Sunday, 25 May 2014

KES BAHARU HIV TURUN 50 PERATUS

KUALA LUMPUR 24 Mei 2014 - Kes baharu jangkitan HIV di Malaysia mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 11 tahun iaitu daripada 6,978 kes dilaporkan pada 2002 kepada 3,393 kes pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. 


Beliau berkata, kes baharu jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah yang menggunakan kaedah menyuntik iaitu golongan berisiko tinggi dijangkiti HIV yang sebelum ini mencatatkan jumlah tertinggi, turut mencatatkan penurunan secara konsisten. 

"Ini adalah hasil program Pe­ngurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) yang dilancarkan secara bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia serta ahli gabungan pada 2006. 

"Sejak program tersebut dilancarkan, jangkitan baharu HIV setiap tahun dalam kalangan pengguna dadah juga telah menurun daripada 53 peratus pada tahun 2006 kepada hanya 22 peratus tahun lepas - penurunan lebih separuh dalam tempoh masa yang amat singkat," katanya dalam ucapan pada perasmian mesyuarat dwitahunan kali ke-12 Majlis AIDS Malaysia di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman. 

Dr. Subramaniam berkata, kerajaan yakin akan dapat mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang meletakkan sasaran membasmi 11 jangkitan baharu bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015. 

Beliau menambah dalam meraikan pencapaian yang amat positif ini, Malaysia tidak seharusnya lupa akan situasi yang semakin serius yang membelenggu epidemik HIV di Malaysia iaitu peningkatan jangkitan HIV disebabkan transmisi seksual. 

"Jangkitan seks telah menyumbangkan lebih 74 peratus kes baharu tahun lepas - satu peningkatan yang drastik berbanding hanya 32 peratus kes lima tahun sebelumnya," katanya. 

Dr. Subramaniam berkata, seks dalam konteks HIV merupakan satu isu yang amat sensitif dan kompleks untuk ditangani, justeru beliau meminta pegawai kementerian berusaha dengan giat bagi mencari kaedah penyelesaian yang menyeluruh dalam membanteras jangkitan me­lalui seksual. 

Antara yang akan dilaksanakan adalah penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani transmisi seksual HIV, menggalakkan berkhatan dalam kalangan lelaki berikutan kaedah itu diakui berjaya menurunkan kadar jangkitan HIV sebanyak 64 peratus, katanya. 

"Adalah diharapkan juga, mereka yang dijangkiti HIV bertindak secara jujur dan bertanggungjawab untuk tidak menularkan HIV kepada pasangan mereka," kata Dr. Subramaniam. 

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (AIDS/STI) Dr. Sha'ari Ngadiman dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian itu berkata, pada tahun 80-an dan 90-an, 70 peratus daripada jangkitan HIV adalah melalui jarum suntikan penyalahgunaan dadah. 

Namun kini sebahagian besar daripada jangkitan HIV adalah me­lalui hubungan seksual melibatkan pekerja seks, hubungan seks antara lelaki dan lelaki dan jangkitan melalui pasangan, katanya. 

Jelas beliau, kumpulan umur yang mencatatkan peningkatan dalam kes jangkitan baharu ialah mereka yang berusia 13 hingga 29 tahun dan golongan berusia 50 tahun ke atas. 

Faktor utama mendapat jangkitan adalah aktif melakukan seks dan tidak mengamalkan seks secara selamat, kata Sha’ari. - BERNAMA
 

Sumber DISINI



1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST