Tuesday, 13 May 2014

SUB-JENIS, JENIS, GOLONGAN DAN JENIS HIV


Apakah perbezaan antara HIV - 1 dan HIV - 2?

Saat ini ada dua jenis (type) HIV : HIV - 1 dan HIV - 2. Di seluruh dunia, virus yang utama adalah HIV - 1, dan umumnya bila orang diserang HIV tanpa ditentukan jenis virusnya, maksudnya adalah HIV - 1. Baik HIV - 1 dan HIV - 2 disebarkan melalui hubungan seksual, darah, dan dari ibu - ke - bayi, serta keduanya kelihatan mengakibatkan AIDS yang secara klinikal tidak dapat dibezakan. 

Namun, HIV - 1 lebih mudah disebarkan berbanding dengan HIV - 2, dan jangka waktu antara penularan dan penyakit yang timbul kerana HIV - 2 lebih lama. 


Ada berapa banyak sub-jenis HIV - 1? 

HIV - 1 adalah virus yang sangat berubah-ubah yang boleh bermutasi dengan sangat mudah. Jadi ada banyak jenis (strain) HIV - 1 yang berbeza-beza. Jenis ini digolongkan menurut golongan (group) dan sub-jenis (subtype). Ada dua golongan, iaitu golongan M dan golongan O. 

Pada September 1998, penyelidik dari Perancis mengumumkan penemuan jenis HIV baru pada seorang wanita dari Cameroon di Afrika Barat. Jenis ini tidak termasuk dalam golongan M atau pun golongan O, dan hanya ditemui pada tiga orang lain, semua di Cameroon. 

Saat ini dalam golongan M sekurang-kurangnya diketahui ada sepuluh sub-jenis HIV - 1 yang secara genetik berbeza. Sub-jenis ini terdiri daripada A sampai J. Tambahan pula, golongan O terdiri daripada beberapa golongan yang berbeza dari virus yang sangat beraneka ragam. Subjenis di golongan M boleh berbeza antar sub-jenis sebanyak perbezaan golongan M dengan golongan O. 


Setiap sub-jenis ditemui di mana? 

Subjenis tersebar sangat tidak merata di seluruh dunia. Sebagai contoh, sub-jenis B kebanyakan dijumpai di sekitar Amerika (utara dan selatan), Jepun, Australia, Caribbean, dan Eropah ; sub-jenis A dan D adalah yang paling sering dijumpai di Afrika sub - Sahara; sub-jenis C di Afrika Selatan dan India; dan sub-jenis E di Republik Afrika Tengah, Thailand, dan negara lain di Asia Tenggara. Sub-jenis F (Brazil dan Romania), G dan H (Rusia dan Afrika Tengah), I (Cyprus), dan golongan O (Cameroon) mempunyai kelaziman sangat rendah. Di Afrika, sebahagian besar sub-jenis ditemui, walaupun sub-jenis B kurang umum. 


Apakah perbezaan utama antara sub-jenis ini? 

Perbezaan utama terletak pada susunan genetik; perbezaan yang bersifat sangat biologi di tabung percubaan dan pada manusia boleh mencerminkan hal ini. 

Juga dikesankan sub-jenis tertentu boleh dikaitkan dengan cara penyebaran tertentu pula: misalnya, sub-jenis B dengan hubungan homoseksual dan penggunaan narkotik secara suntikan (pada intinya , melalui darah) dan sub-jenis E dan C, melalui hubungan heteroseksual (melalui jalur mukosal).

 Kajian di makmal yang dilakukan oleh Dr. Max Essex dari Harvard School of Public Health di Boston, AS, menunjukkan sub-jenis C dan E menularkan dan menggandakan diri lebih berkesan dibandingkan dengan sub-jenis B pada sel Langerhans yang ada dalam mukosa faraj, serviks, dan kulup zakar, tetapi tidak pada dinding dubur. Data memperlihatkan HIV sub-jenis E dan C lebih mudah tersebar secara heteroseksual dibandingkan dengan sub-jenis B. 

Namun diingatkan, haruslah berhati-hati dalam melaksanakan penelitian dari tabung percubaan ke keadaan hidup yang nyata. Faktor tidak tetap lain yang mempengaruhi risiko penyebaran, seperti peringkat penyakit HIV, kekerapan terdedah, penggunaan kondom, dan adanya penyakit menular seksual (PMS), juga perlu dipertimbangkan sebelum kesimpulan yang pasti boleh diambil.


Apakah beberapa sub-jenis lebih menular berbanding dengan lain? 

Beberapa kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sub-jenis E menyebar secara lebih mudah berbanding dengan sub-jenis B. Pada satu kajian yang dilakukan di Thailand (Mastro dkk., The Lancet , 22 Januari 1994), didapati angka rata-rata penularan sub-jenis E di antara pekerja seks wanita dan pelanggannya lebih tinggi berbanding dengan sub-jenis B yang ditemui di kumpulan umum di Amerika Utara. 

Pada kajian kedua yang dilakukan di Thailand (Kunanusont, The Lancet, 29 April 1995), antara 185 pasangan dengan satu pasangan yang dijangkiti HIV sub-jenis E atau B, didapati bahawa kemungkinan penularan pada pasangan tersebut lebih tinggi pada yang dijangkiti sub-jenis E (69 %) berbanding dengan sub-jenis B (48 %). Ini mengesankan sub-jenis E dapat lebih mudah disebarkan. 

Namun penting untuk dicatat, tidak ada satu kajian pun yang direka untuk memantau secara penuh terhadap pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi risiko penularan.


Apakah sub-jenis E adalah sub-jenis baru? 

Sub-jenis E bukanlah sub-jenis baru. Contoh darah yang disimpan menunjukkan sub-jenis E telah dikenali pada permulaan wabak di Afrika Tengah dan awal 1989 di Thailand. 


Apakah ujian antibodi HIV umum mampu mengesan semua sub-jenis? 

Ujian antibodi HIV rutin yang saat ini digunakan untuk saringan darah dan diagnosis mengesan semua sub-jenis HIV. (Sebahagian besar syarikat telah mengubah tesnya, sehingga ujian dapat mengesan jenis O dari golongan HIV - 1 yang baru diketahui) 


Apakah ada sub-jenis lagi yang mungkin " muncul? " 

Hampir dapat dipastikan sub-jenis genetik HIV baru akan ditemui di masa akan datang, dan tentu subjenis baru akan berkembang sebagaimana virus terus bermutasi. Sub-jenis yang ada saat ini juga akan terus merebak ke daerah yang baru selama wabak berterusan di seluruh dunia. 

Namun, di beberapa negara hanya ada sedikit pemantauan yang dilakukan untuk mengesan sub-jenis. Misalnya, di Inggeris, Public Health Laboratory Service (perkhidmatan makmal kesihatan masyarakat) milik kerajaan yang bertanggung jawab untuk memantau penyebaran HIV di negara tersebut, dalam sebulan hanya menganalisis dua jangkitan baru untuk maklumat sub-jenis. 


Apakah kesan kepelbagaian HIV terhadap penyelidikan rawatan dan vaksin?

Diperlu lebih banyak penyelidikan. Beberapa sub-jenis HIV yang telah diteliti di makmal mempunyai sifat pertumbuhan dan imunologi yang berbeza; perbezaan ini perlu ditunjukkan pada manusia.

Tidak diketahui apakah perbezaan genetik pada sub-jenis E atau sub-jenis lain sebenarnya membuat perbezaan pada risiko penyebaran, reaksi terhadap terapi antiretroviral, atau pencegahan oleh vaksin. Jika perbezaan genetik ini membuat perbezaan dalam keberkesanan vaksin, tentu ini menunjukkan halangan penting terhadap pembangunan vaksin HIV yang berkesan secara luas atau sesuai untuk seluruh dunia. Vaksin influenza kadang-kadang perlu diubah dan diperbaharui kerana adanya perbezaan genetik dalam virus influenza. Mungkin tindakan yang sama perlu dilakukan pada vaksin HIV.

Sumber DISINI





 

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST