Friday, 16 May 2014

RIO SHI - RASA NAK KAHWIN TAPI NALURI TIDAK ADA PADA WANITA

Assalam w.b.t 

Thanks for spending ur time reading this. Read the whole stories about RYAN inspiring me to text this email. Saya RIO SHI (bukan nama sebenar) sekarang umur telah menginjak kepada 29 tahun and sudah terpesong dari fitrah semula jadi manusia, kerana saya tertarik dengan kaum sejenis. 
photo hanya hiasan

Lately I'm thinking of nak berubah, nak bina keluarga, marrying a girl tetapi i don't know how to start sebab tidak ada magnet tarikan kat kaum hawa. Apabila saya tatap imej saya sendiri kat cermin saya tidak nafikan yang saya ada pakej yang kaum hawa nak. Rupa not bad, kerjaya tetap, harta ekonomi dah masuk dalam kategori wajib kahwin bagi agama. Cuma dilemanya sekarang naluri tidak tertarik langsung pada kaum hawa tapi if the same gender cepat aje tertarik. 

Apabila saya baca kisah RYAN very inspired me n i believe that one fine day saya akan ke arah situ jugak. Jodoh itu rahsia Allah. Baca almost experience yang orang share dalam blog saudara membuatkan saya berani cakap yang saya quite ok lagi lah. Saya sangat kurang bersosial and buat aktiviti luar. Im not a smoker, kaki minum or kaki judi. Teman disekeliling saya sudah mula mempertikaikan status bujang saya, but i just ignored them. Sudah banyak kali saya terlanjur dengan guys. 

Saya pernah hampir nak ber"kapel" dengan 3 guys before this. Tidak pernah "kapel" tapi hampir. The last guy was married to his fiance end of last march. Saya putuskan semua connections yang dia boleh contact saya. Very hard to live, sampai sekarang saya masih teringatkan kat dia, he is the guy yang saya paling sayang yang pernah saya kenal. But i know time will heals everything, semua will take time. 

Alhamdulillah recently saya kembali ingat solat and kewajipan dalam agama dengan malu setiap kali solat saya rasa diri ini sangat hina di sisiNya and ragui apakah Allah s.w.t akan terima solat saya. FYI saya ni boleh dinilaikan dalam kategori orang baik-baik lah among my friends. Cuma saya kesalkan naluri saya yang terpesong jauh dari fitrah. Saya rasa sangat tertekan dengan situasi ni. Rasa nak kahwin tapi naluri tidak ada kat gurl. Nak berubah memang senang tapi nak istiqamah tu susah. :-(


RIO SHI
(bukan nama sebenar)



Salam RIO,

Benar susah nak paksa diri berubah suka pada wanita, lain lah kalau kita ni seorang bisekual yang mampu ghairah pada perempuan. Tapi sekiranya saudara tidak ada langsung nafsu pada wanita baik usah fikir tentang kahwin, bukan apa nanti lepas kahwin macam-macam masaalah yang timbul. Tanya pada diri sendiri sama ada saudara ada nafsu pada wanita atau tak? Kalau tak ada usah fikir pasal kahwin, terus hidup bujang dan terus berbakti pada ibu bapa dan persiapkan diri dengan amalan agama. Pandangan abang lah semua GAY sama ada yang separuh tegar mahu pun yang tegar malah mak nyah sekalipun tentu pernah terfikir nak berkahwin dan mempunyai anak, itu adalah normal.

Abang sendiri mengaku seorang gay tegar, sebesar zarah pun tak minat pada girl tapi adakala berangan juga nak berkahwin dan ada anak, tapi itu hanya mainan minda dikepala kita sahaja. Susah nak kata, berkahwin ni bukan untuk uji kaji, kalau tak suka bercerai kemudian, berdosa tu. Sebab tu saudara kena fikir betul-betul jika mahu berkahwin, besar tanggung jawab nya, berkahwin bukan semata-mata nak tutup kelemahan diri kita, tak betul niatnya tu. Pernikahan juga bukan boleh dibuat bahan ujikaji untuk kepentingan diri kita semata-mata. Jika saudara rasa ada kemampuan untuk berkahwin abang sokong, teruskan tapi kena ada keyakinan dan paling penting selepas kahwin tidak ada lagi akitiviti songsang dibelakang isteri. 

Buat masa ni yang abang boleh nasihatkan, agar saudara kerap berdoa minta bantuan Allah, dekatkan diri dengan Nya, buat yang di suruh jangan buat apa yang dilarang. Jangan layari laman web gay, jangan tengok porn gay lagi, kalau ada kawan gay yang boleh mempengaruhi saudara putuskan hubungan dengan mereka. 

Jika niat saudara baik abang yakin Allah akan membantu saudara, kena ingat berkahwin dan punya anak tidak menjaminkan kehidupan kita bahagia. Maybe disebabkan kita telah ditakdirkan menjadi gay, mungkin membujang ni lah yang akan mendorong kita mudah masuk ke syurga kelak. Kita terus hidup bujang (berjihad megawal melawan nafsu), terus mengabadi diri kepada Allah, terus berjasa kepada ibu bapa dan masyarakat, mungkin itu lebih baik buat diri kita daripada berkahwin. 

Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Sentiasa berperasangka positif pada Allah. Wallahuallam - NajMi



23 comments:

  1. Salam. Najmi & Rio, I will dua's for both of u. Ala tak dapat nk berbesan dgn Najmi.

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat bro.... hidup mesti diteruskan... kita hampir sama

    ReplyDelete
  3. Assalam.. terima kasih utk abg najmi sbb terbitkan catatan sy. dan utk kalian yg mndoakan, teruskan doa-doa kalian. mcm ayat akhir sy, nk berubah mmh senang tp utk istiqamah sgt susah dan brliku2.. semoga Allah s.w.t terus memberi sinar harapan utk org mcm sy mneruskan kehidupan seharian seperti insan normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIO SHI

      Alhamdulillah, masaalah ini bukan Rio sahaja yang alami, ramai lagi yang hadapi masaalah sama, ya semoga Allah terus mempermudahkan kehidupan Rio...:)

      Delete
  4. i'm a girl..jom kenal2 Rio ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai girl,

      Abang berbesar hati kalau boleh kenalkan girl dengan Rio....:) Kalau dua2 sudi abg boleh bantu hubungkan anda berdua.....:)

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    If our life is already complicated... Don't make it even more difficult.

    Make it simple and avoid any trouble.

    Get married is sweet but if we don't know our real goal it will become a threat.

    Be a singleman is not a disadvantage but if we really think wisely it has full of courage.

    Just find your goal... Dig a true muslim soul... We don't live to be trolled... But Allah Bless is first afterall...

    Sudah lama tak membuat coretan di sini.
    Tapi perkembangan terkini selalu diikuti.
    Terima kasih kepada Abg Najmi,
    Kerana tak putus berkhidmat kepada komuniti.

    Jazakallah kathiran
    Ala anta fi sa'idan...

    Salam sayang,
    MFZ

    ReplyDelete
  6. cuba abg tanya Rio, nak ke kenal girl ni?;). tq abg Naj Mi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Abang dah tanya Rio..mana lah tahu kan kut2 dia nak...:)

      Delete
  7. blossom.noura@gmail.com..sy betul2 nk berkawan dgn Rio..tak terfikir utk menjalinkan hubungan yang lebih, cuma mungkin boleh kenal dan berkawan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Harap Rio boleh hubungi "blossom"....:)

      Delete
  8. Ryan tatau nak cakap macam mana.. tapi kat sini tak sesuai nak cakap... hohoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ryan...saya sangat tertarik dengan kisah ryan...ada beberapa perkara saya nak bertanya dengan ryan...jika ryan sudi meluangkan masa blh x kita berhubung melalui emel. Emel saya sity.sofiah@gmail.com

      Delete
    2. Salam Sofiah, tentu susah Rayan nak bukan dan baca komen sofiah ini disini, tetapi abg dah beritahu Ryan mengenai keinginan Sofiah nak berhubung dengan Ryan ni, harap Ryan akan hubungi Sofiah nanti...:)

      Delete
  9. tq utk smua kata2 sokongan & dorongan kalian. tak nafi mmg skrg sy sgt tertekan dgn perasaan yg ada. everyday i just keep thinking about ny futures. umur kian mningkat, tp masih sendiri. krja sy plk dikelilingi 1 kaum sejenis saja, peluang nk jmp kaum blawanan mmg susah & tipis. hense kwn tmpt kje plk blawanan angin, mereka ke utara, sy ke timur. our life were totally different. tq utk ryan sudi shared ur stories & abg najmi nk displayed ape yg sy emelkn. semoga sinar kehidupan akn terus menyinari sy lps ni InsyaAllah.. amin3 - RIO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rio Hi Abg Najmi,

      this is my advise to Rio....... jangan terlalu memikirkan pandangan org lain..keadaan saya sama spt Rio, malah saya telah pun berumur 39 tahun (manakala Rio hanya 29 tahun). saya masih bujang dan masih lagi mencari2 pasangan (wanita) yang sudi utk berkawan dan berkahwin dgn saya..... telah 4 tahun saya tinggalkan dunia percintaan sesama sejenis kerana pengalaman apabila Allah menunjukkan saya betapa jijik dan kotornya dunia tsbt.......

      Saya bersetuju dgn apa yang Abg Naj Mi katakan, berkahwin tidak bermaksud kehidupan kita akan bahagia. Saya tidak bermaksud untuk menentang perkahwinan, mungkin saja perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan kita tidak pasti...

      Tetapi lihat betapa ramai yang telah berkahwin, masih 'menyerahkan' diri kepada kaum sejenis... Adakah Rio akan berasa selesa menganiaya kaum perempuan malah jika ditakdirkan mempunyai anak, sanggupkan mengatakan kepada anak2 yang bapanya ini mempunyai kekasih lelaki?....

      Kita memang perlu berusaha ------ jadi berusahalah untuk tidak memikirkan sgt apa yang difikirkan masyarakat..... Saya mengambil keputusan untuk tidak terlalu berusaha cuba utk berkahwin kerana jika saya rasa ianya hanya ingin memuaskan keinginan masyarakat....... semasa bujang, tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin tanya bila nak ada anak, bila dah ada anak tanya bila nak tambah anak.... persoalan yang tidak akan habis sampai bila2.....

      Kunfayakun --- berapa ramai dari saudara mara saya yang mendesak2 mengejek2 saya kerana masih bujang tetapi lupa yang anak mereka yang dah berkahwin bertahun2 masih tidak mempunyai anak..... yang dikatakan sudah memenuhi tuntutan sunnah Nabi tetapi masih berbaju ketat, menghisap rokok, dan tidak bertudung menutup aurat samada perempuan mahupun lelaki?

      terus terang saya katakan, keadaan skrg ini sgt menjadikan saya seorang yang kurang berkeyakinan diri, terutama sekali apabila adanya jemputan kenduri, kenduri kahwin dsb... sayalah org pertama yg akan duduk dirumah tanpa memenuhi undangan kerana malu dan rimas dgn kata2 masyarakat....

      sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah supaya diberi kehidupan yang baik.....Walaupun saya selalu ditakut2kan dgn ahli2 agama tentang memenuhi kesempurnaan separuh dari agama iaitu berkahwin, tetapi saya yakin Allah yang Maha Baik lebih tahu....... dan hanya kita sendiri yang tahu mengenai masalah kita.. tidak org lain....

      H.Nizam

      Delete
    2. Salan H.NIZAM

      Terima kasih kerana meninggalkan nasihat buat Rio Shi

      Delete
  10. Saya gay tegar...plhiv...tp soon akan berkahwin...doakan saya yer...

    Walaupun nafsu amat kurang pada perempuan, tp sy doa2 sgt mlm pertama kami semanis kurma :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Pekara baik jika ada keyakinan walaupun sedikit, walaupun tegar sekali pun insyaallah segalanya akan dipermudahkan Allah. Yang penting dalam diri saudara ada keinginan mahu berubah. Insyaallah abg serta rakan2 pembaca lain akan mendoakan yang terbaik buat saudara serta isteri, semoga malam pertama akan menjadi satu pengalaman yang akan membuatkan saudara tidak mahu lagi fikir tentang kisah lalu.Mudah2an diberi kebahagian buat saudara suami isteri sehingga akhir hayat. AMIN3

      Delete
    2. wahhhhh... seriously this is a good news.. Alhamdulillah.. semoga malam pertama bwk ke syurga.. amiinn..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST