Thursday, 1 May 2014

RUMAH WAHIDAYAH - KEMELUT WANITA HIV

Berkongsi penubuhan Rumah Wahidayah, Norlela berkata, ia tercetus apabila beliau ditemui oleh seorang ibu muda bersama dua orang anaknya yang kesemuanya positif HIV dan hidup tanpa arah tujuan. 


“Ketika itu saya bekerja di Pertubuhan AIDS Malaysia, saya telah bertemu dengan seorang ibu muda yang menghidap HIV untuk meminta bantuan. Wanita itu dihantar kepada saya melalui rujukan pihak hospital.

“Pada masa itu tidak ada lagi mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan bagi menempatkan wanita HIV dan anak tersebut. Apabila diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka tidak menerima kerana dikatakan tidak tergolong dalam kumpulan sasar. 

“Akhirnya anak itu tadi terpaksa diberikan kepada orang tanpa tidak tahu status rawatan terhadap anak itu,” katanya. 

Memikirkan soal anak malang tersebut, Norlela mengambil inisiatif menubuhkan rumah perlindungan wanita HIV Wahidayah sebagai pusat perlindungan sementara bagi memastikan rawatan dan sokongan masyarakat serta ahli keluarga penghidap tidak terabai. 

Bagaimanapun luahnya, pusat perlindungan tersebut masih tidak mendapat naungan dari mana-mana kementerian menyebabkan perbagai aktiviti yang dirancang kepada penghidap HIV dan peruntukan terbatas. 

“Sehingga kini Pewahim masih berdiri sendiri. Ini kerana kami mempunyai masaalah untuk mendaftarkan pertubuhan ini kepada pihak atasan yang berwajib. 

“Walaupun sudah beberapa kali cuba mendaftar, tetapi tidak diterima kerana tidak tahu pekara ini terletak dibawah tanggungjawab siapa. Syukur Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) banyak menghulurkan bantuan bagi mengerakkan operasi rumah Wahidayah ini,” katanya. 

Justeru Norlela meminta agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar mengkaji semula peruntukan perlindungan bagi keperluan wanita HIV. 

“Tujuan kita adalah untuk menjaga kebajikan dan masa depan wanita HIV. Dan apa yang lebih penting adalah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan tidak berdosa tersebut yang perlu mendapatkan saringan. 

“Kita berharap, mana-mana pihak terutamanya KPWKM dapat mengkaji semula pekara ini dan memberi ruang kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi penghuni HIV ini bernaung. 

“Ini penting kerana penghidap tidak tahu kemana tempat untuk mengadu jika berlaku masalah seperti ini, sedangkan kebanyakkan penyakit ini diterima daripada lelaki termasuk suami sendiri,” jelasnya. 

Bagi kelangsungan Rumah Wahidayah orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan dengan menyalurkan ke akaun MAYBANK BERHAD, Persatuan Wahidayah Malaysia 562740121438 atau menghubung Norlela ditalian 019-259 5864 untuk maklumat lanjut.


INFO RUMAH WAHIDAYAH
Norlela Mokhtar














Pengasas : Norlela Mokhtar
Lokasi : Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor.
Objektif Penubuhan :
- Membantu pihak berwajib memantapkan program pencegahan, kawalan dan rawatan HIV.
- Menyediakan penempatan asas bagi wanita dan penghidap HIV.
- Memberi perkhidmatan kesihatan keperluan asas dan sokongan kepada penghidap HIV
- Memberi bimbingan insaniah, motivasi dan kemahiran kepada pesakit HIV
Kemahiran : Menjahit, memasak, membuat roti dan menghasilkan kraftangan


Oleh Mohd. Shah Che Ahmad
Mega Agama Utusan Malaysia
Khamis 1 Mei 2014




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST