Wednesday, 7 May 2014

ABD TALIB - JIKA SUDAH SETAHUN LEBIH, ADAKAH SAYA SELAMAT TIDAK DIJANGKITI HIV?

photo hanya hiasan

Assalam abang Najmi. 

Saya ABD. TALIB (bukan nama sebenar) saya sudah menghampir 3 tahun follow blog abang secara pasif, mean silent reader. 

Lately terbaca luahan hati gay, salah satu mengenai seorang yang derma darah tapi dicall hospital kerana ada kuman dalam darah. Saya tidak pernah derma darah seumur hidup dan umur saya sekarang adalah pertengahan 20-an. First sebab saya takut tengok darah kedua sebab saya takut kalau-kalau jika saya derma darah dan tiba- tiba pihak hospital call saya dan mengesahkan saya sekian-sekian (penyakit). 

Saya dah setahun lebih tidak buat hubungan intim dengan mana-mana PLU lain. InsyAllah sampai bila-bila saya akan cuba kawal diri saya. Alhamdulillah badan saya pun sihat sampai sekarang. Tapi saya kadang-kadang tetap ada rasa risau bila baca entry abang mengenai HIV. Berapa lama virus tu domain dalam badan sebelum bertindak? Jika saya dah setahun lebih masih rasa sihat, adakah boleh saya anggap saya selamat dari dijangkiti virus tersebut.


ABD TALIB




Salam Khairul, 

Senang kata dah setahun saudara tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seks bebas kan. Ok kalau lah saudara ada HIV dan telah dijangkiti setahun lalu, mungkin beberapa minggu selepas dijangkiti saudara pernah alami demam yang susah nak sembuh, atau badan naik ruam sebab itu adalah diantara tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti HIV. Pernah alami tak semua itu dulu?Tapi ada juga orang yang telah dijangkiti HIV tidak mengalami sebarang tanda-tanda. 

Ok katakan lah jika saudara tidak mengalami sebarang tanda-tanda walaupun telah dijangkiti HIV, ianya akan mengambil masa sekitar 4-6 tahun sebelum saudara mendapat AIDS (jangka masa berbeza diantara seorang individu dengan individu lain) Ketika itu sistem kekebalan badan Khairul akan jadi lemah dan akan mengalami penyakit berkaitan dengan AIDS seperti TB, Pneumonia dan beberapa yang lain. Ketika itu abang pasti keadaan saudara bertambah buruk dan akan terlantar dihospital dan semasa itu lah baru saudara baru tahu yanng diri saudara selama ini ada HIV (selama hampir 4-6 tahun lalu). 

Kena ingat selepas kita dijangkiti, kita akan alami beberapa simptom dan kemudian kita akan kembali sihat (walaupun ketika itu badan kita telahpun ada HIV) 

So jalan terbaik abang nasihatkan agar Khairul buat ujian HIV dimana-mana klinik luar hospital kerajaan (percuma) atau swasta (kena bayar). Kita tidak boleh main agak-agak, jika kita rasa diri kita berkemungkinan telah berisiko ada HIV maka buat lah ujian bagi menentukan status diri kita. 

Jika positif, Khairul boleh dapatkan rawatan segera bagi mengelak diri dari mendapat AIDS, dan boleh terus dalam keadaan sihat seperti mereka yang lain. Jika negatif alhamdulillah hati Khairul akan senang dan boleh meneruskan kehidupan dengan aman...:) - Naj Mi





15 comments:

  1. better gi buat medical checkup b4 2 late, jgn risau pihak hosp xkn dedahkan identiti individu yg g checkup.. jgn main yakin diri sihat, serahkan pd yg pakar..

    ReplyDelete
  2. Salam cerita lebi kurang same dgn saye.. dah setahun setengah tinggalkan aktiviti berisiko. Then baru2 ni sye buat blood test and the result is negatif. Walaupun menurut ape yg sye tahu which is klu dah lebih 6bulan tglkan aktiviti berisiko tu xpayah ulang test tapi sye tetap risau. Dalam otak saya fikir mcm2 takut machine tu salah la, result tak betul lah.. saye nak jg ulang test tapi saye takut nanti result die sebaliknya.. saye dah hapy sekarang nanti tiba2 buat test balik then result die sebaliknya saye xtahula nak buat ape... hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape pendapat abang pasal kes ni?

      Delete
    2. Anonymous,

      Saudara kena yakin kan diri, tiada siapa boleh bantu saudara hanya saudara sendiri yang boleh bantu diri sendiri. Yakin lah selepas 6 bulan (sejak aktiviti yang terakhir) apabila ujian dilakukan, jika negatif maka ianya sudah tepat. Jangan bebankan kepala saudara, jangan rosakkan kegembiraan hidup saudara dengan asyik memikirkan mengenai kebimbangan yang bukan-bukan....

      Delete
  3. Salam bang..saye baru lepas buat blood test di hospital kerajaan dan keputusannya adalah -ve.cuma sy risau sebab last sy lakukan aktiviti berisiko ialah 2 bulan lepas.soalan sy perlu tak sy lakukan ujian lagi sekali nanti?risau sgt2-ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahmad,

      Alhamdulillah itu satu petanda yang baik, dan sebaiknya buat sekali lagi ujian HIV selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko, maknanya tunggu sebulan lagi sebab ujian selepas 3 bulan tu dikatakan sudah memadai tepat. Tapi ada juga doktor yang masih menyuruh ulang sekali lagi selepas 6 bulan dari tarikh berisiko. Kalau tanya saya selepas 3 bulan dari tarikh berisiko itu sudah memadai, lepas tu tak perlu buat lagi melainkan kalau masih terlajak melakukan aktiviti berisiko itu. Wallahuallam...:)

      Delete
    2. Saya betul2 nak berubah..dan takkan ulangi benda tu lagi..hina bila mengingat perkara yg lepas..-ahmad

      Delete
  4. Terima kasih bang..cuma nak tunggu lagi sebulan ni rase mcm lame sgt la pulak..dalam hati ni risau sgt..sebelum buat test lagi la risau..sampai makan tak selera,asyik termenung..stress la senang cite..sy doakan abg sehat selalu,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..-ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahmad,

      Tak mengapa macam abg kata kalau result selepas 2 bulan itu negatif itu, adalah petanda yang baik, insyaallah abg rasa jika ujian dilakukan pada 3 bulan selepas dari aktiviti tersebut, resultnya juga akan tetap negatif insyaallah...:) Elak stress dan tertekan ok...:)

      Delete
  5. Salam..nak tanye..perlu buat rapid test 3 bulan dari tarikh berisiko atau 3 bulan selepas terjadinya simptom?mohon abg najmi terangkan sebab ade kekeliruan..terima kasih abg Naj mi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      3 bulan dari tarikh berisiko, tetapi ramai juga yang tidak dapat pastikan bila kemungkinan diri mereka telah dijangkiti terutama mereka yang aktif melakukan aktiviti berisiko ni kan.

      Tidak mengapa saudara juga boleh tetapkan waktu 3 bulan tersebut bermula selepas terasa ada mengalami simptom.

      Delete
  6. Salam abang najmi .. kalau buat hiv test nie mcm mne prosedurnya saya student lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tidak ada masaalah kalau saudara student atau tak, pergi ke klinik luar hospital kerajaan, pergi ke kaunter beritahu nak buat ujian HIV TANPA NAMA, setahu abg memang ada ujian TANPA NAMA tapi abg tak pasti bagaimana prosedur sebenar yang mereka buat. Ikut aje arahan kakitangan di klinik luar. Biasanya ujian ada mengunakan TEST KIT HIV result akan dapat tahu kurang 30 minit. Dan ianya PERCUMA.

      Tetapi lebih mudah kalau buat ujian di mana2 klinik swasta, cuba BP LAB (google alamat klinik ni yang ada berdekatan dengan tempat saudara) bayaran dikenakan hanya RM35 (atau paling mahal pun RM50). Proses ujian di sini lebih mudah, tak perlu nak tunggu kerajaan. Tanya aje pada kakitangan dikaunter hadapa klinik ini. Jika negatif alhamdulillah, tetapi kalau positif biasanya saudara akan dinasihatkan agar rujuk ke hospital kerajaan kerana rawatan di hospital kerajaan ada lah percuma, jik arawatan pembawa HIV di klinik swasta kosnya agak mahal.

      Wallauallam

      Delete
  7. salam bang.. mcm mana pendpt abg dgn kes sy.. sy pnh sekali buat aktiviti berisiko tersebut pd tahun 2009..skrg stlh 5 thn..sy blm pnh check lg..adakah slps 5 thn sy masih lg berisiko? sy dok pk n risau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Biasanya jika seseorang dah dapat HIV jangka masa ia nak dapat AIDS selama sekitar 5 tahun, kalau benar saudara ada HIV kemungkinan hari ini kesihatan saudara dah jadi tidak menentu...Pada abg mungkin saudara tidak dijangkiti HIV tetapi alangkah baiknya jika saudara jalani ujian darah bagi menentukan satus saudara

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST