Thursday, 8 May 2014

DR HILMI - KES HIV BABITKAN GOLONGAN MUDA AMAT MEMBIMBANGKAN

KADAR PENGHIDAP HIV/AIDS SERIUS


GEORGETOWN 7 Mei 2014 - Kadar penghidap HIV/AIDS dalam kalangan golongan muda berusia antara 20 sehingga 30 tahun kini amat membimbangkan kerana mencecah sehingga 78.8 peratus. 

Kegiatan seks rambang dalam kalangan golongan itu juga dikesan menjadi penyumbang utama jangkitan HIV/AIDS mengatasi penggunaan jarum suntikan penagih dadah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, daripada jumlah itu, penghidap penyakit berkenaan dalam kalangan lelaki adalah lebih enam kali ganda berbanding wanita.

Katanya, biarpun penyakit itu didapati tiada ubat namun pelbagai langkah dibuat bagi mengelakkannya daripada terus merebak dalam kalangan rakyat negara ini.

"Sehingga tahun lalu, Malaysia berjaya mengurangkan jumlah pesakit HIV/AIDS daripada 30 orang kepada 11 orang dalam kalangan 100,000 penduduk.

"Jumlah penghidap penyakit itu yang masih hidup dari tahun 1985 hingga sekarang ialah 90,000 orang dan setiap tahun dianggarkan terdapat kira-kira 7,000 pesakit baharu dikesan dengan 5,000 kematian setiap tahun," katanya kepada pemberita di Universiti Sains Malaysia (USM) disini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Ekspo Kesihatan Kempen Kesedaran HIV/AIDS anjuran Pusat Pengajian Komunikasi USM yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Profesor Dr Adnan Hussein.




Tambah Hilmi, kerajaan membelanjakan sebanyak RM185 juta setahun untuk rawatan penyakit itu dan 26 juta daripadanya dikhaskan untuk kempen dan program pencegahan.

Jelas beliau antara kempen yang dibuat ialah mengedarkan kondom percuma untuk pekerja seks serta jarum suntikan percuma untuk penagih dadah.

"Tujuan kita bukannya untuk mengalakkan aktiviti tidak bermoral itu tetapi agar mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan tidak mengamalkan seks bebas serta berkongsi jarum suntikan.

"Selain itu, pengelibatan orang ramai juga amat diharapkan dalam usaha kempen dan pencegahan ini dan tidak hanya mengharapkan kerajaan semata-mata," ujurnya. 


Sumber Utusan Malaysia
Khamis 8 Mei 2014


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST