Friday, 2 May 2014

ARSHAD - BOLEHKAH SAYA DIJANGKITI HIV JIKA........

Assalam abang, 

Saya Arshad (bukan nama sebenar) saya cuma nak bertanya. Saya cuma rasa resah sebab bimbang kalau dah ada jangkitan HIV ni. Sebab arwah pakcik saya bekas penagih. Dan dia meninggal pun sebab positf HIV. 

photo hanya hiasan

Saya cuma risau kalau-kalau saya ada kena jangkitan. Sebab saya pernah ambil rokok lenteng yang telah di hisap dan di buang. Saya kutip dan membuat yang baru untuk saya hisap. And alhamdulillah saya tak ada gian dadah atau pun apa-apa. And satu masa dia sakit. Pada badannya timbul ruam-ruam tu. Dah teruk. Dia ada masuk hospital. Masa pakcik saya tu nak di bawa ke hospital. Saya ada angkat dia tanpa lapik. 

Dan dia minta balik ke rumah. Bila sampai ke rumah, saya ada mandikan dia, mandikan dia dengan tangan saya sentuh badan dia. Yang saya mandi kan tu macam mana pula bang. Air tu mengalir dan badan dia tiada luka dan pada tanga saya pun tiada luka. Saya sabunkan dia masa dia belum pergi tu. Saya lap kan badan dia. 

Dan bila waktu malam, dia pun hembus nafas yang terakhir. Benda ni dah berlaku pada seminggu selepas raya tahun lepas bang. 

Cuma bila kelmarin saya bercerita pasal HIV ni dan pakcik saya ada alami tu dan sampai dia meninggal dunia. Baru semalam saya bukak google sampai ke hari ni. Saya jumpa blog abang. Saya terbaca dan nak minta pendapat abang. 

Sakit kepala tu tiada bang. Tapi rasa berat kepala ni. Sengal badan. Badan berpeluh berlengit. Tekak gatal-gatal. Susah nak tido sebab nya malam saya berjaga. Dan bila nak tidur siang tu akan ambil masa. Adakah saya terkena bang? 

Sebab masa saya tolong pakcik saya tu. Seminggu selepas raya tahun lepas. Saya cuma risau dan nak minta pendapat abang. Rasa mual tak ada. Cirit birit tak ada. Badan seram sejuk dan kaki terasa bersemut aje saya ni bang. Nak minta abang kasi pandangan aje pada kes saya ni. 

Maaf kalau saya menganggu abang. Elok kah saya buat ujian tu bang? Minta saranan abang. Sebab kat blog abang, ada cakap pasal telinga berdesing. Setiap manusia alami benda tu kan bang. Tapi bila saya baca saya jadi risau. Maaf la bang saya tanya banyak. Terlalu banyak  saya fikirkan, macam-macam yang terlintas dalam hati ni.


ARSHAD




Salam Arshad,
 
Arshad kena faham bagaimana cara utama jangkitan HIV terlebih dulu, ada 4 cara utama,

1) Seks bebas dengan berbagai pasangan tanpa pelindungan
2) Mendapat darah yang tercemar (maybe melalui pembedahan dan sebagainya)
3) Berkongsi jarum suntikan (dikalangan penagih)
4) Dari ibu kepada bayi (ketika melahirkan anak dan susu badan) 

Kalau sekadar hisap rokok atau berkongsi straw minuman TIDAK jangkitkan HIV. Pandangan abang saudara tidak dijangkiti HIV, cuma risau aje tu dan asyik fikir bukan-bukan.

Pada abang tak perlu buat ujian sebab saudara tidak dijangkiti HIV pun, cuma duk fikir bukan-bukan. Telinga berdesing tidak semestinya sebab HIV, ramai PLHIV yang tidak alami telinga berdesing. Jangan risau. 

Tapi kalau nak buat ujian tak salah, abang pasti negatif nya. 

HIV perlukan luka sama luka untuk masuk dalam badan kita, kalau masa saudara angkat pakcik tu tidak ada sebarang luka kat tangan atau lengan atau mana-mana bahagian badan yang tersentuh pada tubuh pakcik maka tidak akan berjangkit HIV.

Lain lah kalau semasa saudara angkat pakcik tu terdapat luka berdarah kat lengan tangan saudara dan luka tu bergesel dengan luka berdarah di badan pakcik maka ketika itu kemungkinan berisiko dijangkiti HIV. Kalau tidak ada luka tu ok. Badan pakcik pun bukan ada luka berdarahkan, tangan saudara pun tak ada luka so tak berjangkit HIV. Kalau ada luka kat badan pakcik tapi tak ada luka berdarah kat tangan awak pun tak berjangkit HIV.

Kena ingat kuman yang ada dalam darah pesakit AIDS akan cepat mati bila kena pada ruang udara (dalam seminit dua kut). Kalau darah yang dah bercampur dengan air pada abang lagi lah cepat mati kuman tu, kuman yang ada dalam darah yang bercampur air tu dah tak banyak dah.

Cuma adalah lebih baik kita pakai sarung tangan terutama kalau kita urusakn pesakit HIV yang ada masaalah dengan luka, kurap dibadan. Kalau pesakit AIDS tu tidak ada luka pada abang tidak jadi masaalah. Kalau kes dihospital tu kaki tangan yang menguruskan pesakit HIV terpaksa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, melindungi diri mereka daripada kemungkinan dijangkiti penyakit lain terutama dalam kes pesakit AIDS yang meninggal dalam keadaan tidak sempurna tubuh akibat mengalami sebarang penyakit kulit.

Jangan fikir pesakit AIDS tu kotor, kalau tubuh badan mereka tak ada luka tak mengapa kalau kita sentuh atau memeluk mereka sebab tidak akan berlakunya jangkitan HIV.- NajMi



14 comments:

  1. Hi abang im stela
    setahun macam tu i ade buat aktvt berisiko then a few days ago i buat blood check and thank god hiv not detected in my blood. So should i happy now? Is that the real result or am i need to repeat test again?cause when i told doctr that ill leave sex around 1 years ago she said then its gonna be ok.. meaning that i dont need to repaet test

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan saya sama tidak perlu buat lagi test sebab aktiviti terakhir setahun lalu, keputusan ujian tersebut pandangan saya sudah memadai (tepat).

      Delete
    2. Ok tanx.. laju abang reply terharu i.. and one more thing ive done blood test kat klinik kalau xsilap klinik tu macam separuh kerajaan and the other half is swasta. I xbuat kat hospital cause takut nti ada yg kenal i. So i prefered klinik sbb nk privasi.. result kinik boleh caye ker? Ker kene g hospital gak? I bayar 32.5o ok.. xtaula kalau xbetul lagi.. btw tanx 4ur opinion abg najmi

      Delete
    3. Sudah tentu boleh dipercayai yang penting dilakukan di klinik yang sah, tak kisah lah separuh kerajaan atau pun swasta, malah boleh dilakukan sendirian dirumah hanya mengunakan HIV KIT TEST yang dijual. Tak perlu lagi ke hospital dah.....:)

      Delete
    4. Abang nak tanye pernah tak ade kes yang die cek kat klinik -ve pastu cek kat hosp +ve? And if that thing happen which is i really pray that is not happen 2 me, is that possible nak saman klinik tu? Yerla kan dah la byr mahal pastu bagi wrong result n the worse thing is situasi mcm ni akan pesakit stress sbb dah hapy bagai nak rak last2 result not accurate then die dah cek awal2 so bole d kawal hiv 2

      Delete
    5. Kalau tanya abang lah..abang tak pernah pulak dengar kes seumpama itu berlaku. Tapi tak salah jika saudara buat sekali lagi ujian di hospital (klinik luar) Tapi abg yakin resultnya tetap negatif...:)

      Delete
    6. Yeker bang? Actually i xnak dah buat test lagi. Dah lah mahal pastu nurse2 tgk semacam jer wkt i ckp i nk test hiv.. they shouldnt act like that laa.. actually i wrote these comment just want to double comfirm perlu repeat test lagi ker x.. so xpayahlahkan abang najmi? I seram tengok jarum n nurse2 kat sane pastu bayar mahal pulak 2 huhuhu

      Delete
    7. Salam,

      Kalau tak mahu tak perlu buat, sebab aktiviti tu dah setahun berlalu dan pasti ujian yang baru tu sudah tentu tepat. Wallahuallam...:)

      Delete
    8. Terima kasih abg.. may Allah bless u. Stay strong bang. I sgt kagum dengan semangat abg. I wish everyonne of plhiv hv their strength and spirit such like u. The real fighter xkan mengalah dengan dugaan.

      Delete
    9. Stela,

      Alhamdulillah, stela juga jaga diri baik2...

      Delete
    10. Salam saudara.
      Nak tanya.. kat mana boleh beli hiv test kit tu? Kat guardian or watson ada ke jual? Kit tu sekali dgn peralatan utk cucuk amek darah ke n brapa harganya ?
      Sorry sbb byk tya.. terasa nak try test kat rumah dulu.. tq saudara najmi krna sudi brkongsi ilmu

      Delete
    11. Salam,

      Setahu saya HIV KIT ni hanya boleh dibeli secara ONLINE..ianya tak ada dijual di mana2 farmasi seperti di guardian atau watson. Harga sekitar RM50 kalau tak silap. Sauadara boleh buka facebook saya sebab saya ada tag photo seorang rakan yang ada beli hiv kit ni, saudara mungkin boleh tanya pada sipengirim mengenai bagaimana dia beli hiv kit ini...

      Delete
  2. Assalamualaikum

    Saya nak tanya baru2 ni saya ada buat blood test untuk hiv dan bila saya tengok result kat paper tulis hiv 1 and 2 ag/ab not detected. Dr beritahu mmg xda hiv tpi adaka test itu tidak menyeluruh? Maksud saya hiv kan ada 4 peringkat so dalam paper tulis hiv 1 and 2 jer... saya kurang faham di situ. Perlu ker buat test dari hiv 1, 2, 3, dan 4? Mungkinkah test tersebut hanya mengesan peringkat 1 dan 2 ? Bgaimana jika seorang pesakit tu dah ada hiv peringkat 3 dan 4? Adakah dengan melakukan test ini saja hiv peringkat ini tidal dapat dikesan? Mohon penjelasan saya agak keliru sedikit huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saudara tidak ada HIV lah tu betul kata doctor tu.Kalau saudara ada nampak pada "report hiv test" ada tertulis HIV 1 and 2 ag/ab not detected, itu maknanya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke 4, di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody(ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah boleh dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan.

      Mungkin saudara ANONYMOUS boleh baca lebih lanjut didalam entri "CMIA PRINCIPLE TEST - HIV TEST KIT GENERASI PALING LATEST"

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST