Wednesday, 28 May 2014

MR. E - TUNANG SAYA DAPAT HIDU YANG SAYA INI SEORANG GAY

photo hanya hiasan

As salam, nama saya MR.E,

Saya tengah tercari-cari blog yang berkaitan dengan gay dan saya terjumpa dan terbaca blog ini. Untuk pengetahuan abang Najmi, sudah hampir setahun saya menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin hujung may tahun ini (2014). 

Tetapi hati dan perasaan saya tidak menentu sekarang ini. Persiapan semua telah dibuat oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Baru-baru ini tunang saya dapat hidu yang saya ni adalah seorang gay. Dulu saya akui saya sangat sosial dan sejak bertunang dengannya, saya mula kembali kearah kehidupan normal dan saya akui perasaan saya pada lelaki masih ada. 

Hari pernikahan semakin dekat dan kami sering bergaduh, dia kadangkala memerli saya. Saya sering stress dengan masalah peribadi bercampur dengan masalah tempat kerja lagi. Dia tidak pernah bagi dorongan kepada saya supaya menjadi insan yang lebih baik dan beriman, disebabkan itu, saya mula kembali mencari dan berkawan dengan lelaki gay. 

Selepas solat saya selalu berdoa agar kuatkan semangat dan keimanan saya kepadaNya. Harap kawan-kawan dalam blog ni boleh mendoakan saya yang terbaik untuk diri ini..:'(


MR E




Salam MR E,

Pandangan abang naluri gay tu tak akan hilang selama-lamanya cuma ianya dapat dikawal sahaja. Hanya saudara yang boleh kawal naluri itu dan tidak terus melakukannya lagi, nak kawal kena ada kekuatan iman dan takwa. Dalam kes saudara, kenapa saudara nak berkahwin? Adakah hanya nak tutup kelemahan diri? Tanya diri sendiri adakah saudara berkeyakinan nak berkahwin? Mampukah saudara beri nafkah batin kepada si isteri itu nanti?

Jika rasa masih tidak mampu nak melayan isteri, apa tah lagi bakal isteri macam perli-perli saudara dan tidak menunjukkan minat mahu membantu saudara berubah, baik saudara batalkan perkahwinan tersebut. Kahwin apabila saudara telah benar-benar ada berkeyakinan mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Dalam blog abang ada kes sama seperti saudara (lupa tajuk entri tersebut) tarikh perkahwinan lelaki gay itu sudah hampir, akhirnya dia batalkan perkahwinannya walaupun segala persiapan sudah disediakan kerana dia tak ada yakin pada diri menempuh alam perkahwinan.

 Ada juga gay yang memaksa diri berkahwin tapi tak mampu nak memberi nafkah batin, beberapa minggu kemudian mereka bercerai.

Tapi abang ada seorang rakan wanita yang tahu bakal suaminya gay malah tahu bakal suaminya itu ada HIV lagi, mereka berkahwin dan berkekalan sehingga hari ini.

Semuanya bergantung kepada diri saudara, berdoa kepada Allah supaya Allah beri petunjuk, dan akhirnya ikut gerak hati sama ada mahu teruskan perkahwinan atau tidak. Perhatikan sikap bakal isteri, jika dia menerima keadaan saudara dan bersedia membantu saudara berubah alhamdulillah teruskan tetapi kalau sebaliknya pada abang pasti lepas berkahwin nanti berbagai masaalah lebih rumit (bergaduh, cemburu, syak wasangka) pasti akan berlaku.

Tanya pada diri sendiri, jika yakin teruskan jika tidak batalkan. Perkahwinan buka bahan uji kaji, hahwin apabila saudara telah benar-benar bersedia. - NajMi



Sumber dari ruang komen
pembaca didalam entri, 



9 comments:

  1. To be honest I'm also gay.. Eh, bisex maybe, because I also fantasize about girls.. Anyway, I have girlfriend.. Mula2 knal, syok je.. Hari2 msj.. Lama2 boring.. Then, jd jarang dh msj2.. Rasa mcm jauh.. Dia pun curious.. Sy pun xtahu dh nk ckp cmne.. Then I just tell the truth about me that I'm gay.. She's just shocked.. Lpas tu dia mintak beri masa.. Dia cuma nasihatkan sy spaya kuatkan smgt.. Dia fhm ujian ni besar utk sy(sbagai gay).. Dia respect tu.. Dia respect sbb sy brani bgtahu psl diri sy.. 2-3 hari lpas tu, dia msj sy balik, dia boleh trima sy seadanya sbb dlm dunia ni xde sape yg perfect.. Dan stiap org Ada ujian masing2.. Mungkin jugak dia trima sy sbb sy jd gay bukan disebabkan kehendak sy.. Sy jd gay pun sbb org yg buat kt sy masa sy kecik.. Mls nk ckp.. Sy bersyukur sy dtemukan dgn ssorg seperti dia.. Alhamdulillah.. Sy mmg nk brubah.. I hope I will be a fine man to her.. Insyaallah..

    As for you, May Allah ease everything.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Alhamdulillah abang harap saudara terus asah tajam-tajam naluri pada girl, tumpulkan keinginan pada lelaki. Jika ada jodoh kahwin dan elak dari terlibat dalam sebarang hubungan dg lelaki lain. Tumpukan perhatian pada wife nanti ya. Allah pasti akan bantu saudara, yang penting niat kita itu baik. ....:)

      Delete
  2. Bukan apa.. Cuma saya takut saya tak dapat bahagiakan suami saya..
    Ofkos saya tidak dapat bahagiakan dia 100% sebab dia mempunyai naluri yang berbeza...
    Tapi bila sudah sampai bab dia perlu bahagiakan saya,
    Saya mungkin rasa tidak perlu jika ia terpaksa..
    Cuma.. Jadikan saya 'ada' cukup.
    Saya akn sayang dia.. jaga dia.. walau mungkin perkahwinan kami tidak sempurna, tetapi sekurang-kurangnya dia bersama saya. Dan dia rela (atau mungkin terpaksa) hidup bersama saya.

    Katanya dia,
    Bagaikan berada di atas jambatan rapuh.. Menunggu masa hanyut..
    Namun masih berpegang pada tali..
    'Tali' itu saya.. Sedangkan 'jambatan rapuh' itu adalah dunia nalurinya..
    Memang benar 'jambatan rapuh' itu telah runtuh, tetapi dia masih berpegang pada 'tali'..
    Mudahan saya kuat.. Mudahan saya 'tidak putus'..
    Mudahan dia juga kuat berpegang kepada 'tali' itu..
    Mohon kekuatan dari Allah.. Dan mohon doa dari sesiapa yang membaca..

    Aamiinn.. :)
    -Dhamya

    *sorry abg, saya masih belum bersedia utk contact abg scr personal. Utk pgetahuan abg, saya sdh menjadi rakan abg dlm fb. Cuma mungkin nama saya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Damya,

      Tak mengapa kalau tak bersedia, yang penting dah jadi rakan FB abg kan alhamdulillah

      Delete
  3. Salam, sdg brada diklia airport to Oman / Arab Saudi for umrah. Saya akan berdoa utk en nadzmi dan semua, insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JAZZLEE,

      Selamat, semoga perjalanan Jazzle dipermudahkan pergi dan balik, dan dipermudahkan ketika beramal ibadat, dan terima kasih kerana sudi mendoakan untuk saya dan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah....:)

      Delete
    2. Akum jazlee...nak mintak tlg sampai kan salam sy pd rasulullah saw di makam nabi nnt ya...

      Delete
  4. salam,

    Bagi pendapat saya teruskan dan tekad dalam diri untuk berubah dengan sepenuhnya. lakukan taubat nasuha, jalani hidup sebagai seorang khalifah Allah dan tahu sebab kita dijadikan. Berkahwin adalah untuk mengelakkan manusia melakukan maksiat. Jika tidak berkahwin, mungkin saudara akan terjebak kembali aktiviti yang sebelum ini. Tanya lah pada diri saudara, Sampai bilakah "Aku" hendak terus begini, leka dengan nikmat dunia dan terpedaya bisikan syaitan? Apa pun terletak pada niat saudara untuk berkahwin itu.

    Tapi ingat peluang kadang kadang hanya sekali dan masa tidak akan boleh diputar balik.

    Aku yang Pernah silap Langkah.

    ReplyDelete
  5. men like these make me sick. kenapa nak berubah kena perempuan yg bagi semangat, instead of berubah sendiri kerana Allah? boleh blah la, sendiri yg salah tak boleh nak mengaku. do me a favour & don't marry because awak akan menyusahkan bakal isteri sahaja. remember, no one owes you anything, least of all women. wake up, the world doesn't revolve around you.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST