Wednesday, 7 May 2014

N RAHMAN - DIMANA BOLEH SAYA DAPATKAN KAUNSELING TENTANG HIV AIDS?

photo hanya hiasan
Salam, saya tidak tahu nak teruskan ayat-ayat tetapi saya terlalu runsing kerana ketiadaan tempat untuk bertanya atau mengadu.
 
Baru-baru ini saya disahkan darah saya positive HIV setelah ujian darah kerana demam berpanjangan selama hampir setahun. Doktor yang merawat saya mengesahkan CD4 saya hanya 2 unit sahaja, which is saya tergolong sebagai pesakit AIDS.

Buat pengetahuan saudara saya saya telah bertunang dengan gadis pilihan saya sebelum mengetahui saya positive HIV. Malah CD4 saya sangat rendah dan saya juga telah mengambil ubat HAART.

Saya ingin bertanya di manakah tempat mendapatkan kaunseling? selain kaunseling di hospital seperti melepaskan batuk ditangga yang lebih melukakan hati dan perasaan. Saya telah mengambil ubat HAART hampir since december 2013. 

Saya belum lagi beritahu dengan tunang saya tentang keadaan saya. Saya sangat tertekan dengan apa yang berlaku sekarang. Saya mengaku saya seorang biseksual tetapi saya sangat passive dalam hal-hal sex. Saya tiada pasangan sex hanya mencari kepuasan melalui tukang urut cuma sekali sahaja saya tidak memakai kondom sehingga mengubah nasib saya pada hari ini.


N RAHMAN




Salam N Rahman, 

Adalah tidak mustahil dengan hanya sekali main atau kali pertama melakukan seks tanpa pelindungan kita boleh mendapat jangkitan HIV. Ramai orang diluar sana terutama yang aktif melakukan seks bebas bertukar pasangan adalah pembawa HIV tetapi mereka tidak menyedarinya sehinggalah mereka jatuh sakit akibat AIDS. Apatah lagi apabila kita melakukannya dengan kalangan pekerja seks, yang melakukan aktiviti tersebut setiap hari dengan berbilang pasangan. 

Kena ingat kita tidak boleh kesan seseorang itu pembawa HIV dengan hanya melihat pada luaran tubuh badan mereka sahaja dalam erti kata lain sangat sukar mengenaili seorang PLHIV.

CD4 hanya 2 tu memang sangat rendah, tapi walau bagaimana pun alhamdulillah saudara telah memulakan HAART itu dah cukup baik. Jaga waktu makan ubat jaga kesihatan diri ya. Abang dulu pun mula makan HAART ketika CD4 hanya 12.

Saudara boleh cuba hubungi dan tanya kepada saudara Luka Rafieqa:

Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation. Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
 
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

Insyaallah saudara Luka boleh hubungkan saudara dengan secret group HIV AIDS, disitu saudara boleh berkenalan dengan ramai PLHIV serta mereka yang non PLHIV yang juga bersedia memberi sokongan bantuan kepada saudara. Mereka juga boleh memberi sokongan dan nasihat.

Atau saudara boleh klik di SINI


6 comments:

  1. Rahman, jgn risau. Bila rahman dah mkn ubat insya allah okay lepas ni. Kencing manis jauh lagi bahaya daripada hiv. Ubat dan rawatan yg ada skrg membolehkan rahman menjalani kehidupan seperti org normal yg lain. Rahman boleh kahwin dan ada zuriat yg bebas hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Anonymous, lepas makan ubat kehidupan PLHIV dah sama taraf macam mereka yang sihat diluar sana. Yang penting jangan stress dan sentiasa berfikiran positif kan.

      Delete
    2. Betul tu Najmi. Banyak kajian yang dibuat dan diterbitkan dalam journal antarabangsa menunjukkan dengan ubatan dan rawatan yang ada sekarang jangka hayat pembawa virus HIV sama seperti orang normal yang tidak ada HIV. Tapi soal ajal maut ditanggan Allah. Orang yang sihat walafiat kalau Allah nak ambil nyawa dia akan mati. Saya amat bersetuju dengan pandangan Najmi. Kita kena bersikap positif sebabnya immune sistem kita sangat bergantung kepada diri kita sendiri. Kita ni diibaratkan seperti Jeneral kepada tentera (immune system) yang berada di bawah kita. Kalau Jeneral lemah maka tentera di bawah juga akan lemah. Jadi kita kena kuat. Kena positif insya allah immune system akan response dengan positif juga.

      Delete
  2. Alhamdulilah cd4 dari 2 sudah naik 93. Cuma belum ada keyakinan nk bg tau tunang pasal ini. Hati pun dah mula tenang.berat badan pun dh meningkat dari 50 ke 65.n.rahman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam N Rahman

      Alhamdulillah, naik sikit tak mengapa insyaallah akan ambil masa untuk naik lagi, minta pertolongan Allah ikut gerakkan hati bila dah tiba waktu sesuai utk beritahu tunang, semuga N Rah man semanin sihat. Amin3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST