Thursday, 8 May 2014

IDI AMIN - DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN PIL HORMON, UNTUK MENAMBAH HORMON JANTAN SAYA?

photo hanya hiasan
Hi Bro Najmi,

Saya IDI AMIN (bukan nama sebenar). Tujuan saya menulis kisah saya kali ini untuk meminta pendapat Bro Najmi tentang keadaan saya. Saya dilahirkan dengan sifat lelaki lembut. Saya sedar tantang hal ini dan saya mahu berubah. Saya cuba untuk berkelakuan seperti lelaki normal. Saya pernah cuba untuk menyimpan janggut dan misai kerana mahu menutup muka saya yang kelihatan jambu. Saya mahu berubah menjadi lelaki sejati. Tetapi setiap kali saya mencuba, seolah–olah memperbodohkan diri saya. 

Saya seringkali meletakkan dalam minda saya supaya berjalan, bercakap dan bergerak seperti lelaki normal tetapi saya tidak mampu. Bagi saya, tindak tanduk saya tidaklah terlalu lembut dan hanya biasa – biasa tetapi orang sekeliling mengaggap saya ni lembut. Bayangkan walaupun saya tidak pernah bertegur dengan orang tu, tapi dia sudah memerli saya. Itu seolah–olah saya adalah lelaki yang lemah di mata orang lain.

Bro Najmi,

Untuk penegetahuan bro juga, saya juga seorang lelaki homoseks suatu ketika dulu dan saya sedar hal ini when i was darjah 6. Saya suka David Beckham! Masuk sekolah menengah, ibu bapa saya telah menempatkan saya di sekolah berasrama dan semua pelajar di sekolah itu adalah lelaki. Semakin tinggi nafsu saya terhadap lelaki. Pada form 4 dan form 5 saya sudah  berani mengadakan oral seks dengan roommates saya. Dia pernah mahu memecah teruna saya tetapi tidak berjaya sebab tiada kondom pada masa itu.

Kini, saya juga menjadi seorang Biseks kerana saya sudah mula bernafsu dengan wanita – wanita cantik memandangkan sekarang saya menlanjutkan pelajaran di sebuah institusi dan classmates saya ramai perempuan. Tetapi minat saya terhadap lelaki masih kuat. Setelah membaca posts blog bro Najmi tentang HIV, saya semakin takut dengan homoseks ataupun seks bebas.

Untuk menjadi lelaki yang bernafsu normal, saya yakin saya mampu untuk berubah tetapi mengenai perwatakkan saya, saya tidak yakin saya mampu untuk berubah untuk berpewatakkan seperti lelaki normal. Saya tidak gembira dan selesa dengan perwatakkan saya sekarang.

Apa pendapat bro Najmi tentang pil hormon. Kita sering mendengar pil hormon wanita yang nyah consumed. Bagaimana dengan pil hormon lelaki. Saya berpendapat untuk mendapatkan pil hormon lelaki untuk menambah hormon jantan saya. Kat mana saya boleh mendapatkan pil hormon lelaki yang selamat? 

MOHON DIBANTU. TERIMA KASIH 


IDI AMIN




Salam Idi,

Abang tak pasti tentang pil hormon untuk lelaki yang boleh mengubah seorang lelaki lembut menjadi seorang yang gagah, macho dan sebagainya. Mungkin itu kena tanya pandangan doktor, kalau benar ada tentu kita dah pernah dengar mengenainya. Abang memang tidak tahu.

Ramai yang mengalami nasib seperti Idi, mereka dikalangan lelaki yang cuba mengawal gerak geri agar kelihatan seperti seorang lelaki tetapi pada pandangan orang lain kita tetap nampak seperti lelaki lembut. Sehingga hari ini penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang lelaki itu berperwatakan lembut. Ada beberapa kajian menunjukkan ada pengaruh persekitaran ketika seseorang lelaki itu dalam alam kanak-kanak dan sedang membesar – tetapi teori ini tidak boleh dibuktikan lagi.

Pada abang Idi jangan terikut-ikut sangat dengan gerak gaya lembut tu, kalau boleh terus kawal diri agar kelihatan seperti seorang lelaki, tidak mengapa kalau kita jaga tingkah laku gerak geri kita agar tidak kelihatan terlalu lembut. 

Jika ragu-ragu, Idi boleh berjumpa doktor dan paras hormone testosterone kita boleh diukur dengan cara pengambilan darah. Usahlah rendah diri atau tertekan dengan perwatakan Idi itu. Lelaki lembut juga mampu berfungsi seperti lelaki normal dari semua segi termasuklah dari segi seksual dan juga kebolehan mendapatkan zuriat.

Apa pun Idi bernasib baik kerana mempunyai ghairah kepada wanita, yang penting ada naluri kepada wanita dan masih boleh berumah tangga pada suatu hari nanti daripada kita mempunyai gerak geri macho dan gagah tetapi langsung tidak mempunyai nafsu kepada wanita.

Selain itu mungkin Idi boleh lasakkan diri dengan aktiviti yang selalu dilakukan oleh seorang lelaki dan tidak salah kalau Idi join gym untuk membina sikit tubuh badan agar kelihatan lebih macho. Wallahuallam - NajMi





4 comments:

  1. Saya sedih baca cerita idi amin. Sabar lah idi. Setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Kalau idi lelaki keras mungkin idi jadi perogol bersiri. Mana tahu kan. Mulia disisi Allah bkn ditentukan oleh keras atau lembut tetapi oleh ketakwaan kita kepada Allah.

    Jangan malu dengan apa yg Allah anugerahkan. Cuba kita tengok bagaimana orang yg lahir ke dunia cacat anggota badan mereka. Idi patut bersyukur kerana dilahirkan cukup sifat. Saya rasa masyarakat skrg ramai yg dah boleh terima lelaki lembut. Yg tak dapat terima tu tak ramai. Biar kanlah mereka. Kalau mereka kutuk idi, allah ada. Mereka sudah tentu akn dpt balasan drpd allah. Saya masih ingat masa saya di sekolah rendah classmate saya ni lembut dan ada seorang pelajar pompuan ni ckp mak dia tak bg berkawan dgn budak lembut ni. Allah maha kuasa bila saya masuk darjah enam adik kpd budak pompuan ni darjah satu lebih lembut drpd classmate yg kena hina dgn mak budak pompuan ni. Saya dgr citer adik lelaki dia yg sorang lagi pun jadi lembut juga. Saya tak sempat tgk sbb dah masuk sek men.

    Cuma saya harap idi dapat jaga diri drpd melakukan seks bebas. Kalau nafsu tidak dpt dikawal juga tolong laa pakai kondom.

    ReplyDelete
  2. In sha Allah. Pngmbilan pil hormon blh mmbntu, tp lebih baik kalau ambil ujian darah dan periksa level homone testosterone . Sbb kalau bli over counter sngt bhaya sbb kalau level hormon terlebih@terkurang lagi bahaya. Sekadar perkongsian

    ReplyDelete
  3. bukan ke kalau makan hormon testis akan jadik kecik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nordin Jusoh,

      Idi Amin nak hormon jadi lebih gagah perkasa, tapi tu lah ada juga baca kesan yang tak elok dari pengambilan hormon2 yang tidak disahkan yang dijual diluar sana. Ada baca pil hormon yang dijual di sempadan Thailand, entah lah.

      Kalau nak jadi wanita makan pil hormon yang boleh jadi wanita, kalau wanita yang nak jadi lelaki macam anak dara penyanyi "cher" buat pembedahan jantina dari perempuan menjadi lelaki sekarang sekali pandang memang dah macam lelaki ada jambang lagi sudah tentu ada pil hormon yang boleh buat dia berubah jadi seperti seorang lelaki.

      Entah lah, pada saya jangan cuba sebarang pil yang dijual tanpa pengesahan sebaiknya bertanya pada yang lebih pakar seperti doktor kan. Wallahuallam....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST