Sunday, 1 June 2014

AKU GAY - MIMPI BERTEMU CALON SUAMI YANG MENUNGGU DISYURGA

photo hanya hiasan

Aku ni gay juga. Tapi aku tak pernah teringin buat sex oral atau mastubrate. Aku lebih suka shopping, masak aku gemar berbelanja. Kalau aku nampak lelaki hensem dan tegap aku hanya tengok dan aku akan cakap boleh tahan tapi hanya cuci mata tidak lebih pun.

Lagi satu saya mempunyai sifat penyayangan yang tinggi, budak-budak amat suka kepada aku.Aku memang suka budak-budak hati aku akan gembira sangat aku akan masak untuk dia orang dan jaga kesihatan mereka macam-macam lagi. Aku lebih emosi entah kenapa apabila tengok cerita sedih dah keluar mata penuh satu cawan. Aku lelaki mudah menangis mudah tersentuh emosi pandai berubah. Aku ada mimpi, ada seorang lelaki jumpa aku disebuah taman sangat cantik dia cakap, 

"Aku tunggu kau di pintu syurga, aku adalah suami kau aku akan setia kepada mu aku sayang sepenuh hati aku. Aku akan gembirakan kau. Aku adalah suami syurga kau, aku adalah wildan" 

Terus aku terjaga aku check jam 4 pagi terus aku sembayang subuh. Aku ingat mainan mimpi keesokkan malam dia datang balik tempat yang sama dan dia berkata,

"Aku amat rindukan, sayang aku akan sentiasa doakan untuk mu bukan saja aku rindu kamu tapi ada 39 wildan suami syurga kamu. Aku akan bantu sayang untuk berbuat amalan baik di dunia aku tak rela sayang masuk neraka"

Aku terjaga jam 4 pagi lagi terus aku fikir apa maksud ni tapi aku buat tiada apa-apa. Keesokkan harinya itu sebab aku tidak solat isyak sebab tengok TV terus terasa tangan aku jadi panas gila teramat panas cepat-cepat aku rendam kedalam air.

Aku mimpi dia datang dia cakap itu mungkin cara untuk aku mengingatkan aku agar sentiasa solat, dia cakap pada aku, dia mahu sayang bersama aku di syurga.

Alhamdullilah aku bersyukur dapat begini cara elak ponteng sembayang. Tapi aku perumpuan ke lelaki?? berapa akal aku dan nafsu aku dan wildan tu ape benda? boleh abang najmi bagi pendapat sebab dah mati akal dah confuse. Tapi tu lelaki tu memang hensem gila tegap lagi tu dia pakai jubah putih kulit gebuh kalau dia suami aku, satu benda ja aku mahu aku mahu disayangi dan sentiasa ada sisi aku:-):-)


AKU GAY
Sumber dari ruang komen 
didalam entri DISINI  



Salam Aku Gay,

Anggap aje itu hanya mainan tidur, apabila fikiran kita asyik terlalu fikirkan sesuatu pekara, apabila kita asyik fikir soal lelaki misalannya, maka kaitan masaalah yang kita fikirkan tu boleh muncul dalam mimpi. 

Mungkin saudara berkeinginankan kasih sayang seorang lelaki yang beriman apabila terpengaruh menonton drama atau rancangan di TV yang menampilkan watak2 lelaki alim ini, maka yang datang dalam mimpi tu pun dah tentu lelaki yang berperwatakan alim juga.

Usah fikirkannya sangat macam abang kata anggap ianya hanya mainan tidur, kalau ditakdirkan saudara masuk ke syurga kelak ketika itu Allah telah hapuskan naluri gay yang saudara ada semasa didunia ini, di sana nanti naluri saudara hanya pada bidadari syurga yang telah Allah sediakan. Tiada lagi nafsu songsang walaupun sekiranya didunia ini kita berperwatakan lembut sekali pun tapi disana Allah akan mengubah segala perwatakan kita nanti.

Yang penting jaga amalan, buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang dilarang ketika menjalani kehidupan didunia ini.

Wildan? abang try google maksudnya..


WWarak
IIkhlas
LLemah-lembut
DDinamik
AAmanah
NNaif

Wallahuallam....:) - NajMi 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak nak bidadari hehehe. 

Pertama kalau aku ditakdir masuk syurga aku lebih suka kanak-kanak di syurga boleh bermain-main di sana lebih seronok. 
Kedua aku suka membaca aku mahu sebuah library. 
Ketiga aku memang suka main games.
Keempat aku mahu shopping sebab di syurga ada pasar raya sangat besar. 
Kelima aku buka restoran penuh makanan. 
Keenam aku mahu character game banyak lagi mahu^.^

Kalau abang mahu tahu saya tak pernah menyesal jadi gay, saya tak pernah terjerumus dalam sex oral ataupun tengok filem porn gay. Sex bukan segala-segalanya untuk saya. Lagi satu saya sendiri tak faham kenapa lelaki dan kuat kahwin.

Aku tak lembut seperti yang abang sangkakan aku sentiasa bergaya macam lelaki kerap pergi gym dan berbadan tegap. Badan tegap bukan untuk dilihat untuk gay lain. Susah betul kalau ada wajah tampan sebab ramai gay sanggup bayar beratus-ratus ringgit untuk tidur sama dia orang.

Dia orang ingat aku ni murah sangat lah no way lah. Nafsu aku untuk lelaki straight  sahaja bukan untuk gay walaupun lelaki itu hensem macam mana pun tapi kalau gay aku tiada selera hahaha.

Tentang mimpi memang betul aku ada tanya ustaz aku yang sporting ni, dia cakap, "Mana tahu kau jadi wanita di sana sebab di syurga semua boleh jadi kan yang penting buat amalan baik di dunia"

"Yang pasal tangan kau panas sebab tangan kau di bakar kalau tidak sembayang ianya merupakan satu amaran buat kau", beritahu ustaz tu pada aku.

So kepada gay dikeluar sana jangan sedih bersyukur apa yang kamu hanya cacat nafsu tapi fizikal sempurna. Tengok kat luar sana ramai orang lebih susah bersyukur apa yang mereka sudah ada.

Abang najmi coming soon buat tentang lesbian bantu kaum hawa kat luar sana insyaallah dapat kurang tekanan dia orang:-)


AKU GAY 
Sumber dari ruang komen 
didalam entri DISINI



Salam,

Tak mengapa lembut atau tidak yang penting saudara mengaku seorang gay, dan abang tabik sebab saudara tidak pernah terlibat dalam sebarang seks oral dan menonton video porn. Alhamdulillah 

Bila kita gagal mengelak diri dari menonton porn dan suka melayari apa jua laman mengenai gay, maka naluri kita akan terangsang, perasaan ingin mencuba itu akan muncul, sebab itu ramai yang tewas.

Jika kita hindar dari menonton video lucah dan apa jua yang sewaktu dengannya insyaallah kita akan selamat, kita akan dilindungi Allah dan tidak terjebak dalam sebarang aktiviti sejenis.

Tentang lesbian? ada beberapa kisah mengenai mereka didalam blog ini dan yang terbaru klik di SINI, lain-lain cuba klik dalam label "LESBIAN" - NajMi




7 comments:

  1. Wildan tu "youth"/belia. Rujuk Surah Al-Waqiah.

    ReplyDelete
  2. Mengarut la penulis ni...

    ReplyDelete
  3. Ngawur detected... berpijaklah di alam nyata. Tapi kalau betul Alhamdulillah(bersyukurlah)..... tidak menolak segala kemungkinan.

    ReplyDelete
  4. Aku nak berkongsikan sedikit cerita pasal aku. Aku tak tahu la jika aku ini gay atau tidak. Dan aku tak pernah melakukan benda-benda yang tak elok ni. Serius aku cakap. Tapi sejak aku di tingkatan 4,muncul seorang kawan aku yang melayan aku dan mempermainkan aku macam seorang perempuan sehinggakan aku termain dengan perasaan sendiri. Sehingga kini,aku masih teringatkan kawan aku itu walaupun sekejam mana perbuatan dia kepada aku time sekolah dulu, aku tak kisah, sebab aku sayangkan dia sebagai seirang kawan. Tapi aku masih keliru. Aku asyik terkenangkan dia saja. Kalau raya pun, dia datang sapa aku then cium pipi aku. Tapi tak salah kalau cium pipi kawan kan? Cuma aku rasa aku terlampau beremosi sangat sehinggakan aku akan stalk fb,wechat,line, etc.yang melibatkan diri dia. Aku tahu jurang antara aku dan kawan aku itu. Tapi aku ingat pesan Ustazah aku padaku,"Walau macam mana teruk sekali pun kehidupan yang Allah uji pada kita, hadapilah dengan berdiri dan mulakan langkahmu dengan kanan supaya kaki kiri berada di belakang". Ini hanya ayat yang aku ringkaskan sahaja dari ayat yang panjang lebar. Namun,aku tahu amat sedih jika kita diuji sebegini rupa dan orang ramai memandang hina pada diri seorang gay ini. Bukan bermakna aku menyokong orang gay. Mungkin kerana aku juga sedikit memahami perasaan yang dialami mereka. Allah saja yang lebih faham kata-kata yang aku taip ini. Harap aku dapat berkongsikan kisah hidup aku dari kecil,apa yang aku lalui dengan keadaan di rumah etc. -faris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Faris...

      Semua orang diduga, abang percaya menjadi gay juga merupakan ujian dari Allah. Yang penting bagaimana kita mengawal perasaan kita ini daripada terus terjerumus kelembah yang tidak diredhai oleh Nya.

      Faris boleh aje berkongsi kisah, karang lah cerita lah dan send ke email abang

      hidupmestiditeruskan@gmail.com

      Insyaallah abg akan share kan kisah faris itu nanti....Selamat berpuasa dan Hari Raya

      Delete
  5. Bosen main poker online hanya bisa di komputer/laptop doang ????
    Ga usah takut , sekarang sudah ada solusinya
    --- telah hadir ---
    --- poker online aman terpercaya ---
    --- depo wd ringan , wow banget kan hanya 25ribu ---
    --- bisa di akses melalui ipad / iphone maupun android ---
    --- support 5 bank lokal(bca bri bni mandiri danamon) ---
    --- proses depo wd hanya 2-3 menit ---
    --- yang jelas aman terpercaya dong ---
    --- ayo gabung bersama legoqq
    --- dilayani oleh cs cs kami yang pastinya oke oke dan profesional serta ramah ---
    --->>>kepuasan dan kenyamanan anda prioritas kami<<<---
    >>> contact person for more information <<<
    >> pin bbm : 2a4ef928 <<
    >> yahoo ! Messenger : Cs.legoqq.com <<
    >> website : www.legoqq.com <<
    cs kami setia melayani para konsumen 1x24jam (non stop 24jam)
    mari rasakan bermain poker online yang aman dan terpercaya serta terbesar se indonesia !!!!

    ReplyDelete
  6. Wildan tu pemuda lelaki yang menjaga ahli syurga. Wildan ni ade banyak and tugas dy pon bnyak. Jd guard, waiter and so on. Nmpak weird kn ? Tp mmg tu aku denga dr ustaz and ustazah aku. Memang sado badan wildan ni. Mcm pahlawan zaman Athens. Ha lagi satu, sekatilah nk caye or tidak ye.
    -Lay-

    When the day comes, aku akn citer my life kt engko. Tu pon kalau aku ingt nk share, aku share. okeh, salam.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST