Monday, 19 May 2014

APAKAH KADAR CD4 BEGITU PENTING?


SOALAN

Dalam enam bulan, jumlah CD4 saya meningkat dari 28 menjadi 75, lalu turun lagi ke 63, dengan beban virus yang tidak dapat dikesan. Selama itu, saya alami flu hanya sekali sahaja, dan selebihnya saya merasa sangat sihat. Dalam satu minggu saya berlari kurang lebih 25km, bekerja penuh, dan masih sangat aktif. Seberapa pentingkah jumlah CD4

Bila saya lihat jumlah CD4 saya rendah, saya sangat bimbang. 



JAWAPAN 

Anda benar menunjukkan kalau seseorang boleh bekerja dengan baik, boleh kelihatan baik, boleh berasa sihat, walaupun mempunyai jumlah CD4 yang rendah. 

Bagaimana ini boleh terjadi? Jumlah CD4 hanya merupakan satu unsur kesihatan - di antara sekian banyak sel yang bertugas untuk membasmi jangkitan tertentu, termasuk seperti yang dilakukan oleh sel CD4 terhadap PCP (Pneumonia Pneumocystis (PCP) adalah jangkitan oportunistik (IO) paling umum pada orang yang ada HIV), toxo, dan kandida. Apabila jumlahnya rendah, ada peluang yang lebih besar bagi "kuman-kuman" ini untuk bertahan dan tumbuh - kerana tidak terdapat cukup sel untuk menghentikannya. Akan tetapi bukan bererti ini pasti berlaku - hanya terdapat kelemahan yang lebih besar untuk terjadinya hal tersebut. 

Namun, di tahun-tahun kebelakangan ini kita semua telah mencatat bahawa keadaannya lebih rumit daripada sekadar angka ini. Misalnya, sebahagian besar sel tersebut mempunyai tugas tertentu, iaitu melawan jangkitan tertentu. Dan bila kita kehilangan sel ini, mungkin kita kehilangan beberapa sel dari setiap jenis, tetapi masih punya cukup dari setiap jenis untuk melindungi kita. Atau mungkin, kita kehilangan terlalu banyak dari jenis tertentu sahaja, yang bererti kita menjadi terdedah kepada jangkitan yang seharusnya dihapuskan oleh satu jenis itu.  

Ingat erti jumlah CD4 ini, iaitu jumlah sel di dalam satu milimeter padu darah. Ini lebih kecil daripada titik di akhir kalimat ini. Dan kita mempunyai BANYAK milimeter padu darah dalam tubuh - jadi walaupun dengan jumlah 60, itu ertinya masih terdapat banyak sel. 

Satu hal lagi yang berkaitan dengan hal ini adalah beban virus (Virol Load). Ternyata penyakit tidak hanya disebabkan oleh jumlah CD4, tetapi juga seolah-olah berkaitan dengan beban virus, yang bererti bahawa orang dengan jumlah CD4 rendah, tetapi beban virus (virol load)-nya juga rendahbermakna dia tetap sihat. 

Selain ini juga ada profilaksis (antibiotik). Untuk beberapa jangkitan yang lebih umum, profilaksis ternyata berjaya, terutama PCP. Hampir semua pneumonia boleh dicegah bila kita mencari ubat yang tepat bagi setiap orang. 

Dan kesihatan tentu saja lebih dari sekadar memerangi jangkitan. Ada kecergasan aerobik. Ada sikap dan kekuatan jiwa. Kedengarannya anda mempunyai keduanya. 

Ada lebih daripada sekadar jumlah CD4. Terima kasih telah mengingatkan kita semua.


Sumber DISINI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST