati saya masih inginkan kehidupan berkeluarga dan beranak pinak. Sebelum saya disahkan mempunyai virus HIV, saya pernah berazam untuk meninggalkan dunia songsang selama-lamanya dan alhamdulillah saya pernah meninggalkan dunia songsang ini selama lebih setahun tetapi godaan bekas kekasih saya menyebabkan saya kembali ke kancah sonsang. 

Kini saya hanya mampu melihat kebahagian kawan-kawan saya bersama pasangan-pasangan mereka. Ada yang sudah mempunyai anak-anak. Ibu pernah menyuarakan hasrat agar saya mencari pasangan hidup yang juga berstatus kesihatan sama seperti saya, namun saya bagaikan belum bersedia. Ibu juga menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjaga dan menerima sesiapa sahaja yang mampu berikan saya kebahagiaan. 

Kini setelah dua tahun disahkan menghidap HIV, saya merasakan saya ingin kembali menjalinkan hubungan. Hubungan yang halal, persoalannya siapa yang mahukan saya?? Sekian...


EFF




Salam EFF,

Terima kasih dan alhamdulillah kerana EFF berani meluahkan hasrat isi hati yang terpendam. Apa yang mampu abang lakukan hanya berdoa agar EfFFdipertemukan dengan jodoh yang terbaik. 

Sekadar ingin membantu heeee, manalah tahu jika ada wanita-wanita bujang dan kalau boleh berkerjaya diluar sana, sama ada PLHIV atau pun NON PLHIV tidak mengira sangat soal umur, mereka yang mempunyai niat, keikhlasan dan keinginan untuk berkenalan atau mungkin juga berpasangan dengan EFF, bolehlah hubungi saya, saya boleh tolong jodoh-jodohkan heee...... Jangan marah EFF.

Bak kata EFF, "S
aya rasa dah sampai masa saya tinggalkan dunia songsang ni lah". Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala niat baik EFF- NajMi


Klik disini, EFF - MY HIV STORY 1












7 comments:

  1. EFF...saya rasa ada jer orang yang nak kahwin dgn awak. Tetapi persoalannya mampu ke awak bg nafkah batin kat wanita tersebut?

    ReplyDelete
  2. i'm bi..n pernah brsama wanita..no quest about boleh ke tak boleh..yg penting saya mmpu tinggalkan dunia plu..

    ReplyDelete
  3. saya bi..n saya pernah "bersama" perempuan..so it is not an issue..i just wanna leave gay world..n be with someone in a halal way - Eff

    ReplyDelete
  4. Tahniah EFF kerna cuba untuk menjadi yg terbaik dlm hidup.Alhamdulillah Allah bagi peluang kedua buat kita untuk memilih jalan hidup sendiri.Cuma dalam bab membina rumahtangga yg halal ni jodoh bg kita memang ada cuma kita perlu mengambil masa untuk kenal antara satu sama lain apatah lagi status kita yg amat istimewa dari lelaki lain.
    EFF beruntung mak & keluarga tau status EFF berbanding Remy yg baru nak cari kekuatan diri hadapai semua ini.Kita yg ada skg ni antaranya doa ibu kita selain doa & usaha kita tuk berubah.

    Di luar sana ada saja wanita yg mahukan kita jika kena cara & softskill yg kita ada tuk memberi faham tentang status ini cuma memerlukan masa doa & usaha.Betul, sapa xmau hidup berteman secara halal disisi islam dgn bernikah kan?Berbanding sesama jenis yg belum tahu kekal hingga hujung nyawa.Belum terbukti sehingga kini melainkan atas faktor nafsu & paras rupa saja.
    RemyCare

    ReplyDelete
  5. Jgn bila dah kahwin abaikan tanggungjawab kepada isteri sudah. Jgn jadikan wanita sebagai bhn ujikaji.

    ReplyDelete
  6. insyaallah..saya seorang yg committed ngan satu2 pekara tuh..selagi ada caranya, selagi tuh saya akan cuba tinggalkan dunia songsang..sekarang pun alhamdulillah..semua kwan gay yg kenal..saya buat kawan je..bg saya sex (with guy) is only a 30 minutes to 1 or 2 hour of fun where i could get it through m**t*rbating n follow by full regret..tp bila yg halal insyaallah..jalan berpegangan tngan pun fun for me..eff

    ReplyDelete
  7. Saya sama spt awak eff.. mula fikir nak berubah dan insaf sbb baru dua hari dpat tahu +ve. Saya sgt bingung dan tertekan. Harap dikuatkan semangat - am

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST