Sunday, 4 May 2014

EDDY LEE - PENGALAMAN GAY SEMASA DAN SELEPAS BERKAHWIN

 
Assalamualaikum, Bismillahhirohmannirohim, 

Apa khabar abang Najmi yang saya muliakan, salam sayang buat semua pembaca blog abang Najmi. Nukilan ini saya coretkan sambungan dari rentetan entri yang sebelum ni (klik disini EDDY LEE - SAYA AKAN BERKAHWIN, NAK BERUBAH DAN AKAUN FB GAY INI AKAN SAYA DELETE).

Saya 'Eddy Lee' pada entri sebelum ni iaitu sebelum saya bernikah dan alhmdulillah sekarang entri selepas saya bernikah seperti yang saya janjikan kepada semua. Sebelum bernikah, persiapan dari segi fizikal (kesihatan, aturcara majlis, jemputan, sahabat and keluarga) alhmdulillah telah pun disiapkan.

Dari segi mental and spritual agak 'so-so' memandangkan saya ni GAY and kurang tahu sangat dalam bab-bab agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya berubah jadi yang lebih baik. Hati kena kuat dalam memujuk hati sendiri.

Saya mulakan story ni dengan lafaz alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah Swt. Memang Allah itu Maha Adil, penyayang dan tiada daya saya melainkan kasih sayang dan takutnya saya kepada Allah. Setelah 18 tahun saya bergelumang dengan dunia PLU, akhirnya saya tamatkan zaman bujang saya di usia 23 tahun. Saya ditemukan jodoh, diberi petunjuk and kesempatan daripada Allah untuk merasai nikmatnya alam perkahwinan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Dengan hanya sekali lafaz saya bergelar suami.  Nak cerita apa yang berlaku pada malam pertama tak bolehlah kot sebab cerita hal dalam kelambu ni kan memang tak boleh. So saya cerita secara general lah yer, slot ni khas untuk semua pembaca special and exclusive untuk anda.

Secara lahiriah kita ni diciptakan berpasangan lelaki and perempuan, tapi nak buat macam mana bila dah kita ada naluri sukakan kaum sejenis. Tapi tidak bermakna kita dihalalkan untuk terus terusan buat perkara yang dikeji dalam agama, carilah jalan untuk berubah dan insyaAllah pernikahan ada lah salah satu dari penyelesaiannya. Tidaklah sukar untuk saya melayari malam pertama dengan isteri walaupun ini yang pertama sekali dalam hidup saya (dengan isteri) sebelum ni agak takut juga “anu” tidak mahu naik, tapi alhamdulillah hubungan itu berhasil dan sekarang saya pulak yang ketagih. Rasa macam setiap malam nak buat ajer haha ok cukup sampai situ. dah.dah.

Secara keseluruhannya memang saya berpuas hati,  jangan lah risau nak berubah kuatkan hati (tidak semestinya kawin) pasti boleh. insyaAllah. Sekarang saya jadi semakin baik dah mula dah solat walaupun kadan-kadang masih tak terbangun subuh errrr…

Semasa majlis persandingan 

Saya sememangnya saya ada jemput dua daripada tiga boyfriend saya, yang first ni kira yang paling saya sayang and yang second ni pengganti yang first sebab kami break. Tapi serious saya masih sayang dengan boyfriend saya yang first, alahhh first love lah katakan haha. Dan boyfriend yang third tidak dapat datang sebab tinggal jauh katanya. Boyfriend-boyfriend saya datang dengan girlfriend masing-masing. Alhamdulillah saya sempat peluk ex boyfriend-boyfriend saya. Memang rasa hiba sangat, tetapi saya memang tak buat dah. BTW ex boyfriend saya masing-masing berumur  22 dan 20 tahunn, seorang masih belajar and seorang dah pun bekerja. Sempat saya titip pesan suruh mereka berubah. 

Cukupkan cerita sampai sini aje haha cukuplah pengalaman berkapel dengan PLU, memang sakit sangat diputuskan, lagi-lagi cinta PLU sekarang ni kan.. "when sex easy to get, true love getting difficult to have". Boyfriend saya yang no dua ada melawat kerumah pada malam tu, dia tidur kat rumah sebab dia baru sampai KK. So nak stay lah semalam, merungut dia sebab saya tidak ada nak ambik dia malam-malam katanya. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya pun dah niat tak nak buat perkara tu lagi. Ex boyfriend pun respect keputusan saya, cumanya pagi-pagi tu dia terpeluk saya ajer, sengaja atau tidak wallahualam.

Saya dah tidak berjumpa lelaki dah, walaupun mata ni meliar time duduk diatas pelamin dan nampak kawan-kawan or kazen-kazen wife yang hot..haha, cepat-cepat saya istigfar mmohon keampunan Tuhan,  dalam hati saya berdoa "ya Allah,  kuatkanlah, tetapkan lah, teguhkanlah hatiku ini, aku hanya mahu cinta pada isteriku seorang sahaja, dialah terakhir buatku, ampuni aku" Mata saya rasa nak tersembul (menangis) cepat-cepat saya alihkan,  alhamdulillah syukur. Mudah-mudahan hati saya teguh dan tabah hingga ke akhir hayat saya, doakan yer kawan-kawan.

Buat rakan-rakan PLU yang saya kasihi, sesungguhnya percintaan yang normal lagi halal ni adalah sangat indah, usah risau, cintailah mereka (wanita/isteri), dia pasti akan mencintai anda. Perempuan ni hati dia sangat rapuh, cepat untuk dicairkan, cepat untuk digenggam, cepat juga untuk dilukai, cintailah dia seikhlasnya insyaAllah percintaan yang jujur akan diredoi Allah.

Nasihat saya 

Berubahlah jadi yang lebih baik, kalau bukan untuk orang lain jadilah terbaik untuk diri sendiri. Memang naluri songsang ini tidak boleh diubah sampai bila-bila, tetapi boleh dilawan dan dikawal. LAWANLAH! BERJIHAD LAH MELAWAN NAFSU. Ini adalah cubaan and dugaan untuk kita golongan yang dicintai Allah. Kalau kita akur dengan nafsu songsang Allah pasti akan murka. Kalau kita lawan nafsu ni insyaallah, Allah akan sayang kita.

TETAPKAN HATI! selagi masih ada waktu berubahlah. Dunia PLU ini hanya dugaan, LAWAN!! LAWAN HABIS HABISAN! Saya doakan buat semua agar bisa berubah. Saya pun bukan lah orang yang baik tetapi saya tidak sanggup menempuh dosa-dosa yang selalu saya lakukan, berjihadlah dan terus lawan!

So far abang Najmi, pernikahan ini merupakan perkara yang sangat hebat buat saya. Allah yang saya takutkan dan kepada Dia sayakan kembali and saya mohon keampunan. Doa saya keatas mereka dan rakan PLU sekalian semoga dipermudahkan, diampuni oleh Allah. ALLAH sayang kita, sentiasa ada jalan terbaik untuk diri kita. Mohon lah doa dariNya, insyaAllah Dia mendengar. Ingat pesan saya KUATKAN HATI TEGUHKAN HATI. INGAT KEPADA TUHAN DAN BERUSAHA LAH BERUBAHLAH."

Kalau bukan sekarang, bila lagi" Amin. Sekian.


EDDY LEE
(bukan nama sebenar)
 

13 comments:

  1. Congrats buat saudara eddy...moga cinta kalian kekal hingga syurga & diberi kekuatan utk terus bermujahadah....

    Macam best plak dgr org kawen buat sy rasa nak kawen jgk.....tp tak cam tak confident pon ada jgk...

    ReplyDelete
  2. bila da kahwin, lepas ni lawan2 jumlah anak berapa da..telatah anak tu buat kita lupa masalah..anak juga dugaan samada kita disibukkan di dunia. tp alhamdullilah la kesudahan cite ini. 23 Tahun hmmm muda lagi sgt2, byk warna warni. semoga isteri tempat penasihat terbaik adik ni. Dulu gagal sbb seorang, sekarang da berdua, bertiga InsyaAllah ok la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang eja

      Seronok bila tengok eddy kat atas pelamin, wajah mungkin nampak gementar tapi itu normal lah lelaki strg8 pun gementar apatah lagi seorang yang ber naluri songsang, alhamdulillah kerana Eddy nampaknya gembira selepas sangat selepas berkahwin ni, mudah2an Eddy sentiasa setia pada isteri sehingga akhir hayat..AMIN3

      Delete
  3. Eddy tahniah, Alhamdulillah. Moga anda dan isteri dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah, bahagia ke Jannah

    ReplyDelete
  4. I hope one day, aku pon leh jd camko

    ReplyDelete
  5. Congrats!! Kalau la suami saya boleh baca semua ni..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..tahniah saudara eddy..
    semoga bahgia keakhir hayat..
    syukur diberi peluang merasa indahnye perkahwinan tu..jaga rumahtangga sehabis yg baik...insyallah mga cpt2 dpt baby plak ..

    ReplyDelete
  7. tahniah.. alhamdulillah anda brpeluang melalui detik itu.. i wish i can be like u.. merasa manisnya mnjadi pengantin

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    Tahniah saudara eddy. Alhamdulillah eddy gembira dgn kehidupan skrg. Nasihat sy eddy gunakn perkahwinan ini utk memperbaiki diri mjadi seorg lelaki yg lbh baik. Siapkan diri menjadi suami yg terbaik utk isteri tercinta dan in shaa Allah ayh yg penyayang dan btanggungjawab suatu hari nnt. Sentiasalah berdoa,merintih dan mengadu kepada Nya semoga Allah sentiasa tetapkan iman eddy dan memimpin eddy dlm jihad melawan nafsu. Jangan lupa sentiasa berdoa semoga kasih sayang suami isteri sentiasa subur..
    Doa sy eddy sentiasa dirahmati Allah. Amin.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Sy nak tanye adakah berkucupan dgn pelacur akan menyebabkan virus HIV ini berjangkit? -insan insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam insaf insaf

      TIDAK, melainkan kalau terdapat luka berdarah didalam mulut saudara dan terdapat juga luka berdarah didalam pekerja seks tersebut. Tapi kena ingat apa jua aktiviti seks bebas dengan pasangan yang kita tidak tahu tahap kesihatan mereka, jika tidak dapat HIV pun kita berisiko mendapat jangkitan penyakit kelamin. Sebaiknya elak dari melakukannya lagi lah ya...:)

      Delete
  10. Bestfriend saya takut nak berkahwin.. Bukan tak nak, cuma mungkin mempunyai ketakutan yang seperti yang Saudara Eddy Lee hadapi.. Apatah lagi dengan status kesihatan yang di pgangnya kini adalah +ve.
    Dia kata klau dia nak berkahwin, biar dia berkahwin dengan saya jer.. hahaha
    Saya..? Sy okey dan saya sudah dalam fasa menerima hakikat penyakit tersebut.. Jika misalnya jodoh itu milik saya dan dia.. Doakan hati kami kuat untuk menerima segala dugaan..

    ReplyDelete
  11. Berlinangan airmata saya bila membaca kisah Eddy...benarlah semua yang dtulis itu...hanya Allah tempat kita kembali dan kepada Allah kita perlu takut...ingat azab yg menanti. Bagi saya, golongan yang miasih meneruskan maksiat ialah golongan yang tidak takutkan Allah dan azabnya...

    Saya doakan Eddy bahagia bersama isteri sehingga ke syurga. Didoakan juga mendapat cahayamata yang soleh dan solehah.

    Disamping itu, sy nak berpesan juga supaya sentiasa berhati2 dan berjaga2 dengan syaitan yang selalu mengintip peluang untuk merosakkan perkahwinan Eddy. Terutama jika ada masalah dalam perhubungan suami isteri (mulalah mencari lelaki lain) . Mungkin pada awalnya bertujuan untuk kongsi masalah tapi akhirnya terjebak semula.....dan penangan yg kedua ini akan jadi lebih hebat lagi....

    Ingatlah "orang yg hebat ialah orang yg mampu mengalahkan dirinya sendiri"....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST