Thursday, 8 May 2014

EFF - MY HIV STORY 1

Assalammualaikum abang NajMi,

Saya kenalkan diri saya sebagai EFF. Ini adalah kisah lanjutan yang lebih "detail" dari apa yang telah saya ceritakan didalam kisah pertama didalam entri BARU DISAHKAN HIV POSITIF - SEDIH, TAKUT TETAPI KAMI REDHA.


photo hanya hiasan

Saya disahkan mempunyai virus HIV pada tahun 2012 didalam bulan puasa. Permulaan kisah hidup saya bermula apabila saya ditawarkan jawatan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Johor.
 
Sebelum memulakan kerja saya diminta untuk menjalani ujian kesihatan termasuk saringan darah di sebuah klinik swasta. Tiga minggu selepas ujian kesihatan tersebut, keputusan ujian sampai ke meja bahagian sumber manusia. Jatung saya berdegup kencang apabila pengurus bahagian sumber manusia di tempat kerja saya menghubungi saya dan meminta saya hadir ke klinik panel agar ujian darah dapat dijalankan sekali lagi.

Pada ketika itu saya dapat mengagak sesuatu yang sangat besar yang bakal disampaikan oleh doctor dan saya bagaikan sngat bersedia. Sebaik diumumkan keputusan HIV saya reactive, saya bagaikan terpaku, jantung saya bagaikan luruh. Saya mendiamkan diri, doktor yang membacakan keputusan saya hanya mampu meminta saya bersabar sambil memegang tangan saya. Saya meminta kebenaran untuk keluar dari klinik untuk merokok. Di tepi kaki lima itu saya pejamkan mata sambil menahan air mata dan menghisap rokok. Entah berapa batang yang saya hisapkan, mungkin 15 batang lebih.

Saya kembali ke dalam bilik rawatan dengan keadaan “cool and stedy” kerana saya seorang yang sangat susah untuk mengalirkan air mata. Seterusnya saya tidak diambil kerja biarpun sudah 3 bulan menjalankan tugas, saya redha. 

Saya meneruskan kehidupan,

Saya dengan tidak mahu mengalah, saya bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan dengan gaji RM30 semalam. Dari seorang yang bergaji RM4000 sebulan kepada seorang yang bergaji RM900 sebulan. Namun saya tetap redha. Tekanan hidup berseorangan mengetahui bahawa saya menghidap virus HIV amatlah teruk sehinggakan saya terpaksa membeli ubat anti depressi. 

Akhirnya saya mengalah, saya menghubungi bekas kekasih saya dan abang angkat saya yang berada di Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka memberi sokongon kepada saya dan menyarankan saya memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Bekas kekasih saya banyak menyalurkan sumbangan kewangan untuk saya berulang alik ke Kuala Lumpur. Dan abang angkat saya membawa saya menemui kawannya yang sudah 7 tahun menghidap HIV. Saya kembali bersemangat untuk hidup sihat dan melupakan segala kisah duka yang berlaku kepada saya.

Pada 1 Januari 2013, saya melawat kakak saya yang juga tinggal di selatan tanah air. Kakak saya membebel kepada saya apabila dia mengetahui saya telah berhenti kerja dan memulakan kerja baru. Tidak sanggup menipu kepada satu-satunya kawan/teman/sahabat baik yang membesar bersama dan berkongsi tarikh lahir yang sama, saya memberitahu kejadian yang menimpa saya. Kakak saya tergamam dan terus memeluk saya rapat sambil menangis teresak-esak. Kakak memukul belakang saya kerana saya sanggup menipu dia dan mengambil keputusan merahsiakan masaalah saya daripada dia. Dia juga menangis apabila mengetahui saya hanya bekerja di kedai makan. 

Keesokkan harinya, saya mengambil keputusan untuk memberitahu tunang kakak saya yang juga merupakan teman baik saya. Alhamdulillah, kedua-dua mereka menerima dengan hati terbuka. Saya di ajak untuk tinggal bersama kakak. 

Pada May 2013, saya, kakak dan ipar pulang ke kampung di utara tanah air. Ibu bertanyakan kepada saya mengenai perubahan yang berlaku kepada saya. Saya cuba untuk menyembunyikan kejadian yang berlaku kepada saya, namun hati saya bagaikan merayu-rayu untuk saya mendedahkan perkara yang berlaku kepada saya, memohon agar ibu dan ayah untuk mendoakan saya agar bertambah baik kerana tiada apa yang saya mahukan lagi kecuali doa kedua-dua mereka.

Saya akhirnya tewas,

Diatas katil tempat ibu dan ayah saya baring, saya menceritakan bahawa saya menghidap HIV. Ibu menangis, ayah hanya mampu memandang ke mata saya yang mula mengalirkan air mata. Ibu dan ayah redha dengan apa yang berlaku kepada saya dan menganggapnya apa yang berlaku sebagai kifarah Allah untuk mengampukan dosa-dosa saya yang lalu. Pada malam tersebut, saya terlihat ayah saya menangis di luar rumah sambil menghisap rokok, dan itulah kali pertama saya melihat lelaki yang membesarkan saya itu mengalirkan air mata.

Sebulan setelah saya memberitahu ibu dan ayah, adik-adik saya juga diberitahu pekara yang sama. Ibu mengambil keputusan untuk memberitahu adik-adik kerana kami sekeluarga agak akrab dan kerap berkongsi barang-barang. Saya jugak seorang yang agak cuai dan kadang-kadang kerap terluka apabila berseloroh bersama adik-adik saya. Alhamdulillah adik-adik juga menerima perkara tersebut, redha dan turut mendoakan agar saya sihat. Adik perempuan saya yang belajar di pantai barat banyak memberi nasihat-nasihat dan ayat-ayat al-quran yang boleh saya jadikan penawar.

Pada 2014, 

Alhamdulillah saya mula bekerja dan menjalani kehidupan yang stabil. Saya banyak menerima bantuan dari keluarga dan kawan-kawan seangkatan yang menerima nasib yang serupa. Saya menganggap bahawa musibah yang menerima saya sebenarnya satu dugaan dan kifarah dari Allah agar saya berubah.

Kini setelah setahun lebih, saya hanya mampu memandang kebelakang dan mentertawakan apa yang berlaku kepada saya dan melihat segala dugaan dari sudut positif. Saya juga memohon agar mereka-mereka yang baru disahkan menghidap virus ini agar mendapatkan sokongan, baik dari kawan-kawan seangkatan atau dari keluarga. Doa dari ibu bapa lebih baik sebagai perisai dan dorongan untuk memulihkan kekuatan kita. Sekiranya saya masih merahsiakan perkara ini, saya mungkin menghadapi masalah dipressi dan kesihatan saya mungkin merosot akabit dari tekanan berseorangan. 

Abang Najmi, saya dah setahun lebih didiagnose HIV, namun hanya baru-baru ini saya disarankan untuk mengambil ubat HAART. Tapi saya bagaikan enggan, kerana hati saya mengetahui saya menghidap HIV, namun otak saya masih menyatakan yang saya masih sihat. Saya tidak mengalami apa-apa simptom, baik kecil atau besar. Saya menjalani hidup yang sihat, saya sudah mengurangkan jumlah rokok, banyak berjogging, berenang dan aktiviti luar, dan saya juga banyak mengamalkan doa-doa syifa selepas sembahyang. Ia juga mungkin berkat dari doa ibu dan ayah saya.

Bacaan CD4 saya Januari lepas masih 380++. Saya telah menerima ubat saya pada 24 April 2014 tetapi sehingga kini 7 May 2014, saya masih belum memulakan rawatan HAART saya. Pada pandangan abang Najmi, perlukah saya memulakan pengambilan ubat. Sekian.


`EFF` 




Salam EFF

Terima kasih kerana berkongsi cerita, sebak jugalah abang ketika membaca kisah Eff ni, kita semua berbeza ketika menghadapi ujian setelah disahkan positif HIV.

 Sebenarnya dengan memberitahu sekurang-kurang kepada salah seorang ahli keluarga terdekat kita  mengenai status HIV kita itu adalah yang terbaik. Ada dikalangan rakan-rakan PLHIV yang tanpa fikir panjang terus beritahu keadaan mereka kepada keluarga terdekat termasuk mak ayah dan rakan-rakan mereka, ada juga yang mengambil masa yang agak lama, malah ada yang langsung tidak mampu nak beritahu tentang status HIV mereka kepada ahli keluarga terdekat seperti abang ni.

Untuk pengetahuan Eff sejak 2005 sehingga hari ini abang masih terus merahsiakan status diri abang kepada ahli keluarga, abang pernah hampir nak beritahu status HIV abang kepada dua adik perempuan abang ketika abang jatuh sakit teruk dulu tetapi mulut abang tidak mampu nak berkata-kata, nak beritahu tapi tidak namun nak luahkan langsung ketika itu. Beritahu atau tidak, abang hanya berserah kepada Allah dalam menentukannya, jika beritahu itu baik, abang berdoa minta agar Allah gerakkan hati abang untuk beritahu, jika tidak baik abang berdoa agar Allah jangan gerakkan hati abang lagi buat masa ini. sebab hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat diri abang.

Alhamdulillah sebab seluruh keluarga Eff menerima seadanya keadaan Eff, Eff pun bukannnya seorang gay kan sebab Eff ada kekasih dulu sudah tentu ada keyakinan untuk beritahu, tak perlu nak banyak berahsia dan berdolak dalik lagi, jika dibandingkan dengan keadaan kehidupan abang. Macam yang abang kata kita sama-sama ada HIV tapi cara kehidupan persekitaran kita yang berlainan, itulah yang membezakan cara bagaimana tindakan yang kita ambil dalam menangani masaalah setelah kita disahkan positif HIV ni. 

Ok mengenai ubatan HAART yang telah Eff terima tetapi masih belum mahu menelannya, sebaiknya Eff dengar nasihat doktor jika mereka rasa sudah tiba masa Eff mula makan HAART sebaiknya makan lah jangan ditunggu-tunggu lagi.

Ketika zaman abang dulu pada sekitar tahun 2005, doktor memang nak tunggu sehingga CD4 abang dah berada sekitar 200 baru akan disarankan untuk mula menelan HAART tetapi pada hari ini ada rakan PLHIV abang yang telah memulakan HAART ketika CD4 mereka sekitar 300 lebih. Ada pendapat yang mengatakan bahawa menelan HAART ketika CD4 masih tinggi ada banyak kelebihannya daripada menelan ketika CD4 sudah rendah.

Jadi pada pandangan abang sebaiknya Eff kena lah mula makan ubatan yang diberi itu, jika masih enggan terpulanglah pada gerak hati Eff sama ada hendak memulakan HAART atau tidak, sekiranya Eff yakin bacaan CD4 Eff masih boleh maintain sekitar hampir 400 alhamdulillah, tetapi bagaimana sekiranya pada ujian CD4 akan datang bacaan sudah hampir 200?

 Abang pasti doktor yang merawat Eff mahu melihat perubahan pada bacaan CD4 serta Virol Load Eff serta peningkatan tahap kesihatan lain (setelah menelan HAART) pada temujanji yang akan datang. Sekiranya masih stabil walaupun Eff belum menelan HAART ok lah, sudah tentu doktor boleh terima, tetapi bagaimana sekiranya tahap kesihatan semakin merosot ketika temujanji yang akan datang sudah tentu doktor akan "ceramah panjang" pada Eff nanti.

Sebaiknya berbincanglah dengan doktor jika tidak bersedia atau masih ragu-ragu dan bimbang menelan ubatan HAART sebaiknya kita kena beritahu mereka, call atau singgah sekejap keklinik untuk beritahu. - NajMi


Klik disini EFF - MY HIV STORY 2
 


1 comment:

  1. Alhamdulillah, moga anda semua kan sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala urusan dunia dan akhirat

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST