Thursday, 1 May 2014

RUMAH WAHIDAYAH - HARAPAN KE DUA WANITA HIV

Disamping memberi semangat, Rumah Wahidayah memberi peluang kepada penghidap HIV wanita mendalami agama.

Bagaikan bangkai bernyawa, begitulah stigma negative yang sering dilebalkan oleh segelintir masyarakat terhadap penghidap HIV yang dianggap tiada harapan dalam hidup dan menunggu masa untuk mati.

Sehinggakan berlaku diskriminasi keterlaluan dan juga pemulauan terhadap golongan tersebut kerana dikhuatiri akan menyebarkan virus paling digeruni dan masih belum ditemui penawar itu kepadaindividu yang menghampiri.

Hakikatnya segala tanggapan tersebut hanyalah mitos, yang disifatkan sebagai penyakit lebih berbahaya yang akan membunuh penghidap HIV dalam diam.


Pengasas Rumah Perlindungan Wahidayah, Norlela Mokhtar berkata, HIV tidak akan berjangkit selain melalui tiga pekara iaitu melalui hubungan seks, perkongsian jarum suntikan atau anak dalam kandungan penghidap HIV.

“HIV merupakan penyakit yang sukar berjangkit. Stigma masyarakat termasuk ahli keluarga yang sering menjauhi penghidap HIV sehingga dikuarantin dibilik khas, mengasingkan tempat tidur, alatan peribadi dan pinggan mangkuk adalah keterlaluan.

“Ini hanya membuatkan penghidap HIV akan merasa lebih menderita dengan penyakit yang dihidapi, ditambah pula dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan masyarakat perlu tahu, hanya tiga sahaja kaedah jangkitan HIV iaitu melalui seks, sama ada melalui vagina, dubur dan juga oral seks, perkongsian jarum dengan individu yang positif HIV dan ibu kepada anak,” katanya ketika ditemui.

Tambah Pengerusi Persatuan Wahidayah Malaysia (Pewahim) itu, dakwaan yang mangatakan HIV boleh merebak melalui udara seperti terkena bersin mahupun pembawaan haiwan lain seperti nyamuk, lintah dan sebaginya.

“Manakala jangkitan melalui air liur pula akan berlaku jika dikumpulkan sebanyak dua baldi air liur individu positif HIV baru boleh menyebabkan jangkitan,” jelasnya.

Justeru dengan penubuhan rumah Wahidayah ini katanya, menjadi pusat sokongan dan memberi peluang kepada penghidap HIV wanita untuk mendapat rawatan berterusan, disamping memberikan pendedahan sebenar mengenai HIV kepada masyarakat.

Mula ditubuhkan pada tahun 2012, rumah Wahidayah yang menrupakan salah satu daripada empat cawangan Pewahim adalah satu-satunya pertubuhan yang menyediakan perlindungan wanita HIV di Malaysia.

Norlela berkata, selain menyediakan penempatan asas dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yangh terjejas oleh epidemic HIV, Pewahim juga menjadi pusat bantuan sokongan melalui perkhidmatan kesihatan dan keperluan asas kepada penghuni.

“Tujuan rumah perlindungan ini ditubuhkan adalah bagi memainkan peranan utama dalam usaha membantu pihak berwajib dan memantapkan program pencegahan, kawalan dan rawatan HIV dinegara ini.

“Beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu, Pewahim menjadi tempat rujukan bagi individu yang dijangkiti HIV agar tidak berpustus asa meneruskan hidup dan menjalani hidup normal seperti individu lain,” ujurnya.

Didikan agama dan latihan

Selain memastikan kesihatan penghuni dalam keadaan stabil, Rumah Perlindungan Wahidayah turut menyelitkan aktiviti-aktiviti kerohanian dan motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri penghidap HIV tersebut.

“Bertepatan dengan nama yang diberikan iaitu wanita HIV yang berhidayah (wahidayah), kita juga sangat menitik beratkan didikan agama kepada penghuni, kerana kita percaya bahawa keyakinan kepada agama dapat menguatkan lagi semangat individu untuk berjaya.

“Antara pendekatan Islam yang diamalkan seperti solat berjemaah setiap hari dan sentiasa menyampaikan peringatan mengenai agama. Manakala kita juga mempunyai empat orang guru agama dan motivasi yang dihantar oleh majlis agama.

“Mereka akan datang dua kali setiap hari iaitu pengajian Al Quran pada sebelah pagi dan ilmu Fardu Ain pada sebelah petang,” katanya yang juga menjemput penghidap HIV yang berjaya untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Dalam pada itu katanya, Rumah perlindungan Wahidayah turut membekalkan latihan dan kemahiran yang bersesuaian mengikut kebolehan dan minat para penghuninya.

“Mengikut minat masing-masing kita mendedahkan kepada penghuni kemahiran yang boleh mereka pelajari. Antaranya seperti kemahiran menjahit, memasak dan membuat kraftangan.

Penghuni yang berkebolehan akan dihantar untuk mendapatkan kemahiran yang bersesuaian diluar.

“Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada penghuni HIV kepada dunia luar dan membolehkan mereka untuk berdikari apabila keluar dari rumah ini nanti,” ujurnya.

Bagi kelangsungan Rumah Wahidayah orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan dengan menyalurkan ke akaun MAYBANK BERHAD, Persatuan Wahidayah Malaysia 562740121438 atau menghubungi Norlela ditalian 019-259 5864 untuk maklumat lanjut.


Oleh Mohd. Shah Che Ahmad 
Mega Agama Utusan Malaysia
Khamis 1 Mei 2014


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST