Tuesday, 17 June 2014

ADDAM - HIDUP SEBAGAI GAY SATU PENYEKSAAN

Assalamualaikum abang Najmi, saya Addam (bukan nama sebenar). Saya terpanggil untuk berkongsi dengan abang tentang kisah hidup saya.

photo hanya hiasan

Sudah bertahun - tahun saya hidup sebagai seorang yang bernafsu songsang or  we call it as PLU. Saya cuba untuk berubah menjadi lebih baik namun naluri yang wujud dalam diri saya membuatkan saya semakin tersasar dari jalan yang sebenar.  

Saya straight act dan mempunyai badan yang tegap jadi saya menggunakannya untuk cover yang saya ni seorang gay. Saya berpura - pura menjadi lelaki yang mempunyai ramai teman wanita supaya tiada orang yang suspicious. Saya bekas pelajar sekolah agama dan sedang melanjutkan pelajaran di universiti sekarang.

Segalanya bermula semasa saya dibangku sekolah lagi. Boleh dikatakan saya sudah biasa diraba oleh kawan - kawan saya cuma pada ketika itu saya  masih belum mengerti yang perbuatan itu adalah salah. Lama kelamaan saya mula perasan perubahan naluri dalam diri saya semakin ketara.

Boleh dikatakan keluarga saya mempunyai darah campuran. Alhamdulillah Allah telah mengurniakan rupa kepada saya, saya cuba untuk bersama beberapa orang budak perempuan tapi selepas beberapa minggu saya lupakan mereka ataupun mereka hanya berada dalam friend zone saya not more than that. 

Kehidupan di universiti yang  agak terbuka membuatkan saya lebih terbuka tentang sexual orientation saya. Dan walaupun begitu kawan - kawan saya tidak meminggirkan saya mungkin kerana saya agak popular di universiti atau mereka menganggapnya hanya suatu gurauan. Saya pernah tidur dengan ramai budak lelaki dan melakukan seks. Pada mulanya saya berasa kaku tapi setelah beberapa lama kemudian saya menjadi lali dengannya. 

Walaupun saya telah tidur dengan banyak lelaki tapi saya ada seseorang yang saya betul - betul sayang. Dia sangat handsome (lebih kepada comel) dan baik. Tapi saya tahu dia straight dan disepanjang persahabatan kami dia tetap menerima saya sebagai kawan walaupun kadang-kadang saya biasanya berkelakuan gay di depannya. 

Disebabkan itu saya cuba untuk menjadi  lebih baik supaya saya tidak menarik dia ke dalam lubuk kehidupan saya dan tidak tenggelam bersama saya di dalam nya.


ADDAM



Salam Addam,

Mempunyai naluri gay pada pandangan abang adalah tidak salah, yang salahnya jika kita mengikut nafsu melayan perasaan tersebut sehingga terjebak melakukan perbuatan yang dimurkai Allah SWT. Mempunyai naluri gay adalah dugaan Allah kepada kita, Allah mahu melihat sejauh mana kita mampu mengatasi masaalah ini. Jika kita mampu menanganinya dengan baik insyaallah syurga lah tempat kita disana kelak, tetapi jika kita melayan naluri tersebut dengan aktiviti yang salah maka keneraka lah kita nanti.

Gay juga perlu kawan, tetapi sebaiknya pilihlah kawan yang boleh membantu kita jauh dari sebarang aktiviti tidak bermoral, berkawan dengan niat ikhlas kerana Allah bukan berkawan dengan niat hendak mengoda kawan kita itu. Jika Addam tidak mahu mempengaruhi kawan lelaki (yang comel) itu tengelam bersama Addam sebaiknya jarakkan hubungan dengan dia, kerana abang yakin jika semakin rapat tidak mustahil Addam dan rakan lelaki tersebut (walaupun dia straight) boleh terlajak.

Addam juga perlu ingat, bilangan remaja yang mendapat jangkitan HIV adalah tinggi dinegara kita, malah terdapat ramai bilangan mereka yang telah dijangkiti HIV tanpa disedari. Mereka-mereka ini lah yang berpotensi menjangkitkan kuman HIV kepada orang lain. Pembawa HIV pada luaranya sangat sukar kita kesan, mereka kelihatan sihat diluaranya. Addam mengaku telah tidur dengan ramai lelaki diluar sana, so nasihat abang Adam buat lah ujian HIV bagi mengesahkan status diri Addam sama ada positif atau negative HIV.

Benar hidup sebagai gay satu penyeksaan bagi sebilangan kecil gay, tetapi terdapat ramai lagi gay yang seronok hidup sebagai songsang, melayan nafsu sehingga lupa pada agama. Mungkin agak sukar bagi Addam untuk kembali normal tetapi Addam masih boleh mengawal diri, masih boleh mengurangkan aktiviti seks dengan berbilang pasangan. Perlu ada keinginan, perlu ada niat mahu mengawal diri dari terus terusan hanyut dalam aktiviti ini. 

Abang harap Addam boleh mengubah diri, mengawal diri atau sekurang-kurangnya mengurangkan aktiviti dari masa kesemasa sebelum Allah menduga Addam dengan dugaan yang lebih besar lagi.- NAJMI



1 comment:

  1. Jaga diri baik2 Adamm. Tolong amalkan seks selamat ya.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST