Sunday, 29 June 2014

6 - SAYA POSITIF - AKU NEKAD MAHU BERPUASA, WALAUPUN DOKTOR TIDAK MEMBENARKAN


Hari ini...1 Ramadan 1435H (Ahad) dan semua umat Islam yang sihat dan berupaya baik lelaki atau perempuan WAJIB menjalani ibadah Puasa. 

Bagi diriku, walaupun telah dinasihatkan oleh doktor yang merawat aku untuk TIDAK BERPUASA PADA TAHUN INI, aku tetap bertekad untuk berpuasa. Antara takut, bimbang dan risau bercampur aduk dengan keyakinan dan kekuatan dalaman di samping DOA dipohon agar rawatan HAART aku ini akan terus berjaya. 

CD4 aku sebelum rawatan HAART di bawah 200 telah meningkat drastik ke paras 400 lebih dengan amalan pemakanan dan ubatan yang aku jaga walau ada waktu lari sikit samada tercepat atau terlambat. 

Fikiran dan emosi aku begitu sedih dan sebak kerana rasa hilang kenikmatan Ramadan dan tiada ertinya Syawal jika aku tidak berpuasa. Pada malam tadi aku pasangkan niat berpuasa sebulan dan esok hari pada tahun ini untuk kuteruskan puasa aku juga.

Insyallah, ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..aku yakin jika ada niat baik, pasti ALLAH akan bantu (dengan lain perkataan, berjaya jua rawatan HAART ku ini yang mana waktu pemakanan ubat HAART 8.00 pagi dan 8.00 malam terpaksa aku awalkan sebelum Azan Subuh dan ku segerakan selepas Azan Maghrib) 

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.. bantulah hambamu ini, berilah kekuatan tenaga, emosi dan lain-lain yang berkaitan agar aku dapat berpuasa sebulan dan yang penting rawatan HAART aku ini berjaya. Ini adalah keputusan yang aku ambil dan berisiko Ya ALLAH. Kepada MU aku pohon pertolongan. AMINNN :_(


SAYA POSITIF
Sumber dari ruang komen diSINI



Salam, 

Memang terdapat PLHIV yang berani menukar waktu menelan ubatan HAART apabila masuknya bulan Ramadhan, terutama PLHIV yang senior diluar sana, dan setahu abang mereka ini telah mendapat nasihat dari doktor mereka dan ada doktor yang membenarkan. Tetapi situasi kesihatan seseorang itu berbeza diantara satu sama lain, mungkin ianya sangat berkesan kepada PLHIV senior tersebut tetapi tidak akan berkesan baik kepada PLHIV yang lain, terutama PLHIV yang baru memulakan rawatan HAART ini.

Kalau tanya nasihat abang, abang memang tidak galakkan seseorang PLHIV itu menukar waktu menelan ubatan HAART hanya kerana mahu berpuasa. Kenapa kita PLHIV selama ini selalu ditekankan agar menelan ubatan tepat pada waktu dan kalau boleh jangan dilewatkan walaupun beberapa minit. Apabila CD4 kita menurun, soalan pertama dari doktor ialah "adakah kita pernah terlewat makan ubat, atau ada pernah lupa makan ubat". Tentu pertanyaan itu penting dan ada sebabnya.

Keberkesanan kesan ubatan HAART boleh terjejas sehingga menyebabkan kesihatan kita boleh terganggu hanya kerana kita telah menukar waktu menelan ubatan. Disebab itulah seseorang PLHIV yang terpaksa menelan ubatan HAART pada setiap 12 jam sekali sehari itu termasuk dalam golongan yang TIDAK DIWAJIBKAN untuk berpuasa kerana boleh memudaratkan kesihatan diri (tetapi kenalah bayar FIDYAH). Tidak bagi PLHIV yang menelan ubatan HAART pada setiap 24 jam sekali (yang menelan sebelah malam), mereka ini wajib untuk berpuasa (kecualilah sekiranya mereka ini tidak dibenarkan berpuasa oleh doktor atas sebab-sebab tertentu)
 
Sama seperti keadaannya apabila seseorang PLHIV itu TIDAK DIWAJIBKAN untuk menunaikan ibadah Haji di Kota Suci Mekah walaupun berkemampuan dari segi kewangan, sebab apabila telah berkumpul bersama berjuta manusia yang datang dari berbagai pelusuk dunia, dikota tersebut dalam satu masa kemungkinan kita boleh diserang dengan berbagai jangkitan penyakit sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita. Tapi kalau berani dan ada keyakinan tidak salah dan boleh aje pergi, selagi tidak menyusahkan orang lain.

Ya sebagai umat Islam kita kena ada keyakinan kepada Allah SWT, kerana sihatnya tubuh badan kita, meningkatnya CD4 kita, menurunnya virol load kita selama ini semuanya kerana kehendak Allah SWT. Walaupun doktor saudara tidak membenarkan saudara berpuasa tetapi disebabkan adanya keberanian dan keyakinan tinggi didalam diri saudara ianya telah mendorong saudara untuk terus melakukannya. Abang tidak boleh memaksa saudara 'saya positif' supaya jangan berpuasa kerana keputusan terletak ditangan saudara. Kalau tidak dicuba kita tidak tahukan.

Abang pasti saudara juga mungkin telah bertanya pandangan serta pendapat dari PLHIV lain mengenai niat saudara yang mahu mengubah waktu menelan ubatan HAART. Terpulang.

Abang sendiri pernah menelan ubatan SLN30 yang memerlukan abang menelan pada setiap 12 jam sekali (2 kali sehari) selama 2 tahun dulu, malangnya ketika itu abang tidak ada keberanian dan keyakinan seperti saudara "saya positif"  lakukan pada hari ini, walaupun ketika itu abang sudah tahu terdapatnya PLHIV lain yang berani menukar waktu dan dikatakan idak mengalami sebarang masaalah. Wallahuallam.

Dan abang sangat berharap, dengan menukar waktu menelan ubatan HAART itu ianya tidak akan menjejaskan kesan ubatan HAART keatas tubuh badan saudara.
S
emoga ianya serasi dengan tubuh saudara. Selamat Berpuasa. - NAJMI

14 comments:

  1. Ada tips2 tak nak makan haart waktu bekerja di bulan puasa nie?huhu..nk mkn cmne agaknya..dlm toilet minum air paip ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada tips...bergantung pada keadaan dimana saudara berada ketika itu..kalau kat office ada ruang rehat atau ada surau, boleh aje telan disitu, kat meja office pun boleh telan pastikan telan dengan cepat, kalau ada orang lain perasan beri aje alasan munasabah dan pastikan ada bawa botol air kecil bersama. Yang penting jangan jadikan masaalah ini sesuatu yang merungsingkan kepala ok... Telan dalam toilet pun boleh kalau keadaan terdesak aje lah.....:)

      Delete
  2. SAYA POSITIF - INSYALLAH... Kepada ALLAH AKU BERSERAH... Puasa Pertama semalam tidaklah meletihkan cuma terasa di sebelah petang..pedih di hulu hati (macam nak kena gastrik pula) tetapi Puasa tetap aku teruskan.

    Sewaktu di luar negara pada bulan April yang lalu...oleh kerana perbezaan waktu yang amat ketara.. terpaksa aku lewatkan pengambilan ubat HAART (yang mana ubat ini diambil sekali sehari pada sebelah malam dan menyebabkan kesan Imbalance (ting tong pening))...namun ujian CD4 aku meningkat naik ke paras 400 lebih :-)

    Dari kesimpulan itu, aku bertekad dan memberanikan diri untuk berpuasa pada bulan Ramadan dan Mudahan niat murni aku ini tidak akan menjejaskan CD4 ku kelak nanti (ujian akan dilakukan selepas Hari Raya beserta ujian Viral Load aku yang kedua yang mana ujian pernah menunjukkan lebih kurang 200,000 sel viral load dalam darah ku) :-(

    ReplyDelete
  3. Salam,secara peribadi lebih baik berbincang dengan doktor saudara,kita diwajibkan berpuasa,tapi dlm hadis nabi sahabat yg musafir diperintah berbuka jika puasa mendatangkan darurat kepada mereka. Cerita masalah saudara pasti Doktor akan membantu.Memang dgn keimanan dan kayakinan kita mesti berserah pada Allah.saya stuju tp jgn pula penderitaan kita menjadi musibah buat kita didunia dan diakhirat atas perbuatan kita kelak.Selamat berpuasa Tuan.mudahan dgn puasa tersebut Tuan sentiasa dipelihara dan diberkati hidup Tuan.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ini cerita pagi tadi di klinik. tidak terlalu excited macam yg hari tu nak tau result CD4/CD8. hari ni saya releks sket. Doktor bukak fail dan menunjukkan kertas ujian Viral Load... kat bawah tu di tulis LESS THAN 20 COPIES.. mulut ni terus terpacul Alhamdulillah.. tapi saya tak pasti samada saya gembira atau tidak, mungkin saya jangkakan result yang lebih baik dari tu kot iaitu virus tak dapat di kesan.. hehehe tapi takpe lah.. lagi pun saya baru 6 bulan amik Haart.. tu pun doktor cakap, ini adalah 1 kejayaan bagi saya yang belum lagi sampai setahun memulakan rejim. tapi jauh di sudut hati, saya agak bangga juga sbb sebelum result VL keluar, doktor bagitau, jika saya nak kahwin, sekurang2nya Virol Load saya mesti kurang dari 20 salinan.. mungkin ada sinar harapan untuk kearah gerbang perkahwinan bagi saya kot... mudah-mudahan di makbulkan Allah. Aminnn.

    Topik di klinik bertumpu pada isu puasa. Jika sebelum ni, doktor bagitahu bahawa setelah 5-6thn amik ubat, baru lah pesakit tu di benarkan berpuasa, iaitu dengan mengambil sekali sehari sahaja ubat. tetapi sekarang tidak lagi. Pesakit tidak di benarkan berpuasa dan mesti mengambil ubat secara berterusan seperti biasa bagi mempastikan keadaan pesakit sentiasa stabil dan sistem tubuh kebal melawan jangkitan luar. Agak mengejutkan saya juga lah. Saya memberi tahu, ada pesakit seperti abang, sudah boleh berpuasa sebab regim ubatan telah di tukar, ambil sekali sehari dan boleh berpuasa seperti biasa di siang hari. Doktor takde jawapan khusus untuk itu. Dia cakap, sistem di Kelantan dan Terengganu lain, berbeza dengan kaedah rawatan berbanding negeri-negeri lain. Dia tanya saya, orang yang saya maksudkan tu, membuat rawatan di Hosp Sungai Buluh kah? saya jawab, MAYBE...

    Doktor tu mengulas lagi.. Doktor yang pernah saya jumpa di Hospital di Kota Bharu tempoh hari (kaunserling untuk Haart dan kulit) adalah ketua di hospital Sungai Buluh sebelum di pindahkan ke KB.. Dia akan rujuk sesama dorang nanti sebab dia cakap, segala info2 dari pesakit juga sangat berguna untuk di bincangkan sesama mereka (doktor2 yang mengambil kes HIV/AIDS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan viral load less than 20 copies itu adalah keputusan yang bagus. Tiada istilah virus tidak dapat dikesan dalam ujian viral. Ini kerana mesin mengesan salinan virus dalam darah hanya boleh mengesan virus jika melebihi 20 copies sahaja. Diharap keputusan ujian viral load saudara sentiasa maintain begini.

      Delete
    2. doktor ada memberitahu itu adalah keputusan yang baik.. tiada apa yang perlu di risaukan selagi patuh dengan timing pengambilan ubat.. apa yang dia risaukan saya ialah, KETAHAN MENTAL saya.. doktor risaukan saya terlalu memikirkan status yang di bawa dan juga peristiwa hitam tu terus membelenggu diri.. saya katakan YA, kadang2 ia sedikit mengganggu kerana ia hadir dalam mimpi (walaupun tidak kerap)..

      Pesannya, jangan terlalu mencari dan memikirkan punca kejadian.. anggap sahaja itu adalah anugerah.. anugerah yang di maksudkan ialah, mungkin dengan adanya virus ini dalam badan membuatkan saya lebih rapat dengan maha pencipta. Saya akui, mungkin ada benarnya juga sebab keadaan diri membuatkan saya selalu teringat akanNya..

      Amran Musa

      Delete
  5. siapa lah saya untuk memberikan pandangan mengenai risiko menukar waktu pengambilan ubat. sebabnya, setiap kali berjumpa doktor, soalan yang sering kali di tanya.... ADAKAH KAMU MENGAMBIL UBAT PADA WAKTU YANG TEPAT? Dan di farmasi pun sama juga sewaktu mengambil ubat, turut di ajukan soalan yang sama...

    saya kira itu perkara yang sangat penting yang perlu kita elert bagi mereka2 yang baru memulakan HAART. Pada pandangan doktor, ia sangat berisiko untuk menukar waktu pengambilan ubat. saya juga seperti saudara, berkeras untuk berpuasa, tetapi doktor mengatakan TIDAK. SAYANGI DIRI ANDA DAN HARGAI PELUANG YANG MASIH ADA...

    Itu hanya pendapat saya yang saya kira mereka2 yang senasib dengan saya adalah saudara dan harus mengambil berat antara satu sama lain

    Amran Musa
    akumahkota@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Amran Musa kerana tinggalkan pandangan disini...dah boleh tinggalkan komen dah kan dalam blog ni..alhamdulillah

      Delete
  6. Mereka yg menghidap penyakit diizinkan oleh syarak utk tidak berpuasa. Islam dah bg jln keluar iaitu dgn membayar fidyah. Knp hendak merisikokan diri sendiri? Jgn menyesal nanti bila ubat yg dimakan sudah tidak berkesan. Masa tu menyesal pun dah takder guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      YUPP... itulah maksud yang saya cuba tekankan..

      Delete
  7. Sebagai seorang Islam/Muslim pendapat peribadi LR, jangan jadikan isu wajib puasa Ramadhan ini complicated. Minta pendapat doctor Muslim juga minta ustaz atau ustazah yang memahami isu tentang pengambilan HAART. Jangan pandang remeh dengan ISlam juga jangan pandang pengambilan HAART sebagai satu penghalang untuk beribadah.

    ReplyDelete
  8. Islam tu tidak menekan atau membebankan.. ada bahagian yang di ringankan atau di kecualikan... Itu kita kena tahu.. Ia melibatkan soal kemudaratan kesihatan tubuh badan... Dan ini Islam melonggarkan syarat2 wajib tersebut kepada tidak wajib berpuasa tetapi wajib membayar fidyah..

    Amran Musa

    ReplyDelete
  9. SAYA POSITIF-SYAWAL YANG PERTAMA..AKU SEBAGAI PLHIV

    "ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR...LAILLAHAILLAH HUWALLAH HUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR WALILLAH WAILHAM"

    Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal bersulam Suka & Duka dengan musibbah yang melanda negara. Begitu juga perasaan dalam diri aku. Buat pertama kalinya aku menyambut Ramadan & Syawal pada tahun ini sebagai PLHIV dan sememangnya aku rasa sedih dengan apa yang terjadi ke atas diri aku atas pilihan cara hidup aku. Mungkin "Nasi Sudah Menjadi Bubur"...entahlah 

    Namun aku bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana aku berjaya berpuasa sebulan walaupun Doktor yang merawat aku TIDAK MENGALAKKAN aku berpuasa. Aku kuatkan semangat dan redha dengan apa jua kesan yang mungkin akan aku alami. Apa yang aku ingin kongsikan bersama adalah apa yang aku alami sepanjang aku berpuasa dan terpaksa meminda waktu memakan ubat HAART aku dari jam 8.00 pagi & 8.00 malam kepada sebelum Azan Subuh & selepas Azan Maghrib.

    Pada minggu pertama puasaku, so far so good namun masuk minggu kedua, aku mengalami sintom "Imbalance" semula yang menyebabkan aku cukup tidak selesa untuk bekerja. Bukan itu sahaja, aku mengalami sintom "TINNITUS" (telinga berdesing 24 jam sehingga ke hari ini atau rasa berdesing selepas kena pelempang!). Walaupun ianya tidak menyakitkan aku tetapi ianya betul-betul membuatkan aku tidak selesa sehingga aku mendapatkan rawatan di Pakar ENT. Namun pemeriksaan luaran oleh Doktor Pakar mendapati tiada sebarang masalah pada telinga aku dan aku mengesyaki ianya adalah kesan perubahan masa pemakanan ubatan HAART aku. AKu tidaklah memberitahu status PLHIV aku kepada Doktor Pakar ENT (rahsia).

    Memang benar tekaan aku, aku telah berhubung dengan Doktor aku dan ianya memang kesan dari perubahan pemakanan ubatan HAART aku itu. Aku panik pada awalnya takut sintom-sintom yang aku alami ini akan menjejaskan otak aku dan akan mengakibatkan lain-lain penyakit pula. Namun atas penjelasan dan nasihat Doktor yang merawat aku.. aku faham dan ianya tidaklah sampai ke tahap itu. ALHAMDULILLAH…

    Hari ini aku makan ubat HAART aku kembali ke jadual masa yang lazimnya dan aku amat-amat berharap sintom Imbalace dan Tinnitus akan hilang dan aku kembali normal sihat walaupun aku PLHIV. Aku tetap menceriakan Zahir aku walaupun Batin aku tidaklah seceria Ramadan & Syawal tahun lepas. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, aku termenung dan hampir menitiskan airmata aku, adakah ini Ramadan & Syawal yang terakhir bagi hidup aku?? ALLAHUAKHBAR :_(

    YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG…AKU PANJATKAN DOA KEPADAMU MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMATMU…KASIHANILAH DIRIKU DAN BANTULAH DIRIKU DALAM MENJALANI RAWATAN DAN HIDUP SEBAGAI PLHIV…AKU BERHARAP CD4 AKU TERUS MENINGKAT MELEBIHI 500 ATAU 600 DAN VIRALOAD AKU TURUN MENDADAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKESANI…PANJANGKAN USIAKU DAN BIARLAH AKU MATI DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN BUKAN KERANA STATUS AKU SEBAGAI PLHIV...AMIN YA RABBALAMIN :_(

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST