Friday, 23 May 2014

SEBAGAI PLHIV, SUKAR UNTUK SAYA MENERUSKAN TUGAS SEBAGAI PARAMEDIK


photo hanya hiasan - azieazah-aa.blogspot.com

As salam,

Saya plan nak start HAART selepas bulan Ramadhan tahun ini (2014) tapi kerja sebagai paramedic yang terpaksa mengikut syif ni membuatkan saya berfikir panjang. Mungkin saya akan tangguhkan rawatan selepas dapat pindah dari tempat sekarang tetapi doktor bagi tahu bacaan CD4 saya semakin rendah.

Suasana kerja saya yang terpaksa melayan bermacam-macam pesakit membuatkan saya terdedah dengan pelbagai kemungkinan jangkitan penyakit berjangkit namun saya buat diam, sebab rakan-rakan sekerja belum mengetahui status saya sebagai PLHIV. 

Saya telah didiagnos positif HIV tanpa sengaja pada bulan februari 2014, pekara ini sudah saya maklumkan pada pihak atasan yang berkuasa namun kata putus tentang karier saya belum diketahui bahkan demi menjaga rahsia, saya diarah agar terus bertugas seperti biasa. 

Saya cuba berfikiran positif, saya terus melaksanakan tugas dengan harapan CD4 saya tidak semakin menurun. Tentang kemungkinan jangkitan berbagai penyakit akibat suasana kerja, saya hanya redha dan cuba mengamalkan kebersihan yang sebaik mungkin. 

Saya cuma berdoa agar ada hikmah atas semua ini. Saya sayangkan kerjaya paramedic tetapi status saya sekarang  mungkin tidak sesuai untuk saya meneruskan tugas di kawasan klinikal merawat pesakit.


ANONYMOUS

Mon, May 19, 2014 at 10:01 PM
sumber dari ruang komen 
didalam entri diSINI




Salam Anonymous,

Yang penting terus dapatkan nasihat dari doktor yang merawat saudara, jika terpaksa memulakan rawatan HAART, mulakan lah sebaiknya jangan tunggu sehingga CD4 turun terlalu rendah. 

Pandangan abang kalau kita terus berfikiran positif, tidak terlalu memikirkan, dan dalam masa yang sama saudara terus jaga kebersihan dan kesihatan diri serta dapatkan rest secukupnya, waktu cuti rehat secukupnya, mungkin tidak akan jadi masalah untuk saudara teruskan tugas sebagai peramedic. Yang penting keadaan kesihatan saudarasentiasa dalam keadaan baik (CD4 tinggi VL tak dikesan). 

Tetapi jika CD4 rendah sudah tentu ada risikonya ketika saudara menjalankan tugas sebagai paramedic. 

Saudara baru sahaja disahkan positif, abang yakin saudara akan mengalami keadaan resah gelisah, bimbang dan fikir yang bukan-bukan mengenai masa depan dan sebagainya. Itu  pada abang adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakkan kita yang baru disahkan positif.

Insyaallah akan ambil masa untuk saudara menyesuaikan diri dengan situasi hidup sebagai PLHIV ini. Seperti yang abang kata, terus dapatkan nasihat dari doktor yang merawat, abang doakan segala urusan kehidupan saudara sentiasa dipermudahkan Allah SWT . Amin3....:) - NajMi


12 comments:

  1. T.kasih ats ksudian myiarkan kisah sy, sgguh tharu& tperanjat. Agak ringkas tulisan sy sbb sukar utk sy bkongsi& bcerita krna mnaip tanpa laptop, hal sbnar lbh rumit& pjg. Pict hiasan tu kena dgn sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Terima kasih kerana tinggalkan komen bercerita mengenai kisah saudara, walaupun pendek dan ringkas, tak mengapa yang penting abang rasa ianya boleh menunjukkan kepada pembaca lain yang HIV ni boleh berjangkit kepada semua golongan masyarakat, tidak kira apa jenis pekerjaan mereka. Abang kenal melalui email dan fb beberapa PLHIV yang bekerja sebagai guru, lawyer, malah mereka yang amat fasih membaca alquran. Abg pasti terdapat juga PLHIV dikalangan kaki tangan kesihatan malah dikalangan doktor sendiri.

      Jika sudi tulis lah kisah mengenai diri saudara dengan lebih panjang, kisah yang dikatakan lebih rumit itu, insyaallah abang boleh jadikan entri dalam blog ini nanti. Kita mungkin mempunyai penyakit yang sama, tetapi bagaimana kisah kita mendapatnya, bagaimana kita menempuhi dan atasinya,berbeza diantara satu sama lain kan.

      Semoga kehidupan saudara terus dipermudahkan Allah. Amin3

      Delete
    2. Salam ANONYMOUS,

      Ada seorang PLHIV yang juga bertugas sama seperti saudara "paramedik" ingin hubungi saudara, dia email tulis kat abang;,

      "Abang, saya nak email paramedik tu. Now sy rasa lega sikitt sebab bukan saya aje yang alami pekara yang sama macam dia"

      Jika saudara Anonymous tidak keberatan tinggalkan email saudara kat email abang "hidupmestiditeruskan@gmail.com" nanti abg hubungkan saudara berdua....:)

      Delete
  2. Abg bg email dia... Sy agk kberatan sbnarnya bg sy masa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nak bagi melalui mana? sebab tak boleh lah email dia abg tinggalkan kat dalam ruang komen disini. Kalau Anonymous send email ke alamat email abg diatas tu, abg akan beri email dia pada anonymous. Tapi kalau anonymous tidak bersedia tak mengapa, abaikan aje permintaan dia tu....:)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Maafkan sy, mohon abg najmi padamkan alamat email sy di ruangan komen... T.kasih

    ReplyDelete
  5. Saya paramedik gak.....adoyai.
    Syarat KKM anggotanya tak boleh ada HIV.
    Kalau ada, akan ditukar buat kerja ofis/management ajer(x bleh kerje clinical side) atau akan ditamatkan perkhidmatan(antara dua tu lah, sayapun kurang pasti). Just info.

    ReplyDelete
  6. klau kwan kwan nk dpt khidmat nasihat atau nk luah perasaan boleh lah chat dgn sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bagai mana nak hubungi dg saudara ismail? mungkin abg boleh uar2kan kat status fb abg beritahu kesudian saudara mendengar luahan perasaan rakan2 lain tu...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST