Thursday, 1 May 2014

PUTERA IZUAN - KELIRU SAMA ADA HENDAK BERKAHWIN ATAU TIDAK

Assalamualaikum abang Najmi,

Saya sebenarnya nak minta pendapat abang berkenaan masalah yang saya hadapi, harap abang dapat membantu saya dalam mencari jalan keluarnya dan memberi nasihat serta pendapat serta semangat buat diri saya yang dalam kekeliruan ini.

photo hanya hiasan

Abang saya dikategorikan sebagai top, saya juga pernah terlanjur dengan seorang lelaki pada satu ketika dulu, kami berhubungan selama 2 tahun lamanya. Semasa tu fikiran saya sering dihantui rasa bersalah setiap kali melakukannya. Tapi nafsu mengatasi segalanya. Sehingga pada satu tahap saya mohon berpisah dengan pasangan saya. Kerana disebabkan rasa berdosa yang teramat sangat.

Selepas daripada itu saya tidak lagi berhubungan dengan mana-mana lelaki, walaupun ada sahaja dugaannya tapi saya nekad menjauhkan diri dari terus terjerumus sekali lagi, lagi-lagi semenjak saya baca blog abang, banyak pengajaran yang saya perolehi, terima kasih abang.

Abang Najmi,

Dalam pada itu saya ada juga berkawan dengan wanita tapi seperti abang sedia maklum saya hanya menganggap dia sebagai sahabat saya sahaja, sukar saya nak terbitkan rasa cinta sehingga lah saya bertemu dengan seorang wanita yang lain secara tiba-tiba saya mula jatuh cinta pandang pertama. Sememangnya indah waktu itu, sebab bukan senang saya nak jatuh cinta dengan wanita (kalau dengan lelaki senang jer)

Dan dipendekkan cerita, kami hampir bertunang tapi entah mengapa silapnya keluarga pula tidak restu hubungan kami diatas sebab-sebab tertentu, lama juga saya kecewa dek kerana perpisahan kami tapi saya pasrah mungkin itulah takdirnya.

Abang Najmi, 

Untuk pengetahuan abang juga selama ini ada seorang wanita lain yang menaruh harapan pada saya tapi disebabkan saya tidak berapa suka pada dia saya cuma layan dia acuh tak acuh saja. Saya cuma anggap dia seorang sahabat walaupun dia meminta lebih dari seorang sahabat. Dia memang sangat baik pada saya terlalu menghargai saya, walaupun saya selalu menyakiti hati dia. Kadang-kadang saya rasa bersalah buat dia kecewa dengan saya sehinggalah timbul perasaan kasihan pada dia, lalu saya ceritakan segala nya pada dia yang saya sebenarnya PLU tapi yang hairannya dia tetap juga terima saya dan akan bantu saya untuk berubah. Saya buntu memikirkannya bermacam-macam andaian berlegar di fikiran saya.

Antaranya, bolehkah saya menjadi suami yang baik, seorang yang bertanggungjawab zahir dan batin nanti, dan yang paling saya risaukan adalah nafkah batin kepadanya itulah yang saya risaukan. Pernah saya suruh dia cari lelaki normal saja dari dia terseksa jika berkahwin dengan saya kelak tapi dia tetap juga memilih saya dan saya nampak keikhlasannya pada saya dan dia kata dia terlalu sayangkan saya.

Abang Najmi,

Persoalannya sekarang tentang perasaan saya, adakah perasaan sayang dan cinta pada dia boleh dipupuk selepas saya kahwin nanti? Dan adakah saya boleh laksanakan nafkah batin kepada dia? Kerana perasaan saya pada dia sekarang hanya cuma perasaan kasihan sahaja, walaupun pernah juga saya rasa rindu pada dia bila terlalu lama tidak berhubung dan saya pernah rasa cemburu melihat dia berbual dengan orang lain walaupun sebenarnya itu adalah rakannya sendiri.

Abang Najmi,

Untuk pengetahuan abang family dia dan family saya sudah pun tahu hubungan kami berdua dan mereka merestuinya, walaupun saya pernah cakap pada ibu saya yang saya dengan dia cuma sahabat sahaja, tapi ibu saya menaruh harapan yang tinggi pada saya supaya saya mengambilnya sebagai isteri. Fikiran saya kusut memikirkan semua ini dan adakalanya saya pasrah jika dia sememang sudah ditakdirkan jodoh saya Apabila memikirkan kebaikan dia pada saya rasa sayang pula untuk melepaskan dia. Tapi bila saya memikirkan saya ni PLU saya bimbang tak dapat bahagiakan dia kelak.

Abang Najm,

Harap bantu saya memberi sedikit nasihat atau pendapat, dah lama saya nak ceritakan pada abg najmi, tapi baru kali ni saya berkesempatan. Maafkan saya jika ayat saya ni tak teratur saya tak pandai sangat nak mengarangnya dengan baik. Terima kasih abang najmi, semoga abang terus sukses menjalani kehidupan ini.. insyaAllah. Amin.


PUTRA IZUAN
bukan nama sebenar



Salam Izuan,

Abang selalu nasihatkan pada gay diluar sana, kalau hendak berkahwin, berkahwinlah apabila diri mereka telah ada keyakinan pada diri sendiri untuk memberi nafkah zahir dan batin. Jika tidak 100% pun kalau ada 80% keyakinan mampu membahagiakan isteri maka teruskan lah. Pertanyaan begini sudah beberapa kali abang jawab dalam entri-entri yang lalu, pertanyaan yang sama maka pandangan yang abang akan berikan disini pun akan tetap hampir sama seperti yang lalu.

Ya adakala disebabkan kita belum melalui pengalaman perkahwinan itu, maka kita tidak tahu nikmat yang ada didalamnya. Bukan sekadar nikmat hubungan batin mungkin nikmat lain yang tersembunyi. Jika kita tidak cuba terokai maka kita tidak tahu. Ada kemungkinan pada waktu ini saudara bimbang, tetapi apabila telah menempuhinya nanti insyaallah segala kebimbangan itu akan hilang. Yang penting saudara kena ada keyakinan, saudara juga bukan jenis lelaki PLU yang suka melakukan aktiviti seks bebas kan, insyaallah sekiranya saudara berkahwin kelak saudara masih tetap mampu kawal diri dari tidak berhubungan dengan mana-mana lelaki pun.

Dan alhamdulillah sebab wanita terakhir yang sangat sayang kan saudara itu tahu tentang naluri saudara, pandangan abang adalah baik dia tahu sebab saudara tidak perlu susah-susah nak rahsiakan diri lagi, alhamdulillah dia faham dan berjanji mahu membantu. Itu satu pengorbanan yang besar dari dia, abang harap dia ikhlas ingin membantu dan saudara jangan pulak permain-mainkan atau persiakan keikhlasannya itu.

Tanya pada diri sendiri, adakah saudara mampu dan ada keyakinan, jangan berkahwin hanya sebab nak puas kan kehendak orang lain, yang berkahwin adalah saudara, yang akan menghadapi segala masaalah, yang akan stress kelak adalah saudara bukan mereka yang desak agar saudara berkahwin. So fikir betul-betul sebelum buat keputusan, jangan paksa diri. Walau ibu yang desak sekali pun jika saudara tidak ada keyakinan pada pandangan abang jangan berkahwin, berilah apa jua alasan agar ibu boleh menerima. - Naj Mi


 

16 comments:

  1. Assalamualaikum abg najmi.. terima kasih di atas jawapan yg abg berikan pd saya.. berulang kali saya membacanya dengan perasaan yg sebak.. saya rasa nasihat abg pd saya nie seperti abg berada di sebelah saya.. memberi sokongan pd saya serta semangat kembali..

    Ya abg najmi.

    Alhamdulillah sehingga sekarang saya bukanlah seorg yg suka mencari aktiviti sex bebas.. dan walaupun saya teringin mencari pasangan plu. Tetapi saya tak pernah melayan keinginan tu.. pd saya nikmat nya hanya sebentar tpsy akan rasa bersalah yg teramat sangat..

    Abg najmi..

    Saya inginkan sebuah keluarga juga.. punya isteri dan anak.. memg betul ape yg abg katakan.. mungkin kita tak tahu rasa nikmat nya bila kita berkahwin.. (tdk semestinya nikmat hubungan batin saja) sebb itu kita bimbang utk meneruskannya.. jadi sya harus berfikiran positif.. supaya saya temui sinar harapan utk bahagia.. insyaAllah.. terima kasih abg..

    Abg najmi..

    Ribuan terima kasih diatas nasihat abg dan sokongan abg pd saya.. saya akan cuba fikirkan sebaik mungkin dan membuat keputusan yg baik.. insyaallah.. abg jangan lupa doakan saya yer.. pd kawan2 juga harap doakan saya..

    Terima kasih sekali lagi abg najmi..

    Dari putra izuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Putera,

      Abang harap Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik buat Putera, hanya Allah yang tahu. Insyaallah abang akan doakan yang terbaik buat Putera dan Putera juga jangan lupa berdoa kepadaNya, mudah-mudahan kehidupan Putera akan dipermudahkan. Amin3

      Delete
    2. salam putera,
      kalau xde keyakinan dlm diri adalah lebih baik jgn lalui gerbang nikah. golongan mcm kita quite ok la, a friend of mine asked me rm4k lately nk buang isi his fiance, pdhal dorg plan nk kawen ujung taun ni, terlanjur sbb nafsu. smuanya brgantung pd diri sdiri, kita nk kawen sbb apa, tuntutan agama, kehendak diri, keluarga.. kita dh bdosa sbb trlanjur dgn kaum sejenis then jgn plk disiksa kaum lg satu. as an advise for myself jgk, yg tgh dlm dilema mbilang umur yg smakin mningkat.

      Delete
  2. Ntahla..saya isteri kepada seorg PLU.baru 4 bulan berkahwin.sebelum ni sy memang tau suami sy gay dan sebab sy sygkan dia,dan dia janji cuba berubah dan mengawal walaupun dalam masa yg cepat . tapi sepanjang tempoh perkahwinan, sy tak nampak effort mengawal. Masih berhubung dgn lelaki. Menipu saya utk keluar cuti bersama dgn boyfriend nya itu..sering sms and call. Sampai saya tertanya².. Dia lupa ke janji nk berubah? Takde effort langsung. Memang saya kecewa. Rasa sabar itu ada tapi rasa sakit lagi kuat. Rasa diperbodohkan. Saya tau bukan senang and bukan cepat. Tapi niat dan usaha harus seiring.saya sayangkan suami saya tapi saya tak pasti perkahwinan akan berkekalan atau tak. Nasihat saya, kalau anda benar mahu berkahwin..pastikan usaha ada utk meninggalkan siapa anda dahulu. Jangan seksa mental dan fizikal bakal isteri selepas kahwin..sekian..assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Saya sempati dengan saudari, mudah-mudahan saudari diberi kekuatan dalam menghadapi ujian hidup ini. Semoga saudara Putera boleh renungkan kisah yang dikongsikan ini.

      Delete
    2. Kebayankan gay yg kahwin sbb nak tutup kelemahan diri Puan. Tak tahan dgn org sekeliling yg asyik bertanya dan bertaya. Ada yg mulut jahat tu haruslah dilemparkan dgn kata2 nista kpd lelaki yg lambat berkahwin. Jadi bg mrk yg tidak dgn segala kata cacian org sekeliling mrk akn kahwin dan diaorang tak kisah kalau cerai sbb lebih baik pegang status duda drpd bujang sampai ketua.

      Kalau dah jadi duda ni org tak kata apa sangat sbb dah pernah kahwin kan. Tapi yg kesiannya isteri lah. Terpaksa tahan dgn sikap suami yg mcm ni. Saya dah jumpa ramai suami org yg mcm ni. Ada tu tak habis2 pujuk saya supaya adakan hubungan seks dgn dia. Anak dah 4 yer tapi tetap nafsu kat lelaki tak padam2. Kesian kat bini di rumah.

      Delete
    3. Anonymous,

      kalau nak tahu FB saya yang hanya friends dengan rakan-rakan sekolah pun saya letak status DUDA sebab, penat nanti kalau ada rakan sekolah dulu yang tanya berapa anak ko ada, bila kahwin, mana bini dan sebagainya. Tak dinafikan ada juga PLU yang hanya berkahwin sekejap dapat seorang dua anak kemudian cerai dan terus hidup bujang dengan title duda, lebih senang daripada jadi bujang terlajak kan,...Benar yang kesiannya isteri lah huhu...

      Delete
    4. Betul najmi. Bila dah duda ni org tak kata sangat dah. Org akan kata jodoh tak panjang. Bg lelaki laa..kalau pompuan mungkin persepi org lain sikit kot.

      Kawan saya lepas duda bkn main lagi aktif menjalani kehidupan sbg gay.

      Delete
    5. Anonymous

      Tu lah yang tak betul tu, bila dah dapat title duda kegaitan menjadi-jadi, tapi memang tak disangkalkan lah title duda boleh mempermudahkan seseorang tu untuk terus bergiat aktif tanpa rasa bimbang, dah pasti tiada siapa yang nak sangka yang bukan2 kat duda-duda ni kan... apatah lagi duda yang dah ada anak....Entah lah....

      Delete
    6. Harap golongan prempuan yg ingin mmbantu golongan plu terus menasihati dan menegur.. Bkn hanya bersabar shj dan tinggalkan kami terus hanyut.. Kdg bila diberikan peringatan sperti HIV, neraka, murka tuhan kdg2 tersedar jugak lpastu cam biasa la hanyut balik klu x de yg igtkan...

      And buat putra, go on kawin la.. Ada je kwn aku yg brubah lpas kawin, lg pon ko x tergolong dlm pnagih gaysex.. So harapan tinggi untuk berubah.. May Allah bless u always..

      Delete
  3. ujian hidup berkahwin dengan PLU ni sangat mencabar. niat nak kahwin untuk selamatkan mereka dari lembah maksiat..tapi tak berjaya. rasa terkilan sangat sebab kita dah cuba buat yang terbaik. bukan nak cakap diri dah cukup sempurna. saya yakin suami saya juga terseksa. tak sanggup nak runtuhkan masjid yang baru di bina. suami pulak diam sahaja, takde kata putus untuk lepas atau tidak. sedih!!

    ReplyDelete
  4. Better Putera jgn brkahwin..jiks ingin mmpunyai ank, ambil ank angkat..jgn tipu diri sendiri..takut nnti isteri kita trsiksa..pndam dlm diam..

    ReplyDelete
  5. Aq seorang gay Dan berkahwin thun lps. Kami stay jauh2 krn tekanan kerja di sebrangi laut china selatan. jiwaku kosong slps kawin... nafsu kpd isteri, smkin kurang... dia x taw aq gay...aq dlm dilema... mahu teruskan atau x... isteri merungut... terus terang aq katakan, aq nyesal dgn keputusanku. Niat ingin berubah tp ini jadinya... hari2 nangis.. turut terseksa... fikirlah masak2...

    ReplyDelete
  6. Anonymous di atas, sy isteri kepada suami yg seperti awk..just let her go kalau dah tak boleh teruskan. She deserves to be happy. Kami yang normal ni seperti dianiaya oleh org² mcm kamu.

    ReplyDelete
  7. abang naj mi,

    saya seorang wanita berkawan baik dgn seorang lelaki biseksual yg nyata mempunyai orientasi lebih kepada lelaki berbanding wanita. permulaan hidup sebagai straight guy dan kerana asyik dipermainkan wanita makanya dia kemudian memutuskan utk jadi biseks. saya sayangkan kawan baik saya. dan saya kalau boleh nak jadi guardian angel kepada diri dia. dia lelaki yg baik cuma nafsu.

    baru2 ni dia katakan kepada saya dia ada problem hati. dan after saya make a lot of research i guess its hepatitis either b or c. rasa mcm b coz orang yang mendapat hepatitis b kebanyakan adalah golongan gay.
    saya nak bagi sokongan dan galakan pada dia supaya dia bangkit coz semua kwn dia di sekeliling dia dah tiada kecuali saya. ya saya sahaja.

    apakah daya dan usaha yang mampu saya berikan untuk dia
    a) berhenti mencari lelaki dan lelaki mencari dia
    b) agar dia mencari erti kehidupan yang lebih baik
    c) agar dia tahu bahawa kehidupan sentiasa ada peluang untuk berubah
    d) agar dia mendekati diri kepada-NYA

    bantulah saya untuk membantu rakan saya agar dia menjadi orang yang lebih baik.

    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam "Guardian Angel"

      Alhamdulillah, saudari seorang rakan yang baik. Bukan senang saudari hendak menasihatkan dia agar berubah, saudari tidak boleh paksa dia agar berubah, pada abang agak sukar dia nak dengar nasihat saudari.

      Apa yang penting perlu ada niat hendak berubah, mengawal diri serta mendekatkan diri kepada Allah didalam diri rakan saudari itu, jika sudah ada niat dan kesungguhan maka bantuan sokongan dari saudari mungkin akan menjadi lebih mudah.

      Teruskan usaha saudari untuk membantu dia, sentiasa ambil tahu keperluan dirinya, berbual dengan dia mengenai soal agama, boleh juga ajak dia kemajlis-majlis ilmu. Ajak dia bergaul dengan rakan-rakan saudari yang lain, beriadah beramai-ramai. Yang penting dia kena ada bersama orang-orang yang baik, rakan-rakan yang boleh mendorongnya kearah melakukan kebaikan.

      Tetapi jika rakan lelaki itu tidak ada kesungguhan hendak berubah mengawal diri dari semua aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah maka bantuan sokongan saudari mungkin hanya sia-sia sahaja. Jika benar dia seorang bisekual, alhamdulillah sebab itu lebih baik daripada mereka yang gay tegar.

      Sokongan saudari kepadanya tidak mustahil kelak boleh membuahkan rasa kasih sayang dia kepada saudari. Dan tidak salah sekiranya saudari ajak dia kahwin heeee, sebab abang boleh rasa yang saudari ada hati kepadanya kan.

      Selain itu berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mendengar doa saudari, menolong mengubah hala tuju hidup rakan lelaki saudari itu kearah yang lebih baik dan yang diredhaiNya....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST