Wednesday, 7 May 2014

ZERO FIVE - PERBUALAN SAYA DENGAN DOKTOR YANG MERAWAT PESAKIT HIV

ZERO FIVE - temujanji saya dengan doktor pada 29/4/2014. Zero Five salah seorang pembaca blog ini dan kerap juga meninggalkan komen didalam beberapa entri yang lalu, berkongsi pengalaman berbual dengan doktor diklinik ID 

photo hanya hiasan

Salam bang

Saya baru balik dari hospital jumpa doktor. Semangat pagi tadi. Sebab appointment saya sekarang jam 8 pagi. Dulu jam 2 petang masih mengantuk hehehe Saya ada tanya pasal insuran. Dia cakap soalan paling interesting. Dia pun susah nak cakap, sebab very complicated, kita mungkin ada masalah kesihatan bukan sebab HIV, and kadang-kadang ikut budi bicara doktor tu nak tulis report apa dalam borang insuran. So dia cakap terpulang pada saya nak teruskan atau tidak.

Then saya tanya, kalau liver saya ada masalah in future yang di sebabkan oleh ubat HAART, adakah ia consider HIV? Dia jawab YES. Omg! Hampa rasa hati. Walaupun bukan di sebabkan oleh HIV tapi disebabkan oleh ubat-ubat HAART pun consider HIV kes juga.

Apa-apa pun CD4 saya naik tu aje ehhehe, dari 353 (turun dari yang sebelum), lepas 6 bulan 355 (naik 2 je.. Syukur juga la). 

Malangnya tiada result Virol Load. Doktor cakap something wrong dengan pusat ambil darah kat HUKM tu, ramai patient dia hari ni tiada result Virol Load. Dia suspek darah di ambil terlalu sikit, dan tidak mungkin mesin rosak. Dia nak complaint dengan boss yang handle bahagian ujian darah. And again dia suruh abaikan CD4 tu. Virol Load paling penting. Tapi masalah nya tidak ada result, saya kena tunggu 6 bulan baru tau. Dia kata jangan risau lah, jangan stress sangat, sebab dulu pernah skali Virol Load saya tak ada result sebab mesin rosak, but next one still undetectable. Dia predict Virol Load saya masih undetectable.

Dia tak bagi apa-apa cerita yang seram lah. So far bacaan ujian darah lain-lain semua nya bagus dari 6 bulan yang lalu. Bad cholestrol pun turun, good cholestrol naik. Dia tanya apa saya dah buat sampai ujian bagus dan normal. Saya cakap, saya sendiri pun tahu (dalam hati - bersenam memang tak buat pun eh.. )

Then kami tukar-tukar soalan lah. Saya ada tanya pasal vaksin untuk hepatitis A and B. Dia tanya personal question if saya ada niat untuk having sex or berkahwin. Saya cakap benda-benda macam ni susah nak cakap. Tak berani saya nak kata tidak akan buat, tak berani juga beria-ria nak cakap Ya. Saya tak tahu, nafsu-nafsu ni susah nak cakap, even nafsu makan sekali pun kan. So dia kata kalau ada rasa-rasa nak menjalin hubungan tu boleh ambil vaksin hep A and B. Kat mana-mana pun boleh. Bila-bila masa, dan tiada side effect pun dengan HAART.   

Soalan saya untuk abang, abang ada ambil vaksin tu ke untuk dua jenis hep ni? Kalau sudah, betul ke tidak ada side effect. Saya agak seram nak ambik benda-benda macam ni.

Then doktor ada bagitahu pasal TB. Dia kata orang HiV+ ni, 5-6 kali berpotensi untuk dapat jangkitan TB. So dia tanya lah gaya hidup dan kerja saya. End of the day dia kata risk TB rendah untuk saya. Pastu dia ada cakap pasal treatment ubat pill untuk TB ni kalau saya nak. Appointment akan datang dalam bulan 10, dia nak saya x-ray untuk TB. Bulan 10 nanti dia akan tanya lagi pasal prevention TB ni, keputusan di tangan saya. Dia tak kan paksa kalau saya tak nak ambik ubat tu. Ubat ni biasa di makan 6-9 bulan, dia ada patient yang makan 5 tahun dah just for prevention. Of course ubat tu ada sideeffect pada liver (ni yang buat saya turn off sebab dah lah HAART bagi side effect liver tak kan saya nak menambah risiko lagi kan) dan skin rash (kalau ada just stop ubat tu). Dia just cakap dia kena bagitahu pasal TB kat semua patient HIV dia atas arahan dari WHO. 

Abang pernah makan ubat TB?

Dia ada check hyperthyroidism (hormon ke apa). Dia cakap normal , tak ada apa yang pelik pun. Sebab last appointment saya ada mengadu kadang-kadang jantung laju, kadang-kadang rasa penat semacam. Di sebab kan full blood test saya normal, ECG jantung normal. Tu dia buat blood test thyroidism. Dia end up kata saya stress saja.

Afterall, sejak 2014 ni saya rasa lebih sihat dari 2013, jantung pump laju pun tidak ada rasa sangat. Kecuali kalau anxiety saya datang and fikir yang bukan-bukan. 

Saya pelik kenapa doktor tu tidak bercakap pasal hepatitis (pada asalnya saya yang tanya soalan tu) sebab saya rasa hepatitis adalah penting untuk saya prevent sebab HAART sendiri boleh effect liver kan. Kalau saya dapat hepatitis bukan ke liver saya akan jadi parah. Walaupun dia pernah bagi tahu saya tidak ada hep A,B dan C. Sepatutnya dia offer or suggest ke saya dapatkan vaksin ni? Tapi dia macam abaikan bahagian hepatitis.

Harap-harap abang ada pandangan ye. Salam :)


ZERO FIVE




Salam Zero Five

Alhamdulillah CD4 saudara tu naik, sikit pun ok, tapi tak mustahil juga sebab masaalah mesin tu, abang pun pernah alami dulu bila CD4 turun tapi kemudian dengar sebab mesin rosak. Ya abaikan aje, yang penting Zero Five berasa sihat sehingga sekarang dan jangan stress.

Mengenai  vaksin hep A and B, abang memang tak pernah ambil vaksin ini, dulu memang ada berkeinginan nak ambil tapi gerak hati ketika itu tidak serius, abang abaikan aje sehingga hari ini. Bukan hanya nak jalin hubungan aje, vaksin hepatitis ni sangat diperlukan bagi kita yang nak keluar negara terutama kalau kita kenegara-negara yang mundur apabila ianya dikaitkan dengan kebersihan dan pemakanan (makanan laut atau yang tercemar). 

Tentang ubat TB, abang ada dengar terdapat PLHIV yang ambil ubat bagi mengelak dari dijangkiti TB terutama mereka yang berisiko tinggi ketika bekerja dipersekitaran yang berisiko. 

Seingat abang, abang tidak mengamalkan sebarang ubatan bagi mencegah TB (seingat abang lah) kalau ada tentu abang masih ingat mengenai ubat yang diberi. So senang kata vaksin hep A and B dan ubat TB abang memang tidak pernah ambil. - NajMi



11 comments:

  1. Bkn kalau amik blood test infective screening hep b & c included ka?sebab cara penyebaran nya pon sama cam hiv except for hep a...so if takde makna nya negative la....unless la org tu still mengamalkan high risk behavior

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz Wani,

      Betul lah sekiranya seseorang itu masih mengamalkan seks bebas, terutama dikalangan PLHIV gay ni sebaiknya dapatkan suntikan tersebut. Setahu saya lah Hep A mudah jangkit dari dubur ke mulut (ni kes yang suka rimming haha) dan Hep B pulak jangkitan berlaku jika melakukan penembusan dalam dubur. (perbetulkan kalau saya salah). Kalau kita tak buat aktivini ni tak perlulah risau sangat nak dapatkat suntikan vaksin tersebut....:)

      Delete
  2. pakcik saya bgtau baru2 ni doktor ckp dia detected hep c..aduhai risau plak saya...
    bahaya ke ape tu mksudnye utk dia?
    berat badan pon turun...nmpk dia makin kurus...

    -tchr shida-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam -tchr shida-

      Lama tak dengar cerita, tiba2 senyap aje harap2 shida sentiasa sihat selalu. Saya harap keadaan pakcik shida dalam keadaan baik, hep C boleh dirawat, tapi kena ikut nasihat doc dan makan ubatan yang diberi. Mungkin Shida boleh layari laman web ini,

      http://www.msmpoz.com/my/Co-infection_my.pdf

      Delete
    2. Msm poz ni pertubuhan ek???sebab aritu ada barang yg di bg msm poz nih

      Delete
    3. Syaz Wani,

      Barangan apa yang diberi?

      Delete
  3. Salam...maaf..setahu sy hep b dan c yg ada kaitan dgn darah...a pulak kaitan dgn oral-fecal yg mna jangkit sebab pengamalan pemakanan yg x bersih..lbh kurang cmtu laaa...then hati ni mmg tmpt utk mnyahkn toksik dlm bdn n sgla toksik akn dsaringkan dihati dlu sblm dya nk pgi dlm sistem bdn..sbb tu bla kta ambil ubt yg byk akn ada cmplication dkat liver...even skarang kalo kita slalu amalkan panadol kemungkinan kta akn dpt kmplikasi dekat hati kita...jadi kemungkinan utk mendapat komplikasi pada hati tu ada utk org yg bergantung dgn ubt2 ni...ini yg sy phm..klo slh tlg btolkan sbb sy pon still blja...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hep A boleh juga berjangkit melalui penggunaan mulut ke dubur (aktiviti rimming dikalangan golongan gay terutamanya) dan Hep B boleh berjangkit melalui perlakuan liwat dikalangan gay.

      Wallahuallam...itu yang saya tahu selain jangkitan disebabkan pemakanan yang tak bersih...:)

      Delete
    2. Hehehehe...make sense...tq for da info...sbb sy xterdedah dgn hal mcm ni...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST