Friday, 16 May 2014

CD4 700 DAN VIRUS SELALU TIDAK DIKESAN, BOLEHKAN SAYA LAKUKAN SEKS TANPA KONDOM?


Saya positif HIV dan tunangan saya tidak. Dia beritahu dia sangat mencintai saya dan dia tidak peduli akan status HIV saya. Saya mempunyai dua orang anak yang sangat saya sayangi. Saya bersama bekas pasangan saya yang lalu, yang ternyata dia telah menularkan virus ini kepada saya, sekarang saya mencari seorang yang istimewa yang mampu mencintai saya.  

SOALAN SAYA;

Adakah dibenarkan jika saya berhenti memakai kondom ketika hubungan seks dilakukan? CD4 saya lebih dari 700 dan virus selalu tak dikesan (not detected) sejak saya memulakan rawatan, lebih dari 2 tahun yang lalu. Saya takut menularkan virus kepadanya (atau sesiapa), tolonglah saya! 


SAYA POSITIF HIV





JAWAPAN:  

Penggunaan kondom bertujuan untuk mencegah penularan jangkitan yang menular melalui hubungan seksual, salah satunya adalah jangkitan HIV. Pada kes jangkitan HIV, penularannya memang benar boleh berlaku tetapi bergantung pada jumlah virus (beban virus/virol load).  

Jika jumlah virus dalam darah sudah tidak dikesan, kemungkinan penularan HIV akan jauh berkurang. Namun demikian, adalah lebih baik jika penggunaan kondom selalu digunakan saat berhubungan seksual. 

Di samping itu, penggunaan kondom juga boleh mencegah penyakit jangkitan menular seksual yang lain, seperti sifilis , kutil kelamin, herpes, dan lain sebagainya.



17 comments:

  1. Abang najmi bagaimana pula untuk individu yang baru melakukan ujian darah untuk mengesan hiv dan keputusannya negatif. Adakah mungkin kalau individu tersebut sudah ada hiv tapi disebabkan c4 masih tinggi hiv dalam darah tidak dapat dikesan? Contohnya individu yang tidak melakukan seks selama 6 bulan dan kemudiannya membuat test hiv dan keputusannya negatif. Adakah keputusan itu konkrit? Saya agak keliru mengenai post ini benarkah walaupun sudah ada hiv dalam darah tp kalau cd4 tgi hiv tidak dapat dikesan? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru melakukan ujian? maksudnya ujian darah dilakukan selepas 3-4 minggu dr tarikh aktiviti berisiko, jika keputusannya negatif bermakna itu petanda baik, tetapi mungkin masih belum cukup konkrit sebab setiap manusia ni berbeza, ada manusia yang boleh dikesan kehadiran kuman seawal 2 minggu selepas aktiviti berisiko malah ada yang lain pula walau diuji selepas berminggu2 masih tetap tidak dapat kesan kuman HIV (resultnya tetap negatif) walaupun dia telah dijangkiti HIV.

      SEBAB ITU disaran kan agar ulang sekali lagi ujian HIV selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko. Dan menurut apa yang pernah abang baca result selepas 3 bulan itu sudah boleh dianggap konkrit.

      Tapi ada sesetengah mereka yang masih was-was boleh ulang sekali lagi ujian selepas 6 bulan dari tarikh berisiko, malah ada juga doktor yang akan menyaran kan agar buat sekali lagi ujian selepas 6 bulan dari tarikh berisiko, bagi mendapat result yang lebih tepat.

      Tapi setahu abg selepas 3 bulan sudah memadai. Wallahuallam

      Delete
  2. Abang saya bertanyakan mengenai kadar cd4. Andai kata individu tersebut telah dijangkiti hiv didalam tubuhnya namun disebabkan cd4nya masih tinggi dan apabila membuat ujian darah dan keputusannya adalah negatif. Adakah benar teori ini?? Ataupun bila memang sudah ada virus itu di dalam darah maka keputusannya akan menjadi positif walaupun cd4nya masih tinggi. Saya agak keliru dengan entri ini kerana adanya headline VIRUS TIDAK DAPAT DIKESAN DISEBABKAN CD4 YANG MASIH TINGGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain ujian CD4 (iaitu sel darah putih yang melawan jangkitan penyakit) ada juga ujian dinamakan Virol Load (ujian bagi mengesan jumlah kuman dalam darah)

      Ujian virol load ni juga penting, bacaan terbaik bagi ujian virol load ialah Not Detected (kuman tak dapat dikesan) walau pun tak dapat dikesan tak bermakna kuman dah tak ada dalam badan, kuman masih ada tetapi bersembunyi dibeberapa bahagian tubuh dalam badan.

      Kebiasaanya nya kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik apabila kiraan CD4 tinggi dan bacaan Virol Loadnya tak dapat dikesan (rendah). Tetapi ada juga orang yang walaupun CD4 mereka tinggi tetapi jumlah kuman dalam badan ada berjuta-juta jika kuman semakin meningkat ini dah kira kes yang tak baik lah.

      Maksud Virus tidak dapat dikesan itu ialah ujian virol load yang mengesan kuman dalam darah resultnya Not Detected (tak dapat dikesan) tapi macam abg kata walaupun tak dikesan bukan bermakna kuman dah tidak ada dalam badan.

      Kebiasaannya seseorang pembawa HIV itu dalam keadaan baik apabila CD4 semakin meningkat, dalam masa sama Virol Loadnya semakin rendah dan sehingga tak dapat dikesan.

      Ya kalau kuman dah ada dalam darah (apabila sudah aktif) maka kebiasaanya keputusan akan menjadi positif, sebab itu ada mereka yang baru dikesan telah dijangkiti HIV tetapi dalam masa yang sama apabila diuji CD4 mereka, bacaannya masih tinggi, malah ada yang menjangkau hampir 1000 tetapi resultnya HIVnya positif. Mereka ini masih tidak perlu memulakan rawatan HAART, mereka kena tunggu sehingga CD4 rendah sehingga sekitar 300.

      Ada seorang kawan abg walaupun telah hampir 10 tahun disahkan positif HIV tetapi CD4nya masih tetap tinggi mungkin sebab amalan dia menjaga kesihatan, dan dia masih lagi tidak memerlukan rawatan HAART lagi. CD4 tinggi tapi positif HIV.

      Wallahuallam. Ok ker? mungkin agak merapu abg dalam memberi jawapan, tapi abg cuba jawab sebaik mungkin.

      Delete
    2. Ok sekarang saya dah faham. Mula2 saya fikirkan kalau cd4 tinggi virus hiv xdapat dikesan melalui ujian hiv.
      Macam kes saya, saya dah setahun 5 bulan tidak melakukan seks dan baru2 ini saya telah melakukan ujian darah untuk detect hiv dan alhamdulilah result dia negatif. Klinik tu guna kit 4th generation kot sbb dalam repot tulis hiv ag/ab not detected dan yg sy tau teknologi ini suda dapat mengesan virus hiv dlm darah seawal 4hari. Bagi pendapat abang perlukah saya buat test utk 3 bulan lagi?

      Delete
    3. Salam,

      Pandangan abang saudara tidak perlu lagi buat ujian HIV sebab abang pasti result tersebut tepat. Last aktiviti yang saudara buat pun sudah setahun 5 bulan. Jadi tidak perlu lagi buat ujian. Saudara sememangnya tidak ada HIV....:)

      Delete
  3. Abang bolehkah virus hiv tidak dapat dikesan? Maksud saya walaupun sudah membuat ujian darah tapi hiv tidak dikesan disebabkan cd4 yang masih tinggi? Sebab dalam cerita ni abang balas "jika virus dalam darah tidak dapat dikesan" boleh tak abang terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi PLHIV yang sudah memulakan rawatan HAART, kebiasaannya ujian virol load akan dijalankan. Ujian ini bagi mengesan kuman dalam darah. Ya akibat kesan ubatan HAART biasanya akan menyebabkan kuman dalam darah tidak boleh dikesan (tapi maksud tak dapat dikesan hasil ujian tersebut tidak bermakna kuman dah tidak ada, masih ada kuman yang tersembunyi dikawasan tertentu, cuma ianya tidak oleh dikesan sahaja).

      Jika kita stop makan ubat maka kuman boleh kembali membiak dan muncul semula dalam darah.

      Delete
    2. Ohh begitu. Jadi adakah individu yang tidak mengambil haart dan membuat test hiv dan resultnya negetif berkait rapat dengan ubat2an ataupun supliment yg diambilnya? Maksudnya dia ada amik ubat vitamin tp bukan ubat haart la dan disebabkan itu virus hiv xdpt detect.. is that possible abg?

      Delete
    3. Rasanya tiada kaitan sama ada kita makan suplement atau ubat2an, kalau sudah dijangkiti kuman HIV, kalau dibuat ujian tetap akan dapat dikesan, cuma cepat atau lambat sahaja..wallahuallam.

      Cuma abang ada dengar mengenai ubatan "TRUVADA" yang kalau dimakan boleh mengurangkan risiko kita dapat HIV. wallahuallam

      Delete
  4. Assalamualikum abang,
    saya nak tanya, berapa prediction time atau berapa kadar jangka masa seorang yg hidap HIV positif dgn kadar viral load yang tinggi untuk menurun sehingga viral load undetectable? dan, kalau cd4 sudah cukup tinggi dlm kiraan 500++ dan viral load masih undetectable, adakah kemungkinan jumlah viral load dalam kadar yg konsisten, iaitu maintain undetectable sampai bila-bila, jika pesakit sangat konsisten untuk makan ubat dan jumpa doktor mengikut jadual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Setahu abg kalau CD4 tinggi tak menjamin VL undetectable. Ada PLHIV yang yang tinggi CD4 mereka tapi VL masih banyak, malah ada PLHIV yang CD4 agak rendah tapi VL tak dikesan.

      Seorang rakan abg PLHIV CD4 dia 300 lebih tetapi VL yang sebelum itu tak dikesan kemudian kembali meningkat. Manakala diri abg sendiri ketika CD4 abg sekitar 200 VL abg masih tak dikesan (alhamdulillah, itu tahun lalu, yang terkini VL abg, abg tak pasti).

      Sebab itu ada yang kata kiraan VL lebih penting untuk dilihat drp CD4.

      Biasanya jika kita makan ubat tepat waktu insyaallah CD4 akan stabil tinggi dan VL tak dikesan, jika VL masih naik tinggi mungkin ada masaalah dg ubatan tersebut mungkin tak sesuai dg kita.

      Wallahuallam

      Delete
  5. Sy nak tanya mengikut pengetahuan dan pengalaman abang, kalau konsisten makan ubat yg 12jam sekali makan tu *taktau tu ubat apa hehe* dapat tak ubat tu turunkan kiraan viral load dari jumlah beribu ke tahap undetectable. And selalunya kalau boleh ke tahap undetectable, berapa lamakah jangka masanya itu, adakah bertahun atau berbulan saja?

    *sekadar penambahan ilmu dan ingin spread positive vibes about HIV+*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang kalau kita berdisplin makan ubatan HAART kebiasaannya CD4 akan meningkat dan Virol Load akan semain berkurangan sehingga tak dikesan, jangka masa lama virol load tak dikesan bergantung pada displin kita, dan bergantung pada tahan tubuh seseorang sebab tubuh manusia ni berbeza, ada PLHIV yang aktif sihat bersukan, tapi ada PLHIV lain yang mempunyai macam2 penyakit lain selain HIV dan ada PLHIV yang langsung tak bersukan serta makan makanan yang tak elok.

      Pendek kata bergantung juga pada gaya kehidupan kita. Tapi setahu abang boleh bertahan lama, ada PLHIV yang dah hampir 30 tahun sehingga hari ini masih sihat, malah ada PLHIV yang terus hidup sihat lebih 70 tahun.

      Wallahuallam

      Delete
  6. Okay.. Thanks abang atas info :)

    ReplyDelete
  7. Assalam..

    Saya baru mengetahui saya ad hiv..dan fobia dengan kenyataan HIV POSITIF di dalam ujian darah tersebut..

    Cuma soalan saya, adakah kenyataan HIV NEGATIF tu kita akan dapat bila CD4 kita tinggi dan Virol Load kita rendah atau tidak dapat dikesan ?

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya berapa cd4 yg paling tinggi jika buat ujian dan tidak dapat dikesan ??? saya start 2010 skrg cd4 saya mencecah 1632 pada akhir november 2014

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST