Tuesday, 27 May 2014

AMRAN MUSA - JANGAN TAKUT UNTUK MEMULAKAN RAWATAN HAART

Mengikut kiraan hari, sudah 6 bulan saya mengambil HAART. Pelbagai dugaan yang saya pernah hadapi termasuk mengalami penyakit kulit seperti gatal-gatal dan kurap yang luar biasa tebalnya sehingga kepala hampir botak kerana rambut gugur. 
 
photo hanya hiasan

Sekarang alhamdulillah, tidak ada lagi situasi sebegitu dan saya harap ianya tidak akan berulang lagi. Tiada lagi gatal-gatal, kurap dan kepala saya kembali di tutupi rambut hitam yang lebat dan berkilat. Kulit muka juga kembali licin, tidak ada lagi kulit menggelupas, gatal-gatal dan luka. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan yang di berikan. Satu anugerah yang tidak mungkin dapat di ungkap dengan kata-kata.

Tanggal 25 Mei (2014), satu pertemuan antara saya dengan doktor pakar untuk review result ujian CD4/CD8 dan Viral Load. Hampir setahun tidak mengetahui status jumlah CD4/CD8. Kali terakhir kiraan CD4 saya ialah pada Ogos tahun lepas - kiraan 345. 

Hati saya berdebar-debar apabila melangkah masuk ke klinik kesihatan. Teruja? Gementar? Takut? Bermacam-macam yang bermain dalam benak fikiran. Namun saya sedaya upaya cuba menutup perasan yang bercampur baur dengan bertegur sapa dengan pesakit-pesakit lain yang memenuhi ruang menunggu pada hari ini. 

No 3001 mula di paparkan pada skrin. Itulah nombor giliran saya. Pintu di ketuk, saya memberi salam. Doktor  wanita menjawab salam saya penuh dengan senyuman lebar yang terukir pada wajahnya. Fail sudah sedia di buka diatas meja. Dalam fikiran saya, pasti result yang baik.

Doktor: "Well Amran Musa. Result untuk ujian CD4/CD8 menunjukkan keputusan yang agak mengejutkan. Regim untuk 6 bulan memberikan awak keputusan CD4 pada kiraan 480.

"Apa! 480!!!!!!!", jerit saya dalam hati.

"Ujian lain dalam LFT juga tidak berganjak. Fungsi hati juga menunjukkan tidak ada perubahan. Ini bermaksud tubuh awak menerima dengan baik untuk rawatan HAART dan di teruskan untuk rawatan 1st line. Ini juga menggambarkan bahawa awak begitu komited dalam timing pengambilan ubat, menjaga emosi dan stress, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tubuh awak berada dalam kondisi yang tip-top!!! Jadi awak tidak perlu risau dan tidak perlu lagi fikir yang bukan-bukan. Tahniah saya ucapkan. Kalau ini adalah ujian kecerdasan, saya boleh bagi Gred A buat awak", kata doktor kepada saya.

Mendengar penjelasan doktor, saya sememangnya hampir-hampir hendak menjerit, meloncat kerana gembira sangat. Jika doktor itu lelaki, ingin juga saya memeluk doktor itu erat-erat. Dia seorang doktor yang baik. Sanggup melayan setiap keresahan pertanyaan saya walaupun melalui telefon jika saya ada menghadapi sesuatu masalah. 

"Saya juga bagi Gred A buat doktor. Sebabnya doktor seolah-olah sudah menjadi doktor peribadi saya yang sudi mendengar setiap permasalahan saya melalui telefon yang saya kira tidak mungkin ada doktor lain yang sanggup melakukannya. Terima kasih saya ucapkan," balas saya. 

Doktor: "Cuma, result bagi Virol Load sahaja yang belum keluar. Kerana ujian ini memangnya mengambil masa yang lama untuk di proses. Ujian kena di sahkan oleh 2 hospital pakar yang berdekatan. Sekarang ujian itu berada di hospital kedua. Tetapi saya percaya, dengan result LFT yang ada di sini, kalau sudah jelas. Virol Load awak pasti rendah. Saya juga melihat luaran awak sangat ketara berbanding dahulu. Untuk result Virol Load, kita jumpa lagi dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Saya doakan awak semoga baik-baik sahaja dan mampu mencapai result Virol Load kurang dari 20 copy atau lagi bagus jika di dapat di kesan terus".

Tak mengapalah. Gambaran yang diberikan sudah banyak menggembirakan hati saya. Walaupun tidak mencapai kiraan CD4 495 (ketika pertama kali ujian di buat pada Oktober 2011), namun saya tetap bersyukur sebab kiraan 480 sekarang ini sudah cukup tinggi dan sudah menghampiri paras normal iaitu 500. Itu pun setelah 6 bulan mengambil HAART. 

Saya juga memberitahu doktor bahawa saya juga berhubung dengan seseorang di alam maya, dan beliau banyak memberikan pencerahan apa yang tidak jelas dan juga motivasi. Orangnya tak lain tak bukan, Abang Najmi sendiri lah.Terima kasih banyak kepada abang yang banyak juga memberikan semangat pada saya yang naif mengenai kes sebegini.

Tapi apa yang ingin saya tekankan di sini terutama dikalangan PLHIV yang sudah layak untuk memulakan rawatan HAART ialah, kita perlu berani untuk memulakan rawatan jika telah tiba masanya. Kita kena hadapilah semua permasalahan dengan tenang, elak dari tekanan ataupun stress dengan sebaik mungkin. 

Kehidupan yang saya lalui sekarang ini sebenarnya banyak dugaannya termasuklah permasalahan dalam keluarga saya, dimana saya perlu hadapi setiap hari setiap saat, semua ini boleh menganggung fikiran saya tetapi saya cuba hadapi dengan tenang. Alhamdulillah, saya berjaya mengawal emosi dari terus menanggung stress. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi. Banyak yang ada dalam kepala ini ketika ini tetapi susah hendak saya ceritakan satu persatu, mungkin sebab saya terlalu gembira. Alhamdulillah.


AMRAN MUSA
akumahkota@gmail.com

Bagaimana Amran Musa mendapat jangkitan HIV, baca kisah beliau didalam entri disini, "AMRAN MUSA – SAYA DILIWAT TANPA DISEDARI SEHINGGA MENDAPAT JANGKITAN HIV"



 

9 comments:

  1. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Jaga diri baik2 yer Amran.

    ReplyDelete
  2. Allah bantu Amran bilamana Amran dirawat oleh doktor yang baik. Sebabnya untuk pembawa hiv memperoleh doktor yg baik adalah sgt penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Betul tu kalau dapat doktor yang mesra alam sangat bagus, sebab ianya sedikit sebanyak boleh membantu seorang PLHIV itu yang mungkin dalam keadaan resah gelisah menjadi lebih tenang kan.

      Teringat bila saya jumpa seorang doktor wanita melayu bertudung di Hospital Kuala Lumpur (masa tu rawatan HIV dibuat di hospital dekat Chow Kit tu). Sudah lah kita ni risau bimbang takut, doktor tu pulak tak banyak membantu dengan wajah yang tak ada senyuman nampak terlalu serius, jawapan pertanyaan kita dijawab dengan hambar. Sedikit sebanyak kelakuannnya mungkin menyebabkan saya terus tidak mahu lagi jumpa doktor, takut dan tidak ke hospital lagi sehinggalah saya jatuh sakit teruk dulu....:(

      Delete
    2. alhamdulillah, saya di temukan dengan doktor yang baik. sanggup melayan karenah saya yang adakalanya cemas tak tentu fasal..

      Amran Musa

      Delete
  3. Assalamualaikum Amran & Najmi,

    Alhamdulillah..amran terus kan jaga diri ye..terus positif ye.. ;)
    Najmi pun sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. `RaudhahRiduan`

      Terima kasih...:)

      Delete
    2. terima kasih
      maaf, bukan niat tidak memberi sebarang komentar, tetapi saya ada masalah di browser yang tidak membenarkan saya menurunkan sebarang komen2 di sini..
      alhamdulillah, masalah dah selesai... sy dah boleh berkomen sakan di sini.. hehehe..
      teruskan positif

      Amran Musa

      Delete
    3. alhamdulillah dah boleh tinggalkan komen...:)

      Delete
  4. tidak dapat digambarkan kegembiraan ketika melihat result yang tertulis pada kertas. alhamdulillah.. berkat doa dan sokongan mereka yang tidak di kenali di alam maya

    dan semalam 29 jun 2014, result Virol Load keluar. 1st result untuk Virol Load. hasilnya LESS THAN 20 COPIES
    mungkin kah ada sinar dalam kehidupan yang akan datang? doa2kan untuk saya

    Amran Musa
    akumahkota@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST