Wednesday, 21 May 2014

ANONYMOUS - ADA RISIKO KE DIJANGKITI HIV, JIKA NAJIS PLHIV TERKENA PADA LENGAN SAYA?

Salam,

Saya nak tanya, saya ada menjaga ODHA/PLHIV (pembawa HIV). Semasa saya mengemas najis beliau, ada tercalit sedikit najis dia dilengan saya, najis beliau waktu tu berwarna hitam. Saya rasa sewaktu tercalit tu lengan saya tiada luka. Apa ada risiko tak saya dijangkiti? Dan selalunya luka bagaimana mudah berjangkit ya.

Dan satu lagi nak tanya, kalau kita membasuh pakaian kotorannya yang sudah pun terdedah pada udara dan terkena air, adakah masih boleh menyebabkan jangkitan, sebab saya membasuh pakaian beliau pakai tangan, tapi saya masih menggunakan glove. 

Macam mana kaki jika terdedah, adakah kuman yang dah mati boleh menjangkiti kaki saya, jika ada kudis ye?


ANONYMOUS














Salam ANONYMOUS, 

Saudara/i tidak boleh berjangkit kalau tersentuh dengan najis pembawa HIV jangan risau, HIV hanya ada didalam bendalir seperti darah, air mani, air mazi. Kalau saudara/i sentuh darah pembawa HIV tanpa ada luka di jari yang menyentuhnya pun tak mengapa sebab HIV tak ada ruang untuk masuk ke dalam tubuh saudara, melainkan kalau ada luka berdarah (pedih) dihujung jari saudara, bila tersentuh (bergesel) pada luka berdarah ditubuh pesakit HIV maka risiko dijangkiti sangat tinggi. 

Kena juga ingat kuman HIV dalam darah akan cepat mati bila terdedah pada ruang udara. Kalau darah yang telah terdedah lama pada ruang udara jika ada kuman pun kuman dah pastinya akan mati. Basuh baju pesakit HIV walaupun ada darah kat baju tidak mengapa sebab kuman dah mati, tak akan berjangkit. 

Pakai glove tak mengapa sebagai langkah keselamatan, boleh juga basuh baju guna sedikit clorox pun tak mengapa, tapi kalau tak pakai pun tak mengapa sebab kuman tak leh hidup pada baju apatah lagi kalau baju yang dah terdedah dengan ruang udara malah dah bercampur air. Kalau kuman sudah mati, maka mati lah maka tak boleh dah berjangkit, kalau kaki saudara ada kudis dan terkena air basuhan pakaian pembawa HIV pun tidak mengapa sebab tak ada kuman HIV dan dah pastinya tidak boleh berlakunya jangkitan. 

HIV ni susah nak berjangkit, cuma ada beberapa cara utama,
1) Seks dengan berbilang pasangan tanpa perlindungan,
2) Perkongsian jarum suntikan terutama dikalangan penagih dadah,
3) Dari ibu kepada anak (ketika ibu yang positif HIV melahirkan anak secara normal dan menysuskan anak)
4) Menerima darah yang tercemar. 

HIV tidak berjangkit apabila kita terkena najis, tidak akan berjangkit apabila kita peluk pembawa HIV, tidak berjangkit kalau kita makan mengunakan pinggan mangkuk garfu dan sudu yang sama, tidak akan berjangkit jika kita mengunakan tandas atau berenang dengan pembawa HIV dalam tandas/kolam yang sama, tidak berjangkit kalau bersalaman, dipendekkan kata jangkitan HIV ni sangat susah berjangkit kecuali dengan 4 cara yang telah saya sebut kan diatas tu. 

Jangan risau, layanlah sebaik mungkin pesakit HIV yang saudara jaga itu, semoga Allah membalas kebaikkan yang saudara/i telah buat kepadanya. Wallauallam...:) - Naj Mi



Sumber dari dalam ruang komen 


9 comments:

  1. Bagi pembawa virus HIV yang mulakan rawatan HAART dan viral load tidak dapat dikesan, kadar jangkitan kepada pasangan hampir tidak berlaku kerana virus sudah tidak ada lagi dalam darah atau air mani. Cumanya virus HIV bersembunyi dalam dormant sel DNA darah putih. Harap mereka yang ragu2 untuk mulakan rawatan semoga segera mulakan rawatan kerana setakat ini HAART merupakan rawatan yang paling efektif. Jgn laa percaya dengan rawatan kampung/alternatif/sekadar berdoa sahaja. Allah minta kita berusaha untuk mencari ubat/rawatan.

    ReplyDelete
  2. abg najmi melalui perawatan tampal gigi alat drill tu berpotensi tuk penularan aids/hiv x(katakan pesakit sebelum ada hiv) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, sebab biasanya peralatan yang digunakan doc tu dah dibersihkan,

      Delete
  3. Assalamualaikum saya nak tanya sikit klau kita ada luka kita duduk sebelah orang yng ada hiv ada kah risiko kita di jangkit tinggi atau

    ReplyDelete
  4. asslm bang.. klau kite terpegang air mazi seseorg pada kemaluannya yg diragui kadar kesihatannya..tp waktu tu jari kite xde luka ape2 pun.. ada potensi untuk dpt HIV?

    ReplyDelete
  5. Kalau terkena air mani org yg ada hiv..yg baru keluar dr kemaluan terkena tangan yg tidak luka...adakah virus akan masuk melalui liang roma?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST