Friday, 23 May 2014

EPAL HIJAU - IBU DAN ABAH SAYA DIHINA, DISISIH, DIKEJI AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA KERANA AIDS

photo hanya hiasan

Saya baru sahaja baca blog saudara Najmi dan masih lagi sedang membelek. Nama saya Epal Hijau saya berusia 22 tahun. Alhamdulillah ada banyak pengetahuan/perkongsian yang boleh menambahkan ilmu dan pengetahuan masyarakat mengenai HIV terima kasih. Walaupun dah terlambat, saya rasa masih ok dibaca untuk tambah ilmu. 

Cubit peha kiri peha kanan terasa juga. Apabila baca entry saudara, rasa sebak sebab saya ada memori yang kembali terpasang dalam ingatan saya. Saya kehilangan kedua-dua ibu bapa saya kerana HIV, arwah ayah sudah meninggal enam tahun lalu.


Abah meninggal dunia sewaktu saya berumur 15 tahun 

Abah meninggal dunia disebabkan HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD. Jujurnya abang Najmi, apa yang seorang budak perempuan berumur 15 tahun tahu mengenai maksud lapan perkataan di atas? Semasa itu perkataan CD4 pun saya tidak tahu apa maknanya itu. Nak google-google dulu saya belum mempunyai laptop/broadband.

Arwah ayah dimasukkan ke hospital dua minggu sahaja dan terus dijemput ILLAHI. Begitu cepat berlaku, tiada langsung simptom-simptom seperti yang dialami ibu saya. Sepanjang ibu jaga ayah di hospital ibu saya langsung tidak cerita apa-apa, tidak ada langsung sebut perkataan HIV, jadi saya agak: 

1) Mungkin ibu tidak tanya doktor, ayah saya sakit apa. Ibu saya bersekolah sampai darjah 6 saja, biasalah orang tua dulu-dulu kan, bukannya cerdik pandai macam kita sekarang. Jadi mungkin doktor ingat ibu saya sudah tahu, then doktor pun tidak terangkan lebih lanjut kepada ibu.

2) Mungkin juga ibu sudah tahu, ibu ada tanya dan doktor sudah pun beritahu tetapi ibu tidak yang tidak beritahu saya. 

Lepas tu saya dan ibu terus jalani kehidupan macam biasa, tidak ada pun pergi check-up doktor. Orang kampung macam kami ni abang, bila sakit pening panadol aje yang kami telan, esok lusa sembuhlah. Sakit teruk barulah pergi hospital atau keklinik? Itu pun tidak jauh sangat. Kami tinggal diluar bandar, mana ada kenderaan tidak ada langsung fikir tentang HIV, masa tu pun tak adalah lagi dihina dikutuk dikeji.


Ibu pula didiagnoses positif HIV

Lima tahun selepas abah pergi barulah arwah ibu didiagnose HIV. Sayang semuanya sudah terlambat ketika tu kerana arwah ibu saya sudah berada di stage yang teruk. CD4 ibu semakin menurun dan terus menurun, badan ibu kurus sangat-sangat sampai nampak tulang sahaja. Bila diberi makan apa-apa pun selepas 10 minit akan keluar balik. Kerap juga ibu tidak sedarkan diri. Ibu boleh pengsan tiba-tiba aje malah kaki ibu mula membengkak, yang akhirnya menyebabkan ibu tidak boleh berjalan dan hanya mampu terlantar dikatil sahaja.

Bagaimana ibu dijangkiti HIV? bagi saya tak naklah main tuduh-tuduh sebab ibu pun sudah tiada. Jadi bagi saya apabila ibu telah disahkan HIV positif, punca bagaimana ibu mendapatnya bukan menjadi persoalan utama. Tetapi langkah yang penting ialah bagaimana cara untuk menstabilkan kesihatan ibu ketika itu. Cumanya arwah ayah pernah terlibat dengan drug, saya agak arwah pernah berkongsi jarum suntikan, mungkin arwah abah juga dijangkiti melalui jarum suntikan dan kemudian jangkitkan kepada ibu. Mungkin. Mungkin.

Arwah abah seorang yang langsung tidak nampak tanda-tanda HIV/AIDS, beliau sihat walafiat, ayah bersusuk tubuh dan memang seorang yang gempal. Jadi memang kita tidak terfikir kesitulah kan? 

Selepas lima tahun, tiba-tiba suatu hari ibu jatuh pengsan terus dibawa ke hospital, then masa inilah terbongkar segalanya. Waktu ni saya sudah berpengetahuan sikit tentang HIV tidak macam dulu ketika ayah sakit. Saya paksa-paksa tanya juga doktor penyakit yang ibu alami? Apa stage? Everytime check up saya ambil tahu, berapa CD4 dan tahap kesihatan ibu dan tentang ubat-ubatan.

Tapi itulah bang, ibu saya memang sudah dilast stage, sudah teruk. Semasa disahkan doktor cakap kuman tu sudah menyerang sehingga ke otak ibu, menyebabkan ibu saya nyanyuk sehingga dia sudah tidak kenal siapa saya. Sampaikan bila nak suap nasi ke mulut pun ibu suap ke hidung, terkejut saya. Sampai macam tu teruknya, tapi ibu saya memang sudah berusia 60 lebih. Jadi dengan keadaan yang dah semakin uzur, daya tahan penyakit pun dah rendah, kena pulak stage yang teruk.

Nak buat macam mana abang., kalau awal saya tahu, mungkin saya sudah ajak ibu ke hospital awal-awal lagi. Sayangnya. Jadi saya cubalah sebaik mungkin menjaga menenangkan ibu sehabis baik. Of course ibu saya salahkan ayah saya. Pernah saya pimpin ibu ziarah ke kubur arwah ayah, ibu marah-marah dekat kubur, "Sampai hati abang buat saya macam, ini semua salah abang." Awalnya memang ibu tidak dapat terima, ibu menangis-nangis dan meraung-raung ALLAHU AKBAR.

Saya tidak salahkan ibu saya, yalah kita tidak rasa macam mana kita nak tahukan perasaan ibukan? Mungkin dia rasa sakit sangat ketika itu dan rasa panas sebab terlalu banyak makan ubat. Ubat pulak ditukar-tukar banyak kali.

Hinaan datang bukan sahaja dari kawan-kawan malah dari adik beradik dia sendiri. Kesian ibu. Banyak kali arwah ibu cakap seorang-seorang, "Dah tak tahan dah ni, biar mati aje lah, tak nak dah hidup". ALLAH saja yang tahu perasaan saya, saya cubalah tenangkan ibu saya seboleh-bolehnya, beritahu dia supaya anggap ini semua adalah dugaan dari ALLAH. Saya minta ibu sabar banyak-banyak, "Mak, lain orang lain dugaanya, ini dugaan untuk mak, orang lain, adik sendiri nanti tak tahu lagi penyakit macam mana Tuhan nak uji..." itulah yang saya ulang-ulang.

Ketika itu saya berseorang dan tiada tempat mengadu, saya mengharapkan sokongan masyarakat, tetapi tidak ada apa yang saya dapat, malah keluarga saya tidak henti-henti dihina. Nasib baik pihak hospital banyak bagi saya sokongan dan disebabkan saya masih menuntut ketika itu, saya dibenarkan untuk tumpangkan ibu di RUMAH SOLEHAH sebuah rumah untuk pesakit HIV di kampung pandan Kuala Lumpur. Apabila cuti, saya bawa balik ke Kuantan untuk jaga ibu. Apabila habis cuti, saya hantar kembali ibu ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke universiti, begitulah berterusan kehidupan saya bersama ibu sehingga sampai akhir hayatnya. 

Mulanya memang saya rahsiakan tetapi lama-lama ibu sendiri terbuka mulut cerita pada jiran-jiran dan sedara mara. Apabila berita tersebar itulah masanya terjadi malapetaka dasyhat. Saya tidak setuju bila orang kata now orang dah boleh terima pesakit HIV, ya ditempat lain mungkin tetapi bukan ditempat saya. Hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana jiran-jiran langsung tidak mahu datang tengok, tak nak masuk rumah sebab takut dijangkiti.

Mengumpat depan-depan lagi, maha dasyhat penerimaan ibu saya ketika itu bang. Sampai semasa nak kebumi pun orang takut nak pegang jenazah. Orang suruh Kementerian Kesihatan yang tolong tanamkan, "Tanam dengan clorok, mandikan jenazah dengan clorok, letak ubat.." saya tidak dapat nak jelaskan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu.


Masyarakat perlu faham mengenai HIV/AIDS 

Saya mengharapkan sangat supaya lebih banyak pendedahan mengenai HIV/AIDS dibuat di TV, didalam surat khabar dan lain-lain sebab masih ramai yang tidak tahu mengenai HIV/AIDS. Saya percaya kalau mereka tahu, mereka tidak akan hina atau rasa takut sehingga begitu rupa. Pesakit HIV adalah manusia biasa seperti kita juga.

Seingat saya sewaktu check-up di Hospital Sungai Buloh, untuk pesakit HIV appoinmentnya pada setiap hari isnin, khas untuk HIV klinik sahaja. Apabila tengok disebelah kiri kanan, semua manusianya kelihatan normal. Ada ramai kakak-kakak cantik dan abang-abang yang super handsome di sebelah kiri kanan belakang dan didepan kerusi sedang menunggu. ALLAH tidak pernah membeza-bezakan hambanya, hanya manusia yang melebih-lebih membezakan.  Dan saya harap masyarakat terimalah pesakit HIV sama seperti insan biasa yang lain. Seharusnya kita semua perlu memberi kata-kata sokongan dan mendoakan yang terbaik kepada mereka bukannya mencemuh..its hurts. 

Saya harungi semuanya seorang diri saja, no siblings. Saudara mara langsung dah tak nak dekat. Macam mana saya nak sabarkan dan tenangkan ibu sendiri, mana mana nak tahan cemuhan orang disekeliling lagi. ALLAH saja jadi saksi semua yang berlalu. Hospital sudah jadi rumah kedua saya, i spend most of the time in hospital Sungai Buloh, HKL, HTAA. Doktor cakap jangka hayat ibu cuma ada 5 tahun sahaja tetapi tidak sampai lima tahun pun, hanya dua tahun saja ibu sudah pergi tinggalkan saya.


Pada bulan Ogos ini genaplah dua tahun pemergian ibu saya. 

Saya tidaklah membenci penyakit ini ataupun membenci takdir yang ALLAH tentukan. DIA lah sebaik-baik pencipta dan hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuma saya sedih teramat sangat, kesal, kecewa berbakul-bakul dengan penerimaan masyarakat kerana rata-rata rakyaat Malaysia masih belum ada pengetahuan sepenuhnya tentang HIV, lebih-lebih lagi masyarakat di kampung saya (bukan berniat untuk memburukkan tapi itulah hakikat).

Sedih apabila teringat kembali kehidupan saya sekeluarga lebih-lagi arwah abah dan ibu yang dihina, disisihkan, dikeji, diumpat kerana disebabkan ada HIV. Orang benci, orang kutuk, orang keji.


Saya tidak dijangkiti dengan penyakit ini 

Kerana saya hanya anak angkat. Arwah ibu dan abah tidak mempunyai anak tetapi walau bagaimanapun apabila sebut saja HIV saya membayangkan saya berada ditempat yang sama. 

Semoga ALLAH mengurniakan syurga seperti yang dijanjikan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana merekalah yang telah membantu mengislamkan saya, nak kata sekarang saya ni muallaf bukan lah sebab dah lebih 3 tahun, tapi saya sebenarnya bukan orang melayu, ibu dan ayah kandung saya true indian, arwah abah dan ibu ambil saya sejak dari baby. Merekalah yang ajar saya tentang islam. ALLAH janji nak bagi syurgakan kalau kita tarik kafir masuk islam? (betulkan saya kalau salah) itu saja harapan saya abang Najmi. Saya terima segalanya pengalaman berharga tersebut yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila. Bertabahlah wahai hati.


Kalau abang tidak keberatan, 

Boleh tak abang terangkan maksud HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD setakat mana yang abang Najmi tahulah atau abang sudah buat entry tajuk ni cuma saya yang terlepas? Saya tahu tentang RVD tu sahaja (RVD stands for Retro-viral Disease. Senang cakap HIV) sebab doktor pakar selalu sebut bila check arwah ibu dulu. RVD..RVD..so saya agak RVD tu tentu ada kena mengena dengan HIV lah ataupun memang nama saintifik HIV agaknya, yang lain-lain tu memang saya tidak tahu.

Lagi satu, kenapa dekat sijil kematian arwah abah (seorang PLHIV) ditulis perkataan HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD (ada perkataan RVD) manakala pada sijil kematian ibu (juga seorang PLHIV) tidak ada pulak perkataan RVD tu, cuma ditulis SEPTIC SHOCK WITH MULTI ORGAN FAILURE saja, atau sebab ianya tidak wajib pun untuk diletakkan? 


Saudara Najmi banyakkan bersabar ye

Saya mungkin tidak mengenali and tetapi ikhlas saya doakan saudara diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini, diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. You're right "kehidupan mesti diteruskan". Semoga ALLAH memberkatimu jua.


EPAL HIJAU 




Salam EPAL HIJAU,

Terima kasih kerana singgah membaca blog abang, terima kasih kerana berkongsi kisah. Sedih juga bila dapat tahu kedua ibu dan bapa saudari telah pun pergi disebabkan AIDS, bertambah sedih apabila arwah berdua terpaksa berdepan dengan segala hina, kejian dari masyarakat sekeliling. Ya benar segala umpatan kejian yang dilakukan oleh segelintir masyarakat disekeliling kita adalah kerana disebabkan kerana mereka kekurangan ilmu pengetahuan mengenai HIV AIDS. 

Stigma dan diskriminasi inilah yang perlu kita sama-sama saling bantu membantu berusaha kurangkan dari berlaku dikalangan masyarakat dinegara kita. Kita boleh lakukan mengikut cara dan kemampuan masing-masing, jika yakin kita boleh tampil ke hadapan bertemu dengan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan. Jika tidak boleh bertemu dengan masyarakat kita boleh sebarkan maklumat yang betul mengenai HIV AIDS melalui facebook kita, melalui blog, melalui perbualan dengan saudara mara atau dengan rakan-rakan rapat kita. Banyak cara yang boleh kita semua lakukannya.

Berbalik kepada kisah saudari, sedih memang sedih, tetapi "hidup mesti diteruskan", abang pasti saudari seorang yang kuat ketika mengharungi segala dugaan hidup yang telah berlalu. 

Tentang HEPATIC ENCEPHALOPHATY SECONDARY TO HEPATITIS C POSITIVE WITH UNDERLYING RVD memang abang tidak beberapa pandai nak jelaskan. Yang abang tahu RVD stands for Retro-viral Disease. Senang cakap HIV. Mungkin ada pembaca yang boleh terangkan dalam bahasa yang mudah. 

Semoga arwah ibu dan ayah saudari tenang disana, mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama dengan orang yang beriman disana. Amin. AL FATIHAH buat kedua arwah ibu dan bapa saudari.- NAJMI


LANJUTAN KISAH "EPAL HIJAU" KLIK DISINI

 





11 comments:

  1. HEPATIC ENCHEPALOPATHY : hepatic (liver-HATI), encephalopathy (brain problem- masalah dengan fungsi otak)

    secondary to Hepatitis C :(Jangkitan Virus Hepatitis C di Hati)

    with underlying RVD (RetroViral Disease)_ nama group virus HIV, dinamakan RVD untuk menggantikan nama asal HIV berdasarkan teknik replikasi virus ini. Better use RVD than HIV sebab hanya orang perubatan akan tau dan sesetengah yang pernah membacanya.

    * ini kaedah dalam rawatan untuk menjaga aib pesakit.

    Hepatic encephalopathy secondary to Hepatitis c with underlying RVD... adalah condition pesakit yang mana keadaan otaknya sudah terganggu kerana kerosakan fungsi hati berpunca daripada jangkitan hepatitis c dengan penyakit utama jangkitan HIV .

    Sebab Kematian SEPTIC SHOCK with multiorgan failure.
    Indirectly disebabkan HIV infection... HIV itu sendiri sangat sangat susah jarang menyebabkan kematian... tetapi indirectly.. HIV punca kematian..
    HIV menyebabkan antibodi lemah kaw2...

    even jangkitan biasa pun, badan pesakit HIV akan shutting down dengan cepat....
    Sebab itu boleh dapat Darah berkuman dengan tekanan darah tak stabil disebabkan organ badan semua gagal untuk berfungsi.


    p/s: aku share ilmu yang aku ada untuk kefahaman umum.. kalau rasa nak perbaiki.. dipersilakan.. I am not so genius to give near perfect answer.

    hihi.. berusaha untuk memberi kebaikan lebih baik daripada berusaha untuk kondemn orang. Pesanan untuk makhluk bergelar tronx013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tronx013,

      TERIMA KASIH banyak-banyak dengan penjelasan yang ditinggalkan, Alhamdulillah semoga Epal Hijau boleh mendapat pencerahan. Terima Kasih...:)

      Delete
    2. kat hospital... banyak lagi soalan yang pelik2 kena tanya..
      ditanya secara live dan kena jawab secara live... nak goreng pun boleh rentung kalau silap langkah..

      kalau disoal dengan soalan yang giler susah.. kirim salam je lah.. better say " sorry bro, saya tak pasti. Nanti saya tanya yang arif dalam bidang ini. Mahu beri jawapan yang terbaik, perlukan masa dan kajian yang terbaik. "

      lama tak komen kat sini. hihihi

      Delete
    3. tronx013,

      Jawapan yang diberi tu pun sudah cukup baik, hanya mereka yang arif sahaja yang mampu beri jawapan yang sebegitu. Alhamdulillah...:)

      Delete
  2. Betul dh tronx013 ckp tu.. Kat hospital (as my experience la) mmg kita x guna 'HIV' sbb public mmg aware dgn HIV.. That's why guna RVD utk jaga privasi pskit drpd pskit2 lain.. Yg sijil kmatian tu, doctor letak RVD je sbb mmg RVD yg pybb utama.. Lgpun, nnti ptugas2 kesihatan yg lain mcm PPKP or PKA akan tahu cmne nk handle si mati.. Hepatic encephalopathy tu hanya secondary kpd RVD.. Mknanya lepas dpt RVD tu baru develop hepatic encephalopathy.. Biasa la pskit RVD lama2 akan hilang daya tahan tubuh.. So lama2 byk pykit lain, most common TB, pneumonia, pleural effusion etc la.. Then bg yg septic shock with multiple organ failure pun sbb RVD.. Kuman HIV dh jd racun dlm drh, mybbkan darah mmg tggi toxicity.. Sbb tu dpt shock.. Bila darah dh kotor, fungsi2 drh normal pun dh jd x normal, organ2 perlukan drh utk brfungsi.. Cth fgsi drh nk angkat oksigen kepd sel2 di organ.. Tp bila dh drh x brfgsi scara normal, organ2 x dpt supply yg ckup, lama2 failure la.. Sbb tu la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Alhamdulillah satu lagi penjelasan yang bagus. Ya memang selalu ditulis perkataan RVD sama ada dikad, borang dalam rekod pesakit HIV. Dulu memang lah tak faham...tapi memang tak pernah nak tanya apa itu RVD. Kemudian faham, dan apabila baca penerangan tronx013 dan Anonymous lagi bertambah faham lah jugak. Terima kasih

      Delete
    2. Rasanya penjelasan doktor kita kat atas tu memang amat jelas sekali. HIV sememangnya virus yang termasuk dalam kaum keluarga retrovirus. Sifat nyata retrovirus ni bila dia masuk dalam badan memang dia akan cari perumah untuk dia buat salinan/copy dan akhirnya jadi banyak. Dalam kes HIV ni dia masuk dalam cell DNA darah putih kita. So bila dia berumah dalam tu memang dia tak akan keluar2 dah. Ubat yang ada sekarang hanya dapat menidurkan virus tersebut supaya ia tidak dapat merosakkan cell darah putih yang bertindak sebagai sistem pertahanan badan manusia melawan segala jenis penyakit. Hebat kan Allah cipta manusia ni.

      Delete
    3. Anonymous,

      Jenuh jugak kalau mereka yang baru nak tahu tentang HIV ni nak faham semua ni, tak pa tahu yang asas mengenainya pun dah bagus..Terima kasih...:)

      Delete
  3. bangga dgn ketabahab adek. sampaikan kpdnya Najmi salam hormat saya. kpd para pembaca, ambil lah kisah ini sebagai ikhtibar. Andai kita tahu mereka rvd jgnlah aibkan mereka, saya bukanlah pandai sgt tapi bygkan kl kita dalam keadaan mereka. Fikir2kanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Insyaallah Epal Hijau akan baca komen Mak Wardah ni...Yang penting pemahaman masyarakat kita mengenai HIV AIDS, bila dah faham insyaallah stigma diskriminasi akan semakin berkurangan..

      Delete
  4. Ya Allah She's facing all this at young age....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST