Friday, 9 May 2014

MOHD YUNUS - STIGMA MASYARAKAT PUNCA HIV/AIDS MENINGKAT


KUALA LUMPUR 8 Mei 2014 - Stigma dan diskriminasi masyarakat yang berterusan terhadap golongan berisiko menghidap HIV/AIDS menjadi satu daripada faktor kepada penularan virus maut itu terus meningkat. 

Hal ini kerana penolakan masyarakat untuk menerima goongan bekas penagih dadah atau pekerja seks dalam aktiviti komuniti menyebabkan mereka berasa dipinggirkan, sekali gus menjadi pendorong untuk meneruskan kegiatan lama yang boleh membawa kepada jangkitan HIV/AIDS. 

Menurut Presiden Persatuan Pengasih (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi, penerimaan masyarakat terhadap golongan penghidap HIV/AIDS masih di tahap terlalu rendah. 

Katanya, hal itu kerana masih ramai yang tidak memahami apa itu HIV/AIDS, bagaimana penularannya dan apakah puncanya. 

"Sebagai contoh, kebanyakan syarikat tidak akan mengambil mana-mana individu yang pernah terlibat dengan dadah atas alasan tidak mampu melakukan tugas dengan baik atau takut jika masalah ketagihan berulang tanpa memberi peluang seadanya. 

"Apabila hal itu berlaku, sudah pasti golongan tersebut berasa kurang yakin untuk meneruskan kehidupan lalu mengambil jalan mudah dengan kembali ke dunia gelap mereka dan berdepan dengan risiko dijangkiti HIV," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

Mohd. Yunus mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya semalam mengenai kadar penghidap HIV/AIDS dalam golongan muda berusia antara 20 hingga 30 tahun amat membimbangkan kerana mencecah sehingga 78.8 peratus. 


Daripada jumlah itu, penghidap penyakit berkenaan dalam kalangan lelaki adalah lebih enam kali ganda berbanding wanita. 

Selain itu, Mohd. Yunus mengakui bahawa kempen pencegahan HIV/AIDS yang dijalankan kurang efektif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit berbahaya itu.

Beliau berkata, hal tersebut mungkin disebabkan oleh sikap sambil lewa dalam kalangan masyarakat hari ini. 

"Masyarakat kini beranggapan bahawa mereka tidak perlu faham apa itu HIV/AIDS jika tidak menghidapinya, selain berasa golongan yang dijangkiti virus itu tidak perlu diberi sokongan atau bantuan kerana berasa ia adalah balasan atas perbuatan tidak bermoral yang dilakukan. 

"Namun, kita kena faham bahawa tidak semua yang dijangkiti HIV berpunca daripada perbuatan tersebut, malah ada banyak cara bagaimana penyakit itu boleh dijangkiti," ujarnya 


 Sumber DISINI



7 comments:

  1. Salam saya perkenalkan diri sebagai edy

    Saya pernah membuat aktiviti berisiko last kalau xsilap saya hampir 2 tahun yang lalu dan baru2 ini saya nekad untuk membuat blood test hiv di klinik swasta dan keputusannya adalah not detected. Alhamdulilah

    Tapi saya masih risau bila teringkatkan pasal hiv tambah2 bila saya terlihat orang menderma darah, drama yg berkaitan dengan hiv semua tu membuatkan saya mula risau dan bermacam macam persolan berbangkit di minda. Adakah keputusan itu konkrit? Adakah mesin tersalah bagi jawapan? Adakah kemungkinan hiv mungkin di kesan dalam 6 bulan lagi? Ya allah begitu lemah diri hamba mu ini ketika di uji

    Kerana perasaan ragu2 ini masih muncul , saya mengambil keputusan untuk membeli hiv kit. Saya pergi 2 farmasi dan malangnya farmasi tidak menjual hiv kit itu. Hendak saya teruskan lagi untuk pergi ke farmasi seterusnya tetapi rasanya tidak mampu diri ini bertanyakan lagi test hiv kit itu disebabkan setiap kali saya ajukan solan "kat sini ada jual hiv kit x?" Raut wajah pekerja mula berubah seolah2 memandang serong kepada saya. Hendak jg saya membeli secara online tetapi sekarang saya tinggal bersama keluarga dan sekiranya diposkan dirumah dan walaupun sampai ketangan saya dahulu pasti ahli kelurga saya tetap bertanyakan mengenai bungkusan tersebut. Kalau hendak melakukan di klinik lagi sekali rasanya saya sudah tidak mampu. Kalau pergi ke hospital pula saya risau ada yang mengenali

    Apa yang paling saya risaukan adalah saya baru saja grade dan sedang mencari pekerjaan dan sekiranya saya mendapat kerja dan perlu membuat MC saya amat risau andai kata keputusan hiv negatif yg saya dapat baru2 ini berubah menjadi sebaliknya. Apa nasihat abg untuk saya yang senantiasa ragu2 ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Edy,

      Aktiviti berisiko sudah hampir dua tahun berlalu dan baru-baru ini ujian HIV yang saudara lakukan menunjukkan negatif. Maka ianya memang negatif, jangan fikir dah kerana nanti boleh buat hidup saudara huru hara tak menetu sebab asyik fikir bukan2.

      Saudara tak ada HIV

      Biasanya keputusan konkrit selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko, jika dalam kes mereka yang terlalu was2 mereka digalakkan untuk ulang sekali lagi ujian selepas 6 bulan berikutnya. Dalam kes saudara aktiviti dah hampir 2 tahun, so jawapannya saudara tidak ada HIV.

      Abg tak boleh bantu nak hilangkan rasa was2 Edy tu, hanya Edy yang boleh buang rasa was-was tersebut. Abang ulang sekali lagi saudara Edy tidak ada HIV, jangan lagi risau...Kalau tak percaya buat lah setiap bulan ujian HIV pasti jawapannya tetap negatif, melainkan saudara ada melakukan kembali aktiviti tersebut lah.

      Berdoa kepada Allah minta pertolongan dari Dia agar Edy tidak lagi rasa was2.

      Lagi satu apa kaitan dengan derma darah dengan Edy? Adakah Edy ada menderma darah, sekiranya Edy ada menderma darah dan jika didapati Edy ada HIV, pihak hospital akan menghubungi Edy sebab semua darah yang diderma akan diuji selamat dari sebarang kuman penyakit termasuk HIV.

      OK mulai sekarang usah fikir lagi ok....:)

      Delete
    2. Terima kasih atas jawapn abag. Saya sangat sangat mengahargai. Maksud saya mengenai derma darah tu setiap kali saya melihat orang menderma saya akan terbayang2 kalaulah saya yang menjadi penderma adakah pihak hospital akan call dan bagi tahu perkara yang tidak diinginkan..

      Sebenarnya saya agak ragu2 mengenai seks terakhir saya kerana saya tidak dapat mengigati tarikh terakhir. Apa yang saya benar2 pasti seks terakhir yang saya lakukan adalah melebihi 6 bulan yang lalu antara lebih dari setahun ataupun hampir 2 tahun yang lalu.

      Adakah melakukan sekali test sahaja sudah memadai abang najmi? Sebelum ini saya mengalami simpton ruam panas dicelah kangkangan tapi saya rasa itu berlaku disebakan saya berjalan kaki terlalu jauh pada ketika itu. Selain itu batuk saya juga tidak pandai sembuh cuma batuk yg saya hadapi hanya sekali sekala dan di celah ketiak saya pernah tumbuh seperti jerawat yang bila dipicit akan keluar darah dan nasi ataupun nanah tapi sekarang tidak ada lagi.

      Delete
    3. Lagi satu dengan membuat blood test hiv selepas 6 bulan keatas tidak melakukan seks dan result test adalah negatif itu adalah keputusan yang tepat dan tidak akan berubah. Adakah itu satu fakta yang sangat releven abang najmi?

      Delete
    4. Salam,

      Pandangan abang apabila aktiviti tersebut sudah berlalu lebih setahun hampir 2 tahun, sudah memadai hanya sekali ujian sahaja, jika negatif maka negatif lah, jangan fikir apa-apa dah. Semua simptom yang saudara alami tu orang sihat pun ada alaminya juga bukan sebab HIV. stress juga boleh menyebabkan kulit kita gatal, naik jerawat.

      YA, dengan membuat test HIV selepas 6 bulan keatas tidak melakukan seks dan resultnya negatif, keputusannya adalah tepat.

      Delete
    5. Terima kasih atas pendapatnya abg najmi.. ya Allah ya Tuhanku permudahkanlah segala urusan abg najmi kau berikanlah dia umur yg pjg untuk terus membantu masyarakat. Hanya Allah sja bole bls jasa baik abg... ;-)

      Delete
    6. Anonymous,

      Alhamdulillah dan terima kasih kerana mendoakan abg, mudah2an kita semua diberi kekuatan kesihatan yang baik, panjang umur dan hidup oleh Allah SWT....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST