Monday, 19 May 2014

IS - KISAH GELAP DAIRI SEORANG GAY

photo hanya hiasan

PERTAMA KALI TERJEBAK

Aku merupakan seorang pelajar sebuah universiti terkenal di tanah air, namaku IS (bukan nama sebenar), aku berasal dari keluarga baik-baik, bapaku bukanlah seorang imam tapi cukup menitikberatkan ilmu agama kepadaku. Sejak dari kecil aku sudah diasuh untuk mengaji al quran, pergi ke surau dan belajar ilmu agama. Berkat dari didikan agama dan usaha aku, akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran disebuah universiti ternama di bandaraya Kuala Lumpur. 

Disini bermulah kisah hitam didalam diari aku, diari seorang gay. Aku memiliki tubuh yang tinggi dan muka yang hensem membuatkan aku sering didampingi gadis seuniversiti. Aku juga tanpa sedar telah menarik perhatian perhatian lecturerku Encik Man, dia merupakan lecturer kepada subjek yang paling aku lemah. Beliau begitu mengambil berat akan pelajaranku, rasa begitu senang bila ada yang menjagaku disni. Hubunganku dengan beliau menjadi perhatian ramai, hasil tunjuk ajar beliau pointer aku di universiti naik dengan mendadak kerana kejayaan aku beliau mengajakku bercuti di Pulau Tioman.

Aku begitu teruja dengan keindahan pantai disini, yaa Malaysia punya banyak tempat yang menarik, tambahan pula percutian ini ditaja oleh dia yang aku anggap seperti abang kandungku sendiri. Pada mulanya semua baik-baik saja sehinggalah malam itu aku telah dinodai. Aku diliwat olehnya bersama rakan-rakan nya yang aku kira staff-staff di university aku. Aku  tak sangka yang percutian ini telah dirancang untuk mengenakan aku, segala aksi itu telah dirakamkan. Aku pun tidak tahu macamana aku boleh tidak sedarkan diri, mungkin pengaruh ubat yang diberinya kepada aku.

SESALAN

Nasi sudah menjadi bubur menyesal pun tak guna. Begitulah luahan hati aku. Semenjak peristiwa itu hidup aku sudah berubah. Encik Man selalu memberiku duit belanja dan sebagai balasan aku terpaksa melayani nafsu nya, ika aku degil aku akan diugut dengan video aku diperkosa. 

Mula-mula aku terseksa tetapi lama kelamaan aku seronok. Aku selalu dapat melancong dan paling penting poketku tidak pernah kosong, kadang-kadang aku curi-curi melayani staff-staff lain. Aku sudah mampu memakai pakaian mahal-mahal. Aku sudah mulai melupakan tikar sembahyang, housemate ku kerap menegur akan perubahanku yang dahulunya alim. Aku sudah lupa untuk menelefon keluargaku di kampung.sudah dua tahun aku tidak pulang ke kampung, mungkin kerana malu dengan diriku. Pointer ku juga menurun dan cukup-cukup makan sahaja. 

Aku sudah tidak bersama En Man lagi. Sasaran ku adalah ahli koprat yang inginkan lelaki jambu sepertiku untuk melayani mereka. Kadang-kadang aku juga dijadikan tempat suami-suami yang gersang. Aku tidak kisah sesiapun janji duit dibayar sebagai balasan servis aku. Wang bagiku seperti kertas. 

Aku cukup bangga dengan kejayaan aku sehinggalah suatu hari, aku demam-demam teruk. Housemateku Fakir membawaku ke hospital swasta atas permintaan ku. Selepas membuat ujian darah dan urine test, doktor memberitahu bahawa aku menghidap penyakit HIV. 

Aku merasa begitu takut dan tertekan dengan apa yang berlaku, segala dosa silam seolah-olah seperti imbasan menerpa kearahku. Jiwaku kacau, hatiku luluh mengenangkan harapan dari keluarga yang ingin aku berjaya. Apa perasaan adik-adikku bila tahu yang aku ini sampah masyarakat, baru kali ini aku teringat akan penciptaku...

TUHAN UNTUK HAMBANYA

Disaat aku luluh , tuhan kirimkan hambanya untuk aku bangkit dari sesalan dosa semalam. Fakir begitu mengambil berat akan diriku, walaupun dia telah tahu segala dosa yang telah aku nodai. Aku berusaha bangkit dari segala keresahan dan berusaha untuk dekat kepada ilahi. Mungkin inilah takdir untuk membawa aku kembali kepadanya. Walaupun aku sudah tidak bergelumang dengan dosa tapi aku malu untuk berhadapan dengan keluarga tercinta. Ibu ayah maafkan anakmu ini, anak mu ini tidak kuat dengan dugaannya, tersungkur di pintu dosa, iman ku senipis kulit bawang.

UJIAN ALLAH 

Telah dua tahun aku menghidap HIV, berkat doa dan usaha aku, aku masih mampu bertahan. Aku kini telah bekerja di sebuah bank di utara tanah air, disini aku rasa lebih bahagia kerana berjaya melupai dosa silam. Disini perkenalanku dengan Aisyah Humaira membuka lembaran baru hidupku, gadis solehah penyejuk mata,bertudung labuh berakhlak terperi. Alhamdulillah syukur dengan nikmatnya, genap setahun aku mengenalinya aku menyampaikan hasrat untuk merisik, syukur, dia setuju dengan apa yang aku hajatkan.

Aku pulang kekampung halamanku, ingin sekali menyampaikan hasrat ini kepada ibu dan keluarga, moga mendapat restu darinya. Sudah 6 tahun aku tidak pulang, rindu benar akan keluargaku dikampung, masakan ibuku menusuk kalbu. Sesampainya dirumah aku begitu teruja untuk berjumpa keluargaku, aku mencium tangan ibu yang begitu gembira dengan kepulanganku. Ibu bersetuju dengan perancanganku untuk bertunang dengan gadis pilihanku.

Sekembalinya aku, aku dan Aisya merancang untuk membeli cincin pertunangan kami. Aku dan dia begitu tekun memilih cincin. Selepas selesai urusan tiba-tiba beg Aisya diragut, aku tanpa berlengah terus mengejar peragut itu, aku sempat menendang peragut dan merampas kembali beg kepunyaanya, tanpa kusedari aku ditikam oleh peragut. 

Tersedar ,aku sudah berada dihospital. Aku lihat Aisya menangis ditepiku, "Abang kenapa abang tak bagitahu yang abang ada HIV???" Aku menangis sendiri, tak mampu untukku menjawab, aku menceritakan segalanya kepada Aisya. Aisya tidak dapat menerima siapa aku dan kisah silamku. Aku redha dengan ujiannya.

PENCINTA SETIA

Biarlah aku tinggalkan kisah Aisya seketika untuk aku terus mencari makna dunia yang sebenar. Hidup sesingkat cuma, hanya persinggahan kiranya, untuk kita mengenal diri dan pencipta setia.

Ku nukilkan kisah ini bukan meminta simpati cuma berkongsi rasa hati. Hati yang pernah meninggalkan pencipta demi nikmat yang telah aku kaburi. Sekarang aku hanya menghabiskan hidupku dengan berulang alik ke hospital dan mendapatkan rawatan. 

ALHAMDULILLAH walaupun HIV tiada ubatnya tapi berkat aku menjaga solat dan memberi sedekah ALLAH kirimkan aku kesihatan yang menjadikan aku lebih tabah. Ibu dan ayah sudah lama kembali ke pangkuannya. 

Sesungguhnya jika aku mampu undurkan masa akan aku cuba menongkah dosa melawan noda. Selayaknya aku berterima kasih untuk insan-insan yang selalu bersama aku, Fakir, doktor Imran dan sesiapa saja yang ada denganku. Biarpun ada insan lain yang ingin menyintaiku biarlah aku sepi sendiri mungkin aku tidak layak mencintai selepas apa yang aku lakukan.

PESANAN TEMANKU INI

Janganlah terlalu ikutkan nafsu yang kita tahu ia adalah salah disisi agama kerana melawan fitrah, kelak kita yang menyesal dengan apa yang dilakukan sendiri dan berhati-hati dengan orang sekeliling, mungkin rambut sama colour tapi hati lain-lain. Kita tidak tahu dengan siapa kita berhadapan.

Kepada semua gay lesbian dan biseksual kembalilah ke pangkal jalan bak kata doktor Maza jika iblis yang derhaka kepada ALLAH pun dia perkenankan doa, inikan pula kita. Semoga kisah ini menjadi pedoman kepada kita dan janganlah memandang serong golongan ini tapi pimpinlah mereka menuju jalannya, jangan biarkan mereka terus menodai dosa.


IS


Sumber DISINI



10 comments:

  1. Chop2...camna bleh tunang dia tau???mana bleh bg tau kan...even kalau plhiv yg meninggal pon kene tau coc siapa...coc tu yg akan bg tau..if tak da coc inspektor kesihatan yg bg tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz Wani,

      Mulut manusia ni susah nak ditutup, pasti ada seorang dua yang tak tahan nak beritahu pada orang lain, maybe mereka yang beritahu tu tak tahu peraturan kerahsiaan dan tak ada rasa bersalah kalau beritahu.Masa saya terlantar di hospital dulu, semua nurse dan doctor saya bagi warning supaya tak beritahu status saya pada sesiapa pun, ada nampak adik ipar saya berbual lama tanya pada doctor, tapi alhamdulillah doc tak beritahu status saya sebenar.

      Semasa anak buah saya terlantar dihospital sebab disyaki denggi saya datang melawat, sampai aje adik permpuan saya tunjuk kat saya ada pesakit selang dua buah katil dari katil anak buah saya ada HIV. Macam mana adik perempuan saya tahu dia ada HIV? atau macam mana anak buah saya tahu pesakit tu ada HIV? sedangkan pesakit tu saya tengok keadaannya nampak sihat segar bugar tubuh badannya. Entah lah...

      Delete
    2. Ish...bahaya la..takut kene saman ngan patient...tak pon kene gantung tak leh keje...

      Delete
  2. Kisah benar ke ni, cam citer rekaan jer..hehe ayat pun ala2 ayat novel.
    Nmpk bebenor nipunye,but still good for a lesson.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saye bce pun ala2 cerpen jer. Banyak yang boleh dipersoalkan contohnye tunang die dapat tahu die ada hiv dari pihak hospital which is yg sye tahu privacy pesakit pihak hospital xboleh bocorkan. Yang 1 lagi die keje bank. Setahu saye keje2 eksekutif ni mmg wajib buat full check up n klu d dapati ada penyakit bank xtrime.. tp wlupn cite cerpen jer masi jgakla ade logiknyaa n xmustahil pasti ade org d luar sane mempunyai cite yg same dengan cite ni wlupn ade byk yg xloginye.

      Delete
    2. Alahhhh..KLIK Sumber DISINI, tanya penulis tu cerpen atau tidak...:)

      Delete
  3. Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Saudara is dapat kerja selepas mendapat penyakit kan? Bukankah company2 besar seperti bank mewajibkan pekerjanya membuat full medical check up terlebih dahulu sebelum dibenarkan bekerja? Mungkin saudara is sangat beruntung kerana bank tersebut tidak begitu mementingkan soal kesihatan

    ReplyDelete
  4. mcm baca novel lah pulak..tragis sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup harus tetap dijalani
      Aku pun sama sprti kamu
      Nmun bedanya tdk separah kisah mu

      Makasih sudah berbagi pengalaman

      Delete
  5. kene rogol dan hidup die berubah... adakah salah takdir, dia, atau siapa?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST