Tuesday, 13 May 2014

ZUBIR - RISAU ULSER KERANA SEKS ORAL


SUDAH tiga minggu saya menghidapi masalah ulser di mulut dan sudah tiga kali juga saya berjumpa doktor bagi merawat masalah ini. Sepanjang berjumpa doktor, saya mengambil pelbagai ubat serta ujian, termasuk serology test HIV dan herpes yang menunjukkan keputusan negatif.

Saya risau terkena jangkitan kelamin yang menyebabkan ulser di mulut akibat hubungan seks. Bagi ujian saringan darah HIV, adakah saya perlu menunggu enam bulan untuk melakukan ujian itu? Ini membuatkan saya tertekan berikutan tidak tahu apa yang berlaku pada saya.

ZUBIR
Kuantan, Pahang 



SAYA sering dikunjungi lelaki bergelar suami yang ketakutan dan resah kerana mengalami gejala yang mereka percaya penyakit kelamin akibat mengunjungi pelacur atau melakukan seks rambang dengan kawan sekerja selain kenalan baru.

Sesetengah daripada mereka kelihatan cemas kerana melakukan seks dengan isteri sebelum gejala penyakit 'STI'‚ atau penyakit kelamin yang mereka jangka itu menonjol.

Malah, sebahagian daripada mereka berjumpa beberapa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan masih tidak puas dan tidak percaya atau bingung dengan maklumat dan hasil laporan yang doktor berikan.

Mereka seolah-olah mahukan laporan hasil kajian darah itu menunjukkan mereka ada gejala penyakit kelamin.

Jika laporan itu negatif dan simptom yang mereka alami mungkin tiada kaitan dengan penyakit kelamin tetapi masih kekal, mereka akan anggap ia kesan penyakit kelamin.

Inilah gara-gara sikap lelaki yang tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu yang berisiko tinggi. Apabila rasa teruja, dipelawa wanita dan mengunjungi sarang pelacuran, mereka tidak berfikir dua kali untuk bersetubuh.

Tak terfikir langsung untuk menggunakan kondom dan jika menggunakannya sekali pun, anda tidak tahu sama ada ia sudah tamat tempoh atau bocor.

Malah, jika melakukan seks oral, mereka tak terfikir mereka boleh terkena jangkitan daripada mulut wanita itu.

Memang sukar untuk kendalikan kes seperti anda kerana anda terdesak, takut dan tidur tak lena memikirkan penyakit laknat itu selain asyik berfikir mengenai keselamatan isteri dan anak, kalau anda menjangkiti mereka.

Jadi apa yang doktor katakan itu sukar untuk anda percaya. Jika terdedah kepada seks rambang, anda berisiko tinggi dijangkiti penyakit kelamin.

Keadaan ini sama apabila anda menggunakan kondom kerana belum pasti anda terhindar penyakit kelamin berikutan beberapa penyakit kelamin tidak boleh dihalang oleh penggunaan kondom seperti herpes dan papilloma.

Pemeriksaan doktor dan ujian darah akan membantu mengesan jangkitan penyakit kelamin.

Ujian darah untuk HIV hanya boleh diketahui selepas beberapa bulan iaitu apabila badan terdedah kepada kuman virus HIV. Ujian darah ini perlu dijadualkan atau diulangi tiga bulan dari tarikh anda terdedah kepada hubungan seks rambang itu.

Saya cadangkan anda bersabar dan ikut nasihat dan penjelasan pakar yang mengendalikan kes anda.


Sumber Harian Metro



2 comments:

  1. Saudara saya sudah buat ujian rapid test kit di klinik kesihatan...selepas 3 bulan 5 hari.....kputusan negatif...adakah konkrit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tempoh window period mungkin di antara 3-4 minggu selepas dijangkiti (selepas aktiviti berisiko), tetapi dalam beberapa keadaan tempohnya mungkin lebih lama

      Selalunya selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko dan jika keputusannya negatif, maka ianya adalah KONKRIT. Tetapi untuk menghilangkan keraguan dan atas kehendak patient, ianya boleh ditambah lagi selepas 3 bulan kemudian.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST